RSS

Monday 15 November 2010

at home.

oh shit.



tadi saya dah taip separuh dari entri baru.



malangnya. bila menaip dalam gelap, kamu taknampak sangat apa yang kau tenyeh-tenyeh menggunakan pc lama di rumah.ya. PC oke. old school. but quite like it actually. compare to laptop. tapi, humang aih, kuat nya bunyi keyboard nih.



saya lupa apa saya taip tadi. tapi, saya rasa rasa macam ada kutuk seseorang, tapi nampaknya, selamatlah dosa saya kali ni. tak dibaca oleh orang lain.



ohya, saya rasa tadi saya cakap pasal hobi baru saya sepanjang sem yang baruuuuuu je berlalu ini, iaitu, MERUNGUT! seperti air yang dicincang takkan putus (memaksudkan peribahasa secara literal), merungut kan ke satu hobi yang cool.




saya rasa macam menyampah pulak bila ingat balik, bila merungut, cuma pengacara bersamamu je yang dengar dan saya tahu, mungkin dia cuma berlakon buat-buat kesian sebab kehidupan saya yang terlalu pathetic sem lepas. (seronok pulak cakap sem LEPAS bila semua kerja sudah selamat dihantar.)





bila saya ingat balik lagi, kalaulah saya boleh jumpa christmas carol dan dia bawak saya lalui hantu past, present and future (mungkin saya akan pengsan dengar perkataan hantu sebelum sempat lalui time travel proses tu), saya akan spit on my own face sebab terlalu kuat merungut.



kenapa sekarang, bila dah duduk dalam bilik sendiri dekat rumah baru nak rasa muhasabah diri?



sebab, adik saya yang 13 tahun sedang melalui hidup seorang budak 13tahun yang lebih mencabar dari sarah nur yang berumur 13 tahun.




yes. i might be lucky and all.having to go to good school and all, but knowhat?




after few years leaving school,it does not meant much.i have an easy life.yeah.u bet.




true. we lost our breadwinner. but i already 17 when it happened. adik saya?




we had an easy life. there's obstacle,yes, here and there. but still. easy. piece of cake. (saya masih tak boleh paham mana connection antara kek dan easiness and why they invented 'piece of cake' in the first place).





mungkin sekarang, kita patut lebih bersyukur. if u know what i meant.

Tuesday 9 November 2010

kurus dan tak kurus.

kau cakap aku kurus 80kali takpe. aku baru terniat nak cakap kau gemuk pun dah jatuh hukum? mak ai.




am not trying to be sarcastic but, i am just being honest.





huge difference there, if anyone notice.IF.






maksud saya, kalau saya nak jadi sarkastik kan, saya mungkin kedengaran pedas dekat situ kan, tapi, cuba baca balik dengan intonasi dan bagi pihak saya.




seorang yang kurus(sudah terang lagi bersuluh dengan flashlight), yang seumur hidupnya mendengar makna perkataan yang sama, dengan pelbagai cara dan variasi kosa kata. kalau dikumpul-kumpul, mungkin saya mampu membuat satu thesaurus jugaklah.




and all these while i've never, NEVER replied them honestly.




how do they(sesapa yang terlibat) think i feel? the one that they call friend? the one that they 'complimented'?




yes. selalunya, saya pujuk diri sendiri dengan cakap, diorang cakap kurus, bukan nak kutuk tu.






terasalah kamu sesapa yang perlu terasa.




macam saya cakap tadi, saya bukan nak sarkastik bagi orang terasa, tapi, saya cuma luahkan saja. apa yang HATI KURUS ni rasa.





oh ya, mungkin juga pandangan masyarakat dunia yang menganggap size 0 is the new 2 and 6 is the new 14, dan berpendapat people with size 0, tak ada perasaan sebab terlalu keding untuk mempunyai tempat untuk sekeping hati.





so, orang-tak-kurus adalah sensitif, jadi, adelah SALAH BESAR dan boleh dijatuhkan hukuman mandatori jika mengeluarkan perkataan GEMUK dan LEMAK di hadapan mereka kerana akibatnya boleh menjadikan mereka low self-esteem dan mengambil diet berani mati yang kemudiannya menjadi mangsa bulimia nervosa.






orang-kurus-takda-isi adelah takda hati jadi, lemparlah segala macam kosakata yang berpatutan dan tidak berpatutan tanpa was-was sebab, hey, why bother because they aint feel anything. lagipun, kalau mereka ni low-self esteem pun, bukan boleh jadi apa pun, tak mati pun.takde pun diet atau penyakit yg boleh jadi mendadak gemuk dan mati. lantaklah.





lot of talk. did i make my point?

