RSS

Saturday 22 May 2010

tua.

kalau sebab saya tak paham perangai/trend orang sekarang saya dianggap pemikiran kolot dan kuno, maknanya, ye. saya tak kesah dipanggil kolot.


eh. eh. mukadimah nak emo apesal?


kenapa ye? kenapa bila seseorang masuk umo baru (birthday), kawan kawan mesti kata, "ko dah tua", "aku muda lagi", etc etc.


what's wrong with growing up? - taken from veronica in the series sir arthur conan doyle : the lost world.



ye. apa salahnya membesar? menjadi matang dan dewasa.


oke. mungkin ada yang skeptical, kata, eleh, dia dah tua memang la kata macam tu.


fine. tua. if thats makes u happy then.


so? saya dah lalui setahun, 2 tahun, 10 tahun, 15, 16, 17 (those sweet years for girls). dua puluh tahun pun saya dah rasa. alhamdulillah saya panjang umur.


tak ingat ke? masa kamu sekolah rendah, bila cikgu cikgi tanya cita-cita, yang kamu dalam hati secretly wish upon the star, semoga cepat-cepat besar boleh kerja, pegang duit, KAWIN (eh apesal nak caps lock tetiba?), nak beli kereta dan semua yang berkaitan aktiviti rasmi orang dewasa.


u wished to be grown ups! WISHED FOR IT!


but when u do, why, for God sake, u make fun of others' birthday?



oke, taknak emo. main2 je kan kata tua tua kan?kan? kannnnn?????



entah la, pada saya, jangan la kata kawan kawan kamu tua..dia kan kawan kamu jugak. kesian dia..hari birthday dia, ade pulak kawan dia yang kata dia tua. boleh hilang mood birthday kadang2.



ce pikir, kalau umo 20, kawankawan memain kata tua, mungkin kita tak kesah lagi. tapi bayangkan nanti, bila kita perempuan ni umur 25 tapi tak kawin lagi, tapi sambut birthday.


mesti ucapan jadi macam ni.


SELAMAT HARI TUA SARAH. DAH TUA DAH NI, BILA NAK KAWIN? KO NAK JADI ANDARTU KE?



makan dalam kan?

Sunday 16 May 2010

response entry fain

tadi terbaca post fain pasal topik ni.


ragam manusia (klik untuk baca)


jadi saya mahu respon.


dah lama dah pikir benda ni..semua kes tu, buat group semua, memang kurang patut. bukan tak patut, cuma kurang.mungkin untuk luahkan perasaan tapi....kita kan manusia biasa...tak sedap lah buat macam ni sesama kita kan?


bukan apa, kita kena jugak pikir dari pihak diorg.


oke betul, mungkin mangsa silap polis tu perlu dibela, tapi kenapa nak generalise kan nak SALAHKAN POLIS secara menyeluruh. abeh yang part diorg jujur tak terima rasuah, korban cuti raya etc etc tak perlu ambik kira, tak perlu consider?


yg pasal team melesia kalah pun, ingat diorg tu bertanding baru prektis ke? diorang bangun awal pagi belatih.ada kau tanya dia bangun stat prektis pukul berapa? sampai malam belatih. sehari berapa jam diorang semua prekti? hey, diorg tu sejuta kali lagi nak pegang thomas la bhai. korang? setakat tengok je nak bising apesal? korang kecewa tak dapat thomas, ada pikir betapa bilion2 kali diorg kecewa?? ada?? nak2 pulak dengan usaha diorang, harapan diorang. semua hasil praktis diorang. tolong la paham..diorang tu galas berpuluh-puluh juta rakyat punya harapan, macam mana terbebannya chong wei berdepan lin dan? stress jangan cerita. nak cakap itu tanggungjawab diorang berdepan stress? oke la oke la, boleh terima, tapi, bukan ke jugak tanggungjawab kita untuk terus sokong diorang? bukan nye bila kalah kondem kan? nak teguran membina boleh, tapi, membina ye?

ke....ada sesapa dengar pemain negara ni cakap, " alaaa...piala thomas je, apedehal? boleh dapat la bila2 pun..tinggal nak dengan tak nak je..."


ada ke? ada ke?


kalau ada sila tampil. sure ramai yang nak dengar nih. maklumlah...nak cari isi hujah nak mengumpat kan?



agaknya memang dah tabiat manusia, yang setitik nak dilautkan, yang sebutir nak dibukitkan.

