RSS

Wednesday 29 December 2010

drama bomoh terhebat

banyak betul benda kelakar dalam beberapa hari ni.



paham-paham jela. pasal 1 sukan tu.



statment paling takleh blah, "kalau malaysia pakai bomoh, dah lama dah menang world cup."




bukan calang-calang benda tu, world cup kot. bukan perlawanan persahabatan atau pertandingan kampung tercantik. world cup.pergh.




first time baca, terus terbayang, sorang bomoh pakai jersey merah, jaga belakang gol merah, sorang bomoh pakai jersey kuning, jaga belakang pintu gol kuning.



bila bola datang terjah nak masuk gol je, terus buat u-turn. ala. macam shaolin soccer.



pastu bomoh lagi satu pulak, terus keluarkan kue ku hey kong, tolak angin beliung untuk paksa bola terus ke gol.




bomoh pertama tadi sambil terbeliak bijik mata, cuba tambah aura untuk terus defend gol.




ahhhhhhhhh!!!



cis!! berani kau. rasakan!!!



pantang menyerah tanpa pertahan maruahku!



eh. terbuat dialog pulak.




ni namanya bulan pertandingan bola dah ni.



ni pertandingan pencarian bomoh terhebat dah ni.




p/s: naseb baik bukan pertandingan bra terseksi atau laser tersilau.

cleo, galaxie, cleo, salvatore.

saya suka baca.

hari hari saya baca.

saya baru dapat ptptn. saya nak beli buku.sapa nak jual murah bukuu? tapi jangan tunjuk buku gene expression atau biochem. saya elergik dengan perkataan bio.


masa minggu haritu, saya pegi beberapa 7E nak cari cleo. tu bukan bukulah tapinya. saya suka cleo sebab dia banyak gambar. eh, jangan la suruh saya baca kamus bergambar darjah satu tu. tu saya dah khatam masa hari pertama masuk kelas 1 setia sekolah sri kinta tu ha. lambat ah lu.



pastu saya cari tak jumpa-jumpa. cleo tadi. bukan kamus bergambar. dah la cover leighton meester. cun ak? cun an? tapi sebenarnya saya suka serena van der woodsen lagi la daripada blair waldorf walaupun blair waldorf pun sebenarnya tak kurang hebatnya. sebab, serena van der woodsen kan berlakon dalam cerita sisterhood of the travelling pant. (oke, tak nampak kaitan dekat situ.)




eh, saya tak cerita lagi. saya suka tengok gambar dalam majalah cleo ni sebab, gambar dia semua cantik2. high kualiti. fotografer dia memang style la sume. berbanding dengan gambar majalah lain. cuba banding. memang cara dia amik gambar, editing, memang sumpah admire dekat cara pembikinan majalah ni. content tu markah lain la kan. sebab utama minat cleo, memang bab gambar-gambar.





pastu cari punya cari tak jumpa, jumpalah galaxie cover sapa tah.kesha ke tak silap.



pergh dulu masa zaman sekolah takyah cerita la. galaxie ni, hampir tetiap keluaran beli. sebab dia rm3 je. bajet student berapa lah sangat kan? pastu dia punya mag lain daripada mag lain. tak stepler atau combine. dia terlerai(sapa tak penah baca mungkin tak paham. takpalah. abaikan je.).




tapi dah lama tak beli dah. sebab harga dia dah naik rm5. murah jgk la kan mag english rm5. even cosmopolitan malaysia pun dah bape dah.remaja pun rm5++.



saya beli. tapi bukan sebab nilai sentimental ni. konon2 sebab dulu selalu beli, tetiba tengok cleo takde, pegi beli mag tu. tak.




saya beli sebab ada poster ian somerhalder. tah betul ke ejaan ni. 2nd hero dalam cerita vampire diaries. ala, yang si asrinna dengan fatihah berebut nak jadi mrs salvatore tu la. ha. si beliau tu la.



jadi motif saya beli sebenarnya sebab tu. pastu masa bayar terpikir, jangan poster dia dekat bahagian cover belakang sekali sudah.



fuh. fuh.



jenuh lah nak koyak cover.nak buat balut buku nota.



macam masa sekolah dulu. beli galaxie banyak2, poster dia buat balut buku. buku sejarah balut dengan gambar britney depan, hilary duff belakang. buku antologi sastera, balut dengan poster smallville. banyak lagilah kalau nak recall.





baruuu lah stail!! ape barang balut buku dengan transparent cover.




tujuan lagi, nak balut buku nota biologi molekul dengan gambar ian somerhalder lepas tu, masa kelas biologi molekul, boleh la buat tayang dekat asrinna bagi dia jeles.




nampak tak strategi taknak bagi asrinna dapat A sabjek bio ni?




menyampah bila sabjek hardcore bio semua dia nak A.jadi, perlu guna reverse psikologi untuk menggugat emosi dia. supaya dia frust setiap kali bukak buku dan nota biologi molekul. hebat tak rancangan ni?





ai. julia perez boleh pakai sexy nak kacau emosi pemain, saya nak kacau asrinna je pun. lantaklah. asrinna tu watak jahat dalam blog ni. sukatilah kan.




p/s: lepas tu, jumpa cleo cover blair tu, ada jugak gambar ian somerhalder tu. cleo januari pulak serena van der woodsen cover.

Monday 27 December 2010

ish. bosan betul la. buka dashboard, sama je. tolong la update kawan2 blogger!! *muka menyampah tapi buat2 tak sedar tengah mengata diri sendiri*

Friday 17 December 2010

heh. cerita melayu ye.

sebab kenapa saya tak berapa nak suka tengok cerita melayu.


sama ada drama, filem dan lain-lain.



ramai orang kata cerita melayu merepek.sejujurnya? cerita apa yang tak merepek?



nak tak nak ada je unsur repekan. bagi la cerita apa pun.



pernah satu masa tu mak nak beli cd cerita. beria-ria lah tukang jual tu peromot cerita pearl harbor. kata dia cerita sejarah.




oh kamon la.



nak jual kata cerita sejarah. mak saya kata, nak sejarah baca buku sejarah lah. kalau takat nak bagitahu pearl harbor kena serang pada sekian sekian oleh sekian sekian. setakat itu saja fakta sejarahnya. apa guna tayang cerita sampai hampir 3jam?





macam ada sorang penulis(kalau tak silap saya dan brown dalam the da vinci code) kata, history is always written by the winners. so, it will always be a one-sided account.




fakta tu kira tak dapat ditentukan dengan pasti. PLUS, cuma kenyataan sebelah pihak saja. nak tahu sejarah sebenar? kenaaaaa lah pulak tengok cerita bertajuk nagasaki dan hiroshima(jika ada. sebab pearl harbor kne serang, ada cite tajuk pearl harbor, jadi nagasaki dgn hiroshima mungkin jugak ada dibuat cite ni. ce try google tengok.)




berbalik kenapa hujah cerita yang ada unsur repekan.




pergh. kalau nak ikutkan, cerita harry potter tu DAH SAH SAH LA berjuta juta unsur repekan dalam tu. mungkin yang benar cuma nama tempat saja. london. et cetera. et cetera. berbanding dengan cerita hang tuah yang p ramlee buat tu? filem yang berkaler tu. sekarang kita boleh consider la point cerita melayu merepek BUKANLAH SEBAB SEBENAR saya tak tengok cite tu.





orang kata lagi, sebab bajet cerita melayu rendah. orang taknak tengok.





oh please.





sapalah yang tahu serendah mana bajet satu cerita kalau tak produksi yang bagitahu masa press conference? memanglah kalau nak banding cerita terbitan warner bros dan poduksi-produksi luar dengan cerita produksi dalam negara range bajet yang dikeluarkan lain. tengok matawang pun dah tahu kot.






tapi, kenapa itu yang nak dijadikan soal? maksud saya, cerita salt nak buat dekat north korea dengan setup ketenteraan lengkap dengan senjata, bom dan kereta kebal, takkan lah nak disamakan bajet dengan cerita yang lokasi nya cuma dalam malaysia dan prop cuma peralatan yang digunapakai dalam kehidupan seharian macam cerita sepi kan? mestilah tak boleh kan? tapi stil, cerita sepi pada saya adelah best! seronok je cerita melayu.





semuanya depends pada cerita jugaklah. dan depends pada kebijaksanaan penerbit dan pengarah dalam bajet membajet ni. jadi, otomatik, soal bajet, tak patut dijadikan isu.




untuk orang yang skeptikal pulak, taknak tengok cerita melayu sebab jenama melayu tu sendiri, tak bawa keyakinan.




ini lagi la takleh pakai.




maksud saya. kenapa kita nak generalisekan benda kepada satu rumpun yang sama bila kita boleh kategorikan kepada banyak kelas. ada jugak cerita melayu yang best apa.




contohnya nur kasih. kan? kan? kannnnnn??? cerita dia simple je. lokasi pun takdelah nak beria sangat. kira oke la. oversea ada la sikit-sikit. pelakon pun, kalau nak diikutkan masa baru tayang tu, tak ramai yang kenal. tapi, lepas beberapa kali tayang, semua orang tahu pasal nur kasih. sapa tak kenal tiz zaqyah, remy ishak. oh ye, watak kegemaran saya mestilah aidil. bukan sebab dia baik ya. no. no. no. sebab saya suka fizz fairuz. haha.tetibe je.




cerita jangan pandang belakang pun dah bawak cerita yang berjenama melayu keluar dari range tipikal cerita melayu. kan?





jadi, soal, jenama melayu ni, kita dah tak layak nak pertikaikan.kita dah ada label sendiri.





cuma. satu je.





saya cuma dapat tengok tivi bila cuti semester dekat rumah. jadi, cuma ada sebulan lebih sikit saja. masa ni lah nak pulun tengok cerita dekat tivi. melayu ke. korea ke. mexico ke. apa sajalah. bak mai ja.






dah target ni.






isnin, 830. cerita the mentalist. punyalah lama mengidam nak tengok. dulu penah tengok satu episod je. pastu balik ukm dah tak dapat dah. try download pun tak dapat.terpaksa doa saja semoga tivi ada tayang lagi.berbulan-bulan ni mengharap. dah tak terkira betapa nak sangat tengok.





sangat sangat nak.





dah bersedia depan tivi baik punya jam 829. setat ja...wahhhhh..mata bersinar-sinar ni.





tiba tiba.




"wei, aku nak tengok putera katak. pegi sana."






tampor jugak katak ni karang.

