RSS

Thursday, 29 July 2010

educating sarah

saya baru tengok satu blog yang menarik dibaca tadi

lepas tu, dia ada letak iklan petronas yang pasal budak-budak sekolah tak tau race tu apa.


haih. teringat zaman kanak-kanak.


dulu masa saya sekolah rendah dekat sekolah kebangsaan sri kinta, saya masa tu darjah dua ke tiga entah. tak ingat tepat.


satu hari tu tiba-tiba cikgu buat satu kuiz terkejut(pop kuiz).



saya mesti la relaks je. apedehal. kuiz je. *apesal dari kecik sampai sekarang perangai ni tak berubah? kalau lecturer buat kuiz, orang lain cuak, saya mesti cool je walaupun taktau jawab itu kuiz *



dapat kertas saya survey-survey soalan.



oke. takdehal. boleh buat punya.




bila nak isi form dekat atas kertas soalan.


name. passed.

class.. passed.

race. err. race?



alamak. apekejadah race ni? takkan la beliau nak tau kereta lumba kegemaran saya dalam kuiz. macam pelik je kuiz ni. *padehal bukan termasuk dalam kuiz pun*



ni boleh tanya ke ni dekat cikgu race apa? nanti cikgu kata takboleh tanya macam mana? malulah saya macam malu taknak pegi rehat lepas ni walaupun perut lapar terang tangtang.*sabjek tu betul betul sebelum rehat, cikgu kata sapa dah hantar boleh pegi rehat*


malu untuk bertanya. nilah sifat saya sampai sekarang, walaupun taktau.*dulu ustad kata orang paling pemalu dalam dunia adelah Rasulullah. lepas tu, saya kata, saya orang kedua paling malu, kawan-kawan semua gelakkan saya guling-guling. jeles betul diorang,kan?*


tengah mencongak-congak nak jawab ke tak soalan race tu(soalan kuiz yang sebenar tak jawab-jawab lagi walaupun masa dah terbazir), ada makhluk lain tanya race tu apa.


saya apa lagi, legalah!


pastu, cikgu tanya, sapa tau race tu apa.


takde sapa angkat tanya. kelas saya masa tu berbilang bangsa lah jugak. melayu, konfirm ada. cina? sebelah saya nama dia meiling. india pun ada. singh pun ada. *oh ye, saya ada intai kertas meiling nak tengok dia ada jawab tak race tu(bukan tiru), tapi taknampak.*



kiranya, takde sorang pun dalam kelas saya yang berbilang bangsa tu tau race tu apa.



lepas tu cikgu pun terangkanlah.



mungkin ada kesilapan di situ.



mungkin, cikgu tak patut terangkan perbezaan kami, ketika kami semua tak sedar yang kami berbeza sebenarnya.



sekarang? dalam kelas pun kena paksa untuk projek kumpulan yang multiracial.


p/s: kita banyak sangat buang masa mengkaji perbezaan bilamana kekuatan kita adalah pada persamaan.

p/p/s: can i now be a teacher? promise i wont teach my student about races and formula 1.

3 comments:

R.K said...

good point there cekgu .

Faraheen Hazirah said...

haha. tuka cita2 plak dah..

...sarah n... said...

R.K.

yes. sometimes, i have many point to ponder. (err..apa kena mengena?)


fain

ko xpenah ke tukar cita2 banyak kali? hahahaha