RSS

Friday, 11 September 2009

zaman kejatuhan sarah nur.

"in history, nothing happened accidently. if it happened accidently, it was planned to be so" - quote by roosevelt.

saya ada ambik titas sem lepas. best rupanya titas. suka betul. kelas cuma pernah ponteng sekali. tu pun gara gara ada sijil sakit(mc == medical certificate kan?)

mengikut teori quigley (bukan yang chewing gum.itu wrigley's kottt)

tahap perkembangan tamadun ada 7.

pertama : percampuran (mixture)
kedua : alat untuk mengembang? (gestation, bunyi macam gas station kan?kan?)
ketiga : perkembangan (expansion)
keempat : konflik
kelima : empayar sejagat (universal empire), a.k.a. zaman keemasan
keenam : zaman kemerosotan (decay)
ketujuh : pendedahan kepada penceroboh luar (invasion)

saya percaya mungkin sekarang, dinasti sarah sudah hampir mengalami kemusnahan. yang mana dipercayai dalam tahap keenam : zaman kemerosotan.


bukti? BUKTI? nak bukti ke?

--------------------------------------------------

bukti 1.

macam ni kronologi nya.

saya ni, konon konon dalam bulan puasa ni (atau lokman kata romadon) nak lah cuba cuba buat plan penjimatan berganda. konon nya makan masak sendiri. beli telur satu carton. beli kicap. beli ikan bilis. beli minyak dan sebagainya. (nak tulis nanti sama panjang dengan resit pulak)


nak tambah lagi?

beli jugak lah makanan dalam tin tin tu. sedap jugak lah rupanya makanan dalam tin ni. serius! serius macam perdana menteri tengah berucap dalam parlimen.

dah le senang pulak tu nak makan. bukak je penutup!

mudah saja, cuma tambah air! -----> macam iklan tepung cucur adabi.

sebab ramai yang tahu rutin baru ni. selalu lah jadi bahan. bahan apa??

acip : sarah kau buat apa?
sarah : tadak apa. pegilah suruh saido stadi. dia kata exam.
acip : ni saido seblah aku ni. dia kata malas stady. tak masuk. aku dah kata, nak rebus buku tu, dia kata taknak. dia nak buku dalam tin.
sarah : ohoho.perli aku.

*hint: saya jugak pernah kata pasal exam masak tumis dan gulai kan?

*suara latar : saido bergelak ketawa. gila kuat.

p/s: terkena aku. memang tergamam sekejap. hooo. pandai.mereka berganding bahu nampaknya. takpa.takpa.


----------------------------------------------------


bukti 2.


dalam kelas biochem (biasalah. kelas ni memang mendorong perlakuan sumbang dalam kuliah)

ecah : as. tengok sarah ni. dari semalam macam ni. dah tak betul agak nya. ntah berapa banyak la wayar dia dah putus agak nya.

as : putus apanya? bukan wayar dia SEMUA dah putus ke? agaknya adelah mana mana wayar dia yang tersambung balik tu.

*semua putus? TERSAMBUNG balik?... adoiii laa...


--------------------------------------------

kenapa saya kata ni bukti zaman kemerosotan. errr... kalau dulu, manelahh mereka mereka ni ada kenakan saya dengan terang lagi bersuluh. ni depan kalayak kot perli baikkk je.bravo! hebat.

malas nak taip bukti lain. nanti le saya update lain. sekarang tengah mamai.

4 comments:

Faraheen Hazirah said...

kte pon tgh mngalami zaman kejatuhan.. test 1 sume sabjek kite HAMPESSSS. lagi trok drpd bdk laki.. huhu.. pas zaman kejatuhan ni ade zaman kebangkitan balik x?

...sarah n... said...

alamak fain.

lepas tu xde kebangkitan. sbb nanti invasion, org lain akan take over te trone. uhuu.

oranglidi said...

ehehhe.. lawak la geng2 lu tu.

rebus buku2.. haha. kalu wa dengar pun gelak kuat gak ni.

ala, putus wayar plak. lu rilek2 je.. jgn makan ati sgt dengan mereka2 tu. gurau je..

xkanlah bukti2 ni sampai dikatakan zaman kejatuhan. haha.

...sarah n... said...

member kan, takkan le nak makan hati.

cuma, lawak gila kot. aku gelak masa tu gila gila.

selalunya, aku xjd mangsa bahan. ni skrg asik jd mangsa je. mmg zaman kejatuhan le tu. huu...