RSS

Saturday 26 December 2009

entry buat kawan.

baru nak bercadang nak tutup belog, ada pulak entry baru pagi ni.

saya dapat mesej dari fatihah(nama sebenar) pukul 928 pagi ni.mesej berbunyi :

salam. al-fatihah untuk abang adil hakam yg baru meninggal dunia pagi tadi..eksiden bas.


.....................................................................


mula mula blur.

saya kenal ke adil hakam ni.


takkan adil hakam yang HAKAM tu?


eh ye x ye.


mana ada kawan adil hakam lain yang teha dengan saya mutual friend.

kalau saya tak kenal takkan lah fatihah nak mesej ke hadapankan(forward) ke saya?


oh, Tuhan.


saya tak berapa suka berita mcm ni. tapi, menyampaikan kematian tu perlu kan. macam cerita masa sem dua tahun satu.


hakam ni, dah la selalu ceria. tak pernah nampak dia sedih sedih. saya tak tahu kalau dia tahu ke tak sedih tu rasa dia macam mana.


dah la dia gila. oke, bunyi macam sedikit mengumpat. bukan ye! dia gila double. gila gila.


selalu bergaduh dengan fatihah. sebab fatihah kosmet dia. tapi diorang rapat.sekali satu kepala dengan syapik,as, zaqwan (taip nama as dgn zaqwan sgt senang sbb huruf a,s, z, a, q, w,a, dekat dekat dalam typewriter ni. tapi n jauh)

tapi fatihah cakap, masa syapik eksiden-moto-teruk-kne-repair-satu-sem-tak-pakai-moto pun hakam nangis, ni bila abang sendiri, mestilah susah kan?


saya ym fatihah, nak cakap apa dekat hakam ni. nak mesej. nak pegi rumah xtahu pulak. lepas tu rumah dia dekat mana pun, saya entah xpenah tanya. xpenah pegi raya.


fatihah cakap dia pun tanya syapik. syapik kata, cakaplah, :takziah, banyak2 bersabar, kuatkan semangat.


nak tahu....masa saya dengan fmly berkabung dulu, mesej mcm ni bila masuk henfon, saya terus delete. saya taknak baca tahu tak?tahu tak? sakit. dalam dada ni. sakit sangat sangat. bukan sakit hati dengan pemberi mesej. tapi sakit. sakit dia macam taknak hilang walaupun letak minyak cap kapak dengan beristighfar tak putus putus.


sekarang saya yang kena hantar mesej macam ni. takpelah. memang saya taknak hantar mesej macam ni sebab saya sendiri tak suka. tapi, saya nak tunjukkan hakam support. nak suruh dia ingat dia ada banyak kawan yang menyokong dia waktu susahnya.


mungkin inilah tujuan baiknya henfon. kita dapat tunjukkan sokongan kita kepada yang perlu. waktu waktu macam ni.


kepada hakam, akhirnya saya kirimkan mesej.

takziah buat hakam dan family. hilang seseorang selalu sakit, ape lagi bila family.aku doakan korang tabah.



to lose someone, esp ur family, sangat sangat sangaaaaaat sakit. deal with it. sebab..wat doesnt kill u, makes u stronger.


p/s: abang hakam salah sorang mangsa kemalangan bas sani express.

fuhhh..fuhh...

banyak sangat benda saya nk cerita.

banyak sangat benda saya nak tulis.

tapi tak bolehlah nak ambik konsep rancangan "tiada rahsia" sangat. macam siti nurhaliza pulak rasa. kalau agnes monica takpelah lagi.

tapi, banyak sangat hati yang perlu dijaga.

banyak sangat maruah yang perlu dijunjung.

banyak sangat aib yang perlu ditutup.

banyak sangat emosi yang perlu dikubur.

memanglah saya berpegang kepada slogan : "belog aku, sukati kaulah nak kutuk" tapi, kitakan hidup bermasyarakat.

go back gostan, reverse transcriptase (watdefish tetibe masuk bio ni?) muka yang sama jugak kita hadap. jasad yang sama yang kita jumpa. nama yang sama yang kita cerca.

jadi, marilah kita sempena tahun baru ni, kita buang yang keruh, amik yang ala ala suam kuku. barulah takde virus H1N1 gelombang kedua yang boleh membawa anda ke kubur kata mari tu. (ni kira entry tahun baru ikut kalender islam ke kelender x berapa islam?)

p/s: mood kecewa sebab kecewakan orang.

p/p/s: i'm done blogging. boleh saya berhenti dan mengundur diri? saya sikit penat. need some fresh air.


orang putih kata macam falling on own face,perghh...penat sialll...

Monday 21 December 2009

legacy

tadi saya dengan kuna berlawan majalah sekolah.

dengar macam merepek kan? tapi percayalah. tak! tak merepek!

ni soal maruah! maruah apa? haa...yang tu yang kita tak tahu tu.

kuna kata majalah sekolah dia lagi hebat sebab tu majalah pertama sekolah dia. tajuk legacy.

saya katalah balik : abih, majalah aku tak pertama lah? aku batch first kot! dari form one kat sekolah tu! hah! hah!

kuna hujah : yeke? yeke? tapi majalah pertama ke? PERTAMA???

hujah balas saya : dey thambi. abeh kalau ke aku batch ke satu, bukan first ke? cerpen aku ada siar dlm majalah lagi. hah! hah!(niat nak riak sikit sikit. sikit je. nak kredit.)

kuna : chet poodah! eleh. abeh ape nama majalah sekolah hang?

saya : errr...entah..tak ingat..

kuna : pegi sana main jauh jauh lah hang! buang masa aku je.


ni. kate bertarung untuk maruah.tapi maruah pegi mana bila nama nye pun tak dapat ingat? patriotik lah sangat.

ce try tulis dalam resume kerja, majalah sekolah saya yang pertama.

agak agak macam mana ke hasil interview. dapat ke?


p/s: saya tahu ramai membermember sekolah adelah blogger. sekarang sapa ingat tolong bagitahu sini. penting!

aneka pilihan

kalau saya terjebak dalam satu situasi (macam bunkface lagi..)

pastu. ada tiga pilihan.

mana satu nak percaya

A) mata ke
B) hati ke
C) akal ke

p/s: takde jawapan semua di atas. harap maklum.

Saturday 19 December 2009

nostal bhai. ( sapa ajar nostal nostal ni?)

tengok tengok nani kemas barang. dia nak masuk sekolah menengah dah.

so, mak suruh dia kemas tempat dia, buang buku buku yang dah tak guna.

well, mak will always be mak. satu tabiat yang memang tak hilang. setiap kali sem habis, dia suruh kami semua kemas dan buang buku mana yang dah taknak.


erm. tapi, menjadi seorang kanak-kanak perempuan, mana ada buku yang taknak guna dah kan? kan? semua buku pun nak simpan. kenangan lah sangat! ceh!

lepas tu, bile masuk almari dah takda tempat langsung nak sumbat new books yg tebal mengalahkan Al-Quran, mula la nak mencampak semuanya.

then, jumpa old shorthand book.



sarah's.erk?



poyo gila.



selak selak.


looking back, i was always an organised person. note that past tense.


was. ye!



saya wrote down every single thing of my things.



"homework masa cuti raya cina". a list down and checked mark.

meaning saya buat homework masa cuti. see? see?? rajin kan? kan? HA!HA!HA!

"soalan nombor 2, pg. 89 tutor add math" ..ni mesti salin jawapan org. atau jawapan cekgu. MESTI PUNYALAHHHHH!!!

"homework!" lagi.

"buku teks form 4(beli)"..buku banyak gila. padehal buka nye jarang nye...

"simbol dan unsur".. ye! hapal! hapal! hapal!

"home work" lagi? banyak kan? gila saya seorang yang rajin. tak sangka...

"kuiz kimia. 32/32. well done!" (apesal kuiz nak buat dalam shorthand book??)


there is also a formula containing alpha and beta symbols which i cant even recognised anymore. salah kan tulisan yang cakar ayam.


a short speech of bulimia nervosa. err... kalau tak salah itu adelah speech for oral test. yayah! positive!


"faktor faktor yang mempengaruhi pemalar daya sebuah spring" ( apekebendenye? tak ingat.)


numbers.


numbers.mcm cerite numbers dkt tivi je. (kredit to lokman sbb ingatkan)


unknown x. y. z.


"seni peribumi org asli"

apesal nota pendidikan seni tercicir kat shorthand book?

"jadual finel exem". ini mmg banyak contengan.




and the list goes on... it went forever.. OMG!


scratch here and there. damn i was a geek. note that past tense.again. heh!

cuti kita produktif kan?

cuti memang banyak masa lapang rupanya. banyak sangat. percayalah bila sarah nur kata banyak. maknanya memang banyak.
sebab, sarah nur bila cuti dia tak pandai tipu sangat. (ape ke maknanya bila cuti tu? bila tak cuti versi pandai tipu ke?)

sambil dengar lagu lily allen dan yang seangkatan.

kita kan manusia, bila banyak masa lapang ni, kita mesti pikir banyak kan?

saya pun! saya pun! (tetibe excited nak cte)

bila kita banyak pikir, kita mesti nak cerita kan? macam kita banyak guna otak kan?kan? nampak tak dekat sini?

bila orang tahu kita guna otak, kita macam dapat bina keyakinan kan? nampak tak? macam kalau dekat sekolah punya kaunselor asik suruh kita yakin.

nampak tak? bila kita banyak pikir, kita macam guna otak,
kita yakin, bila kita dah yakin, kaunselor sekolah ada masa untuk hisap rokok dekat belakang ofis sekolah.
bila dia hisap rokok, dia ketagih. lepas tu hari hari hisap. lepas tu, sambil memandu dia pun hisap rokok sebab ketagih kan?
bila dia memandu sambil hisap rokok tangan dia satu je pegang stereng kan? satu lagi pegang rokok kan?
bila ada benda-macam-benda-jangan-tegur-lagi melintas, dia tak dapat nak concentrate lagi. dia terbabas. lepas tu dia kemalangan, koma, mati.

nampak tak?

perokok bukan mati sebab kanser paru paru nampak tak?

kalau kanser paru paru dia mati umur 60-70 tahun kot. lama lagi. nampak tak?

jadi, mari lah kita merokok.dan ketagih.dan kemalangan. dan koma. dan mati. maka, jumlah penduduk malaysia boleh ditambah lagi.

nampak tak?

kita manalah boleh salahkan orang merokok ye tak?

YE!

orang merokok tak salah!

orang yang bersalah adelah orang yang tak merokok.

YE!

kejap. kejap.

saya belum masuk lagi pasal benda benda yang saya pikir masa tengah lapang saya.

tapi saya kena stop sini dulu sebab entry dah panjang sangat ni.

sebab saya tahu reader blog saya ni macam ada sikit elegik dekat entry panjang.

so, kenalah elak tulis entry panjang.nanti diorg elegik, masuk hospital tun fatimah. nanti hospital penuh, orang kemalangan koma nak duduk mana ye tak?

nampak tak? nampak tak macam mana benda simple macam entry blog cubaan suara satu.dua.tiga. boleh menyebabkan orang koma mati?
yakni menambahkan statistik kematian di malaysia?

macam tak percaya kan? itulah namanya kehidupan.