RSS

Friday 30 October 2009

periksa der

bosan lagi la. kenape ulangkaji untuk periksa adelah bosan?

kenape bile saya tengok cerita chun li dekat pawagam tak best macam bile saya tengok chun li masa pukul 12 malam dan esok nya saya ade periksa susah yang saya nak stadi x berapa nak abis lagi?


oke ayat terlalu panjang nanti cikgu bm potong markah. kata die, fleksibiliti ayat tak ada. haihh..banyak nye syarat nak buat karangan.


bila saya browse list online fren dekat ym, saya nampak seorang kawan tulis : sape setuju esok amik exam ko-ke pakai baju baksis ramai ramai?


ha?


apesal saya rasa macam tengah pikir sesuatu?



kalau.....



saya......


setuju pakai baju baksis.....


boleh dapat A ke???


kalau boleh....


die suruh saya pakai baju tu sebulan stret sepanjang periksa pun saya sanggup ohhh!!!!


relevan nye :

bukan dia suruh saya basuh, dia suruh pakai je. kalau nak basuh, saya pass la kat sapa sapa suruh basuhkan.


saya malas la baca buku lagi. saya dah kata nak balik kawin!



saya x suka la pakai t shirt pegi exam..kena lah pakai formal. (oke tipu pulak dah)

Wednesday 28 October 2009

amaran : post ni kau tak boleh kutuk! blog aku, sukati kaulah nak kutuk.

26 oktober - teknologi DNA rekombinan I

28 oktober - teknologi DNA rekombinan II

29 oktober - biometri dan reka bentuk eksperimen

31 oktober - khidmat masyarakat II

3 november - biokimia

9 november - pengaturcaraan permodelan grafik biologi

12 november - pengaturcaraan web.


-------------------------------------------------------------------------



sekarang cuba teka saya amik kos apa.


jangan refer post post sebelum!!! tak acik!


ohh, sapa kosmet, senior2, rakan sekuliah tak boleh jawab!!



sapa dah tahu sila senyap!!!


err... sekarang sapa yang boleh jawab? semua kena senyap... adoiii.. bengong!


bosan la periksa. nak balik kawin je. xpayah lah kumpul duit. kan boleh kawin free. haa....


nih. saya tak berapa paham dengan u saya sebenarnya. kenapa tajuk nak bahasa kebangsaan, tapi, belajar, periksa semua dalam bahasa bukan kebangsaan?


kalau saya, saya suka dalam bahasa latin atau jerman ke. kurang kurang, kalau failed atau keputusan periksa tak memberangsangkan, saya boleh kata, ni masalah bahasa.



yelah! macam yang semua orang lakukan masa masalah belajar sains dan math dalam bahasa inggeris tu, kan? kan? tuding sana tuding sinun.



pelajar mane salah kotttt!! pelajar teraniaya!


huh! kalau lah saya boleh bersabar ------> iklan eksiden kat tivi.



sekarang saya nak suruh fain buat surat dekat u saya lah pulak.



jom kita terjah!!



sekarang sarah nur. esok kamu periksa kan? biometri dengan experimental design kan? bila kamu lahir sebagai genius? kamu ingat kamu anak eistein ke? pegilah belajar! choy!!!

Monday 26 October 2009

ape yang terbalik tu?

kalau kamu perasan kan, dekat status status ym ke, ape laman laman sosial (paling femes yg huruf f kot) ade satu fenomena tulisan terbalik.

fenomena? paham x? die mcm tetibe, bushhhhh(bunyi ombak menghempas pantai) melanda semua orang. semua nak try buat jugak (saya bukan termasuk dlm semua).

tulisan macam ni. ¡ooƃıɐ˙ʞnɯnƃ ʞpʇ ןןıʇs uod 2ıɹɐɥ ƃuǝɹoƃ ɯʎɐ uʞɯ

boleh baca dia tulis apa? dia tulis sarah nur cute macam agnes monica.

nampak tak? nampak tak?

oke lah. tipu sebenarnye. tapi bukan stetment tu yang tipu. stetment tu rasanya macam betul je. tak ke? ke?

so, terus lah cerita. orang kata, kita tak elok lah kalau bangga bangga dengan kelebihan sendiri kan?kan?

so, point nye kat sini, hampir semua kawan kawan nak buat tulisan terbalik terbalik tu.


rimas? agak la..sampai semua nak buat.. ade ke che pah tanya saya macam mana nak buat benda tu padehal hazlina yang buat?? ade ke patut? patut ke?


saya pun jujur la berterus terang : kau tanya la hazlina. saya xtahu.x minat pun nak tahu.


alamak. macam kejam. sori che pah.

pastu tengok status lokman pun dalam tulisan tu jugak ye! tapi die tulis ini adalah satu seni. ye. TERBALIK!


haaa...!! IDEA!


saya ketuk ketang laptop.


status ym baru ----> ini adalah satu seni *sila baca dalam keadaan laptop anda terbalik* ------- sori lokman.



dapat?


bila lokman tanya motif, untuk kedengaran innocent, saya salahkan exam TDR siang tadi. adat la kan? sapa nak mengaku bersalah? kalau x, takdelah pepatah baling batu sorok tangan.


tetibe ade le kawan buzz.


sarah. aku dah terbalikkan laptop aku. apa yang seninya????




hahahaha....



paan. kau tensen dua paper tadi ke? dah tak betul?



ok jep. tapi aku masih tak paham...seni apekah itu?



hahahaha...saya pun cerita lah kenapa.


ohhh..oke... yang aku ni mengong g pusing laptop aku ni napelah...


saya gelak macam setan tengok senario.



udah lah kau sarah! sambung stady balik nu.



hahaha... kau serius ke kau terbalikkan lptop?


dah! dah! jangan tanya lagi hal itu!

Thursday 22 October 2009

terbakar.

saya malas nak tulis pasal benda ni. tapi dia asik je terngiang ngiang dekat minda saya..jadi.terpaksa tulis, karang kalau tak, saya nak berangan kawin dekat taman bunga pun terganggu. hish! potong betul.


haritu jumaat sabtu ahad saya pegi le program anak angkat set khidmat masyarakat saya. dekat felda tettt!! haa....takut glemer sangat. eh! ehhh!! tapi agak la. glemer sikit sebab gambar saya dan keluarga angkat ada masuk paper ohhh!!! HA!HA!HA! ayah angkat saya siap call berapa kali suruh beli.heh!


dia dah mula dah. cerita bersimpang siur macam karak highway. hah! penah lalu tak? pening ohh lalu highway. masa dulu saya duduk dekat benta 2tahun, macam selalulah balik ipoh lalu situ. dalam kereta ayah mesti pasaang kaset. kalau tak jamal abdillah, spring. tak pun may. dan yang sewaktu dengannya. sebab tu lah saya agak suka jugak rock kapak.


oke. dah terlampau simpang empat.


ni. pasal ni. keluarga angkat.


hari pertama tulah. balik je rumah, adik beradik angkat saya terus masuk bilik tak keluar. saya macam...haihhh...takkan la nak biar mak baru saya ni memasak sorang sorang macam orang gaji. sebagai seorang gadis melayu (hah? gadis melayu???) yang mempunyai nilai nilai ketimuran yang tinggi, saya macam rasa sedikit resah lah kalau tak ke dapur. kan? kan? paham tak dilema wanita sekarang? paham kan? baguih dok ada.


saya pun offer la.


nak saya tolong ke mak? saya tengah rajin gila ni macam bibik bibik ni. (potong ayat kedua)


kamu pandai masak ke?


mestilah pandai! makcik nak ape? laksa? kari? tomyam? goreng goreng? sume boleh!!! BETUL!!! errr...tapi, perasa maggi atau cintan sajelah. ruzki mahal.

mula mula saya nak bagi jawapan stendet saya seperti yang saya cakap dekat semua kawan kawan tu. tapi. bila pikir balik. saya cancel.


err...tak pandai.heh. takat tolong tumis tumis boleh la. (jujur pulak kenape?)


bile dah masuk bawang tu, saya pulak tengok mak baru ni selambe ke depan anak dia pastu cari barang kot. saya yang terkebil kebil ni tengok api dapur ni besar sangat. macam nak hangus dah ni. adehhhh...dilema wanita lagi. nak buat ape ni?


suis!suis! setiap perkakas ada suis!! cari suis!!!! (pemikiran logik pertama)


aiyak. suis ni. tempat putar putar api ni, macam...tak reti GUNAAA!!!! lain dari rumah punya!!! waaaa....!!


AYAH! ni dah hangus!!!!

-------------malam tu makan sayur kaler x berapa nak hijau-------------



yang best nya. esok pagi. saya dan kawan kawan ditugaskan bakar lemang.


emi : sarah. aku nasihatkan kau jangan dekat la tempat bakar lemang ni.semalam kau hanguskan sayur. kalau lemang 200 ni hangus, nak bagi makan ape kat tetamu??


sarah : ya.rasa macam tu jugak. *pasrah*


ape jadi lepas tu? huh. biasalah! menjauhi lemang sampai dah siap untuk hidang.

sejarah mungkin berulang *bukan macam new boyz*

bak kata lokman.keme this is the season anyway.


bak kata sarah nur. air soya season pun oke la untuk hilang dahaga. ape ke?


takpelah. abaikan saja.


masa masa nak exam ni lah, ramai orang mahu menunjukkan kehebatan masing masing dalam memaki hamun kot.


whoa. jangan! jangan!


kau orang tolong jangan test vocab carutan aku. dulu mungkin agak boleh membuatkan ayah aku gatal gatal tangan untuk sepak pipi pauh dilayang aku ni. *pauh dilayang tu ape ye?


mungkin sudah agak tumpul. itu suma masa zaman muda muda dulu. aku mahu berubah.


dah lama aku cuba berubah dan cuba istiqamah.konsisten.


tolong jangan ungkit kisah lama.

Wednesday 14 October 2009

entry pendek bukan membebel

penah try shuffle dekat mgi? best rupanya. CUBALAH!


*intonasi cubalah tu macam iklan krem rambut brylcream*

** MGI adelah short bg Malaysia Genome Institute.

*** shuffle bukan nama kuih.

Monday 12 October 2009

pusanika ada jual asam. jangan tak tahu...

dekat pusanika selalu jelah ade orang jual jual kan? kenape ye?


teori saya:

diorang mesti tak dapat ptptn, so nak take over duit kite semua secara separa sedar.

ataupun. diorang punya anak tak nak bayar ptptn, so, diorang nak bagi student ukm pun tak bayar ptptn jugak.

ataupun, diorang tak boleh kalau tengok pusan tu lapang je untuk kite pegi balik kelas dengan aman makmur nahi mungkar.

ataupun, memang hobi ukm buat jual jual kot?


takpelah. yang penting, masa jalan jalan tadi, saya dengan haze' nampak asam.....ha? haaa....??


ala. tulah. kedai kedai jual asam asam macam tu.


saya : ze' asam lah!! asam. asam!!

zech : a'ah laa...aku tak bawak duit. kau bawak?

saya : tak jugak. macam mane?

makcik tu tetibe menyampuk : dik, asam dik. 3 lima ringgit. 3 lima ringgit! boleh campur campur.


bisik dekat haze'. : zech. zech, try tanya makcik tu, hutang boleh? masuk buku tiga lima.

Thursday 8 October 2009

jelingan manja menusuk ke kalbu ku.*lagu shiela majid*

tadi pinjam duit hazlina. nak makan tengah hari sebelum pegi kuliah web programming. biasalah...ape la guna nya member kalau bukan banker di kala sesak kan? kan?

penghutang : ni nak bayar berapa suma ni?

pemiutang : kau bayar rm4 jela. nasi ayam rm3.5, air sirap aku xtahu berapa..ermmm...macam ni la. aku bagi harga member-member. kau bayar je aku 7ringgit.

penghutang : ......*blur kejap*.....ooooo, kalau member kau bagi 7ringgit ke?...ermm...ze', patut lah kau xramai kawan...HA!HA!HA!


