RSS

Thursday 30 April 2009

pecah kaca pecah gelas.




i wear glasses.



but they havent got power actly.





i wear it just to be taken seriously.






.......................................


.......................................


......................................





okay. 


such a big fat lie.









haha.







Tuesday 28 April 2009

cerita monitor







saya ada kawan.


ehh..


setiap kali nak cerita pasal orang mesti dialog ni.


malas nak pikir ayat ayat bombastik.


kalau kat sekolah boleh jugak dapat markah untuk tunjuk tunjuk kat ayah. heh.


ni untuk belog je, simple mimple sudahhh...


oke, berbalik kepada topik.


ketua kelas saya ni, kita namakan saja beliau sapian. 


ohhh, sudah pastilah ni bukan nama sebenar. kalau saya cakap nama sebenar, mesti ada pembaca yang tahu pasal kes ini.



ya. ini kisah benar. neraca. macam dekat tv3 pukul satu.




sapian ni boleh kata kategori budak berbudi mulia, cerdik pandai, rajin berkunjung ke rumah Allah dan sebagainya. sempurna??? hampir.



ohh ya, lupa nak cakap, dia jugak adalah saorang yang bermuka kacak.



oke, jangan puji lebih lebih. nanti bahaya.



yang penting saya tak delah crush dengan dia oke..? oke..?? teman meja saya yang ada crush dengan dia. nyaris penyek.



saya tak suka dia. sangat tak. menyampah lagi ada.



semuanya gara gara kejadian dia yang mencari pasal pasal dengan orang orang yang tidak bersalah dan bermuka baik seperti saya.



tapi, bukan itu yang nak diforumkan di sini.



sapian ni kan, dia sukalah sangat membuat kool walau di mana jua anda berada.



cehh. ingat aku tertipu dengan muka kool kau ke ha..?? haaa...???



satu hari.

cekgu masuk kelas. sebagai ketua, dia bagi salam. lepas tu baca doa untuk belajar dengan kompiden nya.



"Allahumma bismika ahya wa'amut."  
3kali dan dia amin.




lantas sapian duduk dengan muka kool dia.






erk.






ape kah?





kitorang yang lain lain tercengang...





nak duduk buat bodo ke nak cakap..??




tiba tiba jak ada suara memeriahkan suasana.






"JOM KITA TIDUR DULUUUU...." <------ intonasi macam eklan susu dumex kot.










Monday 27 April 2009

rungut 1







saya paling kurang bertoleransi bila tidor saya dikacau kacau macam nak buat melo. dapat...??






fill in.


masa zaman zaman sekolah kat transkrian.


kan ke tetiap maghrib kena lepak kat surau al-hidayah semayang jemaah bersama.


perasan mesti ada imam akan cakap ni tiap kali nak setat jemaah.



"penuhkan saff di hadapan."
"luruskan dan rapatkan saff"



tapi.




ketua warden saya merangkap cekgu bahasa melayu ni, mahukan kelainan.



dia suka guna.





FILL IN THE BLANK.







est.

ntah kenapa tetiba ja teringat kat kelas est(english for science and technology) time 1st sem dulu.

tecer kami nama apa ya..?? dah lupa.. wahahaha..gila short term memory, belum naik second yer dah lupa. ter'derhaka' pulak. kot.

biasalah, 1st class mesti nak sesi berkenalan. mesti nak berkenalan. terasa macam berbalik ke sekolah rendah ja gaya. dah lah kitorang mintak izin kan dia panggil tecer, tanak panggil madame or miss tettttt...

bendanya, bila sesi pekenalan tu, dia nak suma orang bertanya. sedia satu soklan. haiyooo..

tujuan dia nak tengok kitorang speaking. erm. kunun kunun nak la dengar sore sume umat manusia dalam kelas tu.

sorang sorang melemparkan soklan bernas. huhu. malangnya kenapa saya yang mesti antara orang orang yang last sekali disoal..?? kenapa..? kenapa tecerr...??

sebab masa tu, sume soklan yang releven dan yang boleh terfikir dengan mudah dah dipetik orang kottt...!!! 

5 orang lg turn saya. aiyak soklan apa neh..??

4 orang. haze' tanya saya saya nak tanya apa.

3 orang. saya cakap saya kurang mengetahui.

2 orang. cepat fikir sarah!!!!!

1 orang. baru suruh tanya soklan kat tecer dah blank, kalau suruh jawab agaknya macam mana..??

GILIRAN SAYA...!!!

errr...sambil berdiri dengan kompiden.masih berfikir tentang soklan yang releven.

"do you know that u looks like my mother..?? very much! heh" ..


sengih kaver.kaver.


" was that a compliment or a question..??hahaha."


saya sedar tu tak menepati kriteria. tp dah terlanjur kata.tecer ketawa besar dan sampai sekarang dia ingat nama saya.

*sori tecer. tapi tecer sorang yang cool.an honor to be able to attend her class.tapi sekali sekala ponteng kelas adalah keperluan.








Friday 24 April 2009

kerana mulut.



bila lelaki cakap macam ni.



"maaflah, saya belum bersedia untuk bercinta/berkahwin."



dia maksudkan macam ni sebenarnya.



