RSS

Tuesday 21 September 2010

kenali lelaki. eh. perempuan.

selama ni saya selalu lah macam terbaca, kalau lelaki ni, dia buat kerja nak fokus je kat satu satu benda.



perempuan je kalau apa-apa, perempuan la yang nak tengok dari sudut pandangan yang besar.



contoh macam :

lelaki pandangan fokus terus ke point. macam haiwan pemangsa. fokus!! fokus!! (baru sekarang saya tahu kenapa lelaki gatai dikatakan buaya.)dah aim. terus tangkap!



perempuan macam lebih besar kawasan taklukan mata. nak tengok semua benda. taknak tinggal certain part nanti jadi tak ketahuan. macam haiwan mangsa. untuk elak dari terleka dan tertangkap dari pemangsa.



eh eh. betul ke perumpamaan ni.



ada ke samakan dengan mata binatang? boleh ke?




takpelah. takkan nak guna mata saya pulak. mata saya dah la rabun. kang tak nampak macam mana?


sebab tu la saya haritu ada kawan cerita dekat saya.



* oh ya, saya mungkin boleh ikut jejak langkah ayah saya jadi kaunsellor. saya pendengar yang agak baik.uhhuh. *angguk angguk kepala.





saya nak cerita balik ni apa yang kawan saya cerita. saya rasa dan harap-harap dia tak baca dan terjumpa benda ni. kalau dia tau saya tulis pasal dia dalam blog berilmiah ni, matilah saya.



tapi saya tak tahulah mati macam mana.




mungkin jugak takda sapa tahu kematian saya bila.



di mana.



tapi takpa. kepada silent reader saya (u know who u are), kalau tiba-tiba saya tak masuk entri dalam masa 3-4 bulan, mungkin saya dah ditabuh oleh kawan saya dalam jangka masa 3-4 bulan sebelum itu. sila repot polis. terima kasih.*saya harap saya sudah berkahwin pada masa tu.macam rugi pulak mati tak kawen. maksud saya, sapa nak jaga keluarga saya nanti? sila pikir yang baik-baik bila saya sebut pasal kawen boleh tak?



eh, taip punya taip, tak cerita jugak lagi kawan saya kata apa.




dia cerita kata, dia rasa tak sedap, bila awek dia suka mesej dia time kelas. masa tengah belajar. masa tengah prep (bukan sekolah je ada prep kan?). wooh! aku nak baca buku la!!!! (note : saya betul-betul plagiat je apa yang dia cakap pada saya.)




dia kata lagi, ilmu menjamin masa depan yg cerah. kalau beliau tak baca buku, macam mana beliau nak pandai. macam mana beliau nak dapat kerja elok. gaji besar. kawen dengan awek. awek hidup senang.




err.




tadi kita tengah cakap pasal mesej dalam kelas kan? kan?






tak sangka pulak perihal mesej boleh membawa impak yang begitu drastik sehingga kehidupan alam berumah tangga.




sekarang, sila mengaku sapa yang tulis artikel pasal lelaki perempuan tadi? saya dah tertipu ke atau saya salah pemahaman.




kalau saya sebagai perempuan yang bernama sarahnur.




bila saya mesej dalam kelas. maknanya saya bosan. bila saya bosan tangan saya menyeluk beg cari makanan.



bila makanan takda, saya terpegang pulak fon.



bila saya keluarkan fon, saya otomatik unlock dan tekan tekan tekan. mesej send.




tujuan cuma satu. membuang masa yang bosan ke dalam tong.




saya takda pulak pikir pasal kalau saya mesej, saya tak dengar pensyarah punya soalan kuliah. maka saya tak dapat jawab exam. tak dapat grad. tak dapat cari kerja cepat-cepat. tak dapat kumpul duit. tak dapat kawen. arghhh!!! tensennya! nak kawen pun susah!!! HISH!



dah lah! saya nak jual henfon saya. sapa nak beli.

Sunday 19 September 2010

entri yang penuh emosi. *sila baca dengan emosi juga

saya cuma manusia atau budak perempuan yang cuba cari jalan sendiri untuk terus berjalan.



saya takda apa-apa.



saya takda paras rupa yang menarik untuk ditekel.



saya takda duit atau harta benda pun untuk bodek kawan-kawan.



saya takda sikap happy-go-lucky yang boleh buat semua orang suka berdampingan dengan saya, dan untuk membuatkan kawan-kawan saya terus cari saya jika mereka nak lepak.




saya cuma ada telinga untuk dengar. apa saja luahan hati.




saya cuma ada pemikiran logik, kalau kawan-kawan nak minta nasihat. dan itu pun cuma nasihat seorang amatur. bukan pakar dalam hal cinta, perempuan, atau pun akademik.



macam saya kata tadi. saya takda apa apa. langsung tak.



saya cuma ada hati yang rapuh.



saya cuma ada hidup, yang saya mahu hadapi dengan tenang.



saya tak mahu lagi apa-apa kisah tragis.



saya tak mahu lagi keghairahan meengejar kegembiraan.



saya tak mahu terlibat dalam karenah manusia awal kedewasaan yang penuh drama.



bagi lah saya peluang untuk terus menjadi pemerhati kehidupan orang lain di sudut, dan beredar bila sampai masanya.



tolong. saya merayu.

