RSS

Saturday, 15 August 2009

tiada rahsia? ke?

Sila ceritakan 15 perkara yang orang x tau pasal awk dari awak kecik2 dulu sampai sekarang.Seterusnya, sila tag 5 org rakan awak pula.Terima kasih.


benda pasal orang tak tahu..? ohhhh, ala-ala cerita TIADA RAHSIA macam siti nurhaliza masa dia nak kahwin dulu lah ye? ye? masalahnya sekarang, errr...saya sudah cerita semua benda kot dekat SEMUA orang. saya seperti buku terbukak(open-book).


1 . antara tivi, internet dengan radio. saya akan pilih radio! tak percaya? kenapa tak? saya suka dengar (ohhh tapi cakap pun saya suka).

2. saya sangat suka sabjek sejarah. saya boleh baca buku teks sejarah macam baca komik dragon ball. sambil baring dan makan jajan. bila baca sejarah, cerita di sebalik semua semua yang berlaku, kita rasa mcm, ohhhhhh, thats how things happened. then, kita akan lebih hargai semua benda, perkara dan orang. macam tulah kita belajar tentang kehidupan kan? *those who forget the past, are condemned to repeat it - amik dari buku teks sejarah*

3. orang cakap saya cakap telefon kuat. macam org boleh dgr apa saya cakap. macam excited kot. alasan saya? saya tak suka bila orang kurang dengar, suruh saya ulang lagi cakap! haihhhh. pantang nih pantang! paham paham lah telepon kan? mesti line tak clear le, bising la. ape la. lagi satu, sbb saya pun kurang dgr orang sana cakap.(saya ada masalah pendengaran)

4 . idola saya? zaraki kenpachi dalam bleach. heh! walaupun dia adalah si psiko yang asik bergaduh, tapi, dia buat benda ikut logik. kalau dia tengok orang tu tak setanding dengan dia, buat apa dia buang masa, tenaga dia main-main.dia bukan nak hina orang SANGAT tapi, agak pandang rendah lah jugak. macam save the best for last. tapi, bila dia dah jumpa seseorang yang equal, dia layan baik je. macam kurasaki ichigo. dia ngekor je macam orang kurang kasih sayang.tiap kali ichigo berlawan, dia pun, seboooooooook lah nak join.

5. masa mula mula buat blog ni. fain yang suruh. masa tu, saya tak tahu pun blog ni apa sebenarnya. maklumlah, orang rabun IT. lepas masuk sini, baru la setat terjah terjah belog sana sini, dan paham, belog dan aplikasinya. haha!

6. jangan suruh saya senyum boleh tak? tak reti. kalau suruh gelak, boleh!sebab tu orang kata saya ni sombong! ayah pun penah ckp, apesal anak ayah ni sombong sangat. senyumlaaaaaahhhhh!

7 . masa kecik, penah kena jahit kat kening (sekarang kening saya sebelah macam kena cut sikit) mungkin ramai xperasan, yelah! sapa tenung kening orang ye tak? ye tak? jatuh longkang masa umo 8tahun kot. tulah seronot sangat main pusing pusing!

8. kan masa tadika cekgu mesti kalau budak budak buat apa apa dia puji kan? ada satu masa tu, saya punya lukisan cekgu kata cantik. saya macam," duhhh cikgu! even saya yang kecik kenonet ni pun sedar buruk nak mati. guna kaler pensil yang tumpul sebab nak asah tak reti" masa tu saya malas nak buat, saya conteng conteng je.tapi, saya cakap dalm hati jelah! takkan la nak cakap dekat muka cikgu macam tu, nanti orang kata mak tak ajar pulak.

9. lagi cerita masa kecik. masa tadika kan ade amik gambar mcm pakai jubah grad tu kan? yang cikgu cikgu beria suruh semua orang ceria ceria tp muka saya nampak moody sangat kot time tu.. cikgu kata."tak seronok ke dah habis belajar? dah amik scroll?" saya dalam hati, " kamonlah cikgu, baru abih tadika kot. habis belajar? sekolah rendah, menengah, kolej. panjang lagi tuuu"

10 . kenapa saya guna ber-post-mortem bersama? sebab kawan saya ajar, perkataan sopan dan kurang menyentuh sensitiviti bagi mengumpat adalah : post mortem.

11 . seorang yang blur/pending/loading kadang kadang. err...ke selalu? sorilah kalau orang cakap dengan saya, saya tak respon ke apa. kadang2 otak proses lambat. bila saya nak jawab, sekali orang tu dah belah, atau dapat jawapan dari orang lain.

12. cuma menggunakan perkataan aku pada orang orang tertentu. saya takdelah senantiasa cakap guna saya. dalam blog je sebenarnya. sebab masih di bawah pengaruh alkohol. eh bukan! bukan! di bawah pengaruh opah yang cakap, aku tu bukan perkataan yang baik untuk sentiasa guna. kadang kadang takpe.

13 . sangat teringin nak jadi cikgu. tapi.......

14. first time pakai lens, menyumpah seranah orang yang menemui penciptaan lens.

15 . dulu, susah gila nak buat hati ni sayu, cair dan lain lain. dulu, masa buat mcm muhasabah diri, yang dengar kaset marobbuka tu. apa apa jelah aktiviti yang patut ingat mati, ingat mak ayah, orang selalu menangis, saya tak boleh. kawan kawan semua sampai teresak-esak, saya masih takdak perasaan. mungkin sebab saya blur kot.pending. berada di luar kawasan. sampai sorang kawan saya tanya," sarah, dalam kau ni, ada hati tak?" pergh! makan dalam.


ok, saya nak sangat tau lebih lagi psl korg sbbtu saya nak kamu buat bnde ni:

1) Iylia ayuni
2) z apek
3) Jiha kosmet
4) jeb
5) hani

* tiada paksaan dalam buat tagged ni. cuma main main.(saya lupa dah nak buat tagged dulu dulu)

8 comments:

oranglidi said...

nombor 9 tu lawak a. haha!!

boleh polow x blog ni?

[link blog lu skali]

...sarah n... said...

boleh2. silakan. link pun boleh.

nak buat tagged ni sekali pun bolehhhhhhhh...takdak hallll!!!!

oranglidi said...

hehe.. dah kena pun tag ni.

...sarah n... said...

ohh ya ke? oke2.haha.

bila kamu mahu apdet blog? habuk suda.

naziha ismail said...

aku xpasan entri nih....bc punye bc....dlm name list..no 3 tu....aku keh?

...sarah n... said...

buatbuat tanya pulakkkkkkkk!

Hani said...

Baru perasan. Adeh. Haha.

...sarah n... said...

hani! buat! buat! manalah tahu, ada org tu blog-walking!terbaca! haha.