"saya sudah bersedia, cuma bukan kamu orangnya."








* saya baca benda ni dalam majalah.no offense.oke, sekarang sambung baca titas.








Thursday 23 April 2009

GAYA UKM.


baru sejam berlalu selepas makan nasi goreng usa kolej dato' onn.



sedap ohhh..tak sia sia melayang layang 4rm.



tapi, sekarang perut sudah bunyi balik pancaragam lagu negaraku versi remix.



uhhhh.



status ym : lapa..biskut meri..biskut meri...



tak sampai setengah jam.



'sarah...!!!!'



teha melolong memanggil manggil.



bukak pintu teha terpancul dengan beger daging spesial.



'lapa kan.nah, abiskan.'




sengih.





ni lah orang kata.




rezki datang bergolek golek macam ayam golek..



walaupon cuma beger daging yang dilimpahi dengan sos dan mayonis yang terlampau banyak.



itulah beger gaya ktho.



ehh..



ke beger GAYA UKM...????





sepat fried

tadi bangun awal.

dengan niat: sahaja aku bangun awal dengan niat nak stadi abeh abesan! banzaaaiiii...!!!!

jadi, saya buat status ym : insaf : arini 'azam' tanak main internet. sila jangan hantar msj2 provokasi.

konon.

tapi, tak berjaya.

saya mempunyai ramai kawan manusia yang bertanduk tanduk.

silap saya jugak pegi melayan. adehhh...

takpelah.

tu suma belakang kira.

sekarang saya mahu cakap, tadi saya nampak ikan sepat masin kat kafe.

oh..oh..ohhhh...


terkenang kenang kampung halaman.

saya: nak makan ikan ni boleh tak..?boleh takkk..??

haze': hamiklah. tp kau amik besar2 dan banyak banyak sikit. bagi aku sekali.

huh.





awas.mudah pecah.

saya.

betul betul

mahu ayah saya sekarang.

sapa

boleh 

bagi

pinjam

ayah 

sekejap?

tak lama.

sekejap je.

sampai

hati saya sudah cukup kuat untuk teruskan semuanya.

sampai

mata saya kembali kering.

sampai

badan saya boleh kembali bergerak bebas.

sampai

jiwa saya kembali tenteram.

tolong.

sekurang kurangnya

untuk pinjamkan saya bahu untuk bersandar.

pinjamkan telinga untuk mendengar.

pinjamkan jari jemari untuk menyeka.









oke. sudah.







saya tak mahu lawan takdir.


Dengan nama Allah,

saya mohon kekuatan.




Wednesday 22 April 2009

gotta catch 'em all!





baru balik makan dengan geng.

heh, cakap geng macam ada organisasi bawah tanah je.huhu.

ahli : saya, che pah, haze', ecah dan pika.

kenyang gila ohhh perut...

sambil makan aktiviti sumbang saran mestilah berlaku sekali ye dak? ye dak..??

topik hari ni: banyak tapi yg hott topik rancangan kegemaran.

1) saya, pika dan haze' sangat suka cerita pokemon. pika kata dia tahu apa nama slime duck dengan binatang ape ntah lagi saya lupa. haze' pulak kata, tarikan dia pada cerita pokemon adalah misty dan ash. dia adalah kipas-susah-mati misty.




saya pulak? mestila pikachu.ha!ha!.tapi, saya lagi suka bulbasour. tahu taakkk..??yang ada atas badan dia macam bawang tu. kenapa bulbasour? entah,bila tengok bulbasour saya rasa macam saya tengah tengok diri sendiri. huhuuu..orang kata rasa termotivate. macam tu.



ecah dengan che pah diam, mungkin sebab mereka kurang gemar..??

2) che pah, pika dan ecah tiba tiba cakap mereka suka cerita oggy and the cockroaches.masa ni saya dengan haze' senyap ja. sebab kami kami tak suka cerita tu. seriyes. saya lagi suka masuk bilik tengok iklan masa adik tengok cerita ni.anti-oggy.




3) yang pasti, kami undi majoriti bahwa cerita paling hot adalah totalllyyyyyyyyyyyyyyyyyy spiessss!!! heheheh...



sam yang bijaksanasini, clover yang poyo dan gila lelaki kacak dan alex yang clumsy..

ecah suka telepon compaq powder mereka, haze' kata dia suka part bila diorg dipanggil, even tong sampah pon boleh jadi pintu ke markas mereka.


 masa ni semua sebok nak tunjuk ketinggian pengetahuan masing masing pasal katun ni, saya pon kurang dengar che pah dengan pika suka apa. kalau tak salah ada cakap pasal mereka yang menyamar macam2 kot.

yang pasti, saya suka mereka punya jetpack. boleh terbannnggggggg mcm superman! yayayayahhhhh...!

4) ada lagi cerita pasal katun lain, martin mystery la, apa la. tp malas saya nak ulas. nanti jadi rancangan review katun pulak. menyampahnyaa..

kesimpulannya: kalau dulu time cuti sekolah, saya lagi sanggup kena pukul dari mengorbankan rancangan rancangan ini. sapa nak rebut? sila, saya bukak langkah silat baru tahu! ya, saya tahu silat!