Tuesday 14 September 2010

malu ke masalahnye?

selama ni saya ada teori sendiri.


kira boleh kata macam ni.



kalau teori keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga tak boleh dicipta atau dimusnahkan, tapi cuma boleh berubah bentuk.



teori sarah menyatakan bahawa, dia orang kedua paling pemalu selepas rasulullah.



tapi teori ni selalulah tak mendapat pengiktirafan. macam yang orang semua boleh tekalah kan.takkan lah ada orang nak iktiraf kan. mestilah mereka tentang habis-habisan kan. i mean, get real. sapalah nak sokong saya kan.(eh eh, nak emosional kenapa.)



tapi, teori ni macam ada harapan nak jadi kenyataaan je. heh.




masa konvoi rayyyyyyya 2010 (boleh kata ala-ala reunion kot. sebab macam ramai pulak geng ex-transkrian. barulah staileeeee - sebut stail bagi tekan sikit feel lebih..)




ada kata saya dulu pemalu. tapi, ada suara sumbang yang sambung, tapi sekarang tak tau malu.




now. ladies and gentlemen.




macam yang saya kemukakan dulu. sapa yang set definisi fun. dalam kes ni, sapa yang set definisi malu?



saya bagi situasi la ye. senang sikit nak masuk otak.




situasi 1.(bagi retro sikit. suasana kelas tingkatan 2.)
saya sarah nur, masuk ke kelas. tetibe dalam kelas cuma ada sorang dua je umat manusia dalam kelas yang tengah melagha. boleh jadi buat homework, atau, baca komik. atau apa saja aktiviti berilmiah yang pengarah mahu. maklumlah kelas budak skema ye dak?



pastu sorang ni, tanya saya. oke. assuming dia jantina berlawanan.

dia : eh diorang suma pegi mana ha? tau tak? apesal senyap je.

saya : are u talking to me? (oke tipu. saya tak sekurang ajar tu kot.)


lagi sekali try.


saya : (biasanya dalam situasi ni, saya akan jawab.)ENTAH. sambil jongket bahu



--------------------------------------------

situasi atas maknanya saya pemalu ke pemalas/berat mulut?

sila fikir dulu. saya nak bagi situasi 2 pulak.


--------------------------------------------


situasi 2. (masih dalam suasana retro. di padang sekolah)
saya tengah cari kawan yang tengah lepak-lepak tepi padang.macam bese, tengah padang, ada orang-orang tengah main bola dan sebagainya. tetibe macam cerita drama di kaca-kaca televisyen, bola tu meluru pulak dekat kaki saya.

orang bola : wey. tendang bola tu.

saya : *tunjuk bola* ni?

orang bola : tendang. tendang.


saya : amik senirik. (blah tanpa belas kasihan)


hahaha. kelakar pulak. tukar la ending.


orang bola : tendang! tendang!


saya tak tendang sebaliknya baling.


---------------------------------------------------


dalam dua situasi tu saya pemalu ke? pemalas?





mari kita discus.


bila saya cuma jawab sepatah bila orang tanya berpatah-patah, memang maknanya saya malas cakap lah. malu? situasi itu, cuma akan jadi versi malu, bila saya berhadapan dengan orang yang buat saya malu. err. macam asyraf muslim mungkin? kalau member sekelas? entah. belum kot?



oke. oke. kalau presentation memang saya nampak tak tentu arah macam malu duduk depan kelas kan. kamon lah. itu neves kot.sapa tak neves bila 29 pasang mata tertuju ke arah kau? eh. mungkin cuma 20 pasang, sebab 4 lagi ahli kumpulan kau, dan 5 lagi mungkin tidur atau tak tengok kau tapi pandang pokok-pokok di luar kelas.




moving on.



situasi dua. eh eh eh. situasi dua penah jadi wey.



haha. kelakar.



sebenarnya dua dua penah jadi. yang saya suruh orang tu amik sendiri. dengan yang saya baling.


oke, kenapa saya kata saya tak malu. sebab. adalah satu kejadian tu. saya tendang tau bola tu. tapi, tak kena. cinabeng. buat malu je. dah la orang orang main bola tu tengah pandang. bola depan mata tendang tak kena. macam keldai.nampak sangat kaki bangku. atau kaki meja? ah. apa-apalah.



