RSS

Monday 30 May 2011

romantik romantik

sejak kehidupan kurang produktif di internet ni, kerja saya cuma menghadap pc, jurnal dan proposal pada sebelah siang. dan novel barang sejam dua pada sebelah malam. pukul 830 dah menguap sebesar alam.




bosan jugak hidup berkerjaya ni. (ah sudahlah kau sarah, setakat kerja berstatus trainee, kerjaya apa namanya?)




tapi oke jugak. sebab sekarang, saya berjaya memulakan balik benda yang paling paling saya suka buat time kanak-kanak sekolah dulu. membaca!




eh sesetengah orang kata hobi membaca sebab dia dah tak mampu nak mencari hobi lain buat alas, tapi saya tak.





benda saya paling suka buat dekat mukabumi ni(selain berdating), baca buku (minus buku biologi, fizik, kimia) ---- buku sejarah saya suka jugak baca. haritu saya ada beli buku pasal pengetahuan am, dalam dia ada macam2, dari sejarah macam mana industri kapal terbang terbina, sejarah color dan lain2.





jadi, dalam sebulan ni, dah taktau berapa puluh buku saya baca. bahasa melayu atau inggeris saja menjadi pilihan. bahasa lain tak paham. majoritinya, buku pinjaman.






kesimpulan yang saya dapat simpulkan, perempuan, yakni saya dan yang sekaum dengan saya, memang sumpah takda can nak jadi romantik.






ce try tengok.





situasi 1.





lelaki tu kata "hey, thats my girl."




yang perempuan2 lain tengok, pastu konon2 cair kata "wowwwwwwww romantiknya lelaki tuuuuuuuu" (padahal adegan lepas tu tumbuk menumbuk langsung tak romantik)





kalau versi perempuan nak cakap apa?





"hey, thats my boy" (bila ditafsir,macam perempuan tu kata, "wey, tu anak akulah!" )






ATAU?





"he's my man" (eh, tang mana romantiknya bila mengaku versi tak malu macam tu? seolah-olah bila veri melayunya, "itu laki aku!")





jadi, perempuan seluruh dunia semua. kita memang tak romantik. kalau kita nak romantik pun, last2, kita balik yang kena.lagi memalukan, kena cakap buang tebiat slash kena gelak. percaya lah. saya dah cuba.

Thursday 12 May 2011

derma. erm. dermain aja.

ini macam kisah biasa-biasa aja jadi bila pegi makan dengan the boifren.


sesambil makan tengok skrin layar putih tayang apa-apa.


elok-elok makanan sampai, nak suapan pertama depan mulut dah ni, tetiba gambar lubang jamban sebesar2 skrin layar tu.



macam taik. figuratively. takkan la iklan jamban tunjuk gambar taik. memang bising la 25juta rakyat melaysia ni. (seriusly, penduduk malaysia dah lebih 25 juta ke belum? ini angka 2-3tahun lepas rasanya. ini pun rasa macam dah sesak je semenanjung melaysia ni.)




bangang betul. rungut saya kepada the boifren. bila dia tengok, terus tukar iklan ubat parut derma-apetah. terus tayang perempuan cantik muka tangan berparut.



dia macam ni la. saya pun pelik. asal the boifren tengok, mesti iklan perempuan. cun ke tak cun tu, memang kira lain la pulak, tapi, asal mata dia ke skrin je mesti la keluar gambar kaum wanita. asal saya pulak mesti keluar gambar benda asing.



lepas tu, mata the boifren tengok saya.




"ayin ni napa? cari parut dekat sarah ke?"




"a'ah"




perghhhh. tak cover langsung bhai.