Monday 15 November 2010

at home.

oh shit.



tadi saya dah taip separuh dari entri baru.



malangnya. bila menaip dalam gelap, kamu taknampak sangat apa yang kau tenyeh-tenyeh menggunakan pc lama di rumah.ya. PC oke. old school. but quite like it actually. compare to laptop. tapi, humang aih, kuat nya bunyi keyboard nih.



saya lupa apa saya taip tadi. tapi, saya rasa rasa macam ada kutuk seseorang, tapi nampaknya, selamatlah dosa saya kali ni. tak dibaca oleh orang lain.



ohya, saya rasa tadi saya cakap pasal hobi baru saya sepanjang sem yang baruuuuuu je berlalu ini, iaitu, MERUNGUT! seperti air yang dicincang takkan putus (memaksudkan peribahasa secara literal), merungut kan ke satu hobi yang cool.




saya rasa macam menyampah pulak bila ingat balik, bila merungut, cuma pengacara bersamamu je yang dengar dan saya tahu, mungkin dia cuma berlakon buat-buat kesian sebab kehidupan saya yang terlalu pathetic sem lepas. (seronok pulak cakap sem LEPAS bila semua kerja sudah selamat dihantar.)





bila saya ingat balik lagi, kalaulah saya boleh jumpa christmas carol dan dia bawak saya lalui hantu past, present and future (mungkin saya akan pengsan dengar perkataan hantu sebelum sempat lalui time travel proses tu), saya akan spit on my own face sebab terlalu kuat merungut.



kenapa sekarang, bila dah duduk dalam bilik sendiri dekat rumah baru nak rasa muhasabah diri?



sebab, adik saya yang 13 tahun sedang melalui hidup seorang budak 13tahun yang lebih mencabar dari sarah nur yang berumur 13 tahun.




yes. i might be lucky and all.having to go to good school and all, but knowhat?




after few years leaving school,it does not meant much.i have an easy life.yeah.u bet.




true. we lost our breadwinner. but i already 17 when it happened. adik saya?




we had an easy life. there's obstacle,yes, here and there. but still. easy. piece of cake. (saya masih tak boleh paham mana connection antara kek dan easiness and why they invented 'piece of cake' in the first place).





mungkin sekarang, kita patut lebih bersyukur. if u know what i meant.

Tuesday 9 November 2010

kurus dan tak kurus.

kau cakap aku kurus 80kali takpe. aku baru terniat nak cakap kau gemuk pun dah jatuh hukum? mak ai.




am not trying to be sarcastic but, i am just being honest.





huge difference there, if anyone notice.IF.






maksud saya, kalau saya nak jadi sarkastik kan, saya mungkin kedengaran pedas dekat situ kan, tapi, cuba baca balik dengan intonasi dan bagi pihak saya.




seorang yang kurus(sudah terang lagi bersuluh dengan flashlight), yang seumur hidupnya mendengar makna perkataan yang sama, dengan pelbagai cara dan variasi kosa kata. kalau dikumpul-kumpul, mungkin saya mampu membuat satu thesaurus jugaklah.




and all these while i've never, NEVER replied them honestly.




how do they(sesapa yang terlibat) think i feel? the one that they call friend? the one that they 'complimented'?




yes. selalunya, saya pujuk diri sendiri dengan cakap, diorang cakap kurus, bukan nak kutuk tu.






terasalah kamu sesapa yang perlu terasa.




macam saya cakap tadi, saya bukan nak sarkastik bagi orang terasa, tapi, saya cuma luahkan saja. apa yang HATI KURUS ni rasa.





oh ya, mungkin juga pandangan masyarakat dunia yang menganggap size 0 is the new 2 and 6 is the new 14, dan berpendapat people with size 0, tak ada perasaan sebab terlalu keding untuk mempunyai tempat untuk sekeping hati.





so, orang-tak-kurus adalah sensitif, jadi, adelah SALAH BESAR dan boleh dijatuhkan hukuman mandatori jika mengeluarkan perkataan GEMUK dan LEMAK di hadapan mereka kerana akibatnya boleh menjadikan mereka low self-esteem dan mengambil diet berani mati yang kemudiannya menjadi mangsa bulimia nervosa.






orang-kurus-takda-isi adelah takda hati jadi, lemparlah segala macam kosakata yang berpatutan dan tidak berpatutan tanpa was-was sebab, hey, why bother because they aint feel anything. lagipun, kalau mereka ni low-self esteem pun, bukan boleh jadi apa pun, tak mati pun.takde pun diet atau penyakit yg boleh jadi mendadak gemuk dan mati. lantaklah.





lot of talk. did i make my point?

Saturday 6 November 2010

kfc

wahaha. lagi berapa hari dah boleh selebret anniversary sebulan tak update belog. eh, kalau sebulan mana kira anniversary sebab anniversary secara literalnya bermaksud ulangtahun. jadi ini mungkin cuma ulangbulan. sebab anniversary saya percaya diambil dari perkataan annual ----> tahunan. jadi kalau untuk kes ulangbulan, ambik...errr...mungkin monthversary? oke. segalanya mungkin. saya tak tahu. kenapa nak fikir lagi susah-susah, EXAM KAN DAH HABIS!!





tipikal student. asal exam final berlalu, mesti seperti nak keluarkan otak dan sorok dalam peti hitam dan sumbat masuk almari paling buruk dalam stor.padahal, nanti nak kena fikir pasal balik lagi, barang nak bungkus-bungkus lagi, pasal jurnal format sains malaysiana untuk komunikasi saintifik yang belum buat-buat sampai sekarang tapi kena hantar sebelum balik cuti nih. alamak! terlupa nih.






ni paling utama nih. update belog sebelum cuti nih. tangan dah ketar-ketar time exam nak taip taip, tapi salah timing. ada ke time exam hubungan etnik yang objektif tu tetiba nak menulis? gila apa?





tapi masa tetiba tunggu LRT nak pegi balik kl sentral pun tetiba otak bergelombang laju je pikir-pikir idea random nak berbeloging. masa depan laptop taknak pulak brainwave laju-laju.





tapi mengenangkan kutukkan asrinna yang berbaur ugutan yang katanya, "asal bukak je mesti tangan ketar-ketar marah".(itu tajuk entri sebelum, pada sapa yang pending.)





seperti biasa, bila banyak sangat cakap benda lain, lupa pula pada tujuan asal.






apa tadi?






oh ye tak ye. tadi pegi dating. walaupun saya tahu ramai yang rasa macam 'pedulik-hapa-aku-kau-pegi-dating-loser', tapi saya nak cerita benda yang terjadi masa dating. jadi, wajiblah dong kamu ketahui asal usul kejadian.






kerusi monorel atau LRT kan tak macam ktm, dia macam takda pembahagi walaupun sebenarnya ada even cuma bonggol sikit macam bonggol tengah jalan kan. kalau kerusi ktm, leh la nampak terangtangtang la, ni kerusi aku, ni kerusi kau, jangan lebih atau kau kena panggil gila seks. haa gitu la gaya kerusi ktm.





tapi kerusi LRT pulak tak, dari jauh nampak macam kerusi kantin sekolah internasional je kan? eh, mana saya tahu pulak kerusi sekolah internasional macam mana. dia macam kerusi kantin kat sekolah kan, panjang dan lurus, tapi papan, tapi kalau LRT kerusi panjang dan lurus, dan licin dan cantik comei ada gambar katun kadang-kadang. dapat bayang?





oke, fine. kalau tak dapat bayang, sila google kata kunci 'kerusi LRT'. jumpa apa?





bukannya saya ada masalah dengan kerusi LRT. bukan. bukan. saya cuma ada masalah dengan manusia sekalian yang duduk atas beliau je. tapi bukan semua.





cuma yang seketul dua yang berjantina tertentu, bila duduk kangkang punyalah luas sampai consume 3 bahagian sekali (ini kisah benar, saya selalu ternampak.TER.). maknanya, kiri dan kanan dia, orang nak duduk pun tak jadi sebab takutkan geselan-geselan yang tak berpatutan. (perkataan berpatutan boleh ganti dengan vocab lain yang lebih sesuai ikut kreativiti pembaca sebab saya tengah cuba nak kekalkan bahasa sopan ni.)






amboi. amboi. amboi.





buat saya terfikir, ada yang tak kena ke dengan cawat seluar dia?




cawat seluar perempuan lagi ketat kot.





atau mungkin kaki dia lenguh. orang lain yang tengok tu tak lenguh agaknya.






yang penting saya tetap tak paham kenapa. rasa macam nak je tanya," hey kau, apesal consume kerusi banyak sangat ni, dua pun dah lebih dari cukup, lebih-lebih pulak. tak nampak makcik tu tua? dah la kau yang muda belia sihat walafiat ni tak berperikemanusiaan bagi kat makcik tu duduk. kau ambik pulak banyak-banyak kerusi. bapak kau CEO LRT ke?" (alamak, sekali terkurang ajar).





ops. sila jangan hentam saya dulu. saya tahu lelaki kalau duduk kangkang kan, takdehal. takkan nak kepit pulak, tu lain dah cerita tu. cuma, tak paham, kenapa nak ambik sampai 3? 3? lucky number? idts.





apa-apajela. saya banyak lagi nak tulis ni.

Wednesday 13 October 2010

tangan ketar-ketar ni marah

kita sama-sama manusia. taraf sama je dekat mata orang atas.



mata orang atas cuma perumpamaan.



tapi taktau la kalau kau duduk tingkat bawah, jadi, mata orang atas mungkin akan membawa makna literal.since saya duduk tingkat atas sekali, atas kepala saya siling yang ada 99 jenis lubang hujan, jadi, orang atas saya adalah yang lebih tinggi.





saya sedar diri. bukanlah sebaik mana. rukun yang lima tu pun tak berapa nak sempurna. zakat pun mak yang bayarkan lagi. maklumlah, student.




perangai saya waktu nak membesar jadi orang pun, saya perangai sikit kurang baik.




tapi sekurang-kurangnya saya sedar diri. dan saya berusaha untuk menjadi lebih baik. walaupun kadang-kadang usaha saya mendapat halangan dari pelbagai pihak termasuk makhluk menyetan di telinga saya.




saya bersyukur sebab dulu saya ada ayah yang selalu tegur tingkah laku saya.




ayah pernah cakap, jangan buat naya orang. Tuhan marah. kalau Dia nak tarik, Dia tarik kejap tu je. Dia bayar cash. takde hutang-hutang cukup bulan bayar.




mula-mula, ego budak hingusan, memang lah saya melawan dalam hati. saya defend diri sendiri dalam hati. gila kau nak melawan cakap ayah? kena lempang mau? (ayah saya takdelah garang macam mejar polis ke apa, ayah saya baik je, cuma bila anak-anak perempuan dia ni dah melampau, naik tangan jugak lah.)




tapi, lama-lama, saya sendiri belajar. ya. saya belajar jaga diri sendiri. jaga hati orang. jangan naya orang. kalau hati saya sakit kena toreh-toreh pun, saya sabar je. takdelah kata saya berlagak berhati mulia. tapi, saya mengumpat jugaklah orang buat saya sakit hati tu. tapi cuma tu jelah. nak lebih-lebih pun, apa jelah yang saya mampu buat? nak bayar pembunuh upahan pun tak mampu.





bab nak naya-naya orang ni saya tak suka betul.




kita ni, sama sama sebaya je. sama-sama student lagi. tak lebih tak kurang. oke, mungkin dari segi keputusan CGPA ada yang lebih. tapi saya pedulik apa? bukan saya boleh buat apa pun dengan CGPA kau.




kalau pun kau nak pastikan kehidupan pelajar kau senang dan penuh gembira pun, jangan la nak naya orang. macam quote dari ayah yang menegaskan bahawa, Tuhan bayar cash.




hari ni, kau potong line orang dekat ATM, mana tau, lepas kau amik duit, kau topup, maxis potong duit yuran SOS. abeh duit kau rm2.50. tengok. cash.