Monday 10 May 2010

kelas sastera

kita orang melayu ni memang penuh sopan.

taknak kecikkan hati orang, kita menegur dengan kiasan.

penuh budi bahasa.

sampai orang tak paham apa mesej yang cuba disampai.

pending. loading. mesej sending failed. no internet connection. eh terlebih.




kalau orang kita kata cekik darah, apa makna dia?


jangan le kau tanya balik, darah boleh dicekik cekik ke? bukan boleh pegang pun darah tu.


memang kau kena debik dengan silat cekak le karang.



paham la sikit bhai.



kalau cekik biasa orang cekik dekat mana?



ada ke orang cekik tangan? ada ke orang cekik buah pinggang?



cekik mestilah hendaknya dekat tengkuk. leher.dapat?



pastu term darah. kalau dekat tengkuk/leher tu bukan ke ada salur darah. arteri.



oke la oke la. alasan kau tak belajar bio. fine. fine. tak tau.


tapi, gunalah logik. akai ada? (bak kata ayah aku bila dia marah dekat orang yg tak pakai otak).


paling bodoh pun, kau mesti la tau darah kau bergerak guna salur atau pengangkutan kan.



ops. ops. kau nak kata orang tua-tua tak pegi sekolah? tak paham salur-salur darah ni?


tak payah nak alasan. orang tua dengar je cekik darah dah paham terus. tak payah nak explain term by term.


PLUS, THEY INVENTED THAT. cekik darah. THEY ACTUALLY KNOW IT BETTER.



jadi, berbalik kepada topik asal.


cekik darah.



ce la terai bayang buat 0.5saat.


kalau kau cekik salur darah kau dekat leher apa la agak-agaknya jadi?


tak tau? tak tau???



ah takyah la bayang. imaginasi tak tinggi kot?


buat je la.



terai cekik leher kau.



cepat terai.



10 saat.


20saat.


sakit?


ye. sakit tak yah cita lah.


kalau cekik kuat lagi la.



lepas je, kau dah gasping for air.



sekarang dah paham, macam mana situasi cekik darah?



lepas ni, kalau ada simpulan bahasa melayu, atau peribahasa yang tak paham, cuba lah fikir, boleh?


p/s: orang kita dulu sangat puitis kan? tapi, dalam cara mereka sendiri. orang generasi kita pun kreatif jugak. kalau tak, mungkin tak ada rancangan tv yang mintak duit orang, atau rokok yang berperisa strawberi. (seriously, ada ke makhluk isap rokok perisa strawberi? fatin kata ada.)

Friday 7 May 2010

sedapnya hingga menjilat jari (ni peromot lagi, takde ke sapa sapa nak bagi komisen)

status ym : nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc



and why am i salivating?

tetiba satu ym window muncul.


lokman.keme


ni kalau muncul nama ni, memang payah.


payah macam mana?


susah nak takrifkan. undefined.sebab dia selalu cakap benda yang saya tak reti.



lokman keme : kfc nak kat kau ke?


eh eh. ye tak ye. bijak pulak beliau. tak terfikir pulak.


sarah: erk?
sarah: persoalan tu jgn difikirkan
sarah: haha
sarah: aish

jawapan untuk menjaga maruah sendiri.


Lokman Keme: nnt bg ak sket k
Lokman Keme: kfc tu


eh eh. nak jugak dia.


sarah: tp
sarah: masalahnye skg
sarah: sapa nak bg?


Lokman Keme: akak kat kaunter kfc tu
Lokman Keme: jgn riso
Lokman Keme: die yg dibayar gaji ntok bg org2 kfc
Lokman Keme: nnt bgtau ak k


suma nak makan kfc taknak bayar. kalau pegi kenduri mintak kfc boleh tak agak agak?