RSS

Wednesday, 1 September 2010

seliuh. lagi. tahniah.

ni tak tau lah nak kata malang ke apa dah.



bila seliuh kat tempat yang sama, yang seliuh dulu belum sempat nak kembali kepada keadaan asal pun.



maksud saya, kamon lah jalan! jadikan orang lain mangsa boleh tak??!!



dapat ceramah sana sini pasal cara jalan yang betul.




dapat jugak marah-an daripada the boifren.


"sarah cuba jalan elok-elok sikit boleh tak?" - intonasi marah.




aik? sejak bila zaman orang-sakit-dilayan-macam-raja ni dah bertukar ke era orang-sakit-takyah-dikasihani-perlu-disembur-sehingga-insaf?



saya tak perlukan orang untuk angkut papah saya ke sana ke sini, atau orang untuk suap buka puasa ke mulut. tapi, TOLONG KESIAN SIKIT BOLEH TAK?? SAKIT DOWH!




tapi kenaaaaaaa jugakkkkkk pegi kelas.



masa nak pegi tempat tunggu van park and ride untuk ke fst (bese saya jalan kaki. tapi, bila congak-congak perjalanan 15minit mungkin akan menyebabkan saya tempang, saya tukar fikiran.) saya rasa buku lali macam nak tertanggal. macam ada skru yang dah loose pastu tunggu masa je nak lepas dari cengkaman.



sakit? boleh tahan laaaa...sengal emmeltz yoko yoko.




bendanya kan, saya tak rasa silap saya sepenuhnya. kalau ada pun cuma partially je.



sebab kan, rasionalnya, 20++ tahun, saya tak penah seliuh, patah atau bengkak serius yang memerlukan balutan. kena gigit tebuan pun belum pernah. (kaitan?)


eh yang parut jatuh longkang kena jahit ni tak kira tau sebab tu jatuh masa kepala pening. so, TAK KIRA!


nampak tak bahawasanya saya taklah se-clumsy yang digembar-gemburkan? nampak tak bahawasanya saya pun berpeluang untuk ditabalkan sebagai gadis melayu? nampak tak? nampak tak?



jadi salah siapa?




bila saya kaji balik kan, setiap port saya jatuh, jalannya adalah batu bata warna merah yang benbentuk-tak-dapat-dikenalpasti tu, dah terkeluar dari landasannya. ada yang mendap ke dalam. ada yang terkeluar.



hah. ni dia bukti gambar bata tu. bukan yang petak tu. yang bentuk gila tu. nampak tak macam mana tendency untuk jatuh kalau terpijak bata tak berbentuk normal ni akan berlaku? possibiliti tinggi kan? i told u.


bila saya tengok dari kedudukan mata saya yang saya anggarkan setinggi 148cm dari aras tanah (jarak dari mata dahi dan hujung kepala plus minus 5-7cm), warna merah hati bata tu, nampak sama je. tak nampak sangat bila ada bata yang terkeluar atau ada bata yang termendap ke dalam.




jadi, bila saya pijak sipi-sipi je batu yang terkeluar dengan termendap apa jadi?




seliuh!!! YES! U GOT iT!




jadi, point saya adalah. bukan lah saya punya cara jalan kan? (although saya mengaku cara jalan saya agak pelik. dulu masa kawan-kawan kata saya jalan pelik, saya tak mengaku. tapi masa lalu dekat bawah canselori ukm tu, ada cermin besar kan, saya baru perasan apa yang peliknya. kesian.)



salah jalan la yang tak betul kan.



tengok jelah jalan dekat sini. yang batu terkeluar sana sini. marmar yang pecah merata. jalan tar yang macam diturap pakai suratkabar sisipan skor A.



paham dak?



eh. eh. apesal lembap sangat tak paham-paham ni.



pegi seliuh sekarang. lepas seliuh mesti boleh jadi cerdas.

2 comments:

asaktor lemodasa said...

ko kna mkn byk...x ckp zat sbb tu selalu seliuh...haha

...sarah n... said...

eleh!!! mana ada tak cukup zat. cuma tak cukup lemak je!