RSS

Tuesday 31 March 2009

jangan salahkan belalang


percaya tak kalau saya kata, orang melayu kita ni, buat benda cuma berdasarkan impuls je.

apa yang kita rasa nak buat

 kita buat.

macam kadang kadang saja je tanak pikir beria ria pasal kesan kesan perbuatan kita tu.

tak percaya???

cuba tengok pak belalang.

bagi nama anak dia belalang.

nanti bila belalang dah besar nanti. belalang mesti tak boleh nak main kejar+tangkap+lepas dengan belalang belalang.

nasib baik jugak masa nak bagi nama dia ternampak belalang.

sebab tu dia letak nama belalang.

kalau pak belalang ternampak babi macam mana..??




rosak.






belalang -------> babi
pak belalang ------------> pak babi
mak belalang -------------------------------> mak babi






eloklah tu.








satu keluarga terpalit arang hitam pekat.










Sunday 29 March 2009

jangan jerit.

oke.saya mengaku. dah lama tak masukkan entri baru.

sebab? ini adalah entri yang ke-100 saya, so, konon-konon saya mahu entri yang istimewa seperti menyambut ulangtahun perkahwinan siti nurhaliza ke, seperti menyambut zaman kegemilangan sarah kerana mendapat empat flat setiap semester ke (ini tak mungkin terjadi.sekian.) ataupun, seperti menyambut kemenangan saya mendapat tempat pertama dalam permainan catur sukem. ( ini lagiiiiiiiiiii lah mustahil berlaku.)

tapi. malang.entri ni bukan perkara gembira yang terjadi.semoga Allah merahmati kita.


tadi saya mahu tengok kawan saya menari -------> ecah ktho, tarian ros kalas. 

p/s : selama ini saya menyebut nyebut ros kalai. saja je tu sebab sayang pada pensyarah yang bernama dr. kalai--->ayat cover


saya pergi dengan team teater ktho. malu sunguh. mula-mula nak pegi dengan as dengan teha je, tapi, dia orang tak cakap mereka pergi sebagai satu team. segan sungguh tapi saya berlagak kool.

dapat tengok sikit je ecah.


tapi, saya dapat tengok banyaaaaaakkkkkkkk tarian incik lokman. atau perlu ke saya tukar gelaran incik kepada seniman lokmannnn...??? <---------beliau semakin berjiwa seni. saya baru tahu.


 tahniah kepada beliau! 


lepas dah umumkan hadiah, lepas sesetengah kolej menjerit jerit macam kena rasuk hantu jamban, lepas telinga saya kembali pulih, kami mahu balik. as dengan team teater laju ke pintu keluar.

"AS....!!!!!"

saya jerit sebab beliau tak nampak saya.

dan, saya jatuh tergolek golek dari tangga maut tertinggi di ukm...!!!!


oke. oke. saya tipu.


saya cuma jatuh satu anak tangga je.


sempat paut pada tangan as. nasib baik.at least beliau tahu saya terjatuh.

kalau tak saya akan mati kena pijak pijak dek gerombolan manusia.

taklah. saya tak salah kan suasana yang tak berlampu, gelap gelita sampai saya tak nampak jalan dan tangga untuk turun.

tak jugak.saya tak salahkan akak pekak kat depan saya yang saya cakap tumpang lalu dengan sopannya untuk kejar as.

tak. saya tak salahkan orang yang mengilai+menjerit+melalak macam orang gila hilang tujuan hidup.


tak. saya tak salahkan orang belakang saya yang tolak-tolak macam nak kejar bas ukm yang tak reti nak tunggu orang.

mereka suma tak bersalah.

yang salah saya sebab esaimen tak siap, tapi gatal-gatal mahu tengok festival tu kenapa? kenapa?

padan muka.

nak balik tak boleh. kaki sakit gila! takleh jalan kejap.as dengan teha angkat tengah-tengah orang ramai sana.


saya teriak teriak.turunlah...!!! malunya saya! macam artis je glemernya!

habis saya jadi femes gila malam ni. kesian sama kawan-kawan yang menang, saya dah amik spotlight mereka.

sori.teha.hakam.dan pengarah.
saya balik ke kolej dengan merempit dengan sya
fiq.nasib baik ada jugak yang naik moto.leh tompang. kalau tak, mati nak naik tangga maut ktho tu.

sampai depan kolej nampak pika dating dengan cristiano ronaldo ktho. heh. peluang baik!