tak perlulah pasal kau nak duduk bilik berdekatan dengan bilik kawan kau paling frenship forever tu, kau tipu cakap kaki kau sakit takleh naik tangga sehingga merampas bilik orang yang dah check in. padahal kaki kau sakit tu masa 8 bulan lepas. dan kau bukannya atlet pun, sampai nak kena sangat jaga kaki takleh naik turun tangga hari hari. kau pelajar biasa yang kumpul lemak tiap-tiap hari jugak.




hey. saya tengah sakit hati dinaya orang.





ni je yang saya boleh buat. mengutuk dia dalam blog saya. tapi saya cerita yang betul.





semoga Tuhan bayar dia cash dan ambik bunga 20%. serius saya tak suka diperbodohkan dan diperkotak-katikkan. pegi mati

Sunday 10 October 2010

mimpi syakilla

sekarang baruuuuuuu lah saya paham kenapa orang kata, kalau kita sayangkan orang, kita mesti sanggup lepaskan dia untuk dia bahagia.




oke mood jiwang saya tahu. selepas mimpi ngeri semalam, bangun pagi dengan mood jiwang. kenapa?




abaikan mimpi saya yang mana saya telah menjadi mangsa buat kali ke entah berapa ratus. orang lain pulak kata, mimpi ni sebenarnya nak tunjuk kita punya deepest desire atau deepest fear. ada pulak yang kata mimpi mainan tidur. seorang yang lain akan kata mimpi syakila.




tapi yang saya sedikit terganggu nya adelah, kenapa, orang lain kalau mimpi, dia jadi hero. dialah yang paling hensem di seluruh galaksi bima sakti. dialah yang paling superhero mengalahkan segala jenis tongkat sakti dan pendekar tangan berapi. dialah perak nombor satu. tapi saya tak?





apesal mimpi saya selalu saya jadi mangsa yang tak mendapat pembelaan? kenapa?






mungkin betul mimpi tu kita punya deepest fear.




atau hanya mainan tidur yang dibonekakan syaitan.





atau penjelasan yang paling simple, saya bukan syakila. sebab tajuk dia mimpi syakilla. jadi, syakilla je yang layak menjadi heroin.




eh bukan ke tadi dah kata nak abaikan mimpi saya?




ni, pasal kenapa kita kena lepaskan orang yang kita sayang ni ha.




dulu saya betul-betul rasa macam what the eff dah sayang tapi nak lepas? konon berkorban tapi, korban apa bila kita boleh terus berpegang tapi kita lepaskan? usahalah terus! bukan susah pun.




macam saya cakap la, tu dulu. seriushit saya tak jumpa sebab kenapa orang cakap macam tu. konon-konon taknak pentingkan diri, tapi, kalau kita lepaskan sorang yang dah saling menyayangi macam drama-drama tivi, seperti, kenapa bila jejaka A dan gadis B saling mencintai, tapi sebab jejaka C sudah berkenan dekat gadis B, jejaka A sanggup berkorban?




nampak simple kan penyelesaian? bunuh jelah watak jejaka C jadi jejaka A dan gadis B akan hidup happily ever after. the end. case closed.





but there's more to it. the action that many claim selflessness, is actually a total selfish. sorry friends, but reality bites.



the act of letting go, instead of holding on. why?




its keep getting back to the dream of mine. go figure.

Tuesday 5 October 2010

saman.

agak-agak sebulan jugak lah tak buat entri baru. *saya telah mendapat amaran-amaran dan jugak ugutan layang daripada beberapa orang yang tak takut dengan ke-popular-an saya. saman 7-8 juta pun best ni.




heh. tak percaya ke saya popular?*senyum sinis*




tolong la. takkan la saya yang popular ni pun kau tak tau.




nak bukti? fine.




semalam saya naik lif dekat tingkat bawah canselori nak balik ke kolej an. pastu an. ada orang tu an. (boleh tak bayangkan perkataan "an" yang berulang ni agak annoying dan mengganggu konsentrasi pembacaan? kenapa ada orang suka tulis macam tu. nak kata best, ni saya try buat, takdelah best mana pun an.)



ha, berenti la cakap pasal an. kalau cakap pasal an ni saja an, dah boleh buat satu lagi entri baru agaknya an?



yang tadi cerita pasal lif tu. dekat canselori ada dua lif. satu untuk sekarang, satu untuk masa depan. literally. sumpah saya tak tipu.




satu untuk sekarang (student), satu untuk masa depan (untuk student yang bila kerja, dia mintak kerja dekat ukm jugak, macam tak boleh je menjalani kehidupan normal di luar jangkauan pakcik biru ukm tu.)



pastu. bila saya nak naik lif tu, ada orang tertunggu dekat depan lif tu, nak naik lif sekarang. bila naik lif sekarang, kita otometik tau lah kan apa status dia kan. pelajar yang masih di bawah kongkongan pakcik biru ukm. HAHAHA! kesian.



tiba-tiba, si beliau tadi cakap dekat saya : dah makin kurus ye sekarang? muka nampak cengkung sikit dah.




saya....saya...mungkin saya pernah hilang ingatan. ----> hipotesis pertama.




eh, dia ni dulu pernah join koke khidmat masyarakat sama kot. ------> hipotesis kedua.




wey, mana pernah tengok pun muka dia ni. biar betul. ------> keputusan.



jawapan saya muktamad. saya tak pernah kenal dia ni. muka tak pernah tengok. apetah lagi tau nama. -------> konklusi.



reference : mula mula saya nak tanya nama dia. tapi, bila saya fikir dengan lebih mendalam, mungkin agak kurang sopan bila nampak sangat saya lupakan dia. kalau saya jadi dia, saya rasa malu nak mati sorok muka bawah tanah macam lipas.




lagi satu ni fresh lagi! baru jadi tadi dalam pukui 1130.




tadi masa kelas software engineering, ada la rehat kejap 10menet sebab kelas 2jam lecturer tu sedar dia dah bercakap sorang diri selama sejam lebih tanpa henti dan muka kami-kami pun macam selenga sangat.



saya lapar. saya nak makan berat. saya nak makan kuetiaw goreng atau bihun goreng sepinggan campur telur mata kerbau.lepas tu letak sambal tumis ikan bilis. (ada orang tanya saya kenapa telur mata kerbau? kenapa telur lembu lain ke? telur lalat lain ke. sama je mata. kecuali mata kucing sebab mata kucing boleh dimakan).




bila pergi kafe ada the boifren tengah makan-makan dengan kawan-kawan-kawan.




cis. malulah saya. tak jadilah makan berat kuetiaw goreng sepinggan campur telur mata apa apa binatang pun dengan sambal.





pastu masa nak bayar benda yang saya amik dekat kaunter, ada orang bawak pinggan bihun goreng campur telur mata binatang campur sambal tumis. jelesnya!!! dia bawak jugak air sirap ais. haihh. sirap ais pun feveret saya.



tiba-tiba, nak dijadikan cerita, sirap ais sejuk tu TERtumpah ke lantai. kenalah kaki saya.



orang tu macam kata : eh tertumpah. sori.sori. kena sarah ke?



saya blur.



kena sarah ke? dia tanya kawan dia. kena sarah tak? dia tanya sarah.



eh. sarah yang dia tanya ni saya ke?



saya taknaklah jawab awal-awal, buatnya kawan dia dekat sebelah tu nama sarah, kang sapa yang malu?


pastu dia tanya sambil pandang kaki saya. kena sarah tak?



eh. tak. tak. tak. takpe. *oh penipu sarahnur. dah sah-sah kena. tapi yang dia buat-buat tanya tu kenapa. mestilah jawapannya tak sebab being polite kan?



nah. bukti lagi satu. dalam masa 2hari berturut-turut, saya ditegur oleh dua orang yang saya tak kenali, malah tau pulak tu nama saya. ha.



saya nak mula cari peguam untuk saman orang.

Tuesday 21 September 2010

kenali lelaki. eh. perempuan.

selama ni saya selalu lah macam terbaca, kalau lelaki ni, dia buat kerja nak fokus je kat satu satu benda.



perempuan je kalau apa-apa, perempuan la yang nak tengok dari sudut pandangan yang besar.



contoh macam :

lelaki pandangan fokus terus ke point. macam haiwan pemangsa. fokus!! fokus!! (baru sekarang saya tahu kenapa lelaki gatai dikatakan buaya.)dah aim. terus tangkap!



perempuan macam lebih besar kawasan taklukan mata. nak tengok semua benda. taknak tinggal certain part nanti jadi tak ketahuan. macam haiwan mangsa. untuk elak dari terleka dan tertangkap dari pemangsa.



eh eh. betul ke perumpamaan ni.



ada ke samakan dengan mata binatang? boleh ke?




takpelah. takkan nak guna mata saya pulak. mata saya dah la rabun. kang tak nampak macam mana?


sebab tu la saya haritu ada kawan cerita dekat saya.



* oh ya, saya mungkin boleh ikut jejak langkah ayah saya jadi kaunsellor. saya pendengar yang agak baik.uhhuh. *angguk angguk kepala.





saya nak cerita balik ni apa yang kawan saya cerita. saya rasa dan harap-harap dia tak baca dan terjumpa benda ni. kalau dia tau saya tulis pasal dia dalam blog berilmiah ni, matilah saya.



tapi saya tak tahulah mati macam mana.




mungkin jugak takda sapa tahu kematian saya bila.



di mana.



tapi takpa. kepada silent reader saya (u know who u are), kalau tiba-tiba saya tak masuk entri dalam masa 3-4 bulan, mungkin saya dah ditabuh oleh kawan saya dalam jangka masa 3-4 bulan sebelum itu. sila repot polis. terima kasih.*saya harap saya sudah berkahwin pada masa tu.macam rugi pulak mati tak kawen. maksud saya, sapa nak jaga keluarga saya nanti? sila pikir yang baik-baik bila saya sebut pasal kawen boleh tak?



eh, taip punya taip, tak cerita jugak lagi kawan saya kata apa.




dia cerita kata, dia rasa tak sedap, bila awek dia suka mesej dia time kelas. masa tengah belajar. masa tengah prep (bukan sekolah je ada prep kan?). wooh! aku nak baca buku la!!!! (note : saya betul-betul plagiat je apa yang dia cakap pada saya.)




dia kata lagi, ilmu menjamin masa depan yg cerah. kalau beliau tak baca buku, macam mana beliau nak pandai. macam mana beliau nak dapat kerja elok. gaji besar. kawen dengan awek. awek hidup senang.




err.




tadi kita tengah cakap pasal mesej dalam kelas kan? kan?






tak sangka pulak perihal mesej boleh membawa impak yang begitu drastik sehingga kehidupan alam berumah tangga.




sekarang, sila mengaku sapa yang tulis artikel pasal lelaki perempuan tadi? saya dah tertipu ke atau saya salah pemahaman.




kalau saya sebagai perempuan yang bernama sarahnur.




bila saya mesej dalam kelas. maknanya saya bosan. bila saya bosan tangan saya menyeluk beg cari makanan.



bila makanan takda, saya terpegang pulak fon.



bila saya keluarkan fon, saya otomatik unlock dan tekan tekan tekan. mesej send.




tujuan cuma satu. membuang masa yang bosan ke dalam tong.




saya takda pulak pikir pasal kalau saya mesej, saya tak dengar pensyarah punya soalan kuliah. maka saya tak dapat jawab exam. tak dapat grad. tak dapat cari kerja cepat-cepat. tak dapat kumpul duit. tak dapat kawen. arghhh!!! tensennya! nak kawen pun susah!!! HISH!



dah lah! saya nak jual henfon saya. sapa nak beli.

