RSS

Saturday 28 February 2009

jangan menguap buruk-buruk



kelas cell biology tadi petang.

menguap-menguap macam anak burung memintak-mintak makanan dari mak mereka.

haze' cakap menguap mestilah tutup mulut.besar-besar nganga sangat buruk.kadang-kadang say lupa mahu tutup mulut, beliau punya tangan panjang je nak mencapai mulut mahu tutupkan.hush!
(saya kadang-kadang rasa mahu tipu-tipu menguap besar lepas tu gigit je tangan beliau nih, tahu taakk? tahu taakk..???)

tadi,saya mahu tutup mulut sebelum tangan haze' mencecah mulut saya.

tapi.

erkkk..

ada.sesuatu.berlaku.tadi.

owh, maaannnnn...!!!!!!

as dekat seblah tanya-tanya.

saya tunjuk pipi kanan.

as tanya apa??

saya kata, ni ada apa-apa tak..??

as gelak.beliau kata ada.

mesti macam samurai x!!!!


HISHHHH!!!!!

pernah tak ada manusia terconteng pipi sendiri masa nak tutup mulut menguap..???

jawapan : pernah! saya!!!!!

moral value : menguap jangan pegang pen, tahu taakkk...???


Friday 27 February 2009

emo nemo

sori ya kawan-kawan.dalam beberapa minggu ni saya emo terlebih.haih! haih!

tapikan, tak best la jadi emo sangat.macam terlalu pesimis kot.so not me!! huhuhu..

emo tu macam mana ha anda rasa..?

macam ni ke??



patung yang emo ni kan, macam untuk guna dalam voodoo spell je..hush..seram....



ini macam rumput emo.tuan dia sangat malas sampai mahu rumput pon emo jugak..haish!


tak sure...tapi nak tahu tak..??? emo dulu-dulu lagi dah ada..even abraham lincoln pon emo...tak caya..?? haa...tengok! tengok bukti!!!



haa...dah kata dah...tak percaya kan tadi..????

takpelah kawan-kawan..emo tak emo, yang penting kita kena la pandai-pandai..sendiri buat sendiri tanggung la...

and, this brings us to the conclusion..WELCOME TO EMO TERRITORY!

Thursday 26 February 2009

anda ke orang malaysia?

kau patriotik tak..???

tak pasti???

owww....paham-paham!

kadang-kadang kita ni lagu negaraku pun malas nak nyanyi kan...

paham lagi...

tapi, bila 31 ogos kena keja overtime tiba-tiba je semangat patriotik membara-bara kann???kan..???

mahu tengok cerita hati malaya, mahu tengok leftenan adnan dan segala macam lah!

paham sangat dah dengan orang-orang kita ni, sebab saya pon tergolong dalam kelompok ni kot...

tapi, kalau anda masih tak dapat cungkil semangat patriotik anda walaubagaimana susah anda cuba, saya sarankan anda bukak dan hayati blog ni...

http://id-top.blogspot.com/

compem anda
BERAPI!!!!

selamat mencuba...!!!

faktor ketakutan




masa : 950 pagi

lagak ngeri : perjalanan ke kelas kuliah kimia am 2

peserta : che pah, haze, aisya, pika, as, sarah

kronologi:

perjalanan dari kafe hussein ke dam,
sampai dalam kawasan fssk, ade satu meja orang yang mungkin sedang berdiskusi memandang kami dengan penuh minat...

as : cepat2, buat aksi fear factor..!!!!

pika : haa..?? (beliau masih blur..)

penulis : jangan tanya pika, buat je sekarang..

selepas melimpas meja tu..

penuis : pika dah paham..??

pika : tak..ape dia?

as : kita melalui kawasan itu dengan berjalan penuh konfiden secara berjemaah seperti dalam rancangan fearfaktor!! itu lah aksi kita pada hari ini..

kesimpulan : perjalanan ke kuliah takkan buhsan dengan lagak biasa.jangan ingat orang biasa macam kami tak layak untuk faktor ketakutan itu.



posing fear faktor.
berdiri dengan penuh keyakinan sambil melihat masa depan..


*gambar diedit dari sumber-sumber tertentu...pinjam ye tuan punya...theheheh...

Tuesday 24 February 2009

i lied..so..???

ya...saya tipuuuuuuuuuuu......

saya bukan lah penipu macam jack si penjaga kambing tu...bukan! bukan! bukan!! sebab saya tadak kambing..mahal woo nak beli kambing sekarang...mahu-mahunya duit dalam 500 kot...entah la...tak penah beli kambing pulak...

tapi, saya tipu bila saya kata saya oke...

saya tipu bila saya kata saya sihat...

saya jugak tipu bila saya kata saya gembira...

ketawa riang itu juga adalah pelastik semata-mata..

salah saya kah..??

sebab orang lain yang tak nampak...

bila saya cakap dengan mereka, saya cuba mengalih pandangan mata dari terus memandang ke dalam anak mata mereka...

bila saya cakap benda tidak benar, mata saya berkelip-kelip riang lebih laju daripada biasa...

bila hendak cakap, saya tercari-cari perkataan yang sesuai untuk dikatakan...

bila sudah selesai berkata-kata saya, bibir saya ketap kuat-kuat....

bila terasa bersalah saya silangkan dua jari saya di belakang...

jangan lah marah saya!

jangan salahkah saya jugak!

semuanya saya lakukan demi melihat orang-orang di sekeliling saya berbahagia dan bergelak ketawa setiap hari..

walaupun saya yang memakan jadamnya...jadam tu pahit, tahu taaakkkk..???

BUT YESS!!!! I LIED...!!! SO...??????

Saturday 21 February 2009

akibat sembang tak kena tempat




hari malang tu, kami tengah kuliah mikrobiologi.

untuk pengetahuan, saya bukanlah jenis yang selalu mengantuk atau lentok-lentok dalam kelas.jarang sekali,menguap ada lah jugak.tipuuuu besaaaaarrrrrr lah kalau cakap tak penah menguap, kan?kan?kan?

tapi, saya memang sedaya upaya kuatkan diri.tapi, masa hari malang tu, saya tido lambat semalamnya.kul 3.kelas pukul 8.memang suwey...

mata pedih,berair,panas.dewan kulian sejuk.kaki sejuk badan menggigil.menguap jugak ada.

cuba menyembang dengan kawan seblah untuk hilang mengantuk kejap.

"tu yang kat belakang tu, sembang ape? saya kat depan bagi lecture, kamu menyembang pulak...???"

errkkk...???

mencoret note pada kawan seblah : kita ke?

coretan note kawan seblah : y

malu : checked!
marah : checked!
terkejut : absolutely!
gabra : agak la..
kompius : sikit...

lepas abeh kelas, pensyarah tu membebel sebentar pasal kes tadi.dia cakap, kalau dah boleh sembang masa kuliah, mestilah boleh dapat a.

reaksi spontan : whatever!!! mikrob bukan sabjek kegemaranku..


Thursday 19 February 2009

salji yang panas

hari ini sangat panas.

panas macam kemarau kot.tak tahulah kemarau ma
cam mana sebab tak penah alami sendiri kot..

sedang dalam perjalanan ke kelas speech com, kitorang berborak-borak riang.

as : tadi aku tido walaupon panas terik, ak hentam tido jugak

ze' : tulah, aku pun.walaupun panas, hujan, ribut, salji,gempa bumi pon aku tetap akan tido tak ingat jugak.

penulis : tapi kan, kalau kita pulak, kita tak buleh kot tido kalau salji.

senyap jap

penulis : sebab kan, mesti tak boleh tido kot, bukan sejuk, tapi kan, sebab terlampau pelik..salji kat MALAYSIA...????WOOOOOWWWWW...!!!!!! nak tido pun tak sanggup.kagum.




anjing jalanan jutawan menyalaknyalak

semalam pegi bilik as+teha tanya mereka buat apa.mereka cakap mereka tengok cerita.saya tanya, muvi kah..?? saya kata mahu!mahu!mahu tengok jugalah!! dorang cakap tengoklah!! theehehe..greenlight!!!!





apa itu slumdog millionaire? slumdog tu macam orang-orang yang hidup di jalanan.survive dengan usaha sendiri.macam kena amalkan prinsip nabil 'lu pikir ar sendiri'.millionaire sebab dia masuk rancangan who wants to be a millionaire...hahaha!! percaya ke..??

dengar macam saja buat lawak je kan..?? tapi ini seriyes!! macam mingming, the seriyes duckling in wonderpets.

cerita bermula bila jamal malik kena soal siasat bila dia berjaya dapat jawab soalan bernilai 10mil rupees ------>rm500 000

anil kapoor sebagai pengacara yang kurang baik hati suruh polis tangkap tanya jamal malik tipukah? anda rasa..?

