RSS

Sunday 27 September 2009

dodol dan raya

adalah satu iklan raya tu.

pierre andre nak balik raya tapi terlepas bas tu. ingat tak? ingat tak?


pastu dia sampai kampung pagi raya mak dia tengah tunggu dia balik.
perasan tak dekat seblah mak dia tu ada orang kacau dodol?

perasan ke tak?

tak? tak?

gi stadi balik iklan tu.

haa...betul tak?

mak cakap : mana ade orang pagi raya kacau dodol lagi!

eh. ehhh! ye tak ye. tak terpikir pulak.

*kenape kalau iklan mesti kita yang tengok mesti nak komen haa? haaa....??
stendet la manusia. asik nak komen.

pastu tanpa pikir panjang reply cakap mak : dia perangat dodol kott...??

ehhh! aiyak! tepuk dahi! tepuk dahi!


sekarang dah cakap baru nak pikir.

bodoh ke ape?

mak kata...
mana ade manusia perangat dodol!
orang kan memang makan dodol sejuk.
kalau perangat jugak, bila nak sejuk nya, bila nak kerasnya!
macam mana nak makan dodol kalau cair cair!



adoiii laa...tu lah! orang tua cakap jangan nak bagi hujah balas sangat!

lesson learnt.

Wednesday 23 September 2009

duit raya

status baru : hari raya TER-PALING-SUNGGUH-AMAT-SANGAT best macam makan char kuey tiaw pulau mutiara free. *oke, mungkin agak hiperbola*

mencapap tak? tak?

TAK???

alamak! haihhh..! kena tingkatkan usaha lagi ni.

kenapa raya best?

sebab kitakan SATU MALAYSIA!! HA!HA!HA!


oke. tipu! sarah nur tak sepatriotik itu.


sebab sebenar adelah...

dapat duit raya ohh kali ni. xpercaya?

walaupun memang sikit gilalah dapat,tapi DAPAT YE! dapat!!

tahun lepas, tadak satu sen pun.huuu....

maklong - rm5
makngah - rm5
kaknyah - rm2
rumah sebelah yang penuh dengan anak lelaki dan makcik yang pandai masak macam macam dan rajin bagi makanan dekat kami yg rumah penuh dengan perempuan tapi masak satu hapah pun tak sedap - rm10.

*erk? apesal description nak panjang lebar? nampak sangat hobi suka merepek membebel.


sebenarnya, yang bagi duit raya tu pakngah, bukan makngah, tapi, memandangkan kami kenal sangat perangai pakngah yang suka berkira (bukan kedekut ye, cuma suka berkira), kami buat assumption yang duit raya tu dari makngah. komfim punyalahhh!!!


oke, sekarang, takat duit raya banyak tu pun nak buat post ke dalam blog?? POYO GILALAHHH!


DEY THAMBI!!! sukati akulahhhh!!

Friday 11 September 2009

kenapa saya kata saya sopan.

saya seorang yang sopan orang nya.


erk?


apesal stetment tetiba je nak buat poyo?


sebab ramai yang tak percaya. ramai yang meragui.

tapi betul ohhh.. saya tak tipu.


kalau dulu, masa cikgu bagi repot kad dekat ayah, mesti paling paling kurang cikgu akan tulis : perlu aktifkan diri lebih dalam kelas.

tengok? tengok?

maksud cikgu mestilah, saya ni pelembut orangnya dan penuh sopan tak kacau orang dalam kelas kan?


itu baru repot kad.

nak lagi kukuh hujah?


tang ym.

saya kalau tengok ym org busy, saya mana ada lagi buzz orang tu macam orang tak bertamadun, pegi buzz lepastu buat bunyi budak menjerit sampai keluar anak tekak tu walaupun nampak tanda 'no entry'.

tadak. tadak.


sungguh saya tak buat macam tu. saya ada rasa hormat pada manusia lain, selagi mereka hormat privasi saya.


lagi satu. kalau perlu sangat2. saya akan kata.