Sunday 19 September 2010

entri yang penuh emosi. *sila baca dengan emosi juga

saya cuma manusia atau budak perempuan yang cuba cari jalan sendiri untuk terus berjalan.



saya takda apa-apa.



saya takda paras rupa yang menarik untuk ditekel.



saya takda duit atau harta benda pun untuk bodek kawan-kawan.



saya takda sikap happy-go-lucky yang boleh buat semua orang suka berdampingan dengan saya, dan untuk membuatkan kawan-kawan saya terus cari saya jika mereka nak lepak.




saya cuma ada telinga untuk dengar. apa saja luahan hati.




saya cuma ada pemikiran logik, kalau kawan-kawan nak minta nasihat. dan itu pun cuma nasihat seorang amatur. bukan pakar dalam hal cinta, perempuan, atau pun akademik.



macam saya kata tadi. saya takda apa apa. langsung tak.



saya cuma ada hati yang rapuh.



saya cuma ada hidup, yang saya mahu hadapi dengan tenang.



saya tak mahu lagi apa-apa kisah tragis.



saya tak mahu lagi keghairahan meengejar kegembiraan.



saya tak mahu terlibat dalam karenah manusia awal kedewasaan yang penuh drama.



bagi lah saya peluang untuk terus menjadi pemerhati kehidupan orang lain di sudut, dan beredar bila sampai masanya.



tolong. saya merayu.

Tuesday 14 September 2010

malu ke masalahnye?

selama ni saya ada teori sendiri.


kira boleh kata macam ni.



kalau teori keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga tak boleh dicipta atau dimusnahkan, tapi cuma boleh berubah bentuk.



teori sarah menyatakan bahawa, dia orang kedua paling pemalu selepas rasulullah.



tapi teori ni selalulah tak mendapat pengiktirafan. macam yang orang semua boleh tekalah kan.takkan lah ada orang nak iktiraf kan. mestilah mereka tentang habis-habisan kan. i mean, get real. sapalah nak sokong saya kan.(eh eh, nak emosional kenapa.)



tapi, teori ni macam ada harapan nak jadi kenyataaan je. heh.




masa konvoi rayyyyyyya 2010 (boleh kata ala-ala reunion kot. sebab macam ramai pulak geng ex-transkrian. barulah staileeeee - sebut stail bagi tekan sikit feel lebih..)




ada kata saya dulu pemalu. tapi, ada suara sumbang yang sambung, tapi sekarang tak tau malu.




now. ladies and gentlemen.




macam yang saya kemukakan dulu. sapa yang set definisi fun. dalam kes ni, sapa yang set definisi malu?



saya bagi situasi la ye. senang sikit nak masuk otak.




situasi 1.(bagi retro sikit. suasana kelas tingkatan 2.)
saya sarah nur, masuk ke kelas. tetibe dalam kelas cuma ada sorang dua je umat manusia dalam kelas yang tengah melagha. boleh jadi buat homework, atau, baca komik. atau apa saja aktiviti berilmiah yang pengarah mahu. maklumlah kelas budak skema ye dak?



pastu sorang ni, tanya saya. oke. assuming dia jantina berlawanan.

dia : eh diorang suma pegi mana ha? tau tak? apesal senyap je.

saya : are u talking to me? (oke tipu. saya tak sekurang ajar tu kot.)


lagi sekali try.


saya : (biasanya dalam situasi ni, saya akan jawab.)ENTAH. sambil jongket bahu



--------------------------------------------

situasi atas maknanya saya pemalu ke pemalas/berat mulut?

sila fikir dulu. saya nak bagi situasi 2 pulak.


--------------------------------------------


situasi 2. (masih dalam suasana retro. di padang sekolah)
saya tengah cari kawan yang tengah lepak-lepak tepi padang.macam bese, tengah padang, ada orang-orang tengah main bola dan sebagainya. tetibe macam cerita drama di kaca-kaca televisyen, bola tu meluru pulak dekat kaki saya.

orang bola : wey. tendang bola tu.

saya : *tunjuk bola* ni?

orang bola : tendang. tendang.


saya : amik senirik. (blah tanpa belas kasihan)


hahaha. kelakar pulak. tukar la ending.


orang bola : tendang! tendang!


saya tak tendang sebaliknya baling.


---------------------------------------------------


dalam dua situasi tu saya pemalu ke? pemalas?





mari kita discus.


bila saya cuma jawab sepatah bila orang tanya berpatah-patah, memang maknanya saya malas cakap lah. malu? situasi itu, cuma akan jadi versi malu, bila saya berhadapan dengan orang yang buat saya malu. err. macam asyraf muslim mungkin? kalau member sekelas? entah. belum kot?



oke. oke. kalau presentation memang saya nampak tak tentu arah macam malu duduk depan kelas kan. kamon lah. itu neves kot.sapa tak neves bila 29 pasang mata tertuju ke arah kau? eh. mungkin cuma 20 pasang, sebab 4 lagi ahli kumpulan kau, dan 5 lagi mungkin tidur atau tak tengok kau tapi pandang pokok-pokok di luar kelas.




moving on.



situasi dua. eh eh eh. situasi dua penah jadi wey.



haha. kelakar.



sebenarnya dua dua penah jadi. yang saya suruh orang tu amik sendiri. dengan yang saya baling.


oke, kenapa saya kata saya tak malu. sebab. adalah satu kejadian tu. saya tendang tau bola tu. tapi, tak kena. cinabeng. buat malu je. dah la orang orang main bola tu tengah pandang. bola depan mata tendang tak kena. macam keldai.nampak sangat kaki bangku. atau kaki meja? ah. apa-apalah.



sejak dari kejadian hitam tu. huh. saya memang dah janji takmau tendang bola dah. huh!



kesimpulannya. saya pemalu kan? *angkat kening*

Sunday 12 September 2010

chatting raya.

raya kali ni, dah la takdak baju raya (tak sempat siap sebab kain baju lambat bagi pada mak untuk dijahit. hahaha. salah sendiri.)



pastu takdak tempat nak pi raya.




pastu punya lah bosan sampai saya bukak yahoo chatroom.


ye. ye. saya tahu.


mesti ada yang angkat kening sebelah macam ziana zain.



pastu kata : mak aih sarah. desperate much?



haha. agak desperate la.bosan gila bhai. bukan desperate lain oke.




serius weh. tak penah penah saya bukak yahoo chatroom.




ni pun, nani yang ajar okeh! saya tak tau pun yahoo ada chatroom!!!!




mesti ada yang kata : mak ai sarah. kunonya kau?




eh eh eh. banyak bunyi pulak kau harini.




okeh. pilih satu room. enter!



tak sampai 7 menet, amik kau berderet-deret window muncul.



nama tukul keluar. nama destiny la. janggut keramat la. paman la. sampai saya pun konfius. ni indon ke apa?



yang takleh blah ni, nama macam lebih kurang *sayakakipancing (nama tak berapa nak benar)



hahaha. kantoi. je.



ada lagi macam-macam nama yang agak 18sx.




saya tahulah ramai yang dah lepas prasyarat 18, tapi, tak sedaplah kalau nak tulis kat sini.macam mengundang kontroversi je.


(kau orang kan, kalau bagi nama chatting macam ni nak ayat awek untuk first time, memang susahlah bhai. awek pun lari walaupun kau bagi salam penuh. )


oke. sebenarnya nak cite pasal sorang ni.



sembang straight je tanya, u spotin tak?


ni bunyi lain macam.


so, u tak layan la i yag nakal ni.



gedebuk. ni bukan straight lagi dah ni dah terang lagi bersuluh.




oke, nak senang cite, saya copy paste jela kat sini kata-kata dia.


dia : x jumpa la ye
dia : mmg x nakal kan
dia : x spoting
dia : x pe lah
aku : haha
aku : senang je kan
aku : oke bai
dia : ok
dia : cari la yg baik
dia : tuk awk
dia : kawu=in


(eja pun salah-salah dah. nak cepat blah punya pasal.)


saya sudahi dengan two thumbs up. saja nak bagi dia pannas sikit.heh.



macam macam peel orang. saya try beberapa kali yahoo chat ni masa cuti. saja suka suka. tapi, macam yang saya dah teka, bukan my thing, tak minat. takpelah sekali try kan. at least orang dah takleh kata saya buta teknologi, cuma rabun je. rabun teknologi mungkin.

Friday 10 September 2010

hari hari pun hari malaysia.

kuna : 16 september cuti. hari malaysia.


saya : tapi aku memang cuti sampai 19. hang pun.


kuna : a'ah la. cis.



-----------------------------------------


kenapa ye, 16 september baru sekarang nak diisytiharkan cuti awam?



kenapa baru sekarang orang sedar yang hari malaysia ditubuhkan 16 september 1963 tu, sama pentingnya dengan 31 ogos 1957?



sebab sekarang kita punya semangat nak realisasikan 1 MALAYSIA ke?



saya takkan lupa.




masa sekolah dulu, ada sabjek kajian tempatan tu.



saya terbaca (bukan terbaca sebenarnya, memang kena baca pun tapi biasalah. kanak-kanak. suruh baca buku dah macam suruh pegi sekolah 5hari jangan balik rumah makan tengah hari), pasal tarikh ni yang sama tarikh kawan saya punya hari lahir.



saya tanya kawan saya, 16 september tak cuti ke?


dia kata tak.



saya tanya kenapa?



dia kata, kenapa nak cuti?



saya kata sebab hari malaysia dapat nama. malaysia ditubuhkan. sabah dan sarawak join semenanjung.



dia pening dah. HAHAHA! budak budak. tanya sikit, bagi fakta sikit, dah juling mata.




tapi, saya rasa, kalau saya yang baru sekolah rendah ni, eksaited nak sambut hari malaysia yang saya baru tahu dan baru sedar kewujudannya, kenapa kita perlu tunggu slogan 1 malaysia baru nak mengaku kita malaysia? walaupun multiraces, tapi kita berdiri sebagai satu rumpun?



entah.




yang pasti. sejak itu, setiap kali 16 september, saya tetap ingati dan bersyukur dengan kewarganegaraan saya. saya takkan lupa.saya tak tunggu cuti. sebab saya patriotik orangnya. haha!


kutuk la kutuk la.

posmen raya

oke, tak kesahkan lah kalau orang sekarang dah tak nak main kad raya.


setem pon dah 5kupang. so, alasan baik lah kan.






guna sms je.




banyak kebaikkan kan. contoh.





cepat. sampai dalam masa bape milisaat je. (mungkin cecah ber-saatsaat bila line telco tak menepati kehendak pada waktu kemuncak ni)



pastu boleh diringkaskan. tak perlu nak buat karangan panjang jela jela.tambah tambah lagi untuk manusia yang tak berapa nak pandai bermadah-madah macam sarah nur.




ayat ringkas senang paham.




tapi agak-agak la.




takkan la sampai seringkas ini ucapan raya.