jamal malik dan salim malik, dua beradik yang sangat miskin.tinggal dengan mak bapak dekat kawasan macam setinggan gitu.lepas rusuhan orang muslim kena serang, mak ayah mati.dia orang kena bergantung nasib dengan menjaga sesama sendiri.

lepas tu mula lah episod kisah mereka.mula-mula dia orang sangat suka.dapat rumah dan makanan, tapi, bila manusia jahat mahu mengorek mata jamal malik dengan sudu, salim malik sangat sedihlah.dia cakap dekat jamal malik, ingat tak artho dengan portho? perhatian tu adalah nama 2orang daripada 3 musketeers.

mereka berjaya lari dengan bersusah payah.mereka jadi pelayan,pemandu pelancong yang pandai kelentong! haha...(sampai sekarang saya pelik macam mana dia orang tiba-tiba bercakap orang putih dengan sangat lancar,sungguh kagum!!) macam-macam la dia orang buat.typical hidup budak jalanan.

dengan berpandukan kehidupan sendiri sebagai rujukan, jamal malik menjawab semua soklan-soklan dalam who wants to be a millionaire tu.seriyes..!!! 

anda tahu tak, gambar sapakah dekat duit 100 dolar amerika? tak kan..?? benjamin franklin, jamal malik tahu kawan pengemis dia bagitahu.anda tahu tak dekat patung dewa rama yang banyak dekat india tu pegang apa? panah dan busur.jamal malik pernah tengok.

macam mana saorang budak jalanan, boleh menjawab semua soklan untuk orang bertaraf IQ tinggi? jamal malik mana sekolah.sekolah pon dia ponteng.

tapi, jamal malik dapat jawab soklan. bila polis tanya, dia cakap dia bukan genius. malah, dengan sinis jamal malik cakap, tak perlu jadi genius untuk jawab soklan tu suma.dia cuba penghantar teh tarik je. boleh je jawab.malahan, anil kapoor tu pon asik-asik perli dia ja.haih! haih!

tapi, jamal malik adalah jamal malik.dan dia tak malu mengaku dia cuma penghantar teh je.sebab beliau cuma budak jalanan.and slumdog BARKS louder than any other dog...

dapat ke jamal malik jawab soalan last tu? nak tahu banyak2 tengok lah sendiri...is this a gud muvi..??? naah...not gud lah..

its SUPERB!!!! two thumbs up!!!! a big round of applause to the crew....

  • Best Film - Christian Colson 
  • Best Director - Danny Boyle 
  • Best Adapted Screenplay - Simon Beaufoy 
  • Best Music - A. R. Rahman 
  • Best Cinematography - Anthony Dod Mantle 
  • Best Editing - Chris Dickens 
  • Best Sound - Glenn Freemantle, Resul Pookutty, Richard Pryke, Tom Sayers, Ian Tapp
  • also nominated in OSCAR

Tuesday 17 February 2009

surat untuk ayah

* perhatian, surat ini cuma sesuai dibaca oleh golongan ayah-ayah, daddy-daddy, abah-abah dan yang seangkatan dengannya sahaja..yang tak berkenaan, mungkin tiada kaitan dengan surat ini sama sekali..sekian, terima kasih..

ayah,

orang (walaupun ayah tak suka orang cakap orang untuk bahasakan diri, tapi, orang tak suka lah guna nama yang ayah selalu panggil tu.macam nama katun...) rasa inilah pertama kali kan, seumo hidup orang rasa, orang mesti cakap sorry..

walaupon sebelum ni ayah suka suruh orang mintak mahap kalau buat salah, selalunya, orang akan sengih menyerengai je..lepas tu ayah akan usap kepala tanda ayah paham...selama 20 tahun, susah nya nak ucapkan perkataan tu dekat ayah sendiri..tapi, kalau orang tak kenal, walaupun cuma terlanggar bahu, mesti cakap sorry dua tiga kali.bertuah punya anak! ayah selalu cakap macam tu..tu kan kira doa jugak kan..??


pasal mintak-mintak mahap ni, lupa nak bagitahu sebab apa..

sebab, dulu, kalau ayah nak nasihat apa-apa, lepas tu mesti ayah akan suruh orang janji sesuatu..selalu!!!

tapi, orang dah lupa dan mungkir banyak sangat janji-janji tu..

orang ingat, masa ayah anta pegi pontian masa tingkatan satu, naik bas je dari teping...