"SARAH KAU KENAPA?"

"JATUH.TERSELIUH!"


"OKE KE?"

"PIKA, TOLONG!!! SAKIT TAK TAHAN!"

pika datang papah ke bilik. saya sedar buat kesian kalinya, bahawasanya saya pendek rupanya. pika papah macam berpaut pada tiang lampu rasanya.

saya sebenarnya tak berniat
mahu merosakkan date mereka. ulang suara, tak BERNIAT! tapi, heheh.sekali sekala apa salahnya.mereka ada masa lagi 2 tahun untuk dating dengan jayanya di sini. nak rampas title hot kapel ktho pon boleh.

kesimpulannya : sekarang kaki berbalut. kalau dapat ponteng kelas mikrob esok kan best.




p/s : pengalaman pertama terseliuh kaki ni. sakit rupanya. selama ni ingat orang terseliuh tu mengada ngada je. tahu tak macam mana sakit dia? cuma hamik kaki anda,ketuk ketuk tempat yang ada tulang belulang keras tu dekat benda keras berdekatan anda.lepas tu, tarik tarik sekuat kuatnya. 


dapat..??? <------- cara sebutan sila rujuk kepada haze', che pah atau mana mana sahabat handai yang berstatus palapes.




Thursday 26 March 2009

azam bin mansuh




azam.

  • mahu mengemas meja elok elok tak macam meja pengetua kolej saya di ofis beliau.tanak dah selerak selerak. malulah nanti mak mertua saya tengok kan? kan?kalau saya kurang pengemas mesti beliau geleng geleng kepala.tapi kan, kenapa meja ni kecik haa..? boleh tak kolej bagi saya 2 meja?
  • saya tanak post entry berkali kali seminggu sampai orang lain cuma baca yang latest ja. yang lain dah mereka tak larat nak baca. buat penat je jari jemari saya yang runcing ni menari nari atas papan leptop ni. tapi, ini kan tempat saya tulis benda benda yang saya tak cakap pada orang lain. saya nak tulis kat mana lagi??
  • nak buang perkataan MALAS dalam kehidupan sehari hari. nanti jadi lagi malas kott..? tolonglahhhh...saya mahu rajen rajen belajar! tapi perkataan tu macam keluar dari mulut saya 24jam macam peluru.tak sempat nak tahan.
  • tanak makan makanan sekerat jalan lagi dah. MESTI sampai abeh. tak elok buang rezeki. Tuhan marah. tapi kalau makan banyak banyak pon nanti sakit perut jugak.
  • tanak memintak mintak duit tambahan dari mak seberapa lama yang boleh. kata kuna, kalau boleh jangan mintak langsung dah sepanjang disara (macam nama saya. saya suka betul guna perkataan ni) oleh ptptn. tapi nanti ptptn kena potong kot. sapa nak belanja ni? mak la kan? kan?
  • tanak lagi buat benda benda yang tak berfaedah dari pukul 12 ke atas. cuma benda benda penting je yang akan menyebabkan saya stey up dengan jayanya.huh! sekarang ni ektiviti penting ke tak ha buat blog blog ni?
  • tanak ym ym dengan orang ramai secara pukal dah. kalau ym pon, tanak ym dulu, bia orang lain yang ym anda. bukan sombong la, cuma tanak lalai dengan internet. tapi ym cara berkomunikasi yang senang.tak perlu keluar bilik pon.
  • tanak lagi dah tengok cerita 5 minit lepas tu off. MESTI sampai ke hujung rancangan. ini perinsip baru saya reka. eh, tapi kan, kalau tengok 5 minit je boleh jimat masa laaa...
  • tanak membazir duit rm2.50 bayar duit untuk mesin membasuh baju baju saya yang cuma sebaldi je. MESTI tambah lagi bilangan baldi agar tak rugi. kata orang tua-tua alah membeli, menang memakai.
  • tanak gosot baju macam tak gosok lagi. MESTI kalau boleh nampak macam baju baju YO dekat kolej.tapi kan, iron pinjam.susah sikit laa...
  • nak baca buku mikrob si black tu sampai khatam sebelum melangkah masuk ke exam hall.macam tu barulah lega jawab exam kot. walaupon tak ingat??
  • tanak pakai seliper dah pegi kelas. macam nak pegi reban ayam kot seliper tu dah.huhuhu. tapi, harap harap sandel tu mampu tahan lama. kalau tak, seliper jugak menjadi pilihan.takkan nak pakai heels merah dinner tu kot..? hehe.
  • azam seterusnya. tanak dah buat azam banyak banyak. bukan dapat direalisasikan pon...ehhh..???


dengan ini semua azam azam yang tersenarai di atas termansuh dengan sendirinya. 


sekian.

