RSS

Wednesday 13 October 2010

tangan ketar-ketar ni marah

kita sama-sama manusia. taraf sama je dekat mata orang atas.



mata orang atas cuma perumpamaan.



tapi taktau la kalau kau duduk tingkat bawah, jadi, mata orang atas mungkin akan membawa makna literal.since saya duduk tingkat atas sekali, atas kepala saya siling yang ada 99 jenis lubang hujan, jadi, orang atas saya adalah yang lebih tinggi.





saya sedar diri. bukanlah sebaik mana. rukun yang lima tu pun tak berapa nak sempurna. zakat pun mak yang bayarkan lagi. maklumlah, student.




perangai saya waktu nak membesar jadi orang pun, saya perangai sikit kurang baik.




tapi sekurang-kurangnya saya sedar diri. dan saya berusaha untuk menjadi lebih baik. walaupun kadang-kadang usaha saya mendapat halangan dari pelbagai pihak termasuk makhluk menyetan di telinga saya.




saya bersyukur sebab dulu saya ada ayah yang selalu tegur tingkah laku saya.




ayah pernah cakap, jangan buat naya orang. Tuhan marah. kalau Dia nak tarik, Dia tarik kejap tu je. Dia bayar cash. takde hutang-hutang cukup bulan bayar.




mula-mula, ego budak hingusan, memang lah saya melawan dalam hati. saya defend diri sendiri dalam hati. gila kau nak melawan cakap ayah? kena lempang mau? (ayah saya takdelah garang macam mejar polis ke apa, ayah saya baik je, cuma bila anak-anak perempuan dia ni dah melampau, naik tangan jugak lah.)




tapi, lama-lama, saya sendiri belajar. ya. saya belajar jaga diri sendiri. jaga hati orang. jangan naya orang. kalau hati saya sakit kena toreh-toreh pun, saya sabar je. takdelah kata saya berlagak berhati mulia. tapi, saya mengumpat jugaklah orang buat saya sakit hati tu. tapi cuma tu jelah. nak lebih-lebih pun, apa jelah yang saya mampu buat? nak bayar pembunuh upahan pun tak mampu.





bab nak naya-naya orang ni saya tak suka betul.




kita ni, sama sama sebaya je. sama-sama student lagi. tak lebih tak kurang. oke, mungkin dari segi keputusan CGPA ada yang lebih. tapi saya pedulik apa? bukan saya boleh buat apa pun dengan CGPA kau.




kalau pun kau nak pastikan kehidupan pelajar kau senang dan penuh gembira pun, jangan la nak naya orang. macam quote dari ayah yang menegaskan bahawa, Tuhan bayar cash.




hari ni, kau potong line orang dekat ATM, mana tau, lepas kau amik duit, kau topup, maxis potong duit yuran SOS. abeh duit kau rm2.50. tengok. cash.





tak perlulah pasal kau nak duduk bilik berdekatan dengan bilik kawan kau paling frenship forever tu, kau tipu cakap kaki kau sakit takleh naik tangga sehingga merampas bilik orang yang dah check in. padahal kaki kau sakit tu masa 8 bulan lepas. dan kau bukannya atlet pun, sampai nak kena sangat jaga kaki takleh naik turun tangga hari hari. kau pelajar biasa yang kumpul lemak tiap-tiap hari jugak.




hey. saya tengah sakit hati dinaya orang.





ni je yang saya boleh buat. mengutuk dia dalam blog saya. tapi saya cerita yang betul.





semoga Tuhan bayar dia cash dan ambik bunga 20%. serius saya tak suka diperbodohkan dan diperkotak-katikkan. pegi mati

Sunday 10 October 2010

mimpi syakilla

sekarang baruuuuuuu lah saya paham kenapa orang kata, kalau kita sayangkan orang, kita mesti sanggup lepaskan dia untuk dia bahagia.




oke mood jiwang saya tahu. selepas mimpi ngeri semalam, bangun pagi dengan mood jiwang. kenapa?




abaikan mimpi saya yang mana saya telah menjadi mangsa buat kali ke entah berapa ratus. orang lain pulak kata, mimpi ni sebenarnya nak tunjuk kita punya deepest desire atau deepest fear. ada pulak yang kata mimpi mainan tidur. seorang yang lain akan kata mimpi syakila.




tapi yang saya sedikit terganggu nya adelah, kenapa, orang lain kalau mimpi, dia jadi hero. dialah yang paling hensem di seluruh galaksi bima sakti. dialah yang paling superhero mengalahkan segala jenis tongkat sakti dan pendekar tangan berapi. dialah perak nombor satu. tapi saya tak?





apesal mimpi saya selalu saya jadi mangsa yang tak mendapat pembelaan? kenapa?






mungkin betul mimpi tu kita punya deepest fear.




atau hanya mainan tidur yang dibonekakan syaitan.





atau penjelasan yang paling simple, saya bukan syakila. sebab tajuk dia mimpi syakilla. jadi, syakilla je yang layak menjadi heroin.




eh bukan ke tadi dah kata nak abaikan mimpi saya?




ni, pasal kenapa kita kena lepaskan orang yang kita sayang ni ha.




dulu saya betul-betul rasa macam what the eff dah sayang tapi nak lepas? konon berkorban tapi, korban apa bila kita boleh terus berpegang tapi kita lepaskan? usahalah terus! bukan susah pun.




macam saya cakap la, tu dulu. seriushit saya tak jumpa sebab kenapa orang cakap macam tu. konon-konon taknak pentingkan diri, tapi, kalau kita lepaskan sorang yang dah saling menyayangi macam drama-drama tivi, seperti, kenapa bila jejaka A dan gadis B saling mencintai, tapi sebab jejaka C sudah berkenan dekat gadis B, jejaka A sanggup berkorban?




nampak simple kan penyelesaian? bunuh jelah watak jejaka C jadi jejaka A dan gadis B akan hidup happily ever after. the end. case closed.





but there's more to it. the action that many claim selflessness, is actually a total selfish. sorry friends, but reality bites.



the act of letting go, instead of holding on. why?




its keep getting back to the dream of mine. go figure.