*jelingan manja dari haze' mengiringi makan tengah hari*

Wednesday 7 October 2009

tolong pun salah.

saya cukup suka jawab soal selidik.

tapi. dulu lah. sekarang dah tukar.

sebab nye, selalu kena marah.

soal selidik ni selalu member member yang bagi suruh jawab. mestilah untuk kerja kerja untuk dapat markah lebih kan dalam sabjek sabjek tertentu.

saya tak pernah lah nak kesah sabjek ape pun yang mereka ni amik. hubungan etnik ke. psikologi ke. antropologi ke. biologi ke.yang penting, saya suka tolong dan juge menjawab soalan soalan. (tidak termasuk soalan periksa. harap maklum ye para pensyarah)

tapi, sejak ade satu soal selidik ni. saya dah tukar le hobi tu. sedikit kecewa.

hazlina suruh jawab kan. dia malas nak cari orang lain lagi kate dia.

saya on je lah!!!

tapi bila bagi je dekat dia balik, dia jerit," sarahhhhh!!! apesal kau jawab macam ni?? kau saje je kan!!"

saya pulak melopong. hah? kenape? xbetul ke?takkan le jawab soal selidik pun ade format jawapan juge? tak pernah dibuat orang kot.

-------------------------------------------------------------------------


bagaimanakah cara untuk melatih generasi masa kini untuk menyediakan masakan Baba dan Nyonya agar tak luput ditelan zaman.
- buat yang instant punya macam megi.
- buat kedai fastfood yang ada drive-tru sebab org skrg kan nak mknn yg cepat.

bagaimanakah cara yang efektif untuk memperkenalkan makanan baba dan nyonya ke seluruh pelusuk malaysia
- kalau bagi free, sume orang kenal punya! serius!!
- suruh michele yeoh peromot. dia kan femes gilalahhh!!!

--------------------------------------------------------------------------

p/s: sumpah saya jawab dengan jujur. tak tiru atau bincang pun. kenape die tak suka jawapan tu ke? huhuhu.. saya yakin betul jawapan saya dah cukup canggih, mesra, cepat dan jugak betul, boleh tolong dia dalam buat discussion nanti.huwaa....

Friday 2 October 2009

no doubt?

doubt is always there

always

but, often ignored

why?

love blinds us people.

but it all depends on the person ownself, no?

Thursday 1 October 2009

kelas kedua hari ini. (ye, sambungan)

kelas tdr pulak.


dr. wan kate, harge robot robot dalam makmal tu sume mahal. berapa ntah nilainya, xdengar pulak..



as (lagi) : pergh. kalau akulah kan, duit tu boleh beli kete idaman aku. siap 3bijik lagi hah!!!


is : o. kete ape?

as : mazda rx8. (baru letak gambar,atas pemintaan.)pastu, blablabla......



is : ohhh. kalau kte, nak gak le, mini cooper ke. cukup lah. haritu tgk atilia punya kete, walaweii....



haze : ala, kalau aku, kancil cukup la. buatan malaysia sudahhh...

is : kancil dah tak keluar dah kot...

as : kelisa la.kelisa! kelisa! ade la gak rupe rupe mini cooper tuu...HA!HA!HA!




haa...?? hampeh ahh asrinna ow!! tang mane ke kelisa serupa mini cooper?? *oke, mungkin ade lah sikit sikit. hish!*

kelas pertama hari ini.

kelas biochem.

biasalah.kan dah kata, kelas ni selalu mendorong perlakuan sumbang. huh.

as jenguk jenguk nota. (as lagi. asik asik dia je nak interframe nama dalam babak babak drama siri sarah nur, kan? kan? kan?)

as : ape tu?

is (erk? isss....???) : ha?

as : kau tulis ape tu? a molecule?

is : ohh, ni? chlorophyll a.

as : haa...??

is : chlorophyl a molecule...

as : oooo...*terus coret coret note die sendiri*

is : sebenarnye ade lagi ni. xsempat salin.

as : ha? oooo...ni nak kne tulis ke "tak sempat salin" ni?

is : kenalah! nanti dalam exam pun mesti tulis jugak, dalam kurungan, (sebenarnye jawapan saya panjang lagi nih, tapi, sebab tak sempat salin, so, pendek lah)!

as : ooooo...a'ah kan? bukan salah kite la kan tak sempat salin kan?kena lah tulis ape yang ade dlm lecture not kan?

**tetibe terfikir, maknenye, kalau xsempat...ermm...selame ni kalau student dapat 3.97, 3.98 tu...mungkin sebab not kuliah dia selalu sekerat sekerat jugak kot? nak salin ayat tak abeh, dalam exam pun nak jawab, jadi sekerat je. markah pun, sekerat jelah..kan???