RSS

Tuesday 29 March 2011

cekodok cekatak

sempena nak menyiapkan lagi proses-proses modifikasi (terasa macam nak tulis modifikasi protein aja lagaknya) pada tesis, kita rehatlah mata dengan makan pisang keras dari kafe kolej oke.



pisang keras sebab dia goreng pisang muda buat jual. mana nak jumpa? kafe kitorang aja ada.




tapi, dalam kalangan yang muda belia tu, ada pulak yang lembik macam cekodok bentuk pisang. macam-macam hal kafe ni.




pastu apa lagi, tetiba otak nak brainwave lagi. tahu tak kenapa pisang dah agak terlebih masak/lembik/ hampir ada ulat bermukim, dia buat cekodok?




sebab apa lagi. supaya nak crush sekali ulat yang bermukim tu sekali la. sebab tu la cekodok rasa macam juicy sikit tak?




bongok la kau sarah. (kata otak sebelah kanan yang cenderung memikir logik)




oh biasa kami-kami di rumah cenderung guna perkataan bongek untuk situasi memarahi.nampaklah lebih lemah gemalai dan bersopan santun untuk seorang anak dara marah-marah kan? tapi, saya pulak, kalau nak menunjukkan betapa seriusnya saya marah, saya teruskan aja dengan vokal O. barulah melopong si pendengar mengikut bentuk O.



mana cekodok tadi?



walaupun ada kata yang cekodok kita masak guna pisang terlebih masak campur tepung untuk elak terlalu jijik untuk dimakan, saya rasa, there's more to it. takkan lah sebab taknak membazir aja rasionalnya? kan? kan? kannnnnn...?




kenapa? ala, senang je jawapannya. takkan tak dapat-dapat lagi bang? ce try buat cekodok sekali, mesti paham.



dulu cikgu kimia saya cerita pasal kicap. kenapa dia hitam walaupun asasnya soya. ha kenapa? kenapa? pastu, tetiba dia masuk pasal cekodok. dia kata cekodok = cucur kodok. sebab hitam. pastu macam lembik2. sama macam nature kulit katak. jadi kenapa kita tak panggil cucur katak? geli?



p/s: saya nak kata saya reti buat cekodok sebenarnya. senang. masuk tepung. masuk pisang tua. masuk ulat. gaul2. tada. cucur katak!


p/s: the boifren tak setuju pasal nama cucur katak. dia kata, baik panggil cekatak.

Sunday 20 March 2011

dina qaleesya bt mohamad arif

bukak dashboard punya lama loading, saya cenderung lupa apa yang saya nak tulis dari awal tadi.




.....................................................................




..................pikir jap...............................................



..................................................................




oh ya. pasal nama tadi lah.




kak amy cerita, dia dapat anak sedara. anak lelaki. abang kepada budak baru lahir tu nak bagi nama, mohammad adik aqil.




wah.



err.simple. yet. meaningful.



eh sarah, kau apehal bengap sangat. apa benda nama macam tu. ada maksud ke tak. mana boleh letak nama takda maksud ohh. kau tak tau ke? teruk lah kau ni sarah. belajar agama ke tak.




wah. wah. wah. sedapnya mengata.



memang lah sedap. kalau tak sedap, mengata takkan jadi kemahiran tanpa belajar.



nama mohammad adik aqil ada maksud apa. maksudnya, tu adik aqil la. ada lagi lain ke? dah terang-terang dalam bahasa mudah paham. ha kalau kata nak dalam bahasa syurga, cubalah translate. kejap saya cuba dekat google translate.



ha.


untuk little brother. al-lagh as-saghir.*tajwid kena betui sebut.*



untuk brother aja, shaqiq.




oke apa? mohammad shaqiq aqil. excessive q. nama glemer, boleh la panggil q. ha, macam que haidar lagi. bangga tak bangga adik si aqil nanti?





napa nak nama glemer glemer sangat? macam contoh orang sekarang, bagi nama anak, batrisya la, damia la. yang lelaki pulak, jenis-jenis macam mana, yang nama glemer sikit? ha macam danish la. apa la. tak-memang ada sesetengah yang ada makna. tapi cuba kita pikir dengan ke hadapan sikit.




memang la kecik-kecik nama anak comel je. qaleesya. alalala...comeinyeeee....




bila dia remaja, pergh qaleesya. laki dengar pun dah cair. belum tengok rupa bentuk lagi, hati dah tertawan nih. apahal? nama glemer kawan2 panggil, qeesya. style tak style? moden kot.




