RSS

Friday 28 August 2009

worst case scenario

bayangkan macam ni ya.

kamu tengah syok syok mandi manda, tiba tiba, ada cik mon(yet) datang. kamu pula..?


(a) hulurkan tangan, saja nak terai mandi dengan monyet. erk..??? psiko punya manusia.






(b)sepontan capai botol syampu, agak agak set target, terus tembak tepat ke batang hidung cik mon. biar dia menggelupur jatuh. memang stok pemburu binatang liar ahhh..



(c) terus buat muka comel dan meniru aksi iklan sabun lux dalam tivi macam priyanka chopra tu. tak dapat jadi model, berangan sambil ditonton monyet pun jadi laa...



(d) jerit. "oi mangkuk, kau takdak orang lain kau nak usha. time aku jugak kau datangkan. syohh! syoh!!"

(e) buat derk. ala, monyet je kott. bukan dia tahu apa apa. nak cakap pun takleh.



(f) tarik monyet tu lepas tu cepat cepat periksa seluruh badan dia, kot kot ada kamera tersembunyi wakenabeb ke. karang tersebar kat youtube, mana nak letak muka ha? haa...??




(g) lain lain. (nyatakan)

____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________


p/s: asik dengar orang cerita pasal monyet masuk bilik la, ape la.kesiannn betul.

Thursday 27 August 2009

kelas yang pelik.

kelas web programming harini macam....LAIN.

apa yang lain?

sebab ezriyol datang kelas. HA!HA!HA!
(gurau jak ya ezriyol, jika anda baca ini)

tapi saya konfiden dia tak baca.


-----------------------------------------------

situasi 1.

tutor kami ganti pensyarah bagi lecture harini. sambungan lecture javascript.

ada slide tu banyaaaaaaaak sangat ayat. dan ayat dia panjang panjang.

encik hussein onn(bukan nama sebenar): penatnya nak baca. kamu baca sendiri lah ya. saya bagi seminit.


lepas tu dia keluar kejap.


encik hussein onn : oke semua dah baca kan.

dia tukar slide.


encik tu lagi : sekarang saya nak kamu amik kertas kosong satu, kamu tulis balik apa yang kamu paham dari slide yang kamu baca tadi. kita jadikan ni kuiz dalam kelas.


erk? sapa yang baca?


kami dengan gerak kerja yang perlahan ala ala matrix reloaded mengambil kertas.


encik hussein onn : oke, semua orang tahu saya bergurau kan? (sambil dengan selambanya tukar slide lagi)


haaaa.....???


*melopong*


p/s: dia suka buat kuiz dalam kelas. tapi sejak bila dia bergurau? DIA BERGURAU?
kami dah sedia nak jawab KOTTT! (walaupun tak tahu apa isi jawapan)



----------------------------------------------



situasi 2.


encik yang sama : kita rehat kejap 3minit.

saya terus telangkupkan kepala sebab mengantuk. konon konon mahu tidur.


tetibe beg bergegar.fon lah tu. bukan gempa bumi.


haze : sori! sori! tak sengaja.

penulis : haaa...? (blur sikit sebab mengantuk. kenapa dia cakap sori?)

amik fon.


1 message received.

buka.


"Sara, ko ktne? fak ke blk?"

sender :.......


ze'. haze?


tekan tekan mesej.


reply.


"dekat seblah kau LAHHH!!!!"

Monday 24 August 2009

status dan umor

haritu kan. adalah meeting untuk biro-biro jaksa yang satu nih.

akukan sebagai s/u yang baik, berhemah, berbudi bahasa lagi rajin, datanglahhhh kannnn!

lepas tu, tetibe je mereka buat sesi perkenalan lagi.

ha? ha?

berkenalan lagi? tapi, aku sudah hapal nama mereka!! (akukan senpai contoh)

oke. tipu. aku hapal nama 3orang je dari 30 orang.


terus fast forward ke cerita lah. karang aku membebel lagi 8jam, terlepas sahur pulak.


masa orang sebelah aku kenalkan diri sendiri, dia ditanya pasal status.


status?

status apa?


huh!. aku dah pikir pikir dah.


kalau mereka tanya status aku, aku nak jawab :


status busy. (<------ status ym)






p/s: tapi diorang tanya umor pulakkkk! haihhh. tak tahu ke, pantang nombor satu dekat wanita wanita moden lagi berkerjaya adelah tanya umor.
p/ps: bila ecah baca post ni dia kata, " patutlah tengok sarah diam je time anuar cakap.ini rupanya dia pikir"

Saturday 22 August 2009

jualan murah

tengok dashboard.

mejoriti blogger posting pasal ramadan. puasa.

ada pasal nostalgia ramadan.

ada yang konon konon nak jadi calon pemegang mohor besar raja raja dengan berlatih mengumumkan puasa, anak bulan dah mai.

ada yang bagi tazkirah pasal ramadan.

takpa. takpa. sumanya berniat baik kan. untuk saling mengingatkan.

kalau saya pulak, asal puasa messsssstiiiiiiii nak ingat makanan. haihhh! makruh ni! makruh!


ingat kat bazar le.


banyaknya makanan. macam masuk planet baru nama planet foodcourt.

malaysia kan banyak makanannnn! (heh, macam negara lain tak banyak je makanan kan)

banyak tu bagus. tapi, kenapalah takda sale, atau jualan runtuh untuk bazar ramadan.




macam kat midV, asal student dapat ptptn je, dia pun mulalah buat sale UP TO 80%.

haihhh...

takpun. jualan penghabisan stok.




kan seronok....!!!


tengok posters tulis :

nasi ayam. harga asal : RM4.00. diskaun 70% jadi RM 1.20 je.

sate secucuk rm0.60. diskaun 60% jadi rm0.24.

jualan penghabisan stok. beli kuih 5 biji dapat free 5biji!!!!

takpun.

beli set combo! beli ayam percik 2 dapat free nasi bungkus lapan!!!


ha? ha? haaaaa.....???


menganga lah kami yang puasa ramadan dengan penuh istiqamah ni. terus serbu serbu.


tapi. sila jangan berangan.



p/s: ktho ada buat bazar lagi tahun ni. datanglah kalau rasa nak tengok masakan import khas dari borneo. (oke, tipu. mana ada import makanan jauh jauh.)

Thursday 20 August 2009

jangan hina megi kari.

suka megi kari.

suka megi laksa.

suka megi yang biasa biasa je yang orang orang kalau tengok mesti kata.

"hak elah. megi ni yang kau beli? baik takyah beli."


huh.

kamu xtahu.

megi ni lah best!

murah.

perasa yang tak komplikated. simple.


yang paling penting. senang.


tak perlu nak bukak perencah dua tiga kali macam megi megi yang lain.


macam megi goreng. ada minyak la. kicap la. bumbu la.


ni satu je.


sebab aku malas nak buat megi yang guna banyak ATP untuk sediakan. membazir bukan?

Wednesday 19 August 2009

dah sedar sekarang

kami cakap pasal dia jadi ketua pengarah. lepas tu, dia mula berangan.

hee..best juga jadi pengarah kan. sarah, pegi meeting, sarah pegi belikan ak air teh o ais. sarah, buatkan ak nasilemak. sarah, sarah..

bodoh gila. baru aku sedar kenapa orang lantik aku jadi s/u banyak banyak. aku tak reti kata taknak.
status-status ym :

penat mengikut telunjuk bila akal sudah mampu berfikir waras.

hingar dunia menjadi sepi waktu minda bertukar pegun.kaku.


*tiada unsur gurauan di situ.

Monday 17 August 2009

garam gudang.

Kenduri tunang.

Mak cakap kalau pergi kenduri tunang lah kena bawa hadiah untuk orang yang bertunang tu.

Kuna pelik. Dia kata, bukan masa kahwin ke baru bagi hadiah kahwin?

Tapi, mak cakap tunang pun sama sebab masa tu la orang bawa juga hantaran untuk tukar tukar, jadi masa tu juga kita bawak hadiah sekali.

Iyeeeeee keeeeeee....?????

Tapi mak betul kot sebab mak dah bertunang dengan dah kahwin.

Kalau nak ikut jumlah garam yang mak makan pun, mungkin dah boleh buka kilang garam kalau dikumpul.

Ehh, tapi, kilang garam..? masa kecik kecik tengok dalam tivi majalah tiga tu, garam dia ambil dekat pantai Thailand. Mana ada kilang.

Ke kilang membungkus garam kot. Apa apa jelah. Yang penting bukan gudang garam.




nampak tu garam tepi pantai tu. haaa...dah kata dah. dah kata. tak caya!

Sunday 16 August 2009

pesanan daripada hati.semoga tembus ke hati.

Syafiqa sent you a message.

Subject: sara..

"harini task 2..group aku kalah sara..aku rasa mcmnk nanges sgt skunk!!!!!..group aku kna g elimination...please...vote aku ea....kem salam kat suma...really sad =)"

16 ogos 2009. 9.23pm.


pika. saba pika. jgn down sgt. ni skrg ko punya impian. ko skrg kne belajar berdiri atas kaki sendiri. ko kena kuat. org tu ada ckp ko peserta plg unik dkt my gopeng resort tu sbb ko x putus asa, kan pika? so be that girl pika! that girl yg berjaya tarik perhatian judge dekat sana! jgn giv up even tali tu distract ko. jgn ragu ragu dgn diri ko sbb ko tak tahu apa yg ko mampu buat dan tak mampu buat sampailah ko had a taste of it. sampai ko rasa sendiri. KUAT pika! kitorg tahu, ko boleh! cuma perlu semangat yg kental je pika!! banzaiiii!!!!! kitorg vote ko punya. jgn risau ehhh..??

ko usaha. kitorg doa. kita sama sama tawakal. oke?

16 ogos 2009.10.58pm.


dia sekarang lemah semangat. sebab dia adalah seorang yang bernama rakan. she need strength.

pika. listen carefully.


pika amik kursus mikrob kan? pika surely really into these kind of microb growth more than me, myself. u knew. what u have to do now is, APPLIED ur knowledge.

aplikasi.

benda baru bila kita cuba buat, kita ada fasa fasa tertentu. proses pembelajaran. macam bacterial growth chart yang kita belajar kat dalam kelas. ada lag phase, log phase, stationary phase dan death phase.

sekarang pika dalam lag phase. pika tengah cuba adapt dengan environment. mcm bacteria growth, masa fasa ni, dia boleh divide kan? tapi pembahagian dia slow sebab dia nak kena suaikan diri dulu dengan keadaan dan growth condition. sebab keadaan yang slow nilah, semangat pika senang lari. rasa macam, "alahai...kenapalah pika cari masalah ni dari mula." mesti dah mula was-was dengan pendirian dan keputusan sendiri.



tapi, kenapa perlu persoalkan benda yang dah terjadi ye? tak perlu. all u hav to do is, grit your teeth and keep going.



err. sekarang nak kena terangkan ke log phase, stationary phase suma? xkot... pika dah paham kan??? ( sebab malas menaip ohhhh..heh)



kuatkan semangat.kalau nanti masa elimination neves sangat, cikgu penah cakap, selawat 3kali dengan baca surah 3qul. insyaAllah kurang neves tension.


p/s: esok event dekat pesta konvo. rugi pika tak dapat tengok kitorg!

Saturday 15 August 2009

tiada rahsia? ke?

Sila ceritakan 15 perkara yang orang x tau pasal awk dari awak kecik2 dulu sampai sekarang.Seterusnya, sila tag 5 org rakan awak pula.Terima kasih.


benda pasal orang tak tahu..? ohhhh, ala-ala cerita TIADA RAHSIA macam siti nurhaliza masa dia nak kahwin dulu lah ye? ye? masalahnya sekarang, errr...saya sudah cerita semua benda kot dekat SEMUA orang. saya seperti buku terbukak(open-book).


1 . antara tivi, internet dengan radio. saya akan pilih radio! tak percaya? kenapa tak? saya suka dengar (ohhh tapi cakap pun saya suka).

2. saya sangat suka sabjek sejarah. saya boleh baca buku teks sejarah macam baca komik dragon ball. sambil baring dan makan jajan. bila baca sejarah, cerita di sebalik semua semua yang berlaku, kita rasa mcm, ohhhhhh, thats how things happened. then, kita akan lebih hargai semua benda, perkara dan orang. macam tulah kita belajar tentang kehidupan kan? *those who forget the past, are condemned to repeat it - amik dari buku teks sejarah*

3. orang cakap saya cakap telefon kuat. macam org boleh dgr apa saya cakap. macam excited kot. alasan saya? saya tak suka bila orang kurang dengar, suruh saya ulang lagi cakap! haihhhh. pantang nih pantang! paham paham lah telepon kan? mesti line tak clear le, bising la. ape la. lagi satu, sbb saya pun kurang dgr orang sana cakap.(saya ada masalah pendengaran)

4 . idola saya? zaraki kenpachi dalam bleach. heh! walaupun dia adalah si psiko yang asik bergaduh, tapi, dia buat benda ikut logik. kalau dia tengok orang tu tak setanding dengan dia, buat apa dia buang masa, tenaga dia main-main.dia bukan nak hina orang SANGAT tapi, agak pandang rendah lah jugak. macam save the best for last. tapi, bila dia dah jumpa seseorang yang equal, dia layan baik je. macam kurasaki ichigo. dia ngekor je macam orang kurang kasih sayang.tiap kali ichigo berlawan, dia pun, seboooooooook lah nak join.

5. masa mula mula buat blog ni. fain yang suruh. masa tu, saya tak tahu pun blog ni apa sebenarnya. maklumlah, orang rabun IT. lepas masuk sini, baru la setat terjah terjah belog sana sini, dan paham, belog dan aplikasinya. haha!

6. jangan suruh saya senyum boleh tak? tak reti. kalau suruh gelak, boleh!sebab tu orang kata saya ni sombong! ayah pun penah ckp, apesal anak ayah ni sombong sangat. senyumlaaaaaahhhhh!

7 . masa kecik, penah kena jahit kat kening (sekarang kening saya sebelah macam kena cut sikit) mungkin ramai xperasan, yelah! sapa tenung kening orang ye tak? ye tak? jatuh longkang masa umo 8tahun kot. tulah seronot sangat main pusing pusing!

8. kan masa tadika cekgu mesti kalau budak budak buat apa apa dia puji kan? ada satu masa tu, saya punya lukisan cekgu kata cantik. saya macam," duhhh cikgu! even saya yang kecik kenonet ni pun sedar buruk nak mati. guna kaler pensil yang tumpul sebab nak asah tak reti" masa tu saya malas nak buat, saya conteng conteng je.tapi, saya cakap dalm hati jelah! takkan la nak cakap dekat muka cikgu macam tu, nanti orang kata mak tak ajar pulak.

9. lagi cerita masa kecik. masa tadika kan ade amik gambar mcm pakai jubah grad tu kan? yang cikgu cikgu beria suruh semua orang ceria ceria tp muka saya nampak moody sangat kot time tu.. cikgu kata."tak seronok ke dah habis belajar? dah amik scroll?" saya dalam hati, " kamonlah cikgu, baru abih tadika kot. habis belajar? sekolah rendah, menengah, kolej. panjang lagi tuuu"

10 . kenapa saya guna ber-post-mortem bersama? sebab kawan saya ajar, perkataan sopan dan kurang menyentuh sensitiviti bagi mengumpat adalah : post mortem.

11 . seorang yang blur/pending/loading kadang kadang. err...ke selalu? sorilah kalau orang cakap dengan saya, saya tak respon ke apa. kadang2 otak proses lambat. bila saya nak jawab, sekali orang tu dah belah, atau dapat jawapan dari orang lain.

12. cuma menggunakan perkataan aku pada orang orang tertentu. saya takdelah senantiasa cakap guna saya. dalam blog je sebenarnya. sebab masih di bawah pengaruh alkohol. eh bukan! bukan! di bawah pengaruh opah yang cakap, aku tu bukan perkataan yang baik untuk sentiasa guna. kadang kadang takpe.

13 . sangat teringin nak jadi cikgu. tapi.......

14. first time pakai lens, menyumpah seranah orang yang menemui penciptaan lens.

15 . dulu, susah gila nak buat hati ni sayu, cair dan lain lain. dulu, masa buat mcm muhasabah diri, yang dengar kaset marobbuka tu. apa apa jelah aktiviti yang patut ingat mati, ingat mak ayah, orang selalu menangis, saya tak boleh. kawan kawan semua sampai teresak-esak, saya masih takdak perasaan. mungkin sebab saya blur kot.pending. berada di luar kawasan. sampai sorang kawan saya tanya," sarah, dalam kau ni, ada hati tak?" pergh! makan dalam.


ok, saya nak sangat tau lebih lagi psl korg sbbtu saya nak kamu buat bnde ni:

1) Iylia ayuni
2) z apek
3) Jiha kosmet
4) jeb
5) hani

* tiada paksaan dalam buat tagged ni. cuma main main.(saya lupa dah nak buat tagged dulu dulu)

Friday 14 August 2009

gadis melayu tu sapa?


ni duta ktho yang baru ke? ke?



ingat tak kadang kadang saya ada sebut nama kawan kawan saya?

ada haze, ada as, ada ecah, teha, che pah, pika, dab sebagainya. (penat kott nak sebut sorang sorang)


salah sorang dari mereka ni, tegar tegarnya dia meninggalkan saya. err. tinggalkan kami sebenarnya.

dia tak bagi warning awal awal. tapi takpe, its for a good cause.

SHE'S NOW ONE OF THE CONTESTANT IN GADIS MELAYU!!!! yeyyyyyy!!!
-------> nak peromot!


kami konon konon nak bukak kelab peminat. haha. mungkin tak jadi. takda dana. sapa nak jadi sugar daddy? atau sugar mummy pun bolehhhh!


saya boleh tolong apa lagi

kalau bukan peromot? haihhhh.. ni kena mintak gaji kottt!


tengok la dia. khamis. pukul 930malam. dekat tv9 dekat di hati ku( mungkin kena mintak komisen dari tv9 jugak kottt)


kami sama sama 1st yer kat ktho, ukm. sama sama pegi kelas kimia, lepas tu tidor secara berjemaah.


sama sama bersahur ramadan lepas pukul 3 pagi, lepas tu tidur himpit himpt 2katil 5orang ( muat owhhh, ajaib betul). saya punya bilik belok lain, takut nak balik bilik sendiri pukul 4 pagi, so, setinggan jelah!

sama sama buat aksi fear factor. sama sama berhimpit dalam ktm dan lrt dengan tekad dan azam nak pegi times sq.


sama sama pegi jelajah banyak banyak emporium sebab nak cari baju untuk dinner MAP KTHO.


sama sama cari nasik malam malam buta sebab mengikut nafsu perut.


sama sama tak tidor malam gara gara tutorial prof wan yaacob. bahagi bahagi soalan tutor, lepas tu biasanya saya dapat soalan yang susah susah.


sama sama tukar tukar lagu untuk halwa telinga masing masing. pika suka lagu suara budak budak. saya suka lagu boleh goyang goyang kepala. lepas tu, saling exchange.

banyak lah ektiviti kami buat sama sama. nak tulis karang, orang kata poyo pulak. macam dia sorang je reti buat ektiviti.

dia pun silent reader blog saya jugak!!!