"SHR MZB"



kejadah?




p/s: aku tak kutuk kau zikril hakim rusli.selamat hari raya maaf zahir batin sekali lagi.

Wednesday 1 September 2010

seliuh. lagi. tahniah.

ni tak tau lah nak kata malang ke apa dah.



bila seliuh kat tempat yang sama, yang seliuh dulu belum sempat nak kembali kepada keadaan asal pun.



maksud saya, kamon lah jalan! jadikan orang lain mangsa boleh tak??!!



dapat ceramah sana sini pasal cara jalan yang betul.




dapat jugak marah-an daripada the boifren.


"sarah cuba jalan elok-elok sikit boleh tak?" - intonasi marah.




aik? sejak bila zaman orang-sakit-dilayan-macam-raja ni dah bertukar ke era orang-sakit-takyah-dikasihani-perlu-disembur-sehingga-insaf?



saya tak perlukan orang untuk angkut papah saya ke sana ke sini, atau orang untuk suap buka puasa ke mulut. tapi, TOLONG KESIAN SIKIT BOLEH TAK?? SAKIT DOWH!




tapi kenaaaaaaa jugakkkkkk pegi kelas.



masa nak pegi tempat tunggu van park and ride untuk ke fst (bese saya jalan kaki. tapi, bila congak-congak perjalanan 15minit mungkin akan menyebabkan saya tempang, saya tukar fikiran.) saya rasa buku lali macam nak tertanggal. macam ada skru yang dah loose pastu tunggu masa je nak lepas dari cengkaman.



sakit? boleh tahan laaaa...sengal emmeltz yoko yoko.




bendanya kan, saya tak rasa silap saya sepenuhnya. kalau ada pun cuma partially je.



sebab kan, rasionalnya, 20++ tahun, saya tak penah seliuh, patah atau bengkak serius yang memerlukan balutan. kena gigit tebuan pun belum pernah. (kaitan?)


eh yang parut jatuh longkang kena jahit ni tak kira tau sebab tu jatuh masa kepala pening. so, TAK KIRA!


nampak tak bahawasanya saya taklah se-clumsy yang digembar-gemburkan? nampak tak bahawasanya saya pun berpeluang untuk ditabalkan sebagai gadis melayu? nampak tak? nampak tak?



jadi salah siapa?




bila saya kaji balik kan, setiap port saya jatuh, jalannya adalah batu bata warna merah yang benbentuk-tak-dapat-dikenalpasti tu, dah terkeluar dari landasannya. ada yang mendap ke dalam. ada yang terkeluar.



hah. ni dia bukti gambar bata tu. bukan yang petak tu. yang bentuk gila tu. nampak tak macam mana tendency untuk jatuh kalau terpijak bata tak berbentuk normal ni akan berlaku? possibiliti tinggi kan? i told u.


bila saya tengok dari kedudukan mata saya yang saya anggarkan setinggi 148cm dari aras tanah (jarak dari mata dahi dan hujung kepala plus minus 5-7cm), warna merah hati bata tu, nampak sama je. tak nampak sangat bila ada bata yang terkeluar atau ada bata yang termendap ke dalam.




jadi, bila saya pijak sipi-sipi je batu yang terkeluar dengan termendap apa jadi?




seliuh!!! YES! U GOT iT!




jadi, point saya adalah. bukan lah saya punya cara jalan kan? (although saya mengaku cara jalan saya agak pelik. dulu masa kawan-kawan kata saya jalan pelik, saya tak mengaku. tapi masa lalu dekat bawah canselori ukm tu, ada cermin besar kan, saya baru perasan apa yang peliknya. kesian.)



salah jalan la yang tak betul kan.



tengok jelah jalan dekat sini. yang batu terkeluar sana sini. marmar yang pecah merata. jalan tar yang macam diturap pakai suratkabar sisipan skor A.



paham dak?



eh. eh. apesal lembap sangat tak paham-paham ni.



pegi seliuh sekarang. lepas seliuh mesti boleh jadi cerdas.

Monday 30 August 2010

fb.t.gdi

watak 1 : kenapa deactivated fb?

watak 2 : dah rasa bosan jugak.sama. sarah deactivated. kawan deactivated.nak gak la.

watak 1 : ingat ini trend ke? hahaha.

-------------------------------------------


ya. facebook penah jadi satu macam fenomena dalam kalangan masyarakat celik IT (ayat boleh buat intro karangan tingkatan 1.)


dan ya. saya kolot orangnya. rujuk sini.dan sini pun.



entah lah. saya tak pernah berminat dengan benda alah ni sebenarnya. walaupun dengan aplikasi yang pelbagai. games. shop online etcetc. (untuk pengetahuan, saya buat paper pasal fenomena fb dalam satu sabjek di UKM. objektifnya ada. tapi motifnya tidak dapat dikenal pasti)



setahun saya menahan diri daripada pengaruh pengaruh anasir kuning ni.



last-last. saya buat jugak lahhhhh satu akaun atas desakan rakan seperjuangan dan desakan hormon (faktor ini boleh dikaji memandangkan saya tak tau hormon apa yang boleh buat sarahnur buat fb. sila approach pensyarah untuk cadangan penyelidikan.)


kata mereka best. tapi saya pasti yang bestnya bila dapat tag kawan-kawan satu gambar bukan untuk tatapan umum lepas tu, tunggu setiap nama dalam gambar mengomen dan mengutuk ekspresi satu sama lain.



kelakar memang kelakar.



tapi pada saya. thats it. itu saja yang saya dapat faedahnya.




saya tak main games. tak pandai dan tak berbakat dan paling penting, tak minat.



ada jugak page page tertentu yang sedap namanya. tapi itu sajalah. apa ada pada nama kan. bila dah like, isi page mulalah tak tentu arah. kadang-kadang admin meroyan maki orang sana sini. elok sangat lah tu.



boleh tengok page artis kesukaan. yang ni saya suka jugak buat. tengok page liyana jasmay, siti nurhaliza, AGNES MONICA, zahiril adzim. aaron aziz. DAN TAK LUPA JUGA PAGE SYAFIQA MELVIN.


oh dan ya. saya penah add si sapa tu yang jadi ali dalam KAMI. ape nama dia ezani ezani macam tu la. tapi, saya assume dia tak aktif fb.



lama-lama bosan jugak.


artis cakap hai dekat peminat, then update status. lainlah kalau dia kata, "sapa nak tumpang berbuka dekat rumah datang la malam ni. tapi kalau boleh sarahnur mesti datang tau!!!".



ataupun. mereka tulis di wall saya. "sarah, ko nak enjoy raya lebih tak? jom ikut aku pegi rome shooting filem tajuk cinta kau boleh diflush"



tapi. harapan jelah yang tinggal.


makanya, bila nak tak buat benda seperti mengomen atau mengumpat atau melihat page artis sambil berangan, saya takda apa benda nak buatlah maknanya.



fenomena tak fenomena. fb ke apa ke. kelaut jelah.



saya pun bukan jenis orang yang suka explore explore ni. orang lain dok riak hidung tinggi mencanang dia dah tau nak buat sekian sekian dalam adobephotoshop, saya masih lagi tak tau macam mana nak edit gambar gunanya.



takda nafsu pun nak buka software tu. langsung.



sebagai kesimpulan. saya nak kemuka kan soalan yang kawan saya tanya.



eh sarah, ko ada twitter? buatlah twitter best dowh.

Saturday 28 August 2010

eh lupa letak tajuk pula.

ada satu hari tu, ikut la si pika pegi photoshoot.

so, here's the shots.



gambar baruuuu lepas mekap dengan mekap artis indonesia namanya citra..cun gilalah!(jurumekap tu) macam pelakon sinetron wa cakap lu.



gambar solo pakai jubah. masa ni xberani lagi nak amik gambar pika dekat-dekat. takut kena marah. HAHAHA!



baruuu la glemer sket nampak kameraman dgn flashgirl (xtau apa istilah utk orang yg pegang skrin utk pancarkan cahaya nih. flashgirl pon boleh lah.)



gambar salam-salaman, camera man suruh tunjukkan suasana raya.



ini gambar lepas selesai adegan tembak tembak.



p/s: ni gambar-gambar utk sesi gadis bertudung (gadis?). ada heliza, pika, farah AF dengan kak syarifah nor (personaliti tvp, biasanya femes untuk mengacara nasik lemak kopi o.)yang sesi lagi satu ada fizo, black, miz nina dengan ana rafali. tak amik gambar mereka.dapat jumpa salam cium tangan sudahhhh..HAHA!




ada cerita di sebalik tabir. saya cerita dekat orang-orang tertebtu je. sampai kuna kata saya nak jadi penulis gosip.



saya : a'ah, aku dah macam wartawan majalah *pelam.

kuna : apa barang majalah pelam, amik gambar dekat swimming pool je. majalah vwxyz la.

saya : sama je. majalah vwxyz pun stended up sikit je dari pelam. aku nak jadi wartawan untuk majalah *semesta. tapi itu untuk artis oversea. mana nak cari?



quote of the day : sapa dia nak buat macam tu. artis baru jugak. *baca dengan penuh emosi please.*

Friday 27 August 2010

the expandable (bukan nak review.malas.)

pengarah sylvester stallone.


dia penerbit(kalau xsalah, kalau salah pun lantak lah. bukan saya dapat komisen yang perlu ditolak pun), dia hero. biasalah. sama ada nak buat comeback yang gah ATAU nak jimat kos pelakon. at least tak perlu nak pikir aksi bayar stuntman. buat sendiri jelah. apa-apapun, saya bukan dalam industri ni, so, what the f.



nak baca riviu, google lain.saya pemalas.


tapi yang pasti, memang best. kuar panggung sejam setengah kemudian, boleh kuar nafas puas.senyum je cakap dekat si beliau dekat sebelah, seronok ai suka.



tapi dalam hati.




tipikal filem america. apa yang tak hebatnya duduk amerika?



walaupun mission tu impossible tahap petala kelapan. takdehal. tinggal kira minit je nak raikan si hero.



tengok la alexander ke. kingdom of heaven ke. james bond ke. inglorious basterd pun.



kalau si kulit putih, english-speaking man, kompem menang tak cukup siang, malam pun boleh menang.



bukan tak best. best. semua cukup. garam, gula, pedas, sweet sour. semua ada. perfek.



sebab tu saya nak tengok sangat-sangat, sapa yang akan keluarkan cerita pasal gaza/palestine, versi amerika.




celah mana diorang nak cilok.


bak datang.

wella 2

sebenarnya, susah tahu tak jadi perempuan.


dia sendiri tak tahu, apa yang tak kena dengan diri dia sendiri.


orang kata, kalau perempuan ni kata, dia okey, makna sebenarnya adalah sebaliknya.


mungkin betul. tapi kalau saya sendiri, saya seorang yang agak straightforward. bila saya kata saya oke, maknanya saya oke. tapi, bila jawapan saya tak straight kata, "oke" contohnya macam "ohhh, oke." atau "okelah tu" atau "takpelah, boleh jugak", maknanya thats definitely not oke. isi penting di sini, bila saya oke, saya akan cakap sepatah je. OKE. kalau kau kau dengar banyak patah lain selain oke, jadi, paham-pahamlah.



untuk kaum-kaum lelaki kan, kalau si awek ada yang tak kena dengan dia, dia nampak sedih, atau termenung, atau apa-apa versi bukan diri sebenar, jangan la terus tembak kata, kamu ada buat salah. macam saya cakap tadilah, kadang-kadang, empunya diri sendiri tak dapat tahu apa yang tak kena. bukan PMS pun kadang-kadang. bukan salah si lelaki pun kadang-kadang.*awas kalau kau tanya dia, "period ke". mungkin dia akan betul-betul jadi merajuk DENGAN KAU.



seorang perempuan tu, takkan terlepas dari merasakan dirinya seorang loser, walau berapa banyak pun nikmat dunia terbentang di tangannya. bukan tak bersyukur tapi, hatinya tak tenteram.



macam mana nak buat kalau jadi macam ni?



kalau saya, saya cuma mahukan orang-orang yang boleh kembalikan ketenteraman itu. be it family, friends or the boifren.




yang penting, bagi dia masa untuk clearkan otak.



walaupun kelihatannya dia seperti seorang yang tak berotak.

