RSS

Saturday, 19 December 2009

cuti kita produktif kan?

cuti memang banyak masa lapang rupanya. banyak sangat. percayalah bila sarah nur kata banyak. maknanya memang banyak.
sebab, sarah nur bila cuti dia tak pandai tipu sangat. (ape ke maknanya bila cuti tu? bila tak cuti versi pandai tipu ke?)

sambil dengar lagu lily allen dan yang seangkatan.

kita kan manusia, bila banyak masa lapang ni, kita mesti pikir banyak kan?

saya pun! saya pun! (tetibe excited nak cte)

bila kita banyak pikir, kita mesti nak cerita kan? macam kita banyak guna otak kan?kan? nampak tak dekat sini?

bila orang tahu kita guna otak, kita macam dapat bina keyakinan kan? nampak tak? macam kalau dekat sekolah punya kaunselor asik suruh kita yakin.

nampak tak? bila kita banyak pikir, kita macam guna otak,
kita yakin, bila kita dah yakin, kaunselor sekolah ada masa untuk hisap rokok dekat belakang ofis sekolah.
bila dia hisap rokok, dia ketagih. lepas tu hari hari hisap. lepas tu, sambil memandu dia pun hisap rokok sebab ketagih kan?
bila dia memandu sambil hisap rokok tangan dia satu je pegang stereng kan? satu lagi pegang rokok kan?
bila ada benda-macam-benda-jangan-tegur-lagi melintas, dia tak dapat nak concentrate lagi. dia terbabas. lepas tu dia kemalangan, koma, mati.

nampak tak?

perokok bukan mati sebab kanser paru paru nampak tak?

kalau kanser paru paru dia mati umur 60-70 tahun kot. lama lagi. nampak tak?

jadi, mari lah kita merokok.dan ketagih.dan kemalangan. dan koma. dan mati. maka, jumlah penduduk malaysia boleh ditambah lagi.

nampak tak?

kita manalah boleh salahkan orang merokok ye tak?

YE!

orang merokok tak salah!

orang yang bersalah adelah orang yang tak merokok.

YE!

kejap. kejap.

saya belum masuk lagi pasal benda benda yang saya pikir masa tengah lapang saya.

tapi saya kena stop sini dulu sebab entry dah panjang sangat ni.

sebab saya tahu reader blog saya ni macam ada sikit elegik dekat entry panjang.

so, kenalah elak tulis entry panjang.nanti diorg elegik, masuk hospital tun fatimah. nanti hospital penuh, orang kemalangan koma nak duduk mana ye tak?

nampak tak? nampak tak macam mana benda simple macam entry blog cubaan suara satu.dua.tiga. boleh menyebabkan orang koma mati?
yakni menambahkan statistik kematian di malaysia?

macam tak percaya kan? itulah namanya kehidupan.

5 comments:

R.K said...

adeh.. nak koma da ni.. adeh adeh..

...sarah n... said...

apesal? ohh..mesti pasal nilai murni dalam cerita ni.


jangan! jangan! jangan koma!

nanti hospital tak cukup katil.

yg penting tema cerita ini adelah : cuti kita guna otak.

lokman.keme said...

produktif ,is a subjective word to interpret.
ahaha

TIKUSMANDO said...

kenapa setiap kali aku cuti aku takleh guna otak?

...sarah n... said...

lokman.

ye! produktif tu ikut definisi lain org, lain maknanya. mcm member aku la, dia produktif dlm membina sel2 baru di badan.xpe. pun boley jugak.


z.

sebab kau x hisap tembakau mungkin?