lepas letak barang kat bilik, ayah bagi kadfon, ayah pesan, ada hal penting je tepon.jangan tepon saja-saja..mula-mula orang ingat ayah tanak orang tepon sebab malas mahu dengar pasal anak yang degil ni.tapi, kawan-kawan kata, ayah cakap macam tu, sebab nak tepon dari johor ke perak sangat mahal..orang baru la tahu...memang lah kan..???

lepas tu ayah suruh janji, jangan menangis.masa tu orang pelik..kenapa cakap macam tu..?? suruh janji yang pelik-pelik...masa tu orang taktahu lagi kenapa perlu nangis...???

sebab, masa ayah kata ayah nak balik tu, orang rasa janji tu tak dapat disimpan..tapi, orang gigit bibir..tahan! sungguh-sungguh tahan...sebab janji dengan ayah..

sebelum tu, lupa nak cakap. masa dapat surat pegi pontian tu, ayah tanak bagi pegi kan..?? ingat tak? ayah cakap jauh sangat.nanti susah..tapi, orang cakap, orang tanak masuk satu sekolah dengan kak dengan kuna.kawan orang cakap sekolah tu ramai budak jahat.orang jadi takut lah.tapi, dia pulak yang masuk sekolah tu..pelik betul..

3 hari...3 hari ayah senyap tak bagitahu mahu hantar orang pegi johor ke tak.orang risau..takut ayah taknak bagi pegi.tapi.orang pun diam jugak. taknak ayah rasa terbeban dengan permintaan ni.

sehari sebelum hantar tu, kalau tak salahlah...ayah bawak orang naik moto round-round kampung.ayah nasihat orang macam-macam..tapi orang dah tak ingat sangat..banyak betul.ayah cakap, ayah dulu pon dapat tawaran mrsm, tapi, ayah tak pegi.sebab ayah anak tunggal, opah pulak isteri yang dimadukan.jadi, ayah kena jaga opah,sebab ayah tahu macam mana opah nanti kalau ayah pegi masuk asrama.

mula-mula orang tak paham.biasa la budak-budak kan.tapi, lama-lama orang dah paham sendiri.sebab ayah dah tahu tanggungjawab ayah masa umor ayah 10tahun.lagi awal dari tu.bila ayah pegi sekolah dengan perut kosong,tapi tetap tak mintak duit belanja ayah yang cuma 20sen je,ayah tak mahu opah pening mahu cari duit bagi ayah hari-hari.

masa naik moto tu, ayah cakap, ayah hantar orang jauh-jauh sebab ayah tahu, ni yang orang nak.ni masa depan orang.walaupun ayah risau sangat2, ayah tetap kena lepaskan orang.tapi, ayah cakap lagi, ayah lepaskan orang dengan syarat.orang kena janji.orang mesti belajar jangan main-main.jangan nak kawan-kawan beria-ria.jangan nak berpakwe-pakwe (pasal ni memang ayah straight to the point). ayah anta sekolah, so, pegi sekolah betul-betul.orang angguk tanda janji.

sebab tu, bila orang dpt benda-benda yang mengusik jiwa remaja ni, orang cepat-cepat lah letak tepi, ingat dekat ayah.penah kawan kena tanya, orang ni lesbian ke? sumpah masa tu, orang gelak tak ingat dunia..takpelah, orang tak kisah sangat sebab, dia orang mana tahu, sebab dia orang punya ayah takde suruh buat janji kan..??

pernah banyak kali jugak, ayah suruh orang janji, jangan menangis. selalu sangat.sebab ayah paling tak suka tengok orang menangis kan..? sejak kecik, kalau orang menangis, mesti sedu sedan sampai macam orang sakit asma.berjam-jam pulak tu.ayah selalu risau kan..bila tak mahu berenti nangis jugak, ayah mesti marah.sebab dengan marah je, orang akan berenti nangis.sampai umur belasan tahun pun, masih macam tu, selagi tak kena marah, sedu-sedan tu takkan tamat.

sampai hari-hari terakhir tu, ayah stil pesan kat orang,jangan nangis, kuatkan semangat kalau apa-apa berlaku.orang cuma iyakan je.tanak bertekak lama-lama.ayah cakap macam tu sebab ayah tahu, ada perubahan besar akan berlaku dekat hidup orang, kan ayah..???

tapi ayah, janji ni lah yang paling kerap orang langgar.bukan sebab orang ni ratu air mata.tapi sebab orang cuba pendamkan semuanya sendiri.tapi bila dah tak terbendung, segalanya sudah terlambat..

