RSS

Wednesday 29 December 2010

drama bomoh terhebat

banyak betul benda kelakar dalam beberapa hari ni.



paham-paham jela. pasal 1 sukan tu.



statment paling takleh blah, "kalau malaysia pakai bomoh, dah lama dah menang world cup."




bukan calang-calang benda tu, world cup kot. bukan perlawanan persahabatan atau pertandingan kampung tercantik. world cup.pergh.




first time baca, terus terbayang, sorang bomoh pakai jersey merah, jaga belakang gol merah, sorang bomoh pakai jersey kuning, jaga belakang pintu gol kuning.



bila bola datang terjah nak masuk gol je, terus buat u-turn. ala. macam shaolin soccer.



pastu bomoh lagi satu pulak, terus keluarkan kue ku hey kong, tolak angin beliung untuk paksa bola terus ke gol.




bomoh pertama tadi sambil terbeliak bijik mata, cuba tambah aura untuk terus defend gol.




ahhhhhhhhh!!!



cis!! berani kau. rasakan!!!



pantang menyerah tanpa pertahan maruahku!



eh. terbuat dialog pulak.




ni namanya bulan pertandingan bola dah ni.



ni pertandingan pencarian bomoh terhebat dah ni.




p/s: naseb baik bukan pertandingan bra terseksi atau laser tersilau.

cleo, galaxie, cleo, salvatore.

saya suka baca.

hari hari saya baca.

saya baru dapat ptptn. saya nak beli buku.sapa nak jual murah bukuu? tapi jangan tunjuk buku gene expression atau biochem. saya elergik dengan perkataan bio.


masa minggu haritu, saya pegi beberapa 7E nak cari cleo. tu bukan bukulah tapinya. saya suka cleo sebab dia banyak gambar. eh, jangan la suruh saya baca kamus bergambar darjah satu tu. tu saya dah khatam masa hari pertama masuk kelas 1 setia sekolah sri kinta tu ha. lambat ah lu.



pastu saya cari tak jumpa-jumpa. cleo tadi. bukan kamus bergambar. dah la cover leighton meester. cun ak? cun an? tapi sebenarnya saya suka serena van der woodsen lagi la daripada blair waldorf walaupun blair waldorf pun sebenarnya tak kurang hebatnya. sebab, serena van der woodsen kan berlakon dalam cerita sisterhood of the travelling pant. (oke, tak nampak kaitan dekat situ.)




eh, saya tak cerita lagi. saya suka tengok gambar dalam majalah cleo ni sebab, gambar dia semua cantik2. high kualiti. fotografer dia memang style la sume. berbanding dengan gambar majalah lain. cuba banding. memang cara dia amik gambar, editing, memang sumpah admire dekat cara pembikinan majalah ni. content tu markah lain la kan. sebab utama minat cleo, memang bab gambar-gambar.





pastu cari punya cari tak jumpa, jumpalah galaxie cover sapa tah.kesha ke tak silap.



pergh dulu masa zaman sekolah takyah cerita la. galaxie ni, hampir tetiap keluaran beli. sebab dia rm3 je. bajet student berapa lah sangat kan? pastu dia punya mag lain daripada mag lain. tak stepler atau combine. dia terlerai(sapa tak penah baca mungkin tak paham. takpalah. abaikan je.).




tapi dah lama tak beli dah. sebab harga dia dah naik rm5. murah jgk la kan mag english rm5. even cosmopolitan malaysia pun dah bape dah.remaja pun rm5++.



saya beli. tapi bukan sebab nilai sentimental ni. konon2 sebab dulu selalu beli, tetiba tengok cleo takde, pegi beli mag tu. tak.




saya beli sebab ada poster ian somerhalder. tah betul ke ejaan ni. 2nd hero dalam cerita vampire diaries. ala, yang si asrinna dengan fatihah berebut nak jadi mrs salvatore tu la. ha. si beliau tu la.



jadi motif saya beli sebenarnya sebab tu. pastu masa bayar terpikir, jangan poster dia dekat bahagian cover belakang sekali sudah.



fuh. fuh.



jenuh lah nak koyak cover.nak buat balut buku nota.



macam masa sekolah dulu. beli galaxie banyak2, poster dia buat balut buku. buku sejarah balut dengan gambar britney depan, hilary duff belakang. buku antologi sastera, balut dengan poster smallville. banyak lagilah kalau nak recall.





baruuu lah stail!! ape barang balut buku dengan transparent cover.




tujuan lagi, nak balut buku nota biologi molekul dengan gambar ian somerhalder lepas tu, masa kelas biologi molekul, boleh la buat tayang dekat asrinna bagi dia jeles.




nampak tak strategi taknak bagi asrinna dapat A sabjek bio ni?




menyampah bila sabjek hardcore bio semua dia nak A.jadi, perlu guna reverse psikologi untuk menggugat emosi dia. supaya dia frust setiap kali bukak buku dan nota biologi molekul. hebat tak rancangan ni?





ai. julia perez boleh pakai sexy nak kacau emosi pemain, saya nak kacau asrinna je pun. lantaklah. asrinna tu watak jahat dalam blog ni. sukatilah kan.




p/s: lepas tu, jumpa cleo cover blair tu, ada jugak gambar ian somerhalder tu. cleo januari pulak serena van der woodsen cover.

