RSS

Thursday 29 July 2010

educating sarah

saya baru tengok satu blog yang menarik dibaca tadi

lepas tu, dia ada letak iklan petronas yang pasal budak-budak sekolah tak tau race tu apa.


haih. teringat zaman kanak-kanak.


dulu masa saya sekolah rendah dekat sekolah kebangsaan sri kinta, saya masa tu darjah dua ke tiga entah. tak ingat tepat.


satu hari tu tiba-tiba cikgu buat satu kuiz terkejut(pop kuiz).



saya mesti la relaks je. apedehal. kuiz je. *apesal dari kecik sampai sekarang perangai ni tak berubah? kalau lecturer buat kuiz, orang lain cuak, saya mesti cool je walaupun taktau jawab itu kuiz *



dapat kertas saya survey-survey soalan.



oke. takdehal. boleh buat punya.




bila nak isi form dekat atas kertas soalan.


name. passed.

class.. passed.

race. err. race?



alamak. apekejadah race ni? takkan la beliau nak tau kereta lumba kegemaran saya dalam kuiz. macam pelik je kuiz ni. *padehal bukan termasuk dalam kuiz pun*



ni boleh tanya ke ni dekat cikgu race apa? nanti cikgu kata takboleh tanya macam mana? malulah saya macam malu taknak pegi rehat lepas ni walaupun perut lapar terang tangtang.*sabjek tu betul betul sebelum rehat, cikgu kata sapa dah hantar boleh pegi rehat*


malu untuk bertanya. nilah sifat saya sampai sekarang, walaupun taktau.*dulu ustad kata orang paling pemalu dalam dunia adelah Rasulullah. lepas tu, saya kata, saya orang kedua paling malu, kawan-kawan semua gelakkan saya guling-guling. jeles betul diorang,kan?*


tengah mencongak-congak nak jawab ke tak soalan race tu(soalan kuiz yang sebenar tak jawab-jawab lagi walaupun masa dah terbazir), ada makhluk lain tanya race tu apa.


saya apa lagi, legalah!


pastu, cikgu tanya, sapa tau race tu apa.


takde sapa angkat tanya. kelas saya masa tu berbilang bangsa lah jugak. melayu, konfirm ada. cina? sebelah saya nama dia meiling. india pun ada. singh pun ada. *oh ye, saya ada intai kertas meiling nak tengok dia ada jawab tak race tu(bukan tiru), tapi taknampak.*



kiranya, takde sorang pun dalam kelas saya yang berbilang bangsa tu tau race tu apa.



lepas tu cikgu pun terangkanlah.



mungkin ada kesilapan di situ.



mungkin, cikgu tak patut terangkan perbezaan kami, ketika kami semua tak sedar yang kami berbeza sebenarnya.



sekarang? dalam kelas pun kena paksa untuk projek kumpulan yang multiracial.


p/s: kita banyak sangat buang masa mengkaji perbezaan bilamana kekuatan kita adalah pada persamaan.

p/p/s: can i now be a teacher? promise i wont teach my student about races and formula 1.

Monday 5 July 2010

tembak.

aku dah penat.


jaga diri sendiri. jaga hati orang.



sekarang aku nak orang jaga aku pulak.



kalau orang tak boleh jaga hati aku, takpa. aku jaga hati sendiri.



kau dan kau yang simpan niat busuk macam bangkai nak rosakkan hati aku, sila blah. berambus. aku taknak walau sebarang molekul udara kau pun dekat dalam dunia aku ni. nyah kau.

Saturday 3 July 2010

wella.

kita semua cakap kita bencikan hipokrasi.


ada yang kata artis tu hipokrit. politik ke.


lepas tu, macam macam makian kita hidangkan dekat orang orang yang kita anggap hipokrit ni.


bila kita jumpa mereka ni, ada ke kita cakap dekat dia, kita tak berapa nak tengok muka dia sebab kita rasa dia hipokrit?


tak kan?



kita pun buat-buat macam takda apa-apa yang berlaku dalam dan luar.



kita senyum, salam, tanya kabar.


nampak biasa kan? itu lah hipokrit. sesuatu yang biasa.



percayalah, si hipokrit yang paling besar yang kita akan jumpa seumur hidup kita ni sebenarnya, diri kita sendiri.


p/s: tajuk takda kena mengena. lantaklah kan, sapa nak kesah kan?