Wednesday 25 March 2009

Tuesday 24 March 2009

perihal tangan




bila saya marah, tangan saya menggeletar


bila saya terkejut, menggeletar jugak


bila saya sedih pon, sampai menggeletar


bila saya lapar, lagiiiiiiiiiii la menggeletar


cuma jangan nanti dah bergelar warga emas, 
saya menghidap parkinson sudahlah.





saya harap tak.






p/s: iylia, tengok!tengok! saya still have hopes in my life.

Monday 23 March 2009

ritual wajib

saya : "mintak mintak lah beliau tak datang kelas.amin.amin.amin. cukup 3 kali afdal dah tu.moga termakbullah hendaknya.ze' cepat cepat! amin 3 kali cepat!!!"

haze' : "amin...!!! layan je."

saya : " 3 kali la, tak cukup tu.."

haze ; "amin,amin,amin"

saya ; "yaa...azam..."

FYI ; amin dan azam adalah nama budak ktho yg nama mereka selalu digunapakai dlm pelbagai situasi.

*inilah ritual yang mesti dibuat setiap kali menghadapi kelas mikrob. 




as : doa korang kali ni mungkin akan menjadi sebab tadi pon kelas bio-d kitorg tadak. kitorang duduk je dalam hall menyembang.

saya : owh!! bagus! bagus! bagus! moga - moga termakbul lah hendak nya.

sedang menyembang dengan jayanya.

pensyarah kesayangan haze' dan saya memasuki kelas.

saya : owh! mannnn....!!!

haze : kenapa doa kita dah amin berkali kali pon masih nda makbul..??

selepas lebih kurang seploh minit, kelas masih tak bermula sebab masalah lcd.

saya : mungkin doa kita akan termakbul dengan cara lain tak ze'?

haze : mungkin. takpe takpe. kita tunggu dan lihat.

tapi hampa. teknician yang datang sangat cekap dan berkaliber.


benci.






Sunday 22 March 2009

warkah untuk kosmet



kehadapan kosmet-kosmet saya yang dihormati lagi dikagumi,

tujuan hamba menulis warkah ini adalah kerana hamba tidak dapat lagi hendak menahan gejolak di hati. sudilah kiranya tuan hamba sekalian yang baik-baik budi serta indah tatasusilanya membaca luahan hati hamba yang tak seberapa ini.

tuan hamba sekalian,


sebentar tadi hamba membaca kalian bersuka ria di hujung minggu di teratak 16. *mata bergenang genang sambil pikir, tak ajak ponnnnn...!!!! *

alangkah indahnya jikalau hamba juga mempunyai kesempatan untu
k keluar berjimba-jimba dengan tuan hamba sekalian. walaupon bukan di teratak 16. sebab kalau di teratak 16 kena tunggu invitation, lama tuuuuu.... tapi, apa boleh buat, masa tidak boleh diputarbelitkan semula.tak mengapalah. hamba pasrah sambil berdoa semoga adalah hendaknya ketika lain untuk hamba join sekaki.

hamba kemudian diberitahu, tuan hamba sekalian pegi pulak merewang rewang dengan kereta pinjam ke kajang dan membeli sate kajang untuk santapan. *nak jugak-nak jugak!! sambil merangkak ju-on*




hamba rasa mungkin sebab hamba ini tidak mempunyai organisasi yang tiga huruf atau huruf huruf yang lain yang menaja saya. jadi, saya tidak diajak.

FYI : 3 huruf------> JPA

tak mengapalah, sudah bukan rezeki. walaupun saya mahu mahu mahu sangat makan sate kajang haji samuri tu.

akhir kata, semoga di lain masa kita akan berjumpa lagi.

kalau ada sate di kajang,
saya sangat mengidam makan,
kalau ada JPA yang panjang,
bolehlah saya menompang makan makan.

sekian.

salam kasih dari ktho,

hamba.