"sori ganggu. terpaksa kacau. perasaan terpaksa macam bila kau nak terkencing, toilet penuh.pastu, kau kena pegi toilet tingkat bawah. paham kan? sori ya. sekarang nak tanya....blablabla..."


ATAUPUN macam ni.


dear atikah.
kehadapan kamu
saya nak tanya kamu
macam mana kamu dunlod autocad?
saya tak reti
pecah kaca pecah gelas
sudah baca arap balas


maksud nya, saya tak paksa orang tersebut balas on the spot macam saya manusia paling busy di dunia. tak boleh tunggu lama lama. lepas tu buzz.

ohh tak. tak.


saya tak buat keja keja tu. mungkin dulu ya. masa zaman muda muda, darah muda yang panas menggelegak.

sekarang dah belajar.

insyaAllah tak buat dah. janji!


p/s: sekarang mungkin ada yg sala paham. bukan saya nak kata, saya tak bole kompromi. boleh. kalau tetibe rasa rindu sama saya sangat sangat, nak ym, tapi saya busy, ym jelahhh. tak kesah pun, tapi please. practse some manners u've learnt. bagi salam. ke? tanya, kai fa haluki? haa...kan manis tu. kita kan orang timur. ni tak. letak gambar budak melolong. terkejut tu.

zaman kejatuhan sarah nur.

"in history, nothing happened accidently. if it happened accidently, it was planned to be so" - quote by roosevelt.

saya ada ambik titas sem lepas. best rupanya titas. suka betul. kelas cuma pernah ponteng sekali. tu pun gara gara ada sijil sakit(mc == medical certificate kan?)

mengikut teori quigley (bukan yang chewing gum.itu wrigley's kottt)

tahap perkembangan tamadun ada 7.

pertama : percampuran (mixture)
kedua : alat untuk mengembang? (gestation, bunyi macam gas station kan?kan?)
ketiga : perkembangan (expansion)
keempat : konflik
kelima : empayar sejagat (universal empire), a.k.a. zaman keemasan
keenam : zaman kemerosotan (decay)
ketujuh : pendedahan kepada penceroboh luar (invasion)

saya percaya mungkin sekarang, dinasti sarah sudah hampir mengalami kemusnahan. yang mana dipercayai dalam tahap keenam : zaman kemerosotan.


bukti? BUKTI? nak bukti ke?

--------------------------------------------------

bukti 1.

macam ni kronologi nya.

saya ni, konon konon dalam bulan puasa ni (atau lokman kata romadon) nak lah cuba cuba buat plan penjimatan berganda. konon nya makan masak sendiri. beli telur satu carton. beli kicap. beli ikan bilis. beli minyak dan sebagainya. (nak tulis nanti sama panjang dengan resit pulak)


nak tambah lagi?

beli jugak lah makanan dalam tin tin tu. sedap jugak lah rupanya makanan dalam tin ni. serius! serius macam perdana menteri tengah berucap dalam parlimen.

dah le senang pulak tu nak makan. bukak je penutup!

mudah saja, cuma tambah air! -----> macam iklan tepung cucur adabi.

sebab ramai yang tahu rutin baru ni. selalu lah jadi bahan. bahan apa??

acip : sarah kau buat apa?
sarah : tadak apa. pegilah suruh saido stadi. dia kata exam.
acip : ni saido seblah aku ni. dia kata malas stady. tak masuk. aku dah kata, nak rebus buku tu, dia kata taknak. dia nak buku dalam tin.
sarah : ohoho.perli aku.

*hint: saya jugak pernah kata pasal exam masak tumis dan gulai kan?

*suara latar : saido bergelak ketawa. gila kuat.

p/s: terkena aku. memang tergamam sekejap. hooo. pandai.mereka berganding bahu nampaknya. takpa.takpa.


