RSS

Monday 31 January 2011

saya dah 22.

anda bagaimana?



sila cuba baca dengan cara iklan Dome yang dulu pernah tunjuk dekat tivi.



nampaknya pika dah mengambil iktibar daripada cakap-cakap saya yang dulu.


dia dah tak kata tua. dia cakap "kau dah boleh kawin."




eh. nyiru pun saya rasa tak cukup untuk menggambarkan betapa besarrrrrrr nya hati saya menyambut perkabaran gembira tu daripada the boifren. (jika ada berlaku).




tapi, mungkin sebab dah 22, rasa macam tak penting lah hadiah dan wish ni suma.





kalau masa memcecah 20, ke 21 dulu, kan ke baru-baru dapat youth club punya birthday boleh call semua orang tu kan, cakap sampai serak, tekak pun dah kering sekering gusi la jugak.




tapi kali ni. rasa macam...erm..takpelah. takda benda nak catch up sangat dengan suma orang pun. still a student. not yet working. not yet married. so. whats there left to share?




bila bosan, TERTELIPON asrinna. nak tanya dia dengan fatehah dah naik berapa kilo sebenarnya. baru dua hari pegi ipoh dah makan tong drum gamaknya. maklumlah, orang tu katanya first time naik ketapi.





fatehah chew pulak sambil siang ikan, boleh pulak cuak sambil menyanyi lagu hepi besday. dia kata takut saya mengamuk di sini kalau cakap lupa. jadi, dia cakap lupa tengok kalender harini berapa haribulan.




eh. ingat saya mudah tertipu ke ha?




sori? sori la. nak sori kena bagi rasuah nasik goreng asrinna 3 hari 3 malam.





chop! perut saya tak setuju. dia kata nanti membulat pulak dia.




ecah ada bagi hadiah. terima kaseyyy!! hehe...dia lagi semangat. kata dia, dah beli lama dah. jadi, saya takleh lah tulis yang berbaur mengutuk dia. jadi, ecah terselamat. oh ye, sila pegi lab ye. haha.




walaupun, saya kata saya macam terasa dewasa, saya tetap nak jugak makan free. FARAHEEN HAZIRAH, AZHANI AZMAN dan yang lain-lain yang belum tersenarai, sila belanja saya. menunya saya bagi kamj, kamu, kamu, pilih mengikut kesesuaian dan kebesaran beg duit masing-masing.




eh macam dah lama tak guna kosakata beg duit. masuk alam remaja asik panggil purse, dompet je. kanak-kanak dulu je panggil beg duit kan?




kalau masuk alam dewasa, panggil apa ye? mungkin...tempat simpan duit gaji?




p/s: the boifren dah bagi saya hadiah awal 2minggu. siap boleh pilih lagi. hahaha. sila jeles sekarang.

Friday 21 January 2011

bahasa apa part 2.

tahu tak apa yang bahaya pasal the so-called new generation?




it leads to new terms or new trends, new culture dan macam-macam lagi yang boleh diletakkan perkataan new dipangkalnya.




then. it leads to the destruction of the ones called old.




maksud saya, kamon. susah ke nak paham?




u toss away old-outdated shoes when a trendy brand-new comes in.



no. i'm serious. we did that.




kes yang lagi extreme? bila nature kita yang terbentuk lama, dan sebati dengan kita, ditukar ikut perubahan 'iklim'.



kenapa iklim? sebab iklim boleh bertukar dalam durasi masa kurang dari 1 saat.




eh jangan lah tanya saya berapa lama durasi masa untuk salji turun sebab punya tak percaya dengan teori saya ni. manalah saya tahu. saya belajar pasal blast. kalau pasal cuaca lainlah.




weh. weh. percaya tak kalau saya kata sekarang iklim malaysia dah sejuk?


sumpah tak tipu.