Saturday 21 March 2009

it doesnt cure


lemah semangat.

ya. saya nampak je macam sempoi sempoi. chill. suka belagak cool.

tapi saya lemah semangat. seriyes.

saya tak penah masuk rumah hantu. sebab saya takut.

memang.orang cakap mana ada apa.tu cuma props je. ye! ye! saya tahu! saya tahu sangat sangat!.

cerita hantu. hanya yang saya percaya kawan dengan adik beradik saya cakap tak takut je saya berani nak tengok. saya takut.

bukan saya saja-saja mengada buat buat takut.saya cuma kurang kuat.

saya tak tipu pasal ni. saya betul betul tak tipu.

tapi kenapa orang tak percaya.

suka nak paksa saya masuk rumah hantu. paksa tengok cerita 18SG.

saya tak mahu. saya tak nak.

tak paham ke?

saya seriyes ni.

cuma sorang je manusia yang tahu dan paham dengan ketakutan saya ni. dia selalu lindungi saya dari ketakutan yang saya tak boleh kikis ni. tapi sekarang, saya dah besar. saya tak boleh nak terus begitu. dia pon dah tak boleh terus lindungi saya dari semuanya.

tadi kawan ym.dia suruh saya bukak satu dokumen. saya rasa itu adalah helah untuk kenakan saya.

saya cakap saya macam penah dapat je dokumen tu. hantu ke?

dia cakap tak. saya tetap tanak bukak.

tapi dia cakap tak jugak.terai lah bukak.

saya percaya dia. dia kawan saya. saya percaya dia sebab dia kan kawan saya.

saya bukak dengan tak baca bismillah pon. dia kawan saya. saya betul betul percaya.

tekan tekan.

dan keluar gambar hantu menjerit.

astaga.

keluar perkatan perkataan tak sesuai untuk tatapan umum.

saya terkejut. tangan menggeletar. tergamam. taktahu nak buat apa. 

saya betul betul lemah semangat. terdiam.

sampai hati. saya percaya dia.ini kah kawan?


air mata saya menitik secara tiba tiba. 

dia cakap sori.sori sori.

mungkin dia tak ingat kot.

tapi, orang cakap sori doesnt cure.

terkejut? sangat!!!


suma orang macam sudah berjinak-jinak memasuki dunia blog.

saya pon dulu saja-saja je,tengok member ada blog, saya pon teringin jugak kottt.

tapi blog macam takde motif je masa tu.

tapi.

saya seperti mendapat tamparan kesedaran pada hari ini.

bila saya lihat blog kawan saya yang saya baru jumpak.

saya lihat...

OMAIGOD!!

LINK CEKGU-CEKGI SEKOLAH SAYA....!!!

WOW!!! CEKGU-CEKGI SAYA ADA BLOG..
 HUMANG AIH..!!!!

terkejut? takkkk..!! saya terperanjat macam nak mati!!!

ada friendster tu biasalah. ada blog??? wahahahahaha....rajin mereka ni online nak update blog..!!

cepat-cepat saya tekan-tekan link-link mereka.

dan..

ow! ow! owwwhhhhh...!!!

memang para pendidik yang ikhlas dari hati kottt..!!

cerita tentang isi hati mereka, penilaian tentang pelajar dari kaca mata saorang guru.hermmm...menarik nih!

dan paling saya kagum.

NOTA-NOTA, SOKLAN PERCUBAAN DAN LATIH TUBI UNTUK SPM!!!

kalaulah saya tahu dari dulu. mungkin fizik saya dapat A kot???

p/s: apa misi dan visi blog anda? 

Friday 20 March 2009

mandikan kucing anda!

cara memandikan kucing anda dengan selamat tanpa sebarang kesan cakaran.

  • bersihkan mangkuk tandas dengan sebersih-bersihnya untuk menghilangkan jumlah mikrob yang mungkin bermastautin di situ.
  • masukkan jumlah air yang diperlukan beserta shempu secukupnya. sila jangan membazir. cukuplah dengan amaun yang berpatutan.
  • sila jemput kucing anda dengan lemah gemalai dan tenangkan debaran yang melanda hati beliau. anda tahulah kucing, segan sungguh nak biarkan diri dimandikan.
  • dengan pergerakan yang sepantas kilat dan mesra+cepat+betul sila letakkan kucing anda ke 'bath tub' beliau. sila tutup pintu bath tub jugak.( anda mungkin perlu berdiri di atas pintu bath tub itu untuk memastikan kucing kesayangan anda tak keluar masuk sesuka hati.)
  • *perhatian : pastikan anda tidak menyediakan mana-mana bahagian badan anda dekat dengan pintu bath tub atau mana-mana lubang yang boleh dicapai oleh si kucing.kalau anda dengar bunyi-bunyi yang pelik, sila abaikan sebab kucing anda sedang bersuka ria bermandi manda.
  • flush tandas anda 3 atau lebih mustajab 4 kali. ini supaya kucing anda 'dicuci dan dibilas' sebersih-bersihnya tanpa sebarang kesan sabun yang tersisa.
  • mintak bantuan kecemasan dari jiran-jiran anda untuk membuka pintu keluar dan pastikan tiada halangan dan juga sebarang manusia yang berada di antara tandas anda dan pintu keluar.
  • berdiri di belakang tandas anda sejauh mungkin dan bersedia mental dan fizikal.
  • buka pintu bath tub dengan cepat.
  • kucing anda yang sudah bersih akan melompat keluar dan lari keluar untuk mengeringkan diri.
selamat mencuba!