Friday 20 August 2010

jangan sampai.

pukul 506 petang.


ni kalau ikut time TV3 ni tepat la jam 5petang nih. saja je buat jam cepat 6menet. tapi, jangan tanya la kenapa 6 menet. tah saya pun tak berapa nak pasti. kenapa tak cepat 5 menet? atau 10 menet? atau setengah jam seperti budak-budak nerd dan skema yang lain. ah jangan tanya boleh tak? saya tak tau tak paham ke ha?



hoi bulan posa boleh tak sabar sikit?




ah lantak lah! kau tu, harap bulan posa je nak bersabar buat apa. bulan tak posa lagi 11 bulan tu perangai campur tinggal menghasut orang setiap saat je nak sama dengan tuttt*censored* tu tak sedar?




emo la emo laaa...



perut bunyi kruk kruk. erg. bulan posa ni macam telinga jadi oversensitif je. bunyi perut pun dah kruk kruk macam bunyi kak gigit keropok lekor. oh ye tak ye. kak kan dia kalau macam bunyi adehai...takleh bawak pegi jumpa DR M la kesimpulannya. kang makan beradab dekat meja je bunyi kruk krak. malulah saya.



hosh! cerita pasal makan-makan ni pasai pa? lagi 2jam setengah.



kawan-kawan yang saya hormati. saya tak sukalah atau nak lebih senang telan (perkataan yang biasanya saya guna adalah "ayat yang nak lebih senang paham" tapi, bila bulan posa ni, vocab pun jadi cenderung ke arah melelehkan air liur) saya bencilah bila ada orang lelaki tanya orang perempuan dah berapa hari tak posa.


pastu, buat muka sengih-sengih nampak gigi macam kerang busuk. dah la gigi kuning. pang karang nak?



sebok nak tanya private sector tu buat apa. yela yela. memang la tak patut marah sebab tu kan benda betul. tak payah nak malu ke apa kan. tapi. kamonlah. kalau dah nama private sector tu maknanya tak boleh nak cerita ceriti dekat orang tak berkenaan paham?




kalau saya tak posa 3 hari ke, 4 hari ke, atau 18hari ke, kenapa? kau nak tolong gantikan ke?


apa faedah yang kau dapat bila tanya saya tak posa berapa hari? dapat sengih tunjuk gigi? kau bukan buat iklan colgate yang boleh dapat upah kongsi dua bagi kat aku sama pun.



ni saya bebel-bebel ni mesti ada yang kata PMS.




bukan nak skeptikal, tapi, dah lali macam buku lali naik tuli dah.




alah. nak sengih kerang dekat orang perempuan konon.



kau jangan sampai aku tanya balik soalan berapa hari kau pasang khemah masa masuk jawi dulu.

Tuesday 17 August 2010

sijil sarah sakit.

MC lagi buat kali kedua untuk sem ni.


baru nak masuk sebulan masuk kelas. MC lagi.


mesti pensyarah-pensyarah saya yang bijak pandai ingat saya kelentong, kaki ponteng, dah 3rd year pun tak insaf-insaf padahal proposal tesis pun belom buat lagi. apelah sarah nur ni.


mesti diorang blacklist saya.


huhuhu.



maafkan saya.



haritu chicken pop. kali ni seliuh. lagi.belah kiri pulak dahhhhh...




dah bengkak, luka lagi. malu betul pegi kelas macam nenek tak pakai tongkat.



sakit nya lagi la.


tapi takpa. dugaan bulan puasa ni pahalanya besar kan?



alhamdulillah. jangan merungut ye sarah nur. kita terima je semuanya.



takpa tu suma tolak tepi.



bekalan ubat biasanya kena makan ikut arahan kan? kalau kita fleksible sikit-sikit takpe kan?kan?


contohnya, kalau ubat tahan sakit kita makan jela time sakit, takleh ke? kan? kan?



lagi kalau dia bagi arahan dekat label macam ni.









nampak dak?



--------> Amaran : Dihisap atau dikunyah.



saya nak cepat ni. telan jelahhhhhh...

Tuesday 3 August 2010

sejenak bersama dr. maniz. (tajuk tah ape-ape.)

kelas komunikasi saintifik yang pertama selepas lebih kurang 3minggu kami terkapai-kapai tanpa haluan DAN tanpa pensyarah mahu mengajar.



kesian kan?


kami memang mendapat layanan begini je dari tahun 1.


macam dianaktirikan oleh fakulti sendiri je rasanya. saya kata macam ye?macam. macam maknanya bukan sebenar, cuma perumpaan yang tidak membawa makna.(ini monolog dalaman, perasaan kami semata-mata tiada niat mahu menuduh. sebab ada masa tahun lepas, bila saya tulis pasal kolej saya, pastu, rumet saya cakap ada rumours cakap saya kutuk JAKSA kolej saya dalam blog berilmiah ni. PADAHAL, saya cuma tulis pasal kolej. HELLO kawan, tulis pasal kolej tidak bersamaan dengan mengutuk atau mengumpat JAKSA oke? walau macam mana tak puas hati pun, saya takkan lah nak kutuk mereka di khalayak ramai macam ni kan? takkan lah saya bodoh bangang mak bapak tak ajar pegi sekolah pun cikgu tak ajar nak buat perkara menghampiri menjatuhkan maruah tu kan?)




alamak termembebel.


biasalah sarah nur bila dah emo. memang laju macam bertih jagung menenyeh keyboard lab fakulti tumpangan kami ni.


oh ye. fakulti tumpangan == fakulti sains teknologi maklumat(FTSM). tetiap sem kami amik barang 2 sabjek sebagai wajib teknikal atau wajib major dekat sini.



malas la nak cerita pasal FTSM. nanti asrinna dan fatehah kata bias pulak sebab FTSM ni jugak merangkap fakulti-in-law saya. HAHA! tekalah sendiri apa maknanya.



err.. sebenarnya, bila saya banyak sangat tulis, saya cenderung lupa apa tujuan saya pada asalnya. kejap ye, nak check balik tadi tujuan asal.



ha! KELAS KOMUNIKASI SAINTIFIK.


dikendalikan oleh dr. ismanizan. sesetengah pensyarah panggil dr. maniz. asrinna pun panggil dr. maniz. dia kata sebab dr tu manis=maniz.


ni lagi satu saya tak paham. (apesal banyak sangat membebel harini? time lab komputer pulak tuuu..)



kenapa ada orang boleh cakap pensyarah tu, manis la, comel la, cute la, hensem la. pada pandangan saya, pensyarah cuma satu = seorang yang sangat saya respek sebab ketinggian inteleknya. skema? takpelah. mereka pengajar saya. apa salahnya?



eh keluar topik lagi.



tadi dr. isma cakap, buku terawal adelah Chaldean of the flood ~4000B.C.


masa tu, buku yg pertama (kalau saya tak salah ingat) dijumpai pada tembikar. dan batu-batu.



dr isma kata lagi, nasib baik lah sekarang kita ada buku. kalau tak, jenuh jugak lah student nak usung batu pegi kelas(beliau cakap sambil buat gaya angkat batu berat, terbongkok-bongkok.)



HAHAHAHAHAHAHAHAHA. kelakar amat.



bayang kan.



bayang kan.



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.





kelas sejam je ada 30-60 slide presentation untuk salin. belum kira kelas 2 jam.



macam tu, pegi kelas kena usung berapa batu agak-agaknya? 81? dah macam nak pegi haji je. tak ke?

Thursday 29 July 2010

educating sarah

saya baru tengok satu blog yang menarik dibaca tadi

lepas tu, dia ada letak iklan petronas yang pasal budak-budak sekolah tak tau race tu apa.


haih. teringat zaman kanak-kanak.


dulu masa saya sekolah rendah dekat sekolah kebangsaan sri kinta, saya masa tu darjah dua ke tiga entah. tak ingat tepat.


satu hari tu tiba-tiba cikgu buat satu kuiz terkejut(pop kuiz).



saya mesti la relaks je. apedehal. kuiz je. *apesal dari kecik sampai sekarang perangai ni tak berubah? kalau lecturer buat kuiz, orang lain cuak, saya mesti cool je walaupun taktau jawab itu kuiz *



dapat kertas saya survey-survey soalan.



oke. takdehal. boleh buat punya.




bila nak isi form dekat atas kertas soalan.


name. passed.

class.. passed.

race. err. race?



alamak. apekejadah race ni? takkan la beliau nak tau kereta lumba kegemaran saya dalam kuiz. macam pelik je kuiz ni. *padehal bukan termasuk dalam kuiz pun*



ni boleh tanya ke ni dekat cikgu race apa? nanti cikgu kata takboleh tanya macam mana? malulah saya macam malu taknak pegi rehat lepas ni walaupun perut lapar terang tangtang.*sabjek tu betul betul sebelum rehat, cikgu kata sapa dah hantar boleh pegi rehat*


malu untuk bertanya. nilah sifat saya sampai sekarang, walaupun taktau.*dulu ustad kata orang paling pemalu dalam dunia adelah Rasulullah. lepas tu, saya kata, saya orang kedua paling malu, kawan-kawan semua gelakkan saya guling-guling. jeles betul diorang,kan?*


tengah mencongak-congak nak jawab ke tak soalan race tu(soalan kuiz yang sebenar tak jawab-jawab lagi walaupun masa dah terbazir), ada makhluk lain tanya race tu apa.


saya apa lagi, legalah!


pastu, cikgu tanya, sapa tau race tu apa.


takde sapa angkat tanya. kelas saya masa tu berbilang bangsa lah jugak. melayu, konfirm ada. cina? sebelah saya nama dia meiling. india pun ada. singh pun ada. *oh ye, saya ada intai kertas meiling nak tengok dia ada jawab tak race tu(bukan tiru), tapi taknampak.*



kiranya, takde sorang pun dalam kelas saya yang berbilang bangsa tu tau race tu apa.



lepas tu cikgu pun terangkanlah.



mungkin ada kesilapan di situ.



mungkin, cikgu tak patut terangkan perbezaan kami, ketika kami semua tak sedar yang kami berbeza sebenarnya.



sekarang? dalam kelas pun kena paksa untuk projek kumpulan yang multiracial.


p/s: kita banyak sangat buang masa mengkaji perbezaan bilamana kekuatan kita adalah pada persamaan.

p/p/s: can i now be a teacher? promise i wont teach my student about races and formula 1.

