RSS

Friday 10 September 2010

hari hari pun hari malaysia.

kuna : 16 september cuti. hari malaysia.


saya : tapi aku memang cuti sampai 19. hang pun.


kuna : a'ah la. cis.



-----------------------------------------


kenapa ye, 16 september baru sekarang nak diisytiharkan cuti awam?



kenapa baru sekarang orang sedar yang hari malaysia ditubuhkan 16 september 1963 tu, sama pentingnya dengan 31 ogos 1957?



sebab sekarang kita punya semangat nak realisasikan 1 MALAYSIA ke?



saya takkan lupa.




masa sekolah dulu, ada sabjek kajian tempatan tu.



saya terbaca (bukan terbaca sebenarnya, memang kena baca pun tapi biasalah. kanak-kanak. suruh baca buku dah macam suruh pegi sekolah 5hari jangan balik rumah makan tengah hari), pasal tarikh ni yang sama tarikh kawan saya punya hari lahir.



saya tanya kawan saya, 16 september tak cuti ke?


dia kata tak.



saya tanya kenapa?



dia kata, kenapa nak cuti?



saya kata sebab hari malaysia dapat nama. malaysia ditubuhkan. sabah dan sarawak join semenanjung.



dia pening dah. HAHAHA! budak budak. tanya sikit, bagi fakta sikit, dah juling mata.




tapi, saya rasa, kalau saya yang baru sekolah rendah ni, eksaited nak sambut hari malaysia yang saya baru tahu dan baru sedar kewujudannya, kenapa kita perlu tunggu slogan 1 malaysia baru nak mengaku kita malaysia? walaupun multiraces, tapi kita berdiri sebagai satu rumpun?



entah.




yang pasti. sejak itu, setiap kali 16 september, saya tetap ingati dan bersyukur dengan kewarganegaraan saya. saya takkan lupa.saya tak tunggu cuti. sebab saya patriotik orangnya. haha!


kutuk la kutuk la.

No comments: