RSS

Saturday 30 January 2010

semua orang terlalu sibuk untuk mengingati hari jadi yang serentak dengan thaipusam ni.

terpaksa makan megi sorang sorang dalam bilik sahaja.

nasib baik ada mi megi perisa asam laksa ni.

p/s: aint complaining. sebab tarikh lahir saya 32 januari. sekian terima kasih.

Thursday 28 January 2010

bunga api mainan

masa kecik, ayah pesan, jangan main api. nanti terbakar rumah.


ayah serius. tapi sarah tak.

sarah gelak gelak.

sarah cakap, ni kan rumah sarah jugak, takkan lah sarah nak bakar.kan ayah?

ayah geleng geleng kepala.

anak bertuah ni punya banyak hujah untuk membalas kata.

sebab, bunga api tu cantik.


sarah nak hidupkan percikan api yang bermacam warna untuk diberi halwa kepada mata.

asyik telinga je dapat ubat, mata pun mahu juga halwa sekali sekala.

tapi, si kecil sarah tak tahu, percikan bunga api cuma cantik dipandang, perit ketika jatuh menyapa kaki budak nya.

sarah main tanpa berjaga.

tiba bunga api yang paling mahal, yang paling sarah suka dan berkenan sarah cucuhkan ke pelita.

orang putih kata, save the best for last.

bila terkena percik hijau bunga di ibu jari, sarah campak batang bunga api jauh jauh.

refleks.

sebab percikan itu perit.

sakit.

bergenang mata kecil menahan air takungan.

sarah toleh ke ayah.

ayah cuma menggelengkan kepala sambil melambai sarah ke arahnya.

sarah menyesal. bunga api yang paling cantik, yang paling sarah mahukan, membuatkan sarah serik.

sarah berjalan perlahan ke ayah. terus dipeluknya anak kecil itu yang menasan esak.


sudah sayang, jangan nangis. tak sakit kan?anak ayah kuat kan..?


sakitnya cuma menggigit sebentar. tapi.


yang membuatkan esakan sarah tak berhenti, rintihan sarah tak berlagu, tangisan sarah terus mengalir bukan sakitnya.

tapi, sesalan. sesalan kerana terlalu menurut rasa hati.


mujur ada ayah.


sarah sanggup kena percikan api dekat kaki lagi kalau ayah ada untuk peluk dan tenangkan anak ayah ni lagi pada waktu ni.


walaupun ayah dah pesan jangan bermain dengan api, tapi sarah tetap juga menyentuh nya. sekarang dah terkena tangan. sapa susah?

sarah ingat bila sarah dah umur 21 nanti, mesti sarah dah besar. cukup besar sampai takkan biarkan diri merintih lagi minta ayah. tapi tak. sarah betul betul silap. silap langsung. dari mula, sarah memang tak pernah betul...kan ayah?

Wednesday 20 January 2010

impian sarah ---> apehal tajuk nak macam cerita sunsilk tu?

+052360893 is calling.


sape ni? nani ke?


hello selamat petang.

ye?


saya siti sifir binti darab nak tanya di rumah cik dah langgan astro atau belum?

ragu ragu. nak jujur ke tak?

kalau jujur mesti dia peromot panjang panjang. kan? dari saya dengar dia peromot, baik saya dengar mak saya potpet potpet, ade gak pahala.

lagipun, saya benci lah dengar orang peromot benda yang saya tak minat. benci tahap kalau saya tengok muka orang tu masa dia peromot, saya rasa nak conteng arang je kat muka dia. tak baik? ye, tahu. tapi, bayangkan, kamu buat benda yang kamu tak suka dan takkan buat sebab orang lain? menyampah rasa nak bunuh cicak masa hari jumaat kan? kan? kan?


kalau tak jujur, boleh cut cost dia call orang lama lama kan? kalau saya kan, kalau saya nak call orang tu takda tapi adik atau abang dia pick up call pastu sempat nak berkenalan tu memang nak kena sembelih time deepavali la tu. bazir kredit kot! orang kalau call mesti la urgent kan? ni nak tanya nama lah, orang manalah, saja buang masa sebab dia bosan? apehal kau? dah puas tengok bumi? nak terai ke bulan ke?


herm.. ada advantages dekat situ untuk tipu.


ni kan yang orang panggil tipu sunat? aka white lie..


sekarang kenapa orang cakap tipu sunat? padehal kita masing masing tahu tipu tu takleh. ade pulak cabang sunat ke? takkan la kan..


sebab saya pernah dengar orang kata, Rasulullah cakap sapa yang menipu, tak tergolong dalam golongan.


berat ni.

niat tak menghalalkan cara. niat tak menghalalkan cara. berulang ulang ayat ni dalam kepala.

dilema betul.


tipu ke tak?


p/s: ada gaya macam cerita IMPIAN ILLYANA tak? tak? sapa nak undi ya atau tidak, letak dekat ruangan komen. takde charged dikenakan.

Monday 18 January 2010

kek.kek.ke. freeee... hahahaha

saRah : wey kebab.

kebab : saWah.

cis. apesal rasa macam semakin berisi semakin tunduk ni. <---- resmi padi.

kebab : dia bagi plain kek, nozzle dgn cream2 semua.

saRah : nozzle apa?

damn. terkeluar fakta kejahilan tentang ilmu kek. kalau kebab analisis input dengan menyeluruh. bukan taknak belajar buat. tapi oven dekat rumah dah takleh guna lah bhai.


peserta 1 : kebab suruh masuk pertandingan hias kek mitrad.
betul ke ni nak masuk.

peserta 2 : masuk jela. xpe. conteng conteng jela kek tu.

peserta 1 : tapi xreti buat.

peserta 2 : dia ikut kreativiti orang la kan?

peserta 1 : kalau kreatif pun, nak buat tak jadi, tak reti, tak leh gak.

peserta 2 : takpela. masuk main main je.

peserta 1 : tapi kek tu nanti dapat terus. heheh!

peserta 2 : ha. okelah tu. afiq kata masuk mesti nak menang. kek nanti bagi afiq sebab besday dia.

apesal si afiq ni nak galakkan penyertaan pulak nih. cis.

peserta 1 : oh besday afiq? bila?

peserta 2 : *afiq besday kau bila?*(jerit dekat afiq) oh. besday afiq bulan 10 tapi dia nak sambut minggu depan.

haa? boleh ke sambut harijadi 9 bulan awal?

Monday 4 January 2010

farhan *bukan teman istimewa*

saya bukan apalah..

bukan nak mengata ciptaan Tuhan..

cuma nak kongsi cerita saja..

bukan saya mengumpat dan kutuk ya? ni saja je nak cerita cerita..


dulu saya ada kelasmet nama ape farhan kot..

dia macam takleh sebut huruf r..


orang kata pelat r.takleh sebut huruf r.


ada jugak orang pelat s kan? kalau nak nak sebut s jadi pelik. senang kata, kalau ikut ejaan jawi, huruf sin dia sebut jadi sa..*takde tulisan jawi pulak nak tunjuk..*


ada jugak orang pelat t. pelat t ni banyak pulak orang mengalami..dia kalau cakap sehari-hari tak pelat tau t ni. cuma pelat bila speaking speaking saja dalam bahasa inggeris. alah...macam menyanyi tu...macam bila kita nak sebut 'water'. kalau kita orang melayu kita sebut 'water' dengan bunyi wa-ter. ter. ter. bunyi T kan. kalau orang putih sebut water bunyi macam wa-der. der. der. bunyi T jadi macam D kan? kan?


sampai syafinaz dalam OIAM pun terasa menyampah kena tegur, kalau kita orang melayu sebut cara kita pun takpa untuk nyanyi english song sebab kadang kadang orang pelat ni sampai over. sampai kalau kita dengar rasa macam nak bunuh orang. paham tak? paham tak?


ha, tu pelat t.

tapi saya bukan nak cerita pasal tu. (walaupun dah TER-cerita sampai 2 perenggan)


farhan dia pelat R. sebab lidah pendek orang kata. so, kejadian alam. kejadian Tuhan. tapi saya tak pernah lah perasan dia ni pelat. sebab saya tak pernah cakap dengan dia betul betul sampai nak sedar ke-pelat-an dia tu.

sampailah kawan saya sebut. satu hari.


farah : eh, sarah, kau sedar tak farhan pelat r.

sarah : oh. so?

farah : kau sedar tak kalau dia nak sebut r susah, dia sebut macam mana?

sarah : tah. dia sebut jugak lah kot. apesal?

farah : tak.tak. dia tukar r jadi w.

sarah : ha??

farah : kau paham tak ni? tukar huruf r jadi w.

maknanya.

hari ---> tolak r ---> ha_i ---> tambah w ---> hawi


farah ---> tolak r ---> fa_ah ---> tambah w ---> fawah


farah : kalau dia sebut nama kau macam mana ha? *sambil sengih*

sarah : nama aku? apesal dengan nama aku?

farah : kau bayangkan lah.*sengih nampak gigi*


sarah ---> tolak r ---> sa_ah ---> tambah w ---> .............



sarah : bongek ahh kau! nak mati ke?

Friday 1 January 2010

satu januari.

tahun dah bertukar. sama ada yang hijrah mahupun masihi.

tapi.


kalau nak harapkan azam saja yang bertukar, mentaliti masih di takuk lama, usaha masih tidak bertambah, apa hasilnya?


new year 80kali pun, belum tentu capai.

gerhana 800kali pun, belum tentu nampak.
---------------------------------------------------------------

entry baru ni nampak macam sarah nur dah matang dan dewasa tak?

tak kan?

aishhh!! tak jadi la weyyy!!!

macam mana saya nak jadi seriyes ni?? bosan lah bila tunjuk ic org cakap tu ic kakak.

HAHAHA.

*syok sendiri bukan salah ibu mengandung*

ohh ye..sekali lagi, saya taknak ucap selamat tahun baru lahh..cliche sangat..(ehh dah TER-cakap selamat tahun baru dah..)

tadi baca belog zahiril adzim. masa 31 disember 2008 dia buat entry cakap dia nak tengok apa pencapaian dia sepanjang tahun 2009, jadi, bila masuk tahun 2010, dia boleh macam rewind-rewind gitu la...pastu, semalam 31 disember 2009, dia tulis entry baru, teringat pasal entry 31 disember 2008 dia.

pastu saya rasa macam cara bagus lah nak tingkatkan ingatan, ye tak? YE!!


tahun depan, 1 januari 2011, saya harap saya dapat tulis yang lebih bagus dari yang sebelum sebelum ni. yang lebih kedewasaan. nak? nak?

oke!! sett!!! nanti kita tengok. insyaAllah...kalau diizinkan.


p/s: entry tahun baru. tutup belog postpone lagi.

p/p/s: malam ni pika datang lepak lagi! yess!!! korek cerita baru le malam ni...