RSS

Friday 13 March 2009

rapid kl vs bas mini


tadi naik bas mini pegi kajang.

saya terfikir-fikir sebab musabab saya memang anti betul dengan bas rapid kl meskipun ramai pelajar yang suka menumpang bas tersebut.





memang pilihan ramai lah.bak kata orang, lady's choice lah! sebab memang pempuan je kot yang sanggup tunggu bas lama untuk selesa.

dengan ekon yang sejuk sampai menggigit tulang sumsum.berwasap gila cermin sampai saya pernah bagi otograf dekat cermin tingkap bas tu.

dengan tempat duduk yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.itu kalau dapat duduk lah sebab bilangan seat yang terhad dan ekslusif mengamalkan perinsip sapa tak malu berebut, silakan duduk dengan bangganya.




pemandu bas yang boleh tahan kacak yang suka berlakon jadi pemandu formula one, mungkin sebab kurang layak menyertai pertandingan yang sebenar. bawak bas macam merempit bas.kalau merempit moto takpa lagilah kan, sebab beliau kalau eksiden mati sorang-sorang.ini, bawa bas kalau mati, aku mati sekali tahu taaakkk..?????

walaubagaimana canggih dan maju nya fasiliti yang disediakan oleh pihak berkuasa rapid kl, saya, dengan bangganya mengisytiharkan, saya LEBIH SUKA MENAIKI BAS MINI yang mempunyai tingkap yang karat tadak ekon, kerusi yang berlubang-lubang, tiket yang berkertas murahan dan pakcik driver yang tua itu.

kenapa??

sebab tingkap yang karat tu dah tak boleh ditutup, jadi angin yang meniup-niup ke muka saya berupaya menenangkan hati saya yang sentiasa neves mahu keluar ke mana-mana. angin tu sangat nyaman dan bagus untuk buat saya tersenyum dalam bas seraya mencuci mata.heh.kuasa angin itu lebih power dari ekon.betul!! tak tipu...!!!

sebab kerusi yang berlubang-lubang itu lebih selesa diduduki oleh 3 sekawan ketika bas penuh dengan muatan sardin manusia berbanding kerusi rapid yang memang sah-sah takleh menyempitkan 3 manusia dalam satu-satu masa.

sebab tiket yang murahan itu lebih mesra pegangan tangan kerana saiznya yang kecik dan lembut di tangan. errkkk..?? macam ayat eklan sabun kot.

sebab pakcik pemandu yang tua itulah, yang menerima duit yang saya hulurkan bersama senyuman, membalas senyuman saya dengan penuh keikhlasan. ketika itu saya rasa, saya telah membantu pakcik ini melalui hari kerja yang penuh dengan kerenah pelanggan yang macam $*@# dengan meringkan kan sedikit sebanyak tekanan kerja beliau. walaupon kawan saya cakap pakcik ni bawak bas macam baru nak amik lesen, saya selesa dan terasa selamat.

mungkin sebab bas mini tu ada nilai sentimental dan saya, lebih menghargai perkara yang bersentimental value dari yang berkomersil value.

cukuplah merepek.


1 comment:

Anonymous said...

mcm2 lah ko ni sarah.hehe.