Saturday 6 November 2010

kfc

wahaha. lagi berapa hari dah boleh selebret anniversary sebulan tak update belog. eh, kalau sebulan mana kira anniversary sebab anniversary secara literalnya bermaksud ulangtahun. jadi ini mungkin cuma ulangbulan. sebab anniversary saya percaya diambil dari perkataan annual ----> tahunan. jadi kalau untuk kes ulangbulan, ambik...errr...mungkin monthversary? oke. segalanya mungkin. saya tak tahu. kenapa nak fikir lagi susah-susah, EXAM KAN DAH HABIS!!





tipikal student. asal exam final berlalu, mesti seperti nak keluarkan otak dan sorok dalam peti hitam dan sumbat masuk almari paling buruk dalam stor.padahal, nanti nak kena fikir pasal balik lagi, barang nak bungkus-bungkus lagi, pasal jurnal format sains malaysiana untuk komunikasi saintifik yang belum buat-buat sampai sekarang tapi kena hantar sebelum balik cuti nih. alamak! terlupa nih.






ni paling utama nih. update belog sebelum cuti nih. tangan dah ketar-ketar time exam nak taip taip, tapi salah timing. ada ke time exam hubungan etnik yang objektif tu tetiba nak menulis? gila apa?





tapi masa tetiba tunggu LRT nak pegi balik kl sentral pun tetiba otak bergelombang laju je pikir-pikir idea random nak berbeloging. masa depan laptop taknak pulak brainwave laju-laju.





tapi mengenangkan kutukkan asrinna yang berbaur ugutan yang katanya, "asal bukak je mesti tangan ketar-ketar marah".(itu tajuk entri sebelum, pada sapa yang pending.)





seperti biasa, bila banyak sangat cakap benda lain, lupa pula pada tujuan asal.






apa tadi?






oh ye tak ye. tadi pegi dating. walaupun saya tahu ramai yang rasa macam 'pedulik-hapa-aku-kau-pegi-dating-loser', tapi saya nak cerita benda yang terjadi masa dating. jadi, wajiblah dong kamu ketahui asal usul kejadian.






kerusi monorel atau LRT kan tak macam ktm, dia macam takda pembahagi walaupun sebenarnya ada even cuma bonggol sikit macam bonggol tengah jalan kan. kalau kerusi ktm, leh la nampak terangtangtang la, ni kerusi aku, ni kerusi kau, jangan lebih atau kau kena panggil gila seks. haa gitu la gaya kerusi ktm.





tapi kerusi LRT pulak tak, dari jauh nampak macam kerusi kantin sekolah internasional je kan? eh, mana saya tahu pulak kerusi sekolah internasional macam mana. dia macam kerusi kantin kat sekolah kan, panjang dan lurus, tapi papan, tapi kalau LRT kerusi panjang dan lurus, dan licin dan cantik comei ada gambar katun kadang-kadang. dapat bayang?





oke, fine. kalau tak dapat bayang, sila google kata kunci 'kerusi LRT'. jumpa apa?





bukannya saya ada masalah dengan kerusi LRT. bukan. bukan. saya cuma ada masalah dengan manusia sekalian yang duduk atas beliau je. tapi bukan semua.





cuma yang seketul dua yang berjantina tertentu, bila duduk kangkang punyalah luas sampai consume 3 bahagian sekali (ini kisah benar, saya selalu ternampak.TER.). maknanya, kiri dan kanan dia, orang nak duduk pun tak jadi sebab takutkan geselan-geselan yang tak berpatutan. (perkataan berpatutan boleh ganti dengan vocab lain yang lebih sesuai ikut kreativiti pembaca sebab saya tengah cuba nak kekalkan bahasa sopan ni.)






amboi. amboi. amboi.





buat saya terfikir, ada yang tak kena ke dengan cawat seluar dia?




cawat seluar perempuan lagi ketat kot.





atau mungkin kaki dia lenguh. orang lain yang tengok tu tak lenguh agaknya.






yang penting saya tetap tak paham kenapa. rasa macam nak je tanya," hey kau, apesal consume kerusi banyak sangat ni, dua pun dah lebih dari cukup, lebih-lebih pulak. tak nampak makcik tu tua? dah la kau yang muda belia sihat walafiat ni tak berperikemanusiaan bagi kat makcik tu duduk. kau ambik pulak banyak-banyak kerusi. bapak kau CEO LRT ke?" (alamak, sekali terkurang ajar).





ops. sila jangan hentam saya dulu. saya tahu lelaki kalau duduk kangkang kan, takdehal. takkan nak kepit pulak, tu lain dah cerita tu. cuma, tak paham, kenapa nak ambik sampai 3? 3? lucky number? idts.





apa-apajela. saya banyak lagi nak tulis ni.