RSS

Friday 17 December 2010

heh. cerita melayu ye.

sebab kenapa saya tak berapa nak suka tengok cerita melayu.


sama ada drama, filem dan lain-lain.



ramai orang kata cerita melayu merepek.sejujurnya? cerita apa yang tak merepek?



nak tak nak ada je unsur repekan. bagi la cerita apa pun.



pernah satu masa tu mak nak beli cd cerita. beria-ria lah tukang jual tu peromot cerita pearl harbor. kata dia cerita sejarah.




oh kamon la.



nak jual kata cerita sejarah. mak saya kata, nak sejarah baca buku sejarah lah. kalau takat nak bagitahu pearl harbor kena serang pada sekian sekian oleh sekian sekian. setakat itu saja fakta sejarahnya. apa guna tayang cerita sampai hampir 3jam?





macam ada sorang penulis(kalau tak silap saya dan brown dalam the da vinci code) kata, history is always written by the winners. so, it will always be a one-sided account.




fakta tu kira tak dapat ditentukan dengan pasti. PLUS, cuma kenyataan sebelah pihak saja. nak tahu sejarah sebenar? kenaaaaa lah pulak tengok cerita bertajuk nagasaki dan hiroshima(jika ada. sebab pearl harbor kne serang, ada cite tajuk pearl harbor, jadi nagasaki dgn hiroshima mungkin jugak ada dibuat cite ni. ce try google tengok.)




berbalik kenapa hujah cerita yang ada unsur repekan.




pergh. kalau nak ikutkan, cerita harry potter tu DAH SAH SAH LA berjuta juta unsur repekan dalam tu. mungkin yang benar cuma nama tempat saja. london. et cetera. et cetera. berbanding dengan cerita hang tuah yang p ramlee buat tu? filem yang berkaler tu. sekarang kita boleh consider la point cerita melayu merepek BUKANLAH SEBAB SEBENAR saya tak tengok cite tu.





orang kata lagi, sebab bajet cerita melayu rendah. orang taknak tengok.





oh please.





sapalah yang tahu serendah mana bajet satu cerita kalau tak produksi yang bagitahu masa press conference? memanglah kalau nak banding cerita terbitan warner bros dan poduksi-produksi luar dengan cerita produksi dalam negara range bajet yang dikeluarkan lain. tengok matawang pun dah tahu kot.






tapi, kenapa itu yang nak dijadikan soal? maksud saya, cerita salt nak buat dekat north korea dengan setup ketenteraan lengkap dengan senjata, bom dan kereta kebal, takkan lah nak disamakan bajet dengan cerita yang lokasi nya cuma dalam malaysia dan prop cuma peralatan yang digunapakai dalam kehidupan seharian macam cerita sepi kan? mestilah tak boleh kan? tapi stil, cerita sepi pada saya adelah best! seronok je cerita melayu.





semuanya depends pada cerita jugaklah. dan depends pada kebijaksanaan penerbit dan pengarah dalam bajet membajet ni. jadi, otomatik, soal bajet, tak patut dijadikan isu.




untuk orang yang skeptikal pulak, taknak tengok cerita melayu sebab jenama melayu tu sendiri, tak bawa keyakinan.




ini lagi la takleh pakai.




maksud saya. kenapa kita nak generalisekan benda kepada satu rumpun yang sama bila kita boleh kategorikan kepada banyak kelas. ada jugak cerita melayu yang best apa.




contohnya nur kasih. kan? kan? kannnnnn??? cerita dia simple je. lokasi pun takdelah nak beria sangat. kira oke la. oversea ada la sikit-sikit. pelakon pun, kalau nak diikutkan masa baru tayang tu, tak ramai yang kenal. tapi, lepas beberapa kali tayang, semua orang tahu pasal nur kasih. sapa tak kenal tiz zaqyah, remy ishak. oh ye, watak kegemaran saya mestilah aidil. bukan sebab dia baik ya. no. no. no. sebab saya suka fizz fairuz. haha.tetibe je.




cerita jangan pandang belakang pun dah bawak cerita yang berjenama melayu keluar dari range tipikal cerita melayu. kan?





jadi, soal, jenama melayu ni, kita dah tak layak nak pertikaikan.kita dah ada label sendiri.





cuma. satu je.





saya cuma dapat tengok tivi bila cuti semester dekat rumah. jadi, cuma ada sebulan lebih sikit saja. masa ni lah nak pulun tengok cerita dekat tivi. melayu ke. korea ke. mexico ke. apa sajalah. bak mai ja.






dah target ni.






isnin, 830. cerita the mentalist. punyalah lama mengidam nak tengok. dulu penah tengok satu episod je. pastu balik ukm dah tak dapat dah. try download pun tak dapat.terpaksa doa saja semoga tivi ada tayang lagi.berbulan-bulan ni mengharap. dah tak terkira betapa nak sangat tengok.





sangat sangat nak.





dah bersedia depan tivi baik punya jam 829. setat ja...wahhhhh..mata bersinar-sinar ni.





tiba tiba.




"wei, aku nak tengok putera katak. pegi sana."






tampor jugak katak ni karang.

2 comments:

Awkward April said...

tula, sbnrnye kte just kne tglkn mindset yg cite melayu tu x bkualiti je.. honestly slame ni kte pk cmtu gk, cume bile dh bkwn dgn org2 yg happy go lucky, yg layan je sume cite kt wayang, dh leh enjoy dh cite melayu.. siap tgk ngangkung lg kt wayg taww.. kalo dlu jgn hrp nk tgk wyg cite melayu.. so, ksmplnnye, let's just give them a chance! :)

...sarah n... said...

lets!haha..