bila nak kahwin. pergh. suami bangga je sebut. aku terima nikahnya dina qaleesya binti mohamad arif(nama contoh.)




bila dah ada anak sorang, aunty qeesya! aunty qeesya terer buat kek untuk kita. sedap kan! aunty qeesya besttt!!!



lepas tu?



anak bawak balik menantu dengan bakal besan nak bincang pasal majlis. besan tanya, nama mak nya apa nak tulis dalam kad. dina qaleesya. wow moden nya. (dalam hati besan)




lepas tu, macam biasa, kitar hidup berlaku lagi.



anak bawak balik cucu. nenek qeesya?




lepas tu?




moyang qeesya.




kesian qeesya. rasa macam nak tukar nama tak?



naseb baik nama saya sarah nur. kecik-kecik, guna sarah. tua-tua, gunalah nur. alaaa...macam nur kasih la kan.





hati-hati pilih nama. bukan macam beli laptop. harini seronok, tayang semua. 3tahun lagi, dah outdated, boleh trade-in. anak tu yang tanggung. memang lah, nama je, apa ada hal? kecoh la sarah. kau tak rasa. kau tak tau.




p/s: abang sedara saya suka sangat nama cempaka.

Friday 18 March 2011

yes no alright

sesambil nak sambung buat tesis ni, saya dengar la lagu baru britney spears. seb baik joe hassan ingatkan. kalau tak, memang malas nak google2 lagu baru ni. sebab banyak yang merepek dari sedapnya.





baru dengar beberapa track secara shuffle. setakat ni, cuma suka lagu inside out.biasalah. macam fain katalah, bukan dia yang nyanyi, komputer yang nyanyi.





semalam bila cerita-cerita pasal zaman sekolah, teringat satu benda.





semua orang ada nickname kan. masa sekolah ke, masa zaman beringus ke, masa zaman berkasih-kasihan ke. tak kesah lah. tu sume bawak kepada penghasilan nickname. nama timangan.




eh saya tak ingat la penah cerita ke tak. tapi saya tak kesah lah penah cerita pun, saya nak cerita jugak balik. alah, macam tak biasa je dengar/tengok siaran ulangan kan. tengok merong pun dua tiga kali. jangan nak tipu la.





orait. berbalik kepada topik nama.





nama saya kan macam senang sangat kan. common betul. sarah. sarah. sarah. duhh. dalam dunia ni, macam orang nama sarah boleh dibuat pasar lambak. maksud saya bukan jual orang/jual diri, tapi, terlalu abundant, sampai merata-rata jumpa.





kat sekolah saya dulu aja ada 4 orang sarah. syarifah sarah, siti sarah ibrahim, siti sarah ahmad, dan sarah nur. orang pun dah konfius nak panggil apa sebab semuanya biasa dipanggil sarah.



nak dijadikan cerita, syarifah sarah dan siti sarah ibrahim dah la satu kelas oh. bila cikgu nak panggil sarah, memang takleh nak panggil sarah aja. kenalah panggil dengan nama bapak sekali. nampak tak betapa tak berkesan kalau panggil sarah. dua-dua akan buat tak tau sebab tak tahu sapa yang kena panggil.




lepas tu, syarifah sarah dengan sarah nur pulak kawan baik jugak. bila kami-kami lepak sama, orang saja je panggil sarah. bagi dua-dua pun toleh. pang jugak kang.




bila kami nak panggil sesama sendiri macam mana?

saya nak panggil syariah sarah ----> sarah?

syarifah sarah nak panggil sarah nur ----> sarah?



janggal oh bila panggil nama sendiri kuat-kuat. tambah lagi bila panggil orang lain yang sama nama dengan kita. ce try tengok kalau tak caya.



jadi kami sepakat memanggil sesama sendiri dengan initial aja. syarifah sarah jadi SS. sarah nur jadi SN. kan senang.




sebab kes-kes begini lah, bila time nak kenalkan diri dalam kelas, saya cakap nama sarahnur terus. sebab cikgu pun confius bila ramai sarah. asik tertukar-tukar.




ada sekali time add math. sesi kenalkan diri.



nama saya sarahnur.



sarah yes takda?




aaa? nama saya sarahnur.*blur*





sarah yes tak da ke? *sengih* seisi kelas dah gelak dan paham situasi.




