RSS

Friday 21 January 2011

bahasa apa part 2.

tahu tak apa yang bahaya pasal the so-called new generation?




it leads to new terms or new trends, new culture dan macam-macam lagi yang boleh diletakkan perkataan new dipangkalnya.




then. it leads to the destruction of the ones called old.




maksud saya, kamon. susah ke nak paham?




u toss away old-outdated shoes when a trendy brand-new comes in.



no. i'm serious. we did that.




kes yang lagi extreme? bila nature kita yang terbentuk lama, dan sebati dengan kita, ditukar ikut perubahan 'iklim'.



kenapa iklim? sebab iklim boleh bertukar dalam durasi masa kurang dari 1 saat.




eh jangan lah tanya saya berapa lama durasi masa untuk salji turun sebab punya tak percaya dengan teori saya ni. manalah saya tahu. saya belajar pasal blast. kalau pasal cuaca lainlah.




weh. weh. percaya tak kalau saya kata sekarang iklim malaysia dah sejuk?


sumpah tak tipu.



nak tidur pun kena bungkus comforter tebal-tebal walaupun dah pakai sweater dan setokin. kipas bukan 5. 1 je volume kipas. bangun pagi pun sama. naseb baik kelas kul 12, 1. kalau pukul 8 memang saya tak pegi kelas dengan mandi la. kelas lambat, mandi lambat la. tunggu matahari memancar masuk bilik, tutup kipas dalam 15minit sebelum pegi kelas.




sejuk woh.



tapi, saya tak komplen la. ni cuma cerita saja-saja. baguslah cuaca jadi sejuk. daripada terus-terus menaikkan suhu, kan? korang tak risau ke bila kita, yang duduk iklim khatulistiwa ni, penuh dengan rimbunan hijau, pun ter-efek sama dengan kenaikan suhu.




tapi, sekarang saya bukan nak berkempen pasal save the world or no plastic bags on saturday.



saya nak cerita pasal new. new terms. new things.




benda yang dah terbentuk yang dengan sebab perubahan sekitar, kita sama terkena tempiasnya.



bahasa SMS.


pesanan ringkas. takda lah ringkas mana pun.



sebab ada satu ketika tu, mereka tambahkan perkataan jadi panjang jugak. macam kita jadi kiterrrrr atau kitewwwwww....





urgh.



lidah saya tergeliat sekejap.



eh malas lah cakap pasal ni balik. kan pernah discuss benda ni masa dulu. tengok ni.



tapi sebagai kesinambungan daripada kelancangan dulu.


bila ada orang yang hantar SMS seperti ini.



"srh p mn. mkn nk"


mak aih. memang tinggal konsonan je. hurup vokal suma hilang.



macam ni, senang la kerja cikgu tadika sekarang. alphabet ada 26. hurup vokal ada 5. 26 - 5 = 21 huruf je kena suruh bebudak ingat. jimat sikit masa, kan?



memula saya dapat mesej tu, saya punyalah mengeja.



apa benda makhluk ni cuba sampaikan.


suruh aku? maksudnya suruh dia?



mana ada saya suruh apa-apa.



5minit saya baca mesej tu. beria-ria cuba paham apa yang si beliau cakap.



last-last, give up. saya taip, "kau cakap ape ni. aku tak paham lah apa kau cakap".



tapi, sebaik sahaja saya nak tekan button send, elok-elok time tu tetibe paham.




sampai hati dia.



kata member.




sampai hati dia buat saya macam ni.




sampai hati dia singkatkan nama saya SARAH jd srh je.



ape? tak sedap ke nama yang ayah saya susah payah selama seminggu cari ni? dia sampai tanya orang kot, punya susah nak cari nama.

No comments: