RSS

Saturday, 26 December 2009

entry buat kawan.

baru nak bercadang nak tutup belog, ada pulak entry baru pagi ni.

saya dapat mesej dari fatihah(nama sebenar) pukul 928 pagi ni.mesej berbunyi :

salam. al-fatihah untuk abang adil hakam yg baru meninggal dunia pagi tadi..eksiden bas.


.....................................................................


mula mula blur.

saya kenal ke adil hakam ni.


takkan adil hakam yang HAKAM tu?


eh ye x ye.


mana ada kawan adil hakam lain yang teha dengan saya mutual friend.

kalau saya tak kenal takkan lah fatihah nak mesej ke hadapankan(forward) ke saya?


oh, Tuhan.


saya tak berapa suka berita mcm ni. tapi, menyampaikan kematian tu perlu kan. macam cerita masa sem dua tahun satu.


hakam ni, dah la selalu ceria. tak pernah nampak dia sedih sedih. saya tak tahu kalau dia tahu ke tak sedih tu rasa dia macam mana.


dah la dia gila. oke, bunyi macam sedikit mengumpat. bukan ye! dia gila double. gila gila.


selalu bergaduh dengan fatihah. sebab fatihah kosmet dia. tapi diorang rapat.sekali satu kepala dengan syapik,as, zaqwan (taip nama as dgn zaqwan sgt senang sbb huruf a,s, z, a, q, w,a, dekat dekat dalam typewriter ni. tapi n jauh)

tapi fatihah cakap, masa syapik eksiden-moto-teruk-kne-repair-satu-sem-tak-pakai-moto pun hakam nangis, ni bila abang sendiri, mestilah susah kan?


saya ym fatihah, nak cakap apa dekat hakam ni. nak mesej. nak pegi rumah xtahu pulak. lepas tu rumah dia dekat mana pun, saya entah xpenah tanya. xpenah pegi raya.


fatihah cakap dia pun tanya syapik. syapik kata, cakaplah, :takziah, banyak2 bersabar, kuatkan semangat.


nak tahu....masa saya dengan fmly berkabung dulu, mesej mcm ni bila masuk henfon, saya terus delete. saya taknak baca tahu tak?tahu tak? sakit. dalam dada ni. sakit sangat sangat. bukan sakit hati dengan pemberi mesej. tapi sakit. sakit dia macam taknak hilang walaupun letak minyak cap kapak dengan beristighfar tak putus putus.


sekarang saya yang kena hantar mesej macam ni. takpelah. memang saya taknak hantar mesej macam ni sebab saya sendiri tak suka. tapi, saya nak tunjukkan hakam support. nak suruh dia ingat dia ada banyak kawan yang menyokong dia waktu susahnya.


mungkin inilah tujuan baiknya henfon. kita dapat tunjukkan sokongan kita kepada yang perlu. waktu waktu macam ni.


kepada hakam, akhirnya saya kirimkan mesej.

takziah buat hakam dan family. hilang seseorang selalu sakit, ape lagi bila family.aku doakan korang tabah.



to lose someone, esp ur family, sangat sangat sangaaaaaat sakit. deal with it. sebab..wat doesnt kill u, makes u stronger.


p/s: abang hakam salah sorang mangsa kemalangan bas sani express.

2 comments:

R.K said...

al-fatihah ..

nazrien said...

sangat dekat, tapi xkenal..kmlgn bas kt jlpg dlu..ayh ak g rescue..tau2 ayh aku ade keluarkan mangsa a.k.a sdare mak aku...tu pn die tau time abes keje esoknye...mcm sani nie member ko lak ..

btw

ak still buntu nk kuarkan ayt yg nmpk kite support tanpa jejaskn penerima...xkn nk bia kn kn?

tp kdg2..ptt kita biarkn dorg sendiri..