RSS

Thursday 24 February 2011

same old. same old.

saya dah tahu dah.



selalu benda yang buat saya emotional breakdown apa benda.



benda orang kata hubungan sesama insan ni.



tak kira lah apa status insan tu pada saya. sama ada mak ke, ayah ke, kakak ke, adik ke, kawan baik ke, the boifren ke, hatta jiran bilik sebelah yang saya taktau nama apa ni pun, menyumbang sedikit sebanyak dalam tahap emosi sehari-hari sarahnur. (wow. saya guna hatta KOT dalam karangan. ada gaya sasterawan ke agaknya.)




apa benda pun yang pengaruhi tumbesaran sarahnur, hubungan dengan orang sekeliling la paling impak besar tahap armageddon tu. itu yang paling banyak penyebab entri emo dalam cubaan suara.satu.dua.tiga.




sebab saya ni, memang tipikal perempuan berusia awal 20-an. biasa-biasa aja. kadang terlebih aktif. kadang senyum cun. kadang emosi menjentik. dan kadang rawannya memuncak.



biasa.



mungkin, kalau kamu kamu kamu terserempak saya di jalan TAR atau stesen minyak, kamu akan paling sekilas dan memandang enteng lantas bersuara perlahan, "sapelah si bongok ni. keding sangat, tak reti makan nasi ke agaknya. miskin sangat ke."




tengok.




betapa takde darjatnya saya di mata orang kebanyakan.




tapi, seburuk-buruk saya, saya sentiasa cuba jaga hubungan sesama insan saya. ustaz kata dulu, hubungan dengan manusia, sama pentingnya dengan hubungan dengan Tuhan.




cuma, itulah.




kadang-kadang, rasa penat, lelah tu, menggunung.



nak nak lagi bila, orang yang kita sentiasa berikan yang terbaik kita, mula mencabar batasan kemampuan.




ai. main kasar nampak.



saya bukan apa.



saya ni, jenis orang yang, tak kisah sangat. mengalah saja selalunya.





bukan nak angkat diri. tapi.





bila berebut dengan kakak, saya biarkan kakak menang sebab, yalah. dia kakak.




bila bergaduh dengan adik, saya biarkan adik jadi pemutus kata. sebab masih yang sama.dia adik.




bila tak sependapat dengan mak/opah/makcik ofis/orang tua. senyap je tak lawan, sebab jelas,mereka lebih garam.




bila tak puas hati dengan jiran tetangga, diamkan aja. sebab? takpa. lain kali boleh betulkan mana yang tidak.




bila terasa dengan member-member? simpan sajalah. kawan kan. bukan orang lain.



bila frust the boifren cancel date. menangis aja sorang-sorang. takpa, minggu depan set date lain.




tengok. saya penyabar jugak kan orangnya.




yang paling tak boleh blah ni, kau bergaduh dengan orang lain, kau geram dekat makhluk lain, kau jadikan aku punchbag apesal? nak main perli-perli pulak, kata belakang lagi? aku dah pagar tahap aku, kau sendiri yang tembus.




tahu apa jadi bila aku tutup pintu?





tahu apa jadi bila saya mula bahasakan diri dengan aku-kau aja?





selama ni aku terima je. sebab tak nak keruhkan benda.



tapi sekarang, aku refuse. aku tak mau terima dah.




sila cari punchbag lain.

Tuesday 22 February 2011

bila nak exam, mesti ingat blog dan ayah

penat la macam ni. hari-hari study.




eh, sarah. apesal kau ni kuat menipu ha?




fine. memang la saya tak kuat study.




tapi, bila saya study bersungguh-sungguh tu, maknanya saya nak A. bila mindset saya dah nak A, bila soalan macam karam, nak salahkan siapa?



salahkan lah study hari-hari.





dah la semua tengah midterm. kalau terasa penat, nak emosional bagai, cari saya pulak.




bongok ke apa?



yang kaunselor tu, bapak saya dulu. bukan saya.



saya rasa, dia(merujuk pada ayah saya) sakit pun, sebab overdose digest emotion orang kot.



kot la.


mana saya tahu, saya bukan dokter peribadi pakcik nasir.




eh, ye. saya tak pernah dengar orang panggil ayah saya pakcik nasir.




kalau saya telipon ofis, nak cakap dengan ayah time dulu-dulu, dialog saya dengan operator mesti lagu ni "helo. nak cakap dengan encik mohamad nasir bin omar boleh tak?" atau. "helo, encik nasir omar ada?". atau " eh, encik nasir masuk kerja ke ponteng lagi?".



eh. yang last tu taklah. saya belum lah bermimpi nak jadi anak derhaka lagi.




tapi. saya dah takde peluang tu.




kalau saya call ofis tu balik, saya cuma akan bercakap dengan encik nasir yang lain.




kadang-kadang, saya rasa saya cukup bertuah.ayah saya pun agak bertuah.




dia tak perlu melalui umur emas. saya tak perlu melihat dia grow older and having wrinkles and grey hair.




bukan mensyukuri ketiadaannya. bukan.




cuma. meredhai pemergiannya. menerima takdir seadanya.



sampai berjumpa lagi ayah. i hope u miss me. like i do.