RSS

Monday 16 January 2017

Saya bukan jenis orang yang menyesal. Dalam apa juga yabg saya buat. Sebab confidence level tinggi? aha. Biasa biasa aja.


Cuma mungkin sebab pakcik nasir selalu percaya saya dalam membuat keputusan sendiri. Kalau beliau tidak setuju dengan saya, beliau akan tanya saya, apa yang saya nak. dan kenapa.

Beliau bukan seorang ayah yang diktator. Beliau seorang ayah yang susah nak di-handle. (haha). Semua benda pun di-maharaja lawak-kan.

Beliau ada kurang. tapi saya sebagai seorang anak, saya selalu buang jauh jauh apa yang saya nampak atau dengar.


Sebab saya tahu, beliau berusaha yang terbaik.


Sebab tu, saya menjadi seorang yang sangat berdikari. sejak kecik, saya selalu mahu beliau bangga dengan saya.


Saya tak menyesal. Dengan semua yang saya buat. Lagipun, apapun, bagaimanapun, benda dah jadi. Menyesal pun tak boleh rewind balik kot kan.


Tapi, ada satu masa Disember 2016, di depan yang arif, saya terdetik di kepala, how did i get here?


Tapi tak ada air mata. Cuma terpikir aja.


Mat saleh kata, cause i love more.

i will always be the one who loves more. who put efforts more.



that way, when its over, there will be no regret.


Allah turunkan ujian untuk Dia hapuskan dosa kita yang lepas lepas. Belajarlah redha, Sarah Nur.

No comments: