RSS

Wednesday 29 December 2010

cleo, galaxie, cleo, salvatore.

saya suka baca.

hari hari saya baca.

saya baru dapat ptptn. saya nak beli buku.sapa nak jual murah bukuu? tapi jangan tunjuk buku gene expression atau biochem. saya elergik dengan perkataan bio.


masa minggu haritu, saya pegi beberapa 7E nak cari cleo. tu bukan bukulah tapinya. saya suka cleo sebab dia banyak gambar. eh, jangan la suruh saya baca kamus bergambar darjah satu tu. tu saya dah khatam masa hari pertama masuk kelas 1 setia sekolah sri kinta tu ha. lambat ah lu.



pastu saya cari tak jumpa-jumpa. cleo tadi. bukan kamus bergambar. dah la cover leighton meester. cun ak? cun an? tapi sebenarnya saya suka serena van der woodsen lagi la daripada blair waldorf walaupun blair waldorf pun sebenarnya tak kurang hebatnya. sebab, serena van der woodsen kan berlakon dalam cerita sisterhood of the travelling pant. (oke, tak nampak kaitan dekat situ.)




eh, saya tak cerita lagi. saya suka tengok gambar dalam majalah cleo ni sebab, gambar dia semua cantik2. high kualiti. fotografer dia memang style la sume. berbanding dengan gambar majalah lain. cuba banding. memang cara dia amik gambar, editing, memang sumpah admire dekat cara pembikinan majalah ni. content tu markah lain la kan. sebab utama minat cleo, memang bab gambar-gambar.





pastu cari punya cari tak jumpa, jumpalah galaxie cover sapa tah.kesha ke tak silap.



pergh dulu masa zaman sekolah takyah cerita la. galaxie ni, hampir tetiap keluaran beli. sebab dia rm3 je. bajet student berapa lah sangat kan? pastu dia punya mag lain daripada mag lain. tak stepler atau combine. dia terlerai(sapa tak penah baca mungkin tak paham. takpalah. abaikan je.).




tapi dah lama tak beli dah. sebab harga dia dah naik rm5. murah jgk la kan mag english rm5. even cosmopolitan malaysia pun dah bape dah.remaja pun rm5++.



saya beli. tapi bukan sebab nilai sentimental ni. konon2 sebab dulu selalu beli, tetiba tengok cleo takde, pegi beli mag tu. tak.




saya beli sebab ada poster ian somerhalder. tah betul ke ejaan ni. 2nd hero dalam cerita vampire diaries. ala, yang si asrinna dengan fatihah berebut nak jadi mrs salvatore tu la. ha. si beliau tu la.



jadi motif saya beli sebenarnya sebab tu. pastu masa bayar terpikir, jangan poster dia dekat bahagian cover belakang sekali sudah.



fuh. fuh.



jenuh lah nak koyak cover.nak buat balut buku nota.



macam masa sekolah dulu. beli galaxie banyak2, poster dia buat balut buku. buku sejarah balut dengan gambar britney depan, hilary duff belakang. buku antologi sastera, balut dengan poster smallville. banyak lagilah kalau nak recall.





baruuu lah stail!! ape barang balut buku dengan transparent cover.




tujuan lagi, nak balut buku nota biologi molekul dengan gambar ian somerhalder lepas tu, masa kelas biologi molekul, boleh la buat tayang dekat asrinna bagi dia jeles.




nampak tak strategi taknak bagi asrinna dapat A sabjek bio ni?




menyampah bila sabjek hardcore bio semua dia nak A.jadi, perlu guna reverse psikologi untuk menggugat emosi dia. supaya dia frust setiap kali bukak buku dan nota biologi molekul. hebat tak rancangan ni?





ai. julia perez boleh pakai sexy nak kacau emosi pemain, saya nak kacau asrinna je pun. lantaklah. asrinna tu watak jahat dalam blog ni. sukatilah kan.




p/s: lepas tu, jumpa cleo cover blair tu, ada jugak gambar ian somerhalder tu. cleo januari pulak serena van der woodsen cover.

1 comment:

Anonymous said...

pdn mukaaaaaaaaaaa!!!
ade ati nk psiko aku..how dare u!!
derhaka..kls bio molekul d larang dok sblh aku..grrrrrrr
(trus nk cari gmbr damon,print byk2 then nnt tulis notes ats tu je..lg extreme)
mwahahahhahahaha~