Monday 5 July 2010

tembak.

aku dah penat.


jaga diri sendiri. jaga hati orang.



sekarang aku nak orang jaga aku pulak.



kalau orang tak boleh jaga hati aku, takpa. aku jaga hati sendiri.



kau dan kau yang simpan niat busuk macam bangkai nak rosakkan hati aku, sila blah. berambus. aku taknak walau sebarang molekul udara kau pun dekat dalam dunia aku ni. nyah kau.

Saturday 3 July 2010

wella.

kita semua cakap kita bencikan hipokrasi.


ada yang kata artis tu hipokrit. politik ke.


lepas tu, macam macam makian kita hidangkan dekat orang orang yang kita anggap hipokrit ni.


bila kita jumpa mereka ni, ada ke kita cakap dekat dia, kita tak berapa nak tengok muka dia sebab kita rasa dia hipokrit?


tak kan?



kita pun buat-buat macam takda apa-apa yang berlaku dalam dan luar.



kita senyum, salam, tanya kabar.


nampak biasa kan? itu lah hipokrit. sesuatu yang biasa.



percayalah, si hipokrit yang paling besar yang kita akan jumpa seumur hidup kita ni sebenarnya, diri kita sendiri.


p/s: tajuk takda kena mengena. lantaklah kan, sapa nak kesah kan?

Thursday 24 June 2010

tonik untuk kuat (bukan viagra)

kadang-kadang,


bila kita mengetahui ada orang yang meltakkan harapan pada kita,


ada orang yang mendoakan kita selalu,


ada orang yang mengikuti perkembangan kita,


ada orang yang tersenyum dengan kejayaan kita,


dan menangis bersama kita dengan kegagalan kita,


ada orang yang menepuk bahu kita bila kita perlukan sokongan,


kita jadi kuat dan bersemangat untuk menang.


walaupun untuk melawan kuasa yang superkuat. kan?



Tuesday 22 June 2010

random thought

bila time nak final je, hati pun mulalah nak berkepit dengan laptop, dengan blog.


bongek punya hati. yang masa lepas final haritu, punyalah free nak mati. tapi takdak pulak nak berkepit, nak ketung ketang bagai.


ni esok nak exam, notes belum abeh scan, nak lagi tulis entry. nak lagi tulis repekan.


ikut hati mati. ikut rasa binasa.


one way or another, mati dan binasa. efeknya sama. what the f. lantak la. taip la jugak kan?



masa kecik-kecik, zaman percaya fairy tale, saya nak jadi...dokter.


lepas tu dah besar sikit, dah pandai tengok cerita jepun, nak jadi cekgu cekgi pulak. (kaitannya? cerita jepun kan banyak pasal sekolah kan. kan. gokusen la, GTO la, sailormoon la. eh eh, sailormoon pun termasuk cerita jepun jugak oke!)



oke, sementara nak besar dan matang ni, banyak la lagi cita-cita. nak jadi wartawan la, nak jadi office lady pun ada ohh! macam dalam cerita PRIDE lakonan takuya kimura. cerita jepun lagi kan.


nak jadi pramugari pun ada. tapi sebab sedar diri tak berapa nak tinggi, bukan pendek ya, cuma tak berapa tinggi. tinggi tak cukup 1cm untuk syarat kelayakan. cis. cis. cis.


tapi bila fikir balik, tu suma cuma keinginan yang timbul masa tengok cerita. kira macam pengaruh media massa.



lepas tu, macam nak jadi programmer, hacker. dan yang sewaktu dengannya. ada tengok cerita apa tah tajuk dia, masa tu angelina jolie yang jadi hacker genius. pergh. sapa nak tolak dari jadi macam si cerdik dan cantik lakonan angelina jolie bhai?


ish. macam-macam lagi la nak jadiknya. last-last karang, jadi loser je gamaknya. eh. tak baik la pulak.



takpela. kita tunggu dan lihat ye.


sekarang ni ada something dalam fikiran. cita-cita baru kot. entah. lain kali la bocorkan.

JM

nak pergi majlis (perkataan majlis macam sedikit hiperbola kot?) open-table pekerja tak rasmi JM bariani.

*oh ye, terlupa pulak nak cerita ceriti pasal kejadian-kejadian sepanjang bekerja part-time dekat JM bariani bangi sana nun.but, kita skip dulu lah ye pasal tu


open-table, so we have open-house bila kita raya-raya kita buat rumah terbuka sapa datang dapat makan free gerenti beres gitu haa. jadinya, open-table konsep yang sama cuma rumah takdak lagi, jadi cuma mampu buat open-table atau akronimnya OT.


jadi bila nak OT, diorang biasa buat lepas waktu kerja. kerja sepatutnya sampai pukul 10 je tetapi dengan konsep customer is always right, kalau diorang masuk pukul 10.05, time kami-kami ni tengah bermandi peluh cuci toilet, mop-mop lantai sampai berkilat, superV tengah buat cashier-closing bagai, customer-yang-selalu-betul-datang-dengan-attitude-we-pay-u-money-we-want-to-eat-now datang, kami-kami yang dah macam zombie tengah mop lantai ni, senyum manis sebut "selamat datang" dengan suku ikhlas sahaja.
(tak tipu ni, ada satu family tu datang kan, macam berlagak gila kata, dont worry, we pay u money. i was like, helllloooooo, even if u dont say dat, we KNOW that u HAVE TO.dont have to announce it, do u? simple, u ate, u pay.)


eh eh. dah termasuk cerita ape ni. silap.


bila diambil orang untuk OT (macam VIP gila kan nak dibelanja pun, diambil pulak dah.), member-member menyalahkan salah sebab lambat keluar dan mereka bawak kereta laju macam arnab lari dalam cerita perlumbaan kedua.(sambil laju, multi-task mengutuk sarah nur)



tadah tangan "Ya Allah, selamatkan lah hamba-Mu ini dengan dua orang makhluk ini. Aminnnn.."


"Drama betul pempuan ni."


cis. orang doa untuk kesejahteraan bersama, dia kutuk pulak dah?



p/s: every girl is a drama queen.

Sunday 20 June 2010

help.

how do u ask someone to stop talking politely?


i mean, "please stop talking" is obviously rude even when u have the word PLEASE.


its just that she talks so much that my ears start bleeding, my head spinning and it annoys me SO SO MUCH.


i just want her to shut up. but how?


killing would definitely be out of question.

Thursday 17 June 2010

amaran : emosi tak stabil.

orang selalu kata, things happen for a reason.


tapi tak jugak.



kadang-kadang, things just happen.



kita tak tau, kita tak dapat agak, tak dapat cari. kenapa satu benda itu jadi kepada orang.



ada benda yang berlaku secara tiba-tiba yang mendatangkan tuah.


maksud saya macam, hari jadi yang ke sekian-sekian, kawan saya yang dapat canon ixus. kalau saya yang dapat, memang pelik dan tak mungkin berlaku langsung. oke, mungkin akan dapat. mungkin. saya kata mungkin, bila saya beli sendiri lepas tu saya bungkus dan hantar dekat diri sendiri lepas tu buat-buat terkejut macam yang Mr. Bean buat.


loser.


bukan kata mr. bean loser, tapi, kalau saya yang buat macam tu, memang ada unsur loser dekat dalam diri, bukan ke?


apehal ni sesi mengutuk diri sendiri ke? low self-esteem betul sarah nur.



eh saya dah lupa apa objektif penulisan kali ni.


kejap nak scroll atas balik.


oh dah.


things happen for a reason.


kenapa blog ni kaler macam ceria-ceria ha?


oh sebab saya seorang yang ceria? bullshit.


saya ceria bila gelak. biasalah tu. saya tak ceria bila tak gelak. lagiiiii la biasa.



sekarang saya tengah sedih. saya sedih kenapa benda jadi macam sekarang. why things happen like how it happened? oke abaikan grammar di situ. meninggalkan bangku kerusi plastik sekolah sudah 3 ke 4 tahun. tengok? nak kira 3/4 pun dah tak tahu macam mana sebab dah terlalu lama tidak mengira nombor bulat. saya merujuk nombor bulat sahaja ye kalau nombor yang berdesimal selalu kira dalam kelas dan baru-baru ini nombor pointer yang semestinya mempunyai 2 tempat erpuluhan bukan nombor bulat seperti 4rata.



eh eh. dah pukul 930 le rakan-rakan. saya lapar. biasa saya sarapan lepas subuh.(oke, tidak-berkata-benar sudah menjadi kebiasaan ke?) saya tak tipu.


p/s: kenapa lah wujud entry ni? things happen for a reason, right?

Wednesday 16 June 2010

camera-girrrrrrl!

salah seorang kawan saya datang bilik dan membawa kamera yang baru dibelinya.


CANON IXUS 130!! dengan memori 16 GB!


gilalah!!! cool gila ayah dia sebab bagi anak-anak kamera macam tu free-free je! siap beli dua sekali untuk dua orang anak dia.


tapi, mahal lah.


lagipun, memang nampak cantik DAN menarik kalau orang nampak kita pegang kamera macam tu, tapi...kenapa saya macam tak berapa nak minat (untuk beli)?



sebab harga? MESTILAH SEBAB HARGA!


lagi?


sebab..erm...



saya lebih minat kamera jenis plaroid. yang jenis klasik tu, bila tangkap gambar dia keluar terus. pastu gambar petak kecik je tu.



yup.




saya tak minat sangat kamera digital.



entah kenapa.



tapi, zaman sekarang, kamera polaroid susah nak cari. maintainance tinggi. filem mahal. nak cari memang payah la. kalau rosak? mesti orang kedai suruh campak laut. mesti dia suruh beli digital pastu promosi balik canon ixus dengan ciri-ciri begini begitu.



orang kata tak minat pun tak paham.



karang dia kata ketinggalan.


"haiya..lu apa pasat tak minat? sikalang orang manyak pakai ini maa..."



ayat tipikal penjual.



kalau saya ada duit, saya akan beli yang ini.





nampak macam besar kan?



xde la..oke je...



oke satu lagi gambar!






this is what i define as cooooooooooool!!!!

Tuesday 8 June 2010

on drug.

what would u do, if let say, a friend u considered a very best friend, a friend u would say in need and in deed, u caught talk behind ur back with someone u have an issue?


what u would do?



as for me, i would do nothing. in fact, i wont say anything at all.


its painful oh yeah. but its a lot more painful to really hear the thing itself.


its like an anaesthetic shot. first time strike is holy crap painful, but the second one? u feel nothing.




so my point is, they really hurt u when u first hear it, but, when u think about it, the injection has done its work on u. u were receptor-less. can sense nothing.

Saturday 5 June 2010

emo betul macam ni.

sakit betul.


kenapa ye, kita manusia ni, terus melulu lempar tuduhan bilamana kita cuma baru mendengar hujah dari sebelah pihak.


tak betul la macam tu.



ibaratnya macam, kau buat masjid tak pakai bini. tahu?


memang saya tipu masa semua orang tanya saya oke ke tak. so? fain kata the most common lie is 'i'm fine'.

