RSS

Monday, 4 January 2010

farhan *bukan teman istimewa*

saya bukan apalah..

bukan nak mengata ciptaan Tuhan..

cuma nak kongsi cerita saja..

bukan saya mengumpat dan kutuk ya? ni saja je nak cerita cerita..


dulu saya ada kelasmet nama ape farhan kot..

dia macam takleh sebut huruf r..


orang kata pelat r.takleh sebut huruf r.


ada jugak orang pelat s kan? kalau nak nak sebut s jadi pelik. senang kata, kalau ikut ejaan jawi, huruf sin dia sebut jadi sa..*takde tulisan jawi pulak nak tunjuk..*


ada jugak orang pelat t. pelat t ni banyak pulak orang mengalami..dia kalau cakap sehari-hari tak pelat tau t ni. cuma pelat bila speaking speaking saja dalam bahasa inggeris. alah...macam menyanyi tu...macam bila kita nak sebut 'water'. kalau kita orang melayu kita sebut 'water' dengan bunyi wa-ter. ter. ter. bunyi T kan. kalau orang putih sebut water bunyi macam wa-der. der. der. bunyi T jadi macam D kan? kan?


sampai syafinaz dalam OIAM pun terasa menyampah kena tegur, kalau kita orang melayu sebut cara kita pun takpa untuk nyanyi english song sebab kadang kadang orang pelat ni sampai over. sampai kalau kita dengar rasa macam nak bunuh orang. paham tak? paham tak?


ha, tu pelat t.

tapi saya bukan nak cerita pasal tu. (walaupun dah TER-cerita sampai 2 perenggan)


farhan dia pelat R. sebab lidah pendek orang kata. so, kejadian alam. kejadian Tuhan. tapi saya tak pernah lah perasan dia ni pelat. sebab saya tak pernah cakap dengan dia betul betul sampai nak sedar ke-pelat-an dia tu.

sampailah kawan saya sebut. satu hari.


farah : eh, sarah, kau sedar tak farhan pelat r.

sarah : oh. so?

farah : kau sedar tak kalau dia nak sebut r susah, dia sebut macam mana?

sarah : tah. dia sebut jugak lah kot. apesal?

farah : tak.tak. dia tukar r jadi w.

sarah : ha??

farah : kau paham tak ni? tukar huruf r jadi w.

maknanya.

hari ---> tolak r ---> ha_i ---> tambah w ---> hawi


farah ---> tolak r ---> fa_ah ---> tambah w ---> fawah


farah : kalau dia sebut nama kau macam mana ha? *sambil sengih*

sarah : nama aku? apesal dengan nama aku?

farah : kau bayangkan lah.*sengih nampak gigi*


sarah ---> tolak r ---> sa_ah ---> tambah w ---> .............



sarah : bongek ahh kau! nak mati ke?

3 comments:

naziha ismail said...

cik Sare..(aiseh...kene mati jugak ke?)

cikmi said...

hahahaha!!! sarah--> tOlak r gnti W = s.a.w.a.h!!wahhaha cOmel nme itu!

Fazdlin Rahim said...

hhahahahahaha... (guling3333)