nak tidur pun kena bungkus comforter tebal-tebal walaupun dah pakai sweater dan setokin. kipas bukan 5. 1 je volume kipas. bangun pagi pun sama. naseb baik kelas kul 12, 1. kalau pukul 8 memang saya tak pegi kelas dengan mandi la. kelas lambat, mandi lambat la. tunggu matahari memancar masuk bilik, tutup kipas dalam 15minit sebelum pegi kelas.




sejuk woh.



tapi, saya tak komplen la. ni cuma cerita saja-saja. baguslah cuaca jadi sejuk. daripada terus-terus menaikkan suhu, kan? korang tak risau ke bila kita, yang duduk iklim khatulistiwa ni, penuh dengan rimbunan hijau, pun ter-efek sama dengan kenaikan suhu.




tapi, sekarang saya bukan nak berkempen pasal save the world or no plastic bags on saturday.



saya nak cerita pasal new. new terms. new things.




benda yang dah terbentuk yang dengan sebab perubahan sekitar, kita sama terkena tempiasnya.



bahasa SMS.


pesanan ringkas. takda lah ringkas mana pun.



sebab ada satu ketika tu, mereka tambahkan perkataan jadi panjang jugak. macam kita jadi kiterrrrr atau kitewwwwww....





urgh.



lidah saya tergeliat sekejap.



eh malas lah cakap pasal ni balik. kan pernah discuss benda ni masa dulu. tengok ni.



tapi sebagai kesinambungan daripada kelancangan dulu.


bila ada orang yang hantar SMS seperti ini.



"srh p mn. mkn nk"


mak aih. memang tinggal konsonan je. hurup vokal suma hilang.



macam ni, senang la kerja cikgu tadika sekarang. alphabet ada 26. hurup vokal ada 5. 26 - 5 = 21 huruf je kena suruh bebudak ingat. jimat sikit masa, kan?



memula saya dapat mesej tu, saya punyalah mengeja.



apa benda makhluk ni cuba sampaikan.


suruh aku? maksudnya suruh dia?



mana ada saya suruh apa-apa.



5minit saya baca mesej tu. beria-ria cuba paham apa yang si beliau cakap.



last-last, give up. saya taip, "kau cakap ape ni. aku tak paham lah apa kau cakap".



tapi, sebaik sahaja saya nak tekan button send, elok-elok time tu tetibe paham.




sampai hati dia.



kata member.




sampai hati dia buat saya macam ni.




sampai hati dia singkatkan nama saya SARAH jd srh je.



ape? tak sedap ke nama yang ayah saya susah payah selama seminggu cari ni? dia sampai tanya orang kot, punya susah nak cari nama.

Wednesday 12 January 2011

keluarga pakcik nasir

esaimen pertama pada semester terakhir. hahaha. dah nak sebulan kuliah, baru nak ada esaimen. penat. penat tunggu esaimen datang. haha.






poyo? my middle name.





punyalah eksited dapat esaimen. betul. baru nak semangat nak buat esaimen pertama, tetibe ada halangan. takleh nak amik task esaimen tu dari website dia.




jadi, kita membebel online jela kan. punya canggih sekarang. nak membebel pun online. (sebab takda orang nak dengar buat masa ni, orang lain kelas.buat masa ni.)



tetibe semalam terfikir pasal ni.




CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN ANAK-ANAK PEREMPUAN PAKCIK NASIR


1.ketinggian lebih daripada si yang terlibat. contoh, kalau sarahnur 175cm (ini contoh, kalau contoh, mestilah nak letak tinggi macam tyra bank lah layaknya. orang lain sila diam.), lelaki mesti at the very least 176. sebab kalau dia 176, campur rambut dia yang dah letak minyak kasi style style macam rambut zahiril adzim, mesti tinggi nampak macam 180. ye dak? (gila rambut sampai 4cm.)



sebenar nya ada satu je syarat wajib. tapi, kalau dah tajuk ciri-ciri, yang membawak maksud plural, kena lah tambah bagi at least 3 kan.