*bisik tanya orang sebelah* apebenda cikgu ni cakap?





last-last saya duduk aja sambil terus konfius apa yang berlaku. balik ke bilik baru saya tanya balik kelasmate saya apa yang cikgu tanya.




sebab saya sarah nur(pronounce no.) jadi sarah no. jadi sarah yes takda ke?





ahhh. nanti kita cari sorang ye cikgu.




p/s: cikgu add math tu sekarang dengar cerita dah jadi penolong pengetua hal ehwal akademik kat mrsm bentong kot.

Thursday 17 March 2011

kembar

sapa pernah ada kembar?


eh. soalan sedikit janggal. seolah-olah ada kembar tu satu benda yang normal dan boleh di-ada dan di-takada-kan.



tapi, saya pernah ada kembar.
(satu lagi statement janggal, ape kes sarah?)




saya dulu ada kembar. serius tak tipu. tapi bukan lah sama mak sama ayah. lain mak lain ayah. oke, mungkin sekarang sudah tak janggal kan?



saya stat kembar dengan dia, time masuk mrsm pontian. masa form 1. kita orang satu bilik. bilik no 16 kot.




masa tu kan minggu orientasi, kitorang macam saja sembang-sembang lah sebab nak tahu sapa lagi tua. tapi, biasanya memang saya dapat yg paling awal lahir. 30 januari. ain't complaining.



jadi, dengan konfiden je saya cakap saya paling awal. tengok-tengok, member sebilik ni bantah. dia kata, apehal pulak kau. aku lah.




saya bengang la apa lagi.



ek eleh, kau berapa haribulan?



30 bulan satu. ha. kau kau?


eh samalah.


aku lahir hari jumaat. kau lahir hari apa?



eh. tah lah tak ingat. macam mana nak check hari apa ha?



rumet-rumet saya yang tiga orang lagi gelak.



apehal? saya ada silap cakap ke? atau, bodoh sangat ke kalau tak tahu hari lahir sendiri?



o. patut lah.




p/s: kalau dah kembar, beranak tarikh sama, jangan nak pikir hari sangat ye sarahnur.

Thursday 10 March 2011

bukan dejavu. eh, bukan review lah!

fresh ni. ibarat baru keluar dari oven aja lagaknya. baru balik dari tengok hikayat merong mahawangsa....HAHA! *intonasi LANGSI nak mampuih*



saya baru dapat perkataan langsi daripada kawan kerja part time ahad lepas. langsi = hidung tinggi/riak.

tadi tengok trailer cerita apa tah, tagline, LU LANGSI, LU MATI!tapi, saya bukan tengok cerita tu. saya tengok merong.




tayangan pertama sekali yang keluar pada hari pertama. nasib baik reserved, kalau tak, memang tak dapat tengok la bhai. ni pun, nyaris-nyaris terlepas masa collection. alamanda punya cinema, setengah jam sebelum tayangan, stil boleh amik reservation tickets. nasib baik betui.






memang lah kita tak boleh nak label filem tu perfek. ada bahagian-bahagian yang sikit kekurangan tapi, pada beradik KRU, saya sangat menyokong kamu dalam kes ini.





first time oh, sarahnur tak bercakap dalam panggung wayang masa tengah cerita. maknanya, memang berbaloi la kan 8ringgit. nak tengok lagi 3 kali pun saya tak kesah oh.dalam hati ada terdetik, macam cerita pirates of the carribean a la malaysian. tapi, wattahel.





yang penting, masa tengok, kita tak rasa sangat pengaruh luar dalam jalan cerita. walaupun dialog lagi banyak dalam bahasa asing. masih ada rasa, cerita ni sebenarnya cerita dari tanah melayu. tak terlalu mengagungi kegemilangan empayar Rom atau China yang umum tahu, latar masa adalah zaman kegemilangan raja barat dan raja timur.





kepada sesapa yang berhajat nak tengok wayang dalam masa terdekat. try merong. but please, free your mind from all doubts of malaysian's film. try not to expect too much. just enjoy yourselves and give 'em some credits. they deserved it.




and i dont do reviews and spoilers.



p/s: jangan banding dengan hollywood punya filem. kita ada cerita kita sendiri dan cara kita. bukannya diorang cuba remake cerita james bond kan? so, why compare?

Tuesday 1 March 2011

cali mali can

terkejut saya bila tadi ada yang menegur saya dengan "kendu nok!"





eh eh.




saya pulak yang kena nok? takmau lah. simpan aja pada yang lain.





tapi, sedikit terkejut jugak ada. tadi baruuuuuuuuuuu je tulis petang tadi. malam dah ada yang mengaplikasi. wow. kuatnya pengaruh sarahnur.






katanya sebab dia pembaca tegar. wow. saya ada pembaca tegar? wow.





kenapa wow saya tak guna tanda seru?




eh eh eh. haritu saya teman si sapika pegi event di ukmkl.lepas tu, dia ada jumpa orang-orang dia ada jumpa orang cerita pasal cali.




femesnya cali. semua bebudak matrik kenal dia. di matrik gopeng pun femes jugak.




nama saintifik dia saya tak tau lah pulak. tapi bila saya tulis charli dekat google. gambar ni keluar. sah la kan.



contoh gambar cali.


masa memula dengar nama dia, saya ada jugak tanya kawan-kawan, nama dia memang charlie ke? apesal macam nama orang? ke, bagi nama charlie bersempena orang pertama yang kena jangkitan atau sempena nama ubat. atau apa-apa lagi sebab lain.tapi, macam biasa. tak sapa tahu jawapan sebenar.




nama macam nama binatang peliharaan pun ada.





tapi jangan main-main. orang kata, kecik-kecik cili cali. kena gigit, naya o.




sampai dekat matrik saya, dekat board pengumuman tu, ada warning pasal dia.




hati-hati dengan CALI. pastu, siap ada seletep contoh cali lagi sekor. innalillah.





memang seksa la bila kena love bite dengan cali. merana hidup. lepastu. sekali kena, bukan surut tak kena dah lepas tu, macam chicken pop. lepas kena sekali, kita akan kena lagi berpuluh-puluh kali.ha.



sekali kena. bukan satu tempat. dekat pipi la, leher la, perut la kaki tangan la.




ada sekelas saya kena kat muka. kesian o. bukan senang nak hilang bila kena kat muka. muka lah tempat paling tinggalkan kesan. dah la orang boleh nampak hari-hari. kalau kat tangan, at least boleh pakai baju kurung buat-buat jadi gadis melayu barang seminggu dua. kalau kena kat muka. ha. nak bukti tang mana melayu hang?






tapi. bila kena gigit cali ada hikmahnya sebenarnya. tak semua orang kena gigit cali kan? cuma orang yang bertuah je.




orang tua-tua kata, cuma orang yang cun/hensem je kena gigit cali. binatang pun pandai pilih rupa paras rupanya.




jadi. sapa yang penah kena gigit cali, sila bangga sekarang.




SAYA!SAYA!SAYA!!!!!




p/s: rumet saya kata, nak bunuh cali cuma ada 1 cara je. seletep dia pada lantai. takleh pukui dia atau bunuh direct macam lastik cicak. sebab, nanti kawan-kawan dia boleh bau kawan dia kena bunuh, diorang datang lagi ramai-ramai serang. ha.

kendu

hari hari dok melayan perasaan je. penat jugak.






mana taknya. asik kena tindas je.




penat tahu tak? penat?




semalam asrinna tanya, nape sarah, moody je.




saya sayang kawan-kawan saya.




sebelum ni, ada jugak, masalah lebih kurang sama. cuma waktu aja berbeza.




fatehah tanya, napa sarah, sapa buat? meh cita kat aku meh.




saya sayang kawan-kawan saya.





malamnya pulak, pika tanya, napa sarah? gaduh dengan zaza ke?




haha. saya sayang kawan-kawan saya.




tekaan si pika paling kelakar sebenarnya.




kalau gaduh dengan zaza, saya terus je mengamuk pada dia. nanti terus selesai. memang tak berendam air mata sangat la.





eh apesal dah menyimpang sangat ni.




tadi saya online. saya perasaan perkataan ni. nok.




atau sesetengah umat mengeja dengan nox.




atau noh. tapi noh maksudnya lain. itu aran yang guna. sebab dia siam kedah.apa kaitannya saya tak tahu.




dulu saya macam tahu la penggunaan perkataan ni.




segelintir orang je guna,tak semua.





tapi, lama-lama, semua nak guna. semua nak try. semua jadi nok.





macam satu trend.




sama jugak macam perkataan poyo dulu.




memula semua pun tak tahu macam mana nak guna pakai perkataan poyo.



tapi bila asik je dengar sana sini, sampai mak saya pun jangkit penggunaan poyo.





semalam saya dengar lagi. nok.





ada dialog lebih kurang macam ni.