Tuesday 5 October 2010

saman.

agak-agak sebulan jugak lah tak buat entri baru. *saya telah mendapat amaran-amaran dan jugak ugutan layang daripada beberapa orang yang tak takut dengan ke-popular-an saya. saman 7-8 juta pun best ni.




heh. tak percaya ke saya popular?*senyum sinis*




tolong la. takkan la saya yang popular ni pun kau tak tau.




nak bukti? fine.




semalam saya naik lif dekat tingkat bawah canselori nak balik ke kolej an. pastu an. ada orang tu an. (boleh tak bayangkan perkataan "an" yang berulang ni agak annoying dan mengganggu konsentrasi pembacaan? kenapa ada orang suka tulis macam tu. nak kata best, ni saya try buat, takdelah best mana pun an.)



ha, berenti la cakap pasal an. kalau cakap pasal an ni saja an, dah boleh buat satu lagi entri baru agaknya an?



yang tadi cerita pasal lif tu. dekat canselori ada dua lif. satu untuk sekarang, satu untuk masa depan. literally. sumpah saya tak tipu.




satu untuk sekarang (student), satu untuk masa depan (untuk student yang bila kerja, dia mintak kerja dekat ukm jugak, macam tak boleh je menjalani kehidupan normal di luar jangkauan pakcik biru ukm tu.)



pastu. bila saya nak naik lif tu, ada orang tertunggu dekat depan lif tu, nak naik lif sekarang. bila naik lif sekarang, kita otometik tau lah kan apa status dia kan. pelajar yang masih di bawah kongkongan pakcik biru ukm. HAHAHA! kesian.



tiba-tiba, si beliau tadi cakap dekat saya : dah makin kurus ye sekarang? muka nampak cengkung sikit dah.




saya....saya...mungkin saya pernah hilang ingatan. ----> hipotesis pertama.




eh, dia ni dulu pernah join koke khidmat masyarakat sama kot. ------> hipotesis kedua.




wey, mana pernah tengok pun muka dia ni. biar betul. ------> keputusan.



jawapan saya muktamad. saya tak pernah kenal dia ni. muka tak pernah tengok. apetah lagi tau nama. -------> konklusi.



reference : mula mula saya nak tanya nama dia. tapi, bila saya fikir dengan lebih mendalam, mungkin agak kurang sopan bila nampak sangat saya lupakan dia. kalau saya jadi dia, saya rasa malu nak mati sorok muka bawah tanah macam lipas.




lagi satu ni fresh lagi! baru jadi tadi dalam pukui 1130.




tadi masa kelas software engineering, ada la rehat kejap 10menet sebab kelas 2jam lecturer tu sedar dia dah bercakap sorang diri selama sejam lebih tanpa henti dan muka kami-kami pun macam selenga sangat.



saya lapar. saya nak makan berat. saya nak makan kuetiaw goreng atau bihun goreng sepinggan campur telur mata kerbau.lepas tu letak sambal tumis ikan bilis. (ada orang tanya saya kenapa telur mata kerbau? kenapa telur lembu lain ke? telur lalat lain ke. sama je mata. kecuali mata kucing sebab mata kucing boleh dimakan).




bila pergi kafe ada the boifren tengah makan-makan dengan kawan-kawan-kawan.




cis. malulah saya. tak jadilah makan berat kuetiaw goreng sepinggan campur telur mata apa apa binatang pun dengan sambal.





pastu masa nak bayar benda yang saya amik dekat kaunter, ada orang bawak pinggan bihun goreng campur telur mata binatang campur sambal tumis. jelesnya!!! dia bawak jugak air sirap ais. haihh. sirap ais pun feveret saya.



tiba-tiba, nak dijadikan cerita, sirap ais sejuk tu TERtumpah ke lantai. kenalah kaki saya.



orang tu macam kata : eh tertumpah. sori.sori. kena sarah ke?



saya blur.



kena sarah ke? dia tanya kawan dia. kena sarah tak? dia tanya sarah.



eh. sarah yang dia tanya ni saya ke?



saya taknaklah jawab awal-awal, buatnya kawan dia dekat sebelah tu nama sarah, kang sapa yang malu?


pastu dia tanya sambil pandang kaki saya. kena sarah tak?



eh. tak. tak. tak. takpe. *oh penipu sarahnur. dah sah-sah kena. tapi yang dia buat-buat tanya tu kenapa. mestilah jawapannya tak sebab being polite kan?



nah. bukti lagi satu. dalam masa 2hari berturut-turut, saya ditegur oleh dua orang yang saya tak kenali, malah tau pulak tu nama saya. ha.



saya nak mula cari peguam untuk saman orang.