sejak dari kejadian hitam tu. huh. saya memang dah janji takmau tendang bola dah. huh!



kesimpulannya. saya pemalu kan? *angkat kening*

Sunday 12 September 2010

chatting raya.

raya kali ni, dah la takdak baju raya (tak sempat siap sebab kain baju lambat bagi pada mak untuk dijahit. hahaha. salah sendiri.)



pastu takdak tempat nak pi raya.




pastu punya lah bosan sampai saya bukak yahoo chatroom.


ye. ye. saya tahu.


mesti ada yang angkat kening sebelah macam ziana zain.



pastu kata : mak aih sarah. desperate much?



haha. agak desperate la.bosan gila bhai. bukan desperate lain oke.




serius weh. tak penah penah saya bukak yahoo chatroom.




ni pun, nani yang ajar okeh! saya tak tau pun yahoo ada chatroom!!!!




mesti ada yang kata : mak ai sarah. kunonya kau?




eh eh eh. banyak bunyi pulak kau harini.




okeh. pilih satu room. enter!



tak sampai 7 menet, amik kau berderet-deret window muncul.



nama tukul keluar. nama destiny la. janggut keramat la. paman la. sampai saya pun konfius. ni indon ke apa?



yang takleh blah ni, nama macam lebih kurang *sayakakipancing (nama tak berapa nak benar)



hahaha. kantoi. je.



ada lagi macam-macam nama yang agak 18sx.




saya tahulah ramai yang dah lepas prasyarat 18, tapi, tak sedaplah kalau nak tulis kat sini.macam mengundang kontroversi je.


(kau orang kan, kalau bagi nama chatting macam ni nak ayat awek untuk first time, memang susahlah bhai. awek pun lari walaupun kau bagi salam penuh. )


oke. sebenarnya nak cite pasal sorang ni.



sembang straight je tanya, u spotin tak?


ni bunyi lain macam.


so, u tak layan la i yag nakal ni.



gedebuk. ni bukan straight lagi dah ni dah terang lagi bersuluh.




oke, nak senang cite, saya copy paste jela kat sini kata-kata dia.


dia : x jumpa la ye
dia : mmg x nakal kan
dia : x spoting
dia : x pe lah
aku : haha
aku : senang je kan
aku : oke bai
dia : ok
dia : cari la yg baik
dia : tuk awk
dia : kawu=in


(eja pun salah-salah dah. nak cepat blah punya pasal.)


saya sudahi dengan two thumbs up. saja nak bagi dia pannas sikit.heh.



macam macam peel orang. saya try beberapa kali yahoo chat ni masa cuti. saja suka suka. tapi, macam yang saya dah teka, bukan my thing, tak minat. takpelah sekali try kan. at least orang dah takleh kata saya buta teknologi, cuma rabun je. rabun teknologi mungkin.

Friday 10 September 2010

hari hari pun hari malaysia.

kuna : 16 september cuti. hari malaysia.


saya : tapi aku memang cuti sampai 19. hang pun.


kuna : a'ah la. cis.



-----------------------------------------


kenapa ye, 16 september baru sekarang nak diisytiharkan cuti awam?



kenapa baru sekarang orang sedar yang hari malaysia ditubuhkan 16 september 1963 tu, sama pentingnya dengan 31 ogos 1957?



sebab sekarang kita punya semangat nak realisasikan 1 MALAYSIA ke?



saya takkan lupa.




masa sekolah dulu, ada sabjek kajian tempatan tu.



saya terbaca (bukan terbaca sebenarnya, memang kena baca pun tapi biasalah. kanak-kanak. suruh baca buku dah macam suruh pegi sekolah 5hari jangan balik rumah makan tengah hari), pasal tarikh ni yang sama tarikh kawan saya punya hari lahir.



saya tanya kawan saya, 16 september tak cuti ke?


dia kata tak.



saya tanya kenapa?



dia kata, kenapa nak cuti?



saya kata sebab hari malaysia dapat nama. malaysia ditubuhkan. sabah dan sarawak join semenanjung.



dia pening dah. HAHAHA! budak budak. tanya sikit, bagi fakta sikit, dah juling mata.




tapi, saya rasa, kalau saya yang baru sekolah rendah ni, eksaited nak sambut hari malaysia yang saya baru tahu dan baru sedar kewujudannya, kenapa kita perlu tunggu slogan 1 malaysia baru nak mengaku kita malaysia? walaupun multiraces, tapi kita berdiri sebagai satu rumpun?



entah.




yang pasti. sejak itu, setiap kali 16 september, saya tetap ingati dan bersyukur dengan kewarganegaraan saya. saya takkan lupa.saya tak tunggu cuti. sebab saya patriotik orangnya. haha!