"sapa tu nok. kendu la"





saya mesti la dengar je. tak tahu apa yang dia sebut. lepas dengar, ingat. lepas ingat tulis. inilah resipi kejayaan. *intonasi iklan ho ho holiks*





bila saya tak paham, saya buat dono.





bila dekat mapley, fatehah kata, kendu tu sebenarnya can-do. can. do.




mak ai. perkataan orang putih rupanya.




apasal masa orang tu sebut, saya macam dengar bahasa asing. memang bahasa asing pun kan. tapi maksud saya macam bahasa yang asing di telinga.




kendu. kendu. bunyinya ada. tapi, tak dapat nak cam langsung.




yang paling dekat saya imagine dalam kepala saya masa tu, cuma.





ini.





tandu orang cina kawin. macam dalam cerita tivi.(gambar amik dari google image)




dulu saya suka tengok drama cina dekat tv3 pukul 6.




jadi, saya cuma boleh bayangkan kendu ----------> tandu.






bila saya masukkan maksud kendu yang saya bayangkan dalam ayat tadi.








"sapa tu nok. tandu la"






hei. apa maksud dia?




hakam tandu?




hakam buat setting tapi tak pernah buat tandu rasanya.



yang dalam bold dan italic tu semua yang saya fikir dalam masa beberapa minit hakam pegi depan amik award.




masa tu kan tak paham lagi kan.



last-last, saya simpulkan aja, saya kurang paham istilah baru remaja.

luahan perasaan. kalau rasa tak sanggup, silalah jangan scroll down

seorang yang saya hormati kata ni, "apebile kamu berbalah, eloklah saje kamu beralah,
yg mengaku kalah bukan bermaksud mengaku salah,
tp utk mengelakkan berpecah belah."




saya tahu benda ni betul. sebab saya pun mengamalkan benda ni.



tapi. perkataan tapi selalu muncul.




macam mana kalau sepanjang kawan dgn dia, asik kita je yg mengalah, setiap kali.



sampai bila kita x buat salah pun, dia masih nak melepaskan kemarahan pada kita.



sampai satu masa, kita terpikir, apa makna kawan pada kita? pada dia?




bila kita hanya rasa pahit, tak pernahnya manis?




sampai satu masa kita rasa muak dan menyesal, ada kawan yg macam dia?





sesal. sesal!




pernah tak rasa menyesal kenal seseorang?





saya tak. tapi kali ni, saya menyesal.





hari saya kenal dia, saya menyesali saat itu. saat yang membawa saya luka yang sentiasa ditopup.






dan untuk lepaskan diri saya dari terus makan hati, saya bawak diri.




itulah saja jalan yang saya tahu.




saya cuba bersabar dan menunggu.





menunggu perubahan yang positif. hikmah yang dicanang ramai akan hadir selepas musibah.



tapi tak ada.




dan bila saya belajar terus melepaskan diri, dia terus cuba menyakitkan dengan cara-cara yang dia tahu dengan yakinnya dapat menyiat hati.





orang yang dia pernah mengaku kawan.






marah? saya tak marah pada dia. dia pernah jadi kawan saya. saya tak marah pada dia.



tapi apa yang saya pernah buat sampai dia sanggup melayan orang yang dia panggil kawan macam ni?




jadi dia membuktikan betapa murahnya nilai kawannya.




dan semalam. di depan khalayak kawan yang lain.





cubaan memalukan saya dengan menjadikan saya watak jahat di tengah ramai.




cuba menarik simpati.





sampainya hati.





sampainya hati.





sungguh saya tak marah. marah saya dah hilang bersama angin.




dah beku.





kecewa betul.




saya cuba jadi kawan yang semua orang suka.






cuba memahami setiap situasi.





cuba memahami setiap perubahan.




jadi ini yang saya dapat bila saya mencuba.





dah lah.





sampai sekarang saya tak paham, apa yang dia rasa jaki sangat dengan saya.





saya tak nak tengok lagi dah muka orang tu.





jangan paksa saya.

poetic sarah

kita masing menunggu.




menunggu dan menanti.




menunggu sampai satu masa, hati kita jadi jelak menunggu.




tiba saat penantian berakhir, hati yang menunggu mati dikapan masa yang terlabur dalam nanti.