2. tak berkulit lebih cerah dari si terlibat. ini pun sama penting. tapi, ada yang dah mengingkari syarat ini. kuna punya calon suami nampaknya lebih cerah dari beliau. tapi, sebab saya rasa dia nak tebus kesilapan lampau yang terjatuh cinta tanpa mengikut syarat, dia cuba memakai garnier untuk lebih cerah dua tona. ha! bukan garnier je. macam-macam dah dia tapuk-tapuk kat muka. agak berjaya juga. lagi satu, dia cuba mempengaruhi si calon hari-hari main panas, termasuklah api welding besi.





3.



oh shit. dah 1240. kelas kul 1. dammit.

Thursday 6 January 2011

fruit of thought.

sometimes, when you're gone, people start looking.



but what's the point when you are already out of the radar?



so, stop looking people. get a mirror.

Sunday 2 January 2011

the-supposed-to-be-new-year-post.

weh. harini dah 2 januari lah!!!!!


ingat tak? ingat tak? janji 1 januari yang lepas?



tak.



tak ingat langsung.



tapi terasa macam ada benda kena buat.



-------------------------------------------------------------------------



kadang-kadang,orang sekeliling kita, kebanyakannya berniat baik. nak menolong. nak hulur tangan, ringan la sikit beban awok, betoi tidak? <----- cakap macam orang pahang.



highlight dekat perkataan kebanyakan. dan kadang-kadang.



senang paham kan? tak semua orang nak berniat baik. dan tak semuanya berniat baik selalu.



tapi, kalau betul la prasyarat 1 : semua orang nak berniat baik DAN/ATAU

prasyarat 2 : semuanya berniat baik selalu menjadi kenyataan.




kita membincangkan soal kemungkinan terjadi ye sekarang. kebarangkalian terjadi kita anggap saja 100%. sebab ini semua mungkin terjadi. atau tidak.




kalau terjadi lah kan.




orang niat baik ni, kadang-kadang ingat, dia tengah buat pahla. ingat dia dah habis berhati mulia bagai la. kata tolong orang kan? mesti lah mulia kan?



tapi, orang yang ditolong tu, kadang-kadang, tak mahu pun pertolongan atau tangan tu.





oke. let say. let say ye. bukan merujuk pada sesapa yang hidup.



ada seorang anak yatim. ye. dia takda mak ayah. dia perlukan kasih sayang. tapi, tak bermakna dia perlukan pertolongan atau barang dapur atau apa je yang lain. adoption for example.



dia perlukan kasih sayang je. kalau kau takleh bagi, then be it. tak payah la nak pergi hantar dia ke rumah orang lain untuk diangkat sebab kau takleh angkat dia.



pernah fikir tak budak tu, tak mahu dan tak boleh sama sekali sesuaikan diri dengan orang asing lain? dia baru lepaskan family dia, kau nak suruh dia ganti dengan family baru? baik? mungkin pada kau yang belum rasa erti hilang yang sebenar. yang agam. yang takleh suka-suka hati ditebuk, dan ditampal sesenangnya.




sesetengah orang, lebih suka mencari penyelesaian sendiri, walaupun kaedah penyelesaian dia, mungkin datang selepas 18tahun berfikir.




setengah orang yang lain, lebih suka duduk dalam bilik, baca buku cerita enid blyton daripada mengikut gerombolan rakan sebaya yang lain, ke stadium menyambut tahun baru.



setengah orang, bencikan rokok sebab rokok bunuh bapak dia.ayah dia dah la sorang je. kalau 18, mungkin lain cerita. tapi, setengah orang tak hormatkan orang lain dengan merokok lepas tu menghembus ke muka orang yang benci rokok tadi.




some people do not respect other people. and some dont know how. shame.




hey, lets not blaming each other. we all have our own concrete reason.





but lets get to the point. real point.




this is ALL from my eyes. my point of view. my personal reason. u can have yours. go write it in your blog, diary, whatsoever. i will not care. not the slighest moment



but, some people, do not want your kind deed, do not want to be your charity case.




setengah orang, lebih suka dibiarkan. to be left alone.





kadang-kadang, your good deeds are not even close to good.




good luck apologizing, sucker.