dulu masa kat matrik, orang jugak pernah la alami moral down gila.orang lari dari bilik, keluar jauh-jauh, menangis dekat pokok.sebab belakang pokok orang tak nampak.dalam bilik mesti orang dengar kan..? malu la dah besar-besar pon menangis teresak-esak.tak seswai dengan imej orang nih..haish!!!

lepas tu, orang tidur dengan air mata, orang cakap, ayah, orang mintak mahap sangat-sangat..orang tak boleh buat dah.orang tak mampu, dah putus asa dah.tapi, malam tu, ayah datang dalam mimpi, ayah cakap, ayah maapkan semua salah anak-anak ayah terutamanya orang.sebab ayah kata, ayah tahu anak ayah tak sengaja.tapi, orang rasa, ayah mana tahu kan? ayah saja je nak sedapkan hati orang masa tu kan..? tapi, hati orang dah terpujuk dah masa tu.

kawan-kawan orang semua tahu, orang nak sangat jadi dokter.tapi, mana pernah mereka suma tanya kenapa.dorang tak tahu, sebab orang dengan ayah berkongsi satu impian yang sama.dua-dua mahu jadi dokter.tapi, cita-cita ayah tak kesampaian sebab ayah mabuk darah.so, bila orang cakap mahu jadik dokter masa baru masuk tadika, ayah seronok macam dapat banglo sebijik.

masa tu, orang mana tahu dokter tu buat apa pon.cakap je sebab macam sedap.huhu..lepas tu, ayah selalu tanya kan cita-cita orang.setiap kali orang cakap dokter, ayah sangat gembira.


tapi ayah, orang tak pandai.jangankan dokter, nak jadi nurse pon orang rasa belum tentu dapat.nak kena menghapal lah, berani la..macam-macam lagi syarat. malangnya, orang tak mampu ayah! tak mampu..

sekarang pun, orang cuba jugak sedaya upaya meneruskan pengajian dalam bidang sains ni.tapi minat dah jauh lari..selalu moral down..semangat hilang..kesabaran terbatas ayah,..sampai bila orang kena bertahan nih??sampai bila...??

ayah.....tolonglah marah orang..hentikan tangisan hati yang tidak mahu mendengar empunya badan ni ayah..minda yang waras juga dah tewas dek jiwa merana yang keperitan....pedih!! sungguh!!

kalaulah ayah dengar, ayah tolonglah anak ayah ni, ayah...orang dah penat, letih..

Sunday 15 February 2009

rubik ohh rubik...

pada tanggal 15 februari tepat jam 5.30 pagi...

selepas mencuba menuntut ilmu daripada as, teha dan youtube...

bersama mata dan tangan yang keletihan...

selepas beberapa kali mengulang usaha demi melihat hasil yang pasti...

mungkin tidak melampau kalau saya katakan bahawasanya...

saya terasa seperti.........

baru mendapat anugerah dekan dan pointer 4flat selama 6 semester berturut-turut...

alangkah indahnya rasa bahagia itu...

SUNGGUH...!!!!

perasaan terawang-awang...

terbuai-buai dan melayang-layang seperti terbang di awan nan biru....

pabila melihat hasil tangan ku...

rubik kiub ku SUDAH BERJAYA..

walaupun baru pertama kali...

pertama kali adalah penting ya tuan-tuan dan puan-puan, seperti pertama kali jatuh basikal, pertama kali sebut mak ayah, mahupun cinta pandang pertama..

perasaan nya...

PERGHHHH....!!!!!

terima kasih sahabat handai yang terus menyokong perjuangan saya ketika saya sudah berputus asa satu ketika dulu....




merenung kiub ini dengan penuh keazaman...yaah!!!


usaha-usaha yang tak kenal putus asa...


akhirnya

MySpace


deep inside : if only i can channel all the energy i've put in my effort of doing dis rubic thing into studying...*sigh*sigh*

Saturday 14 February 2009

melayu

soklan cepucemas pensyarah khidmat masyarakat pada hari ini :

kamu tahu tak macam mana orang melayu dapat nama MELAYU....????


MySpace


kalau orang cina tak tahu, boleh lah saya maapkan, ni takkan sorang pon melayu kat sini tak tahu..??? melayu....????

.........err........


takpelah...ni, perkataan melayu, bukan lah dari layu atau apa-apa yang berbunyi macam tu, tapi orang melayu diberi nama melayu sebab realiti melayu yang sangat merendah diri dan menghormati orang lain dan tidak mahu menunjuk akan kebolehan sendiri...