Monday 27 December 2010

ish. bosan betul la. buka dashboard, sama je. tolong la update kawan2 blogger!! *muka menyampah tapi buat2 tak sedar tengah mengata diri sendiri*

Friday 17 December 2010

heh. cerita melayu ye.

sebab kenapa saya tak berapa nak suka tengok cerita melayu.


sama ada drama, filem dan lain-lain.



ramai orang kata cerita melayu merepek.sejujurnya? cerita apa yang tak merepek?



nak tak nak ada je unsur repekan. bagi la cerita apa pun.



pernah satu masa tu mak nak beli cd cerita. beria-ria lah tukang jual tu peromot cerita pearl harbor. kata dia cerita sejarah.




oh kamon la.



nak jual kata cerita sejarah. mak saya kata, nak sejarah baca buku sejarah lah. kalau takat nak bagitahu pearl harbor kena serang pada sekian sekian oleh sekian sekian. setakat itu saja fakta sejarahnya. apa guna tayang cerita sampai hampir 3jam?





macam ada sorang penulis(kalau tak silap saya dan brown dalam the da vinci code) kata, history is always written by the winners. so, it will always be a one-sided account.




fakta tu kira tak dapat ditentukan dengan pasti. PLUS, cuma kenyataan sebelah pihak saja. nak tahu sejarah sebenar? kenaaaaa lah pulak tengok cerita bertajuk nagasaki dan hiroshima(jika ada. sebab pearl harbor kne serang, ada cite tajuk pearl harbor, jadi nagasaki dgn hiroshima mungkin jugak ada dibuat cite ni. ce try google tengok.)




berbalik kenapa hujah cerita yang ada unsur repekan.




pergh. kalau nak ikutkan, cerita harry potter tu DAH SAH SAH LA berjuta juta unsur repekan dalam tu. mungkin yang benar cuma nama tempat saja. london. et cetera. et cetera. berbanding dengan cerita hang tuah yang p ramlee buat tu? filem yang berkaler tu. sekarang kita boleh consider la point cerita melayu merepek BUKANLAH SEBAB SEBENAR saya tak tengok cite tu.





orang kata lagi, sebab bajet cerita melayu rendah. orang taknak tengok.





oh please.





sapalah yang tahu serendah mana bajet satu cerita kalau tak produksi yang bagitahu masa press conference? memanglah kalau nak banding cerita terbitan warner bros dan poduksi-produksi luar dengan cerita produksi dalam negara range bajet yang dikeluarkan lain. tengok matawang pun dah tahu kot.






tapi, kenapa itu yang nak dijadikan soal? maksud saya, cerita salt nak buat dekat north korea dengan setup ketenteraan lengkap dengan senjata, bom dan kereta kebal, takkan lah nak disamakan bajet dengan cerita yang lokasi nya cuma dalam malaysia dan prop cuma peralatan yang digunapakai dalam kehidupan seharian macam cerita sepi kan? mestilah tak boleh kan? tapi stil, cerita sepi pada saya adelah best! seronok je cerita melayu.





semuanya depends pada cerita jugaklah. dan depends pada kebijaksanaan penerbit dan pengarah dalam bajet membajet ni. jadi, otomatik, soal bajet, tak patut dijadikan isu.




untuk orang yang skeptikal pulak, taknak tengok cerita melayu sebab jenama melayu tu sendiri, tak bawa keyakinan.




ini lagi la takleh pakai.




maksud saya. kenapa kita nak generalisekan benda kepada satu rumpun yang sama bila kita boleh kategorikan kepada banyak kelas. ada jugak cerita melayu yang best apa.




contohnya nur kasih. kan? kan? kannnnnn??? cerita dia simple je. lokasi pun takdelah nak beria sangat. kira oke la. oversea ada la sikit-sikit. pelakon pun, kalau nak diikutkan masa baru tayang tu, tak ramai yang kenal. tapi, lepas beberapa kali tayang, semua orang tahu pasal nur kasih. sapa tak kenal tiz zaqyah, remy ishak. oh ye, watak kegemaran saya mestilah aidil. bukan sebab dia baik ya. no. no. no. sebab saya suka fizz fairuz. haha.tetibe je.




cerita jangan pandang belakang pun dah bawak cerita yang berjenama melayu keluar dari range tipikal cerita melayu. kan?





jadi, soal, jenama melayu ni, kita dah tak layak nak pertikaikan.kita dah ada label sendiri.





cuma. satu je.





saya cuma dapat tengok tivi bila cuti semester dekat rumah. jadi, cuma ada sebulan lebih sikit saja. masa ni lah nak pulun tengok cerita dekat tivi. melayu ke. korea ke. mexico ke. apa sajalah. bak mai ja.






dah target ni.






isnin, 830. cerita the mentalist. punyalah lama mengidam nak tengok. dulu penah tengok satu episod je. pastu balik ukm dah tak dapat dah. try download pun tak dapat.terpaksa doa saja semoga tivi ada tayang lagi.berbulan-bulan ni mengharap. dah tak terkira betapa nak sangat tengok.





sangat sangat nak.





dah bersedia depan tivi baik punya jam 829. setat ja...wahhhhh..mata bersinar-sinar ni.





tiba tiba.




"wei, aku nak tengok putera katak. pegi sana."






tampor jugak katak ni karang.