tapi sekarang. dia dah tinggalkan kami. saya harap, dekat suite rumah mereka gadis-gadis melayu tu, dia boleh surf internet! sebab saya mahu dia terus baca blog ni.

sebab saya mahu dia terus up-to-date dengan kami di sini.

sebab saya mahu dia tahu, kami sentiasa ada di sini. mendoakan dia walaupun dia tak tahu itu.

sebab saya mahu dia terus kuat. walaupun dia memang seorang yang kuat dan perkasa(dari segi hati ya), teruskan kuat.

go chase ur dream pika! because the sky is the limit!


ramadhan yang bakal tiba ni asik buat saya sayu je. haihhhh! pika! jangan nangis dalam tivi ya? buat malu ja!


ehh, lupa nak bagitahu, her name is siti nur syafiqa amirol melvin.






p/s: sarah appreciates ur votes for her friend.
p/p/s: pika, terus usaha slim! jgn lupa senam senam jogging jogging mcm selalu. kamera makes u look chubbier. not nice.not nice.

Wednesday 12 August 2009

untuk kamu simpan dalam hati.

untuk pengetahuan am.

"kamu tak perlu jadi jejaka idaman melaya, kelakar, gentleman, macho, gagah, dan lain lain untuk buat perempuan kamu cair seperti cokelat. cukup dengan menjadi seseorang yang disenangi dengan menjadi KAMU! (bukan KAMI ya)"


p/s: melainkan kamu punyai personaliti seperti mr.bean(tak mahu elaborate), sila hipokrit sikit sikit ya!

Tuesday 11 August 2009

kucing dan rumah

dah lama juga tak lepak lepak sambil bercerita sama opah.

last holiday, i've got a chance to do it again. and again. '

nak dijadikan cerita, rumah saya menjadi rumah tumpangan untuk kucing kucing tidak berumah.

keutamaan diberi kepada kucing yang nak beranak.

yes, they come and eat and gave birth.then, the kittens start running the house.




hell yeah they go running all over the place.


tapi saya baru tahu satu perkara.

kenapa kucing jantan suka makan anak anak kucing.terutamanya anak kucing jantan.

opah saya cakap, kucing jantan besar hanya akan makan anak kucing jantan yang dia nampak akan bawak tuah.

mungkin anak kucing jantan yang dimakan suma ada semacam some sort of aura.

as if, bila dia besar, dia mungkin akan 'mengalahkan' kucing jantan sedia ada nanti.

so, secara teorinya, kucing jantan besar makan anak kucing jantan supaya anak kucing tu takkan membesar sebagai kucing jantan yang gagah dan take over the throne.


saya baru tahu benda ni.


one thing i'm not sure, kucing pun boleh ada macam six sense untuk kesan aura aura ni ke macam satu detector...??


uhuh.


nak tahu kebenarannya? kena tanya beastmaster la kott.


lepas tu bila cerita dekat nani. dia tak percaya. haihh! marah ni. marah! dah bagitahu tak percaya.

'go ask opah la if u din believe me.'

when she went to opah, opah sengih sengih ja.

apa maknanya tu?

p/s: gambar tu bukan kucing saya ye. harap maklum.

Monday 10 August 2009

makanan melesia?





Dah paham dah.

Kenapa orang suka makan sambal yang ada buah tu.

Macang ke bacang?kuinin? pelam?

Adeh. Tak kesah lah yang mana satu pun.

Yang penting maksud dia sampai.

Sambal yang ada buah kaler kuning tu.

Walaupun Cuma.

Nasi.sayur.ikan goreng.

Tapi boleh buat orang tambah nasik ohhh..

Sedap.tapi.pedas.

Gila pedas. Berasap.terasa kepul kepul kat ubun ubun kepala.macam cerita terminator tu bila arnold susah-nak-eja tu lepas lawan dengan watak jahat.

Bila pedas, kita punya lidah, deria rasa kan macam dah terganggu sikit kan. Sebab pedas sangat.

Jadi, bahagian mana yang rasa sedap nya???

Bila pedas kita teguk air kan.

Walaupun Cuma air putih sejuk.

Bila air fresh dari peti ais tu kena lidah yang panas kepedasan tu.



Perghh…!



Masakan .rumah.memang.tiada.tandingan.



p/s: Sebab kat kolej takde jual sambal buah.

Sunday 9 August 2009

glucogenic vs photogenic

'glucogenic. sapa tahu glucogenic tu apa?'


sunyi sesunyinya.


bukan taknak jawab, cuma dah semula jadi, malas. malas mahu fikir. malas mahu mencuba. malas menjawab.


alah, susah apa. jap lagi pensyarah tu jawab balik kan? dengan mesra, cepat dan betul.


'sapa tahu photogenic tu apa'


ahhh sudahh! dia mahu bab lain pulak.


bunyi soksek soksek dalam kuliah.


amboi, glucogenik diam, photogenic tetibe je ada respon.


'konsep glucogenic dengan photogenic ni sama. dua dua ada genic kan? so, photogenik yang kamu klik sana klik sini utk snap gambar cantik cantik. glucogenik pun mcm lebih kurang. ability to produce glucose.'


ohhh! baru saya tahu!


photogenic tu adelah ability to produce good picture?


selama ni ingat photogenic tu, orang tu ambik gambar sentiasa nampak cun dalam gambar.

tak sama ke?

entry panjang membebel bebel

sekarang pengakuan jujur.

saya dulu mana suka keluarga saya. sayang? jauh sekali. seorang pun tak.


pada saya, apa yang saya rasa.

ayah : sampai hati dia suruh saya masuk asrama masa umur sepuluh tahun. makcik saya pun tegur kenapa nak mudamuda dah jauh dari keluarga. ayah kata, bagi dia belajar. taknak dia main. makcik saya kata, budak lagi, biarlah dia nak main pun. saya kata, pigidah! kalau saya, belajar dengan main? bagi saya tidur dengan makan lagi best. belajar kena guna otak. main kena guna ATP. dua dua penat. (tapi semua ni saya cakap dalam hati lah masa kanak kanak belum mumaiyiz dulu. mati kena rejam kalau berani cakap macam ni)

mak : sampai hati mak beranak adik masa saya masih kecik setahun jagung (beza saya dengan adik cuma setahun 2 bulan). saya kecik tahu tak? tahu tak? saya mahu jadi adik untuk jangka masa yang lama sikit. ini tak, baru berapa bulan, menumpang kasih sayang opah sebab mak mengandung, tak boleh kacau. (sebenarnya, saya tak ingat pun ni semua, ayah dengan opah yang cerita pun, haha! macam le tahu sangat.)

kak : eleh kak pun. ingat dia anak sulung, suka suka hati boleh berlagak diva lah. ha? ha? ayah cakap sikit pun dah menangis. sensitif sangat. ingat dia sorang ja ke ada air mata? orang pun adalah!! ha! tengok! tengok!

kuna : kuna ni anak yang ayah dengan mak paling sayang. dari sudut pandangan saya. sebab dia paling dengar cakap. paling rajin. paling sempoi. semua semua lahhh! tapi sayang. banyak sangat boifren sampai ayah pun pening. haihhh.

adik : adik nilah yang tak reti nak lahir lambat sikit! haih! potong betul. dia ni, suka sangat mengacau daun! apa saya nak, mesti dia yang dapat! hari tu, entah macam mana saya TER-tampar dia masa tengah blackout. serius tak sengaja ohh. saya ingat saya pukul nyamuk. nasib baik dia tak menangis masa tu. saya takut dia repot kat ayah, memang kena tang dah saya. huuuu...

nani : paling bertuah kot. sentiasa jadi tumpuan keluarga. untungnya jadi yang bongsu. paling banyak perhatian. paling banyak mainan. paling banyak tempat untuk mengadu masa susah. kalau dia menangis sebab adik buat dia, saya mesti marah adik (walaupun tahu, nani ni pun sama cari pasal).