.......oooooo.......


kesimpulannya : Dr. Anuar (2009:7) melayu = merendah diri..

jadi, kawan-kawan merendah diri (melayu) sekalian,
marilah kita melayu (merendah diri)..!!!




Thursday 12 February 2009

duit! duit! di mana kau duit..

tadi kan...

saya sudah kehabisan wang!! err...bukan lah sampai satu sen pon tadak, ada la dalam 20rm.

tapi, itu untuk makan kan..??

jadi, saya pon pikir.
.MySpaceEmoticonsMySpace


setelah mengumpul semua kekuatan..saya berkeputusan


"kak, gitau mak...err....masuk duet kat aku..aku dah sengkek+pokai dh ni..tulun2..."



sambil menunggu mesej dibalas...anda tak tahu betapa berdebarnya...takut kena marah!!! lagi dah la mintak duet maen mesej je..sungguh tidak sopan..!! tapi nak wat lagu mana, kedit pun sudah mencecah 8sen..seriyes!!!MySpaceMySpaceMySpace



...1 mesej diterima..


"woi! mak dah masuk duet kat hang dari minggu lepas lagi...hape daa...tak check2 lagi ke...???"
MySpace
MySpaceMySpaceMySpace



*
kesimpulannya teori saya tentang naluri ibu saya pasal duet juga adalah tepat!! belum mintak sudah dapat! sungguh kagum...!!!

Wednesday 11 February 2009

rezeki murah

semalam saya me'ym' dengan saorang senoir kos saya pasal dinner yang bakal kitorang adakan.

lepas tu, saya cakap, saya dengan kawan sedang pokai seperti tahap papa kedana.

lepas tu...owh!!! saya tak dapat nak cerita..

anda baca sendiri...


nurul nadzirin: eh sarah, kalo takde duit nak sara hidup haha, meh je kat akak, pinjam,
nurul nadzirin: akak under jpa
nurul nadzirin: jangan segan2 eh nak mintak?
nurul nadzirin: siannye nape pokai korang nih haha
nurul nadzirin: mm sarah, cakap kawan2 sarah, kalo takde duit sangat pinjam ah kat akak
nurul nadzirin: ok?
nurul nadzirin: cakap jangan malu2,ok?

MySpaceMySpace MySpace

tapi, tipu la kalau cakap saya tak malu mahu pinjam...

mahu mintak duet sama mak sendiri pun pikir 8 kali, tahu tak..??? malu dan takot sungguh...MySpace

ni lagi la orang laen...MySpace

Tuesday 10 February 2009

boleh kah..??





wat a hectic day..

kelas kan

dari kol

2-5 : lab mikrob

5-7 : speech com

8-10 : biocell

10 : supposed to hv meeting tapi.....

decided that we WILL go to the biobell kls eventho keinginan pomteng membuak-buak ibarat letusan glasier


tapi tak baek lah pulak..kata azam tak mahu ponteng kelas sem ni..huhu


tapi kan, pegi lambat sikit kot...penat lah ai mahu berlari-lari mengejar kelas macam kanak-kanak tak cukup zat..huhu..

tapi


masa pukul 7.20mlm td


fon bunyi tahu..


number 013-336xxxx



haih! haih! haih!


number tak kenal..malas nye nak angkat..


tapi jawab jugak..


"helo..angah..ni...bla..bla...bla..."

saya tak dengar ape dia cakap


"haa...ape??????????" intonasi sedikit kasar sebab orang penat kannn...


"ini number kedai makan ke..???"

tiba-tiba perut saya berbunyi riang memintak nasik...


"haih!! apehal pulak ni kedai makan..??? tak le..."


"aik??...ooooo...oke2...."

Monday 9 February 2009

show me the money


semalam

lagi sepuluh minit ke jam dua belas

kuna bagi mesej

"nonoi, tadi mak tepon aku.mak kata kalau xde duet, mntk le.."

hohoho...

tiba-tiba

saya rasa

akak saya sungguh cantik

dan

betullah orang kata


naluri ibu adalah sangat tepat


pagi yang hening




tipuu la..

kata mahu tidor awal...

ni jam menunjukkan pukul satu....

mata masih bersinar-sinar riang...

semayang isyak pon belum....

haih...

penipu....

Sunday 8 February 2009

rumah moden kami





daddy : tuan lokman (daddy zaki)

mummy : as ow(mummy safi)

kak long : tehah

penunggu rumah : sarah

tukang angkat barang : daddy, mummy, kak long, penunggu, tuan wan, temah dan juga milah..owh..owh...lupa...hana pon menolong jugak...

keluarga kami sebenarnya besar...ramai anak2 mummy safi dengan daddy zaki, tapi kan...semua anak-anak dia dah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara...tak dapatlah nak pulang membuat rumah baru...

konsep design : modern

sofa : hak milik bilik memo

hiasan dalaman : barang-barang library kolej (frame gambar, kabinet dll), kak alya punya pon ada kita kebas, jugak barang-barang ahli rumah yang dipinjamkan..

tv : mummy cakap palapes punya..

barang-barang dapor : elektik punya barang pinjam jugak

makanan beli : chicken rice, hot dog, naget, anggur, dragon fruits (kata modern...)

air : sirap dan oren..(sirap tak sesuai kan, sebenarnya tu tembikai, tapi kan biasala tembikai seketol campur dengan sirap sebaldi..beli dari gerai..)

renovation rumah sangat penat...tadi kita sudah pindah..rumah akan dirobohkan...


bila sudah angkat balik barang-barang naek turun bukit, rasa penat seperti mahu mati...

mummy as pulak jadi bongkok sekejap tak boleh berdiri balik...nasib baik sudah pulih sekarang..kalau tak, saya kompius mummy dgn grandma...

tapi kan kawan-kawan...rugi woo sapa-sapa yang tak turun menikmati..sebab best sangat fessat nih..


seriyes...!!! tak tipu...



Saturday 7 February 2009

1,2,3, beyonce..



ooooooooooooooooooooo

anda kenal tak bahawasanya beyonce mempunyai satu tarian yang beliau selalu membuat kalau buat show...

yaa...tepat sekali!!!! saya suka menggelar tarian beyonce je..

dan saya...ulang suara...SAYA, telah diamanahkan oleh rakan-rakan untuk melakukan seperti beliau bersama saorang lagi mangsa..

timaseh kepada apis, beliau bagi tipss bagus, beliau kata kalau malu sangat nak buat, takyah beria-ria sangat, yang penting, pergerakan tangan..buat laju-laju, beliau kata...

dan saya amalkan, tangan je saya buat laju-laju...

selepas itu, saya dipangil beyonce oleh beberapa sahabat handai...

anda tahu tak betapa glemernya bila anda menjadi beyonce walaupon cuma 10saat anda meniru..???

taakkk...!!! anda tak tahu...

Friday 6 February 2009

when u have mood swing

i am a really simple person

when i got nothing to say, i dont speak much

when i got no mood, i shut my damn mouth up

when i have things to do, i do wif my mouth shut

when i dont feel like talking, i wont

so, if u started to see me keep ignoring questions, u too shud try to, at least, dont ask anything,ANYTHING!!!!

it is as simple as that...

Thursday 5 February 2009

top reasons why people call u a b*tch..

rough word, it is...

but there's a reason, plenty of it, i'm sure, when people use it to call u dat..hohoho...believe me, i know...

  • ur fren were tired, got classes to attend(which she or he, cant escape of kos...), things were not settled yet, and she wished dat all she wants right at the moment was some gud nite sleep..then, u buzzed her so many time and when she asked u why (dengan tak relanya..), u said, "sj je kacau. heheh.." by the time u said 'heheh' she wud make herself invi..

  • she stil tired and she makes herself clear from the beginning...then u keep telling her things which she's alredi aware of and keep asking her question which she refused to answer...kamonla kawan...jgn la kacau...mud tadak la..paham la sikit..kata member...?

  • u pissed her off then ( to make u seem innocent to the others) u go boasting bout she's a pain in the ass...if i was ur fren, i wud definitely stabbed u straight in the chest...then i will feel like...ahhh...pueh ati aku...heh!

  • ur bestfren just break off wif her so-called soul-mate, then u (supposed to be calming the frens down) went on dating her ex, in PUBLIC!!! i mean, wait la, till the pain is gone...

  • ur fren send u lotsa messages to tell u important things..really important..but u didnt reply a single msg. maybe u got no kredit, dats understandable...but, then she ym u to get ur quick reply wif the notes 'reply ASAP'...but u read it and then do nothing....