Yang Ikhlas,

ANJING.

Thursday 19 March 2009

segitiga


semalam hari rabu.

biasa lah kelas c++ kat ftsm.jaoh.
kuliah mengantuk. peak hours. 1230 sampai 300. dammit.

selesai kuliah, sambung tutuorial terus lah macam biasa.

program untuk user input length then program kena bagitahu user apa bentuk yang mungkin.

math jugak tu kan.

kena guna function syntax.lemah betul part function ni.huh!

guna jugak switch, if-else dan sebagainya.mana-mana yang berkaitan.

tiba-tiba sedar,

saya tanya jiha, eh, macam mana nak tahu bentuk, scalene, isosceles dgn equilateral nih?

jiha tanya tikah, eh macam mana nak tahu bentuk-bentuk di atas?

tikah angkat bahu tak tahu.

tikah tanya ezryyol( eja nama beliau susah, tak tahu mana yang betul)

macam mana nak cari bentuk-bentuk tu?

ezryol cakap, tak tahu bentuk? tak tahu..??? haa... senang ja...!

saya kagum! hebat sungguh beliau.

beliau tekan-tekan keyboard.

beliau cakap, haa....tengok lah.

rupa-rupanya beliau google je kat internet.

errr....


kenapalah tak terpikir.kata nak jadi programmer. benda kacang panjang ni pon beria nak tanya suma org.


dah tebiat ke?



kenapa ya, dis past few weeks, saya asik teringat ja kat rumah saya.

kat mak saya.

kak.

nani.

ayah.

kuna.

adek.

opah.

sampai-sampai, pagi tadi, sebelum pegi kelas, saya buat benda pelik yang saya buat tanpa fikir pon.


saya pegi google earth dan mencari lokasi rumah saya.macam orang kata, tak nampak orangnya, nampak bumbung rumah pon jadilah.

aneh.sungguh.tak penah-penah rindu kat rumah sampai macam ni.

ni ke homesick?

tak mungkin!

saya dari kecik memang asik dipisahkan dari keluarga. sejak umo setahun jagung.

manja? so not me!

sayalah miss independent dalam keluarga.bukan nak riak. tapi realiti.
tapi, saya mula menghantar mesej-mesej menanya kak yang bukan-bukan.

kenapa?

macam ada sesuatu yang saya perlu buat di rumah?

tapi apa ya? 

sebab sepanjang saya balik umah, berdasarkan pengalaman lama, saya cuma makan dan tido ja.bukan aktiviti yang sihat pon.

tapi, akal saya macam tak bagi je balik. sebab, esaimen c++ tak siap-siap lagi. (konon-konon kalau tinggal kat kolej dapat buat dengan jayanya lah..)

sebab, saya nak jimat duit tambang, buat beli makan pon sedap jugak.

plus, saya dok kat rumah pon tak membawa manfaat langsung kepada keluarga yang saya dok teringat-teringat beria ni.

kalau saya nak balik jumaat. saya kena ponteng kelas biosel lagi petang tu.bas cuma ada pukul 2 je setiap ari dekat kajang. nak pegi pudu? owh.tak mungkin!

sebab nak exam ke? mungkin jugak.

selalunya saya cuma insaf-insaf teringat semua ahli keluarga bila esoknya mahu exam.sebab mintak restu kan.

tapi finel hujung bulan depan.jadi kenapa dengan saya ni???

ini ke orang panggil buang tebiat?

mungkin.

p/s: hasilnya minggu ni tetap tak balik juga.sekian terima kasih.