Saturday 22 May 2010

tua.

kalau sebab saya tak paham perangai/trend orang sekarang saya dianggap pemikiran kolot dan kuno, maknanya, ye. saya tak kesah dipanggil kolot.


eh. eh. mukadimah nak emo apesal?


kenapa ye? kenapa bila seseorang masuk umo baru (birthday), kawan kawan mesti kata, "ko dah tua", "aku muda lagi", etc etc.


what's wrong with growing up? - taken from veronica in the series sir arthur conan doyle : the lost world.



ye. apa salahnya membesar? menjadi matang dan dewasa.


oke. mungkin ada yang skeptical, kata, eleh, dia dah tua memang la kata macam tu.


fine. tua. if thats makes u happy then.


so? saya dah lalui setahun, 2 tahun, 10 tahun, 15, 16, 17 (those sweet years for girls). dua puluh tahun pun saya dah rasa. alhamdulillah saya panjang umur.


tak ingat ke? masa kamu sekolah rendah, bila cikgu cikgi tanya cita-cita, yang kamu dalam hati secretly wish upon the star, semoga cepat-cepat besar boleh kerja, pegang duit, KAWIN (eh apesal nak caps lock tetiba?), nak beli kereta dan semua yang berkaitan aktiviti rasmi orang dewasa.


u wished to be grown ups! WISHED FOR IT!


but when u do, why, for God sake, u make fun of others' birthday?



oke, taknak emo. main2 je kan kata tua tua kan?kan? kannnnn?????



entah la, pada saya, jangan la kata kawan kawan kamu tua..dia kan kawan kamu jugak. kesian dia..hari birthday dia, ade pulak kawan dia yang kata dia tua. boleh hilang mood birthday kadang2.



ce pikir, kalau umo 20, kawankawan memain kata tua, mungkin kita tak kesah lagi. tapi bayangkan nanti, bila kita perempuan ni umur 25 tapi tak kawin lagi, tapi sambut birthday.


mesti ucapan jadi macam ni.


SELAMAT HARI TUA SARAH. DAH TUA DAH NI, BILA NAK KAWIN? KO NAK JADI ANDARTU KE?



makan dalam kan?

Sunday 16 May 2010

response entry fain

tadi terbaca post fain pasal topik ni.


ragam manusia (klik untuk baca)


jadi saya mahu respon.


dah lama dah pikir benda ni..semua kes tu, buat group semua, memang kurang patut. bukan tak patut, cuma kurang.mungkin untuk luahkan perasaan tapi....kita kan manusia biasa...tak sedap lah buat macam ni sesama kita kan?


bukan apa, kita kena jugak pikir dari pihak diorg.


oke betul, mungkin mangsa silap polis tu perlu dibela, tapi kenapa nak generalise kan nak SALAHKAN POLIS secara menyeluruh. abeh yang part diorg jujur tak terima rasuah, korban cuti raya etc etc tak perlu ambik kira, tak perlu consider?


yg pasal team melesia kalah pun, ingat diorg tu bertanding baru prektis ke? diorang bangun awal pagi belatih.ada kau tanya dia bangun stat prektis pukul berapa? sampai malam belatih. sehari berapa jam diorang semua prekti? hey, diorg tu sejuta kali lagi nak pegang thomas la bhai. korang? setakat tengok je nak bising apesal? korang kecewa tak dapat thomas, ada pikir betapa bilion2 kali diorg kecewa?? ada?? nak2 pulak dengan usaha diorang, harapan diorang. semua hasil praktis diorang. tolong la paham..diorang tu galas berpuluh-puluh juta rakyat punya harapan, macam mana terbebannya chong wei berdepan lin dan? stress jangan cerita. nak cakap itu tanggungjawab diorang berdepan stress? oke la oke la, boleh terima, tapi, bukan ke jugak tanggungjawab kita untuk terus sokong diorang? bukan nye bila kalah kondem kan? nak teguran membina boleh, tapi, membina ye?

ke....ada sesapa dengar pemain negara ni cakap, " alaaa...piala thomas je, apedehal? boleh dapat la bila2 pun..tinggal nak dengan tak nak je..."


ada ke? ada ke?


kalau ada sila tampil. sure ramai yang nak dengar nih. maklumlah...nak cari isi hujah nak mengumpat kan?



agaknya memang dah tabiat manusia, yang setitik nak dilautkan, yang sebutir nak dibukitkan.

Monday 10 May 2010

kelas sastera

kita orang melayu ni memang penuh sopan.

taknak kecikkan hati orang, kita menegur dengan kiasan.

penuh budi bahasa.

sampai orang tak paham apa mesej yang cuba disampai.

pending. loading. mesej sending failed. no internet connection. eh terlebih.




kalau orang kita kata cekik darah, apa makna dia?


jangan le kau tanya balik, darah boleh dicekik cekik ke? bukan boleh pegang pun darah tu.


memang kau kena debik dengan silat cekak le karang.



paham la sikit bhai.



kalau cekik biasa orang cekik dekat mana?



ada ke orang cekik tangan? ada ke orang cekik buah pinggang?



cekik mestilah hendaknya dekat tengkuk. leher.dapat?



pastu term darah. kalau dekat tengkuk/leher tu bukan ke ada salur darah. arteri.



oke la oke la. alasan kau tak belajar bio. fine. fine. tak tau.


tapi, gunalah logik. akai ada? (bak kata ayah aku bila dia marah dekat orang yg tak pakai otak).


paling bodoh pun, kau mesti la tau darah kau bergerak guna salur atau pengangkutan kan.



ops. ops. kau nak kata orang tua-tua tak pegi sekolah? tak paham salur-salur darah ni?


tak payah nak alasan. orang tua dengar je cekik darah dah paham terus. tak payah nak explain term by term.


PLUS, THEY INVENTED THAT. cekik darah. THEY ACTUALLY KNOW IT BETTER.



jadi, berbalik kepada topik asal.


cekik darah.



ce la terai bayang buat 0.5saat.


kalau kau cekik salur darah kau dekat leher apa la agak-agaknya jadi?


tak tau? tak tau???



ah takyah la bayang. imaginasi tak tinggi kot?


buat je la.



terai cekik leher kau.



cepat terai.



10 saat.


20saat.


sakit?


ye. sakit tak yah cita lah.


kalau cekik kuat lagi la.



lepas je, kau dah gasping for air.



sekarang dah paham, macam mana situasi cekik darah?



lepas ni, kalau ada simpulan bahasa melayu, atau peribahasa yang tak paham, cuba lah fikir, boleh?


p/s: orang kita dulu sangat puitis kan? tapi, dalam cara mereka sendiri. orang generasi kita pun kreatif jugak. kalau tak, mungkin tak ada rancangan tv yang mintak duit orang, atau rokok yang berperisa strawberi. (seriously, ada ke makhluk isap rokok perisa strawberi? fatin kata ada.)

Friday 7 May 2010

sedapnya hingga menjilat jari (ni peromot lagi, takde ke sapa sapa nak bagi komisen)

status ym : nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc



and why am i salivating?

tetiba satu ym window muncul.


lokman.keme


ni kalau muncul nama ni, memang payah.


payah macam mana?


susah nak takrifkan. undefined.sebab dia selalu cakap benda yang saya tak reti.



lokman keme : kfc nak kat kau ke?


eh eh. ye tak ye. bijak pulak beliau. tak terfikir pulak.


sarah: erk?
sarah: persoalan tu jgn difikirkan
sarah: haha
sarah: aish

jawapan untuk menjaga maruah sendiri.


Lokman Keme: nnt bg ak sket k
Lokman Keme: kfc tu


eh eh. nak jugak dia.


sarah: tp
sarah: masalahnye skg
sarah: sapa nak bg?


Lokman Keme: akak kat kaunter kfc tu
Lokman Keme: jgn riso
Lokman Keme: die yg dibayar gaji ntok bg org2 kfc
Lokman Keme: nnt bgtau ak k


suma nak makan kfc taknak bayar. kalau pegi kenduri mintak kfc boleh tak agak agak?

Saturday 17 April 2010

a lecture on a boring topic/a lecture of a topic called boring

saya tak suka aktiviti lasak sangat.


makna tak suka sangat adalah = tak berapa nak pilih untuk dibuat la kalau ada masa-masa terluang macam ni. (terluang la sangat dengan paper genetik mikrob isnin depan)


saya pun tak suka aktiviti yang melibatkan ketinggian. seperti memanjat gunung, flying fox, etc.


eh, banyak lagi ni aktiviti yang saya tak suka sebenarnya.


pegi tempat gelap pun tak suka tapi haritu redah gak seround gua tempurung.


takut tinggi? naik jugak flying fox. rock-climbing.


tak suka hiking? pegi jugak masa study week haritu sebab dah biasa kat sekolah bercamping2 kecil-kecilan panjat bukit sana sini.


tak suka laju? roller coaster, pirate ship etc2 dekat sunway lagoon dengan lost world pun dah jejak.


nak kena senaraikan ke semua yang tak disukai dekat sini? banyak sangat lahhh! manusia kan pandai merungut. kan?


tapi. kalau saya tak suka semua aktiviti tu, maknanya saya ni membosankan ke? tak enjoy usia remaja? tak have fun bak kata orang KL?


walaupun tak suka, tapi saya penah buat kan semua tu?


masih nak kata saya membosankan ke?


ayat feveret haze ' tak remaja lah wey liminated slip masuk exam', 'tak remaja lah wey pegi lbry tak bawak makanan?' (walaupun dah terang-terang meja depan pintu masuk tu tulis warning - FOOD AND BEVERAGE ARE STRICTLY PROHIBITED)


eh, terlebih. pointnye di sini, nak amik ayat haze tu.


seperti, tak remaja lah weyy tak buat aktiviti lasak.


kenapa?


fun..


who actually set the standard definition of fun? the meaning of youth. life.


sapa?


sapa kata naik buai laju-laju tu fun?


sapa kata baca paper dekat taman sambil hirup air kegemaran tu bosan?



as far as i am concern, fun is THE activity that when u do it, u feel refreshing, pleasure and so forth that make u wanna do it over and over again. any activity.



so, boring, i, myself, concluded as THE activity that makes u feel the exact opposite of the fun stuff.


jadi, perasaan setiap orang tu lain. kamu rasa seronok menaiki mesin laju yang berpusing mengikut landasan di udara, seronok merasai kehadiran rerama dalam perut, tapi saya tak. saya BENCI perasaan tu.


so, each person, actually set their own standard of fun, of boring, of happiness, of everything. no one can change your dictionary of life, but they can give some influence to you. but still, the meaning depends on you yourself.


oke, enough of the babbling.


i am just saying that, i have fun in reading HARRY POTTER and the DEADLY HOLLOWS for 2 or 3 days in a row doing nothing else, rather than stepping foot in a flying machine.

Friday 16 April 2010

pseudo-entry

last update : 4 april.

oke apa?

belum sampai 2 minggu pun.

ni dah apdet baru.

tunggu lah abeh exam ni.

post entry 2 kali sejam!

hah! amik kau! amik kau!

*oke tipu, tak mampu*



p/s: best pulak guna perkataan pseudo2 ni. bukan pe, first time dengar dalam bio masa sekolah dulu. pastu masuk u dengar lagi dalam bio. tuptup, dalam sabjek komputer pun guna secara meluas. so, rasa macam universal usage. so, dia macam multipurpose-sabun. pelbagai guna.