  • u stdy really hard for the nex quiz..ur fren asked u why or did the lectr say anything bout quizzes, but u said,"saje je..." the nex day, quiz! u got urself high mark,well...u stadied hard, rite...ur fren asked u again, u knew we got kuiz, but u said we didnt..?? then u went blurred all of the sudden,"eh, yeke..??? ko tatau eh?? ingt ko tau..."
these are all that i can think rite now... u got anything to share, please do so...coz i am not in a gud mood...and wud end up killing the nex person who keep bothering me...

Wednesday 4 February 2009

datang ukm minggu ni

ktho minggu ni memang in chaos...

sebab..???

fesativel sanjungan satria dengan minggu keusahawanan ukm...

mantap!!!

aku kne join dua2 aktiviti yang diadakan serentak...selama seminggu...!!!

seminggu..tahu...?????

ketensenan terserlah....

tapi, sapa-sapa yang dekat or teringin nak datang, silakan...

sebab, ini memang aktiviti yang kitorang berikan 1st priority sejak dulu...

harap-harap mendapat sambutan dan kepuasan pendatang...

please come...!!!!

kitorang sambut dengan tangan terbuka....

award konon!!


1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas
untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan
award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya
dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen
yang menyatakan mereka telah di tag.



sedari mawar(rose) telah mengetag saya dengan kejamnya...sori la lambat buat, aritu leptop tingtong, lepas tu saya ada virus M, lepas tu lupa pulak..haish!!! lepas tu, kak su jugak mengetag saya dengan award yag sama..so, kita kongsi-kongsi jelah eh..???

-sedari mawar sesekolah dengan saya masa zaman muda-muda dulu..
-sangat suweet orangnya, anda tahukah, seperti minum sirap...
-beliau pernah serumet dengan ex-rumet saya...paham x?
-saya sampai sekarang mahu tahu kenapakah nama dia rose nina
-http://alicia-rnro.blogspot.com/ - ini link beliau, kalau mahu baca lah..
-kak su pulak adalah saya punya senior untuk kos bioinformatik, tahukah ape bioinfo..??? tatau sudah.
-aritu kak su belanja cokelat..hehe..tq kak su..
-kak su suka ym macam 24jam sehari...
-suka memanggil kitaorang dengan panggilan kanak-kanak ribena..kenapalah???


10 fakta tentang penulis:-

>
:anda tahu nama penuh saya tak..??? ramai tak tahu sebab saya tak bagitahu kalau orang tanya....malas nak explen kenapa sedemikian rupa...

>:anda tahukah bioinformatik..??( dah tanya tapi nak tanya lagi...suka hati!!) kos metik anda tahukah..???

>: saya orang perak tahukah..??? tapi kan, saya tak mencakap lah loghat utara sangat sebabnya, saya tak berapa tahu sebabnya saya dan keluarga dulu perantau yang berjaya..kalau mengamalkan loghat, nanti nak pindah kandang negeri pahang kena tukar lagi...haish! renyah tahu..??

>:seriyes saya tak suka dipaksa-paksa membuat benda yang saya tak reti...kalau paksa jugak, nanti saya akan menjadi incredible hulk versi betina...mulalah bercakap dengan bahasa yang sungguh kurang sopan..

>:kalau sedari mawar tak suka strawberi, saya pulak sangat suka tahu...???? aiskrim memang strawberi la pilihan kalbu, tapi feveret tetap aiskrem kacang merah yang ais potong tu..

>: seriyes saya segan bila rakan-rakan mahu membaca-baca blog saya ni..maksudnya, bukan saya tules tanpa memberi manusia lain melihat-lihat, tapi, kalau orang asek kata saya suka merepek, merapu dan sebagainya, baik takpayah...!!! tak PAYAH tahu..???

>: saya mempunyai jangka ingatan yang sangat pendek..sekarang saya dah lupa ini point keberapa..semalam, dokter kalai terangkan bende dalam lab, saya ingat saya paham sebab saya angguk-angguk seperti burung belatuk katun dalam tv, tapi bila nak buat, saya blurrr.....

>:bila saya cakap saya tadak mud, penat dan tak mahu diganggu, saya seriyes..!!! tapi, ramai yang menganggap saya saja-saja je cakap begitu...ingat saya main-mainkah....haaa...????

>:saya...errr....mempunyai penyakit dijangkiti virus M yang semakin berleluasa...

>:owhh...saya dah lupa point terakhir yang saya mahu tules tadi..adehh...masalah memori yang semakin terok...


saya mahu mereka di bawah ni menjadi mangsa saya pulak....

FAIN
AIDA
DOUBLE FIT (FITRI & FITRA)
IYLIA
ECAH