kutuk la kutuk la.

posmen raya

oke, tak kesahkan lah kalau orang sekarang dah tak nak main kad raya.


setem pon dah 5kupang. so, alasan baik lah kan.






guna sms je.




banyak kebaikkan kan. contoh.





cepat. sampai dalam masa bape milisaat je. (mungkin cecah ber-saatsaat bila line telco tak menepati kehendak pada waktu kemuncak ni)



pastu boleh diringkaskan. tak perlu nak buat karangan panjang jela jela.tambah tambah lagi untuk manusia yang tak berapa nak pandai bermadah-madah macam sarah nur.




ayat ringkas senang paham.




tapi agak-agak la.




takkan la sampai seringkas ini ucapan raya.



"SHR MZB"



kejadah?




p/s: aku tak kutuk kau zikril hakim rusli.selamat hari raya maaf zahir batin sekali lagi.

Wednesday 1 September 2010

seliuh. lagi. tahniah.

ni tak tau lah nak kata malang ke apa dah.



bila seliuh kat tempat yang sama, yang seliuh dulu belum sempat nak kembali kepada keadaan asal pun.



maksud saya, kamon lah jalan! jadikan orang lain mangsa boleh tak??!!



dapat ceramah sana sini pasal cara jalan yang betul.




dapat jugak marah-an daripada the boifren.


"sarah cuba jalan elok-elok sikit boleh tak?" - intonasi marah.




aik? sejak bila zaman orang-sakit-dilayan-macam-raja ni dah bertukar ke era orang-sakit-takyah-dikasihani-perlu-disembur-sehingga-insaf?



saya tak perlukan orang untuk angkut papah saya ke sana ke sini, atau orang untuk suap buka puasa ke mulut. tapi, TOLONG KESIAN SIKIT BOLEH TAK?? SAKIT DOWH!




tapi kenaaaaaaa jugakkkkkk pegi kelas.



masa nak pegi tempat tunggu van park and ride untuk ke fst (bese saya jalan kaki. tapi, bila congak-congak perjalanan 15minit mungkin akan menyebabkan saya tempang, saya tukar fikiran.) saya rasa buku lali macam nak tertanggal. macam ada skru yang dah loose pastu tunggu masa je nak lepas dari cengkaman.



sakit? boleh tahan laaaa...sengal emmeltz yoko yoko.




bendanya kan, saya tak rasa silap saya sepenuhnya. kalau ada pun cuma partially je.



sebab kan, rasionalnya, 20++ tahun, saya tak penah seliuh, patah atau bengkak serius yang memerlukan balutan. kena gigit tebuan pun belum pernah. (kaitan?)


eh yang parut jatuh longkang kena jahit ni tak kira tau sebab tu jatuh masa kepala pening. so, TAK KIRA!


nampak tak bahawasanya saya taklah se-clumsy yang digembar-gemburkan? nampak tak bahawasanya saya pun berpeluang untuk ditabalkan sebagai gadis melayu? nampak tak? nampak tak?



jadi salah siapa?




bila saya kaji balik kan, setiap port saya jatuh, jalannya adalah batu bata warna merah yang benbentuk-tak-dapat-dikenalpasti tu, dah terkeluar dari landasannya. ada yang mendap ke dalam. ada yang terkeluar.



hah. ni dia bukti gambar bata tu. bukan yang petak tu. yang bentuk gila tu. nampak tak macam mana tendency untuk jatuh kalau terpijak bata tak berbentuk normal ni akan berlaku? possibiliti tinggi kan? i told u.


bila saya tengok dari kedudukan mata saya yang saya anggarkan setinggi 148cm dari aras tanah (jarak dari mata dahi dan hujung kepala plus minus 5-7cm), warna merah hati bata tu, nampak sama je. tak nampak sangat bila ada bata yang terkeluar atau ada bata yang termendap ke dalam.




jadi, bila saya pijak sipi-sipi je batu yang terkeluar dengan termendap apa jadi?




seliuh!!! YES! U GOT iT!




jadi, point saya adalah. bukan lah saya punya cara jalan kan? (although saya mengaku cara jalan saya agak pelik. dulu masa kawan-kawan kata saya jalan pelik, saya tak mengaku. tapi masa lalu dekat bawah canselori ukm tu, ada cermin besar kan, saya baru perasan apa yang peliknya. kesian.)



salah jalan la yang tak betul kan.



tengok jelah jalan dekat sini. yang batu terkeluar sana sini. marmar yang pecah merata. jalan tar yang macam diturap pakai suratkabar sisipan skor A.



paham dak?



eh. eh. apesal lembap sangat tak paham-paham ni.



pegi seliuh sekarang. lepas seliuh mesti boleh jadi cerdas.