----------------------------------------------------


bukti 2.


dalam kelas biochem (biasalah. kelas ni memang mendorong perlakuan sumbang dalam kuliah)

ecah : as. tengok sarah ni. dari semalam macam ni. dah tak betul agak nya. ntah berapa banyak la wayar dia dah putus agak nya.

as : putus apanya? bukan wayar dia SEMUA dah putus ke? agaknya adelah mana mana wayar dia yang tersambung balik tu.

*semua putus? TERSAMBUNG balik?... adoiii laa...


--------------------------------------------

kenapa saya kata ni bukti zaman kemerosotan. errr... kalau dulu, manelahh mereka mereka ni ada kenakan saya dengan terang lagi bersuluh. ni depan kalayak kot perli baikkk je.bravo! hebat.

malas nak taip bukti lain. nanti le saya update lain. sekarang tengah mamai.

Tuesday 8 September 2009

tengok apa?

aku tension.

stendet le. manusia.

lepas tu. aku tengok ni.

bingai.

aku gelak tak ingat dunia.

lepas tu aku lupa. kenapa aku tension tadi haaa..?? haa...???

Thursday 3 September 2009

cara kami mendapatkan 4flat

lokasi : BL 123 bangunan kimia.
jam : 9 - 10
aktiviti : (bersembang dalam) kuliah biochem.
penceramah: dr. hasidah sidek.

dr. hasidah punya nota nota kuliah adalah kebanggaan saya. ehh. bukan. kesukaan sepatutnya. sebab beliau suka muatnaik nota nota sebelum kuliah. jadinya, kami yang pemalas berat tangan nak tulis ni semuanya cuma perlu cetak dan bawak ke kuliah. bila kuliah sedang berlaku, kami cuma perlu buat buat dengar dan angguk angguk selang beberapa slide. bijak bukan? kalau nak buat buat tido pun boleh ( sila catat ya, kami buat buat tido saja, bukan tidor betul betul. jangan salah paham)

sarah : woho. 4flat lah kau as. beg penuh dowh dengan notes.

as : a'ah. sebab aku tak tahu kita ni sedang belajar yg mana. maka,aku bawaklah semuaaaaaaa! paham?

sarah : o....4flat la macam ni.

nak tahu tak satu tabiat tabiat pelajar? dia kan,kalau cakap dia dapat 4flat, messsssssti nak nafikan.hello! hello! dah bagi 4flat percuma taknak.kau ingat senang ke nak dapat 4flat macam tu punya senang. bersembang je, gedebuk! seketul 4flat.tapiiii. kalau taknak tak pa. bukan 4flat betul pun. cetak rompak punya je.

ehh. kejap. dialog belum abeh taip.

as :kau kan dah ada nota ni. mana nota kau?

sarah : tu la pasal. belum cetak. adoiii... malas nyaaaa...

as: malas apanya? kau bukan salin pun.

sarah : sebab tak salin la malas. malas nak buat buat salin.malas nak buat buat dengar.

as : tampar karang.

sarah : ihhhh...?????

Tuesday 1 September 2009

sesi merungut macam kami kami je reti merungut(apesal tajuk nak panjang panjang sangat ni)

biochem.no words can describe.undescribable.beyond description.

keluar ja dari dewan peperiksaan.

--------------------------------------------

ecah: saya tak tahu dah apa yang saya goreng tadi.

as: huh! aku bukan goreng lagi dah.aku dah tumis dah nak masak dah pun.

sarah : yayah.kita masak gulai tadi.

---------------------------------------------

as: aku rasa kan, aku dah boleh jadi pereka cerita dah.ntah apa benda aku reka tadi. harap harap lecturer paham.

haze : tulah pasal. aku pun tak tahu la ntah dongeng apa aku tulis tadi. dah boleh kira cerita dongeng gilalah.

ecah: dah jadi tukang karang dah semua.

---------------------------------------------

inilah lumrah pelajar.kalaulah ada sabjek merungut. berani cakap yang memang takde orang akan failed. adat la kan? kan?