tapi sekarang tak.

nak kata keluarga ni yang saya paling sayang? tak jugak. tapi saya syukur sebab saya dilahirkan berkeluarga. ada ayah. ada mak. ada kakak. ada adik.

ayah : saya dapat ayah yang saya jadikan rujukan dalam setiap tindakan.

mak : saya dapat mak yang paling seporting yang saya boleh minta. buat seumur hidup.

kak : saya ada kak yang paling supportive dalam setiap keputusan saya buat. kak yang paling banyak buat pengorbanan untuk keluarga. walaupun dengan taruhan masa depan dia.

kuna : saya ada kuna yang sentiasa membuka mata dan minda saya dalam setiap masalah saya.

adik : saya ada adik yang sentiasa di tepi bila saya seru namanya. err..walaupun saya suka menyampah dekat dia.

nani : saya ada nani yang selalu menggembirakan saya dengan setiap tingkah dan katanya.



bila kita sudah lihat apa yang kita patut lihat, kita akan dapat lihat apa yang selama ni kita tak dapat lihat.

Thursday 6 August 2009

apa yang kita mahu

masa sekolah.

tengok orang kanan. sony ericson slide. tengok kiri, motorola lipat. kamu pulak. balik rumah hari jumaat. dalam kereta pujuk pujuk ayah. dapat nokia cincai pun cukup lah! senang nak kontek kawan kata. ayah pun percaya je anak dia nak belajar mungkin tak cukup fasiliti. bagi laaaa....tapi dusta semata. kontek kawan apa bila yang nak dimesej ada kat sebelah katil! kat sebelah bilik! konon satu sen JE PER mesej. tapi kamu rasa kalau kamu jerit je, berapa maxis charge? nak tambah nilai, baruuuuuuuu la ingat nak telepon mak ayah kat rumah. alasan kamu, duduk asrama, mana boleh telepon selalu. sibuk belajar kan. belajar cara nak taip sms laju laju. taip lambat malu ohhh!


masa kat metrik.

tengok kawan sebilik ada acer. tengok kawan sekuliah pun lenovo putih! pergh! cun gilalah! nak jugak! nak jugak! pegi la bagitahu ayah! alasan, banyaknya kerja! esaimen bagai! boleh je pinjam kawan, tapi yah, kawan pun nak buat esaimen. takkan hari hari nak pinjam. malulah! padahal buat nya esaimen satu je. lepas tu, satu kumpulan empat orang lagi. dah tiga orang tu ada leptop. kamu pun tiba tiba nak beli jugak! tak perlu ye!


masa dekat ukm.(takde tuding tuding kat sapa sapa)

datang je pc fair! apa lagi. abang man di mana? abang man di sini! haa.... tak main dah leptop ni. dah kuno ohhh!. sekarang sapa takdak lesen tu macam budak sekolah tanpa beg stylo silang silang.( zaman saya beg silang adalah trend hot!)kau takdak lesen. ? pegi amik kat sekolah memandu nilai. kete dengan moto dia letak ringgit melesia 850. muraaaahhh!!! tapi duit loan, tinggal separuh! yuran lagi dah tolak. lepas tu. ramadan datang bulan januari. kena puasa seminggu 4hari. semuanya kerana nak ikut ikut. dah ada lesen? ayah, tak best la asik pinjam keta kawan ja. kelas jauhhhhhhhh...! nak kua sesak dalam ktm!.haihhh! lepas tu, sedekah pada ukm, duit pengangkutan ringgit melesia 200. free! takpelah yah! amal jariah!. oooooo. pandai kata jariah! yang kau bayar, lepas tu tak guna, lepas tu, pegi suruh ayah kau beli kereta, lepas tu mintak duit isi minyak lagi kat ayah tu, apa nama dia?



takpelah! yang penting kita happy!

Sunday 2 August 2009

when u try so hard.when u give so much.but then, things occured. feel like its all been flush out.for a tiny,stupid reason. and u feel like an idoit.