RSS

Thursday 19 January 2017

Terapi penulisan

Saat terdengar khabar tu melalui telipon, perkataan pertama saya, Alhamdulillah.

Mungkin berkat doa orang teraniaya, Allah makbulkan doa saya supaya dimudahkan urusan.

Mudah sangat sangat. Sekejap aja.

Mungkin jugak berkat doa nama yang disebut sebut setiap kali. kesenangan. sarah.

Lepas beberapa jam, baru emosi semua datang.


Marah. Kecewa. Sedih. Tapi. dalam banyak banyak tu, perasaan menyesal tak ada. langsung.

Bak kata seorang kawan yang selalu jadi kaunselor saya, saya tak menyesal saya tak buat salah. Cuma pesalah aja yang menyesal dengan apa yang dia dah buat.


Allah tahu apa yang saya buat. Allah tahu apa yang diorang buat. Allah tahu apa yang dia tak buat.


Tanggungjawab. Hak.


Para lelaki. sebelum kawin, tolong lah. khatam dulu ilmu ni.


Fikir balik apa tujuan kawin.


Bukan setakat susah senang bersama.


Nafkah ada 5 yang wajib.

Makan dua kali kenyang sehari semalam.
Sepersalinan menutup aurat.
Tempat tinggal yang isteri redhai.
Ubat ubatan sekiranya sakit.
Barang keperluan untuk kebersihan diri. Macam sabun. atau pun mekap kalau isteri buat untuk suami.


Itu nafkah fizikal aja. Yang selain itu?


Mengembirakan hati isteri pun nafkah jugak, bang.


Kalau rasa nak suruh isteri layan kau umpama raja, jangan mintak isteri kerja untuk tanggung sama bil api air, boleh?



Kalau nak isteri respek kau, kau respek perasaan dia,boleh?


Kalau nak isteri bermanis muka setiap masa, jangan naikkan darah isteri dengan ayat sindiran kau, boleh?


Yang ini paling simple.


Kalau nak beristeri, jadi lelaki sikit, boleh?


Bukan duduk bawah ketiak bapak mintak handphone Samsung terbaru.

Bukan kipas bontot mak, mintak pinjam kereta sebab jimat minyak kereta sendiri.

Bukan catat segala arahan kakak, sedangkan kehendak isteri tak diendah.

Bukan ignore isteri berhari hari, setiap kali bergaduh.


Fikir balik.


Dia takkan balas. Sebab dia nak belajar terima ketentuan. Allah pinjamkan kau kejap aja dekat dia.


Tapi Allah akan. Kun fayakun.



Ini aja luahan yang saya mampu. semua yang terpendam takdapat dilontarkan kepada orang yang sepatutnya. Tapi saya tak boleh terus pendam. takut gila pulak nanti. hahaha.

Monday 16 January 2017

Saya bukan jenis orang yang menyesal. Dalam apa juga yabg saya buat. Sebab confidence level tinggi? aha. Biasa biasa aja.


Cuma mungkin sebab pakcik nasir selalu percaya saya dalam membuat keputusan sendiri. Kalau beliau tidak setuju dengan saya, beliau akan tanya saya, apa yang saya nak. dan kenapa.

Beliau bukan seorang ayah yang diktator. Beliau seorang ayah yang susah nak di-handle. (haha). Semua benda pun di-maharaja lawak-kan.

Beliau ada kurang. tapi saya sebagai seorang anak, saya selalu buang jauh jauh apa yang saya nampak atau dengar.


Sebab saya tahu, beliau berusaha yang terbaik.


Sebab tu, saya menjadi seorang yang sangat berdikari. sejak kecik, saya selalu mahu beliau bangga dengan saya.


Saya tak menyesal. Dengan semua yang saya buat. Lagipun, apapun, bagaimanapun, benda dah jadi. Menyesal pun tak boleh rewind balik kot kan.


Tapi, ada satu masa Disember 2016, di depan yang arif, saya terdetik di kepala, how did i get here?


Tapi tak ada air mata. Cuma terpikir aja.


Mat saleh kata, cause i love more.

i will always be the one who loves more. who put efforts more.



that way, when its over, there will be no regret.


Allah turunkan ujian untuk Dia hapuskan dosa kita yang lepas lepas. Belajarlah redha, Sarah Nur.