RSS

Thursday 26 March 2009

azam bin mansuh




azam.

  • mahu mengemas meja elok elok tak macam meja pengetua kolej saya di ofis beliau.tanak dah selerak selerak. malulah nanti mak mertua saya tengok kan? kan?kalau saya kurang pengemas mesti beliau geleng geleng kepala.tapi kan, kenapa meja ni kecik haa..? boleh tak kolej bagi saya 2 meja?
  • saya tanak post entry berkali kali seminggu sampai orang lain cuma baca yang latest ja. yang lain dah mereka tak larat nak baca. buat penat je jari jemari saya yang runcing ni menari nari atas papan leptop ni. tapi, ini kan tempat saya tulis benda benda yang saya tak cakap pada orang lain. saya nak tulis kat mana lagi??
  • nak buang perkataan MALAS dalam kehidupan sehari hari. nanti jadi lagi malas kott..? tolonglahhhh...saya mahu rajen rajen belajar! tapi perkataan tu macam keluar dari mulut saya 24jam macam peluru.tak sempat nak tahan.
  • tanak makan makanan sekerat jalan lagi dah. MESTI sampai abeh. tak elok buang rezeki. Tuhan marah. tapi kalau makan banyak banyak pon nanti sakit perut jugak.
  • tanak memintak mintak duit tambahan dari mak seberapa lama yang boleh. kata kuna, kalau boleh jangan mintak langsung dah sepanjang disara (macam nama saya. saya suka betul guna perkataan ni) oleh ptptn. tapi nanti ptptn kena potong kot. sapa nak belanja ni? mak la kan? kan?
  • tanak lagi buat benda benda yang tak berfaedah dari pukul 12 ke atas. cuma benda benda penting je yang akan menyebabkan saya stey up dengan jayanya.huh! sekarang ni ektiviti penting ke tak ha buat blog blog ni?
  • tanak ym ym dengan orang ramai secara pukal dah. kalau ym pon, tanak ym dulu, bia orang lain yang ym anda. bukan sombong la, cuma tanak lalai dengan internet. tapi ym cara berkomunikasi yang senang.tak perlu keluar bilik pon.
  • tanak lagi dah tengok cerita 5 minit lepas tu off. MESTI sampai ke hujung rancangan. ini perinsip baru saya reka. eh, tapi kan, kalau tengok 5 minit je boleh jimat masa laaa...
  • tanak membazir duit rm2.50 bayar duit untuk mesin membasuh baju baju saya yang cuma sebaldi je. MESTI tambah lagi bilangan baldi agar tak rugi. kata orang tua-tua alah membeli, menang memakai.
  • tanak gosot baju macam tak gosok lagi. MESTI kalau boleh nampak macam baju baju YO dekat kolej.tapi kan, iron pinjam.susah sikit laa...
  • nak baca buku mikrob si black tu sampai khatam sebelum melangkah masuk ke exam hall.macam tu barulah lega jawab exam kot. walaupon tak ingat??
  • tanak pakai seliper dah pegi kelas. macam nak pegi reban ayam kot seliper tu dah.huhuhu. tapi, harap harap sandel tu mampu tahan lama. kalau tak, seliper jugak menjadi pilihan.takkan nak pakai heels merah dinner tu kot..? hehe.
  • azam seterusnya. tanak dah buat azam banyak banyak. bukan dapat direalisasikan pon...ehhh..???


dengan ini semua azam azam yang tersenarai di atas termansuh dengan sendirinya. 


sekian.

7 comments:

Mun'im said...

salam~
anda ditag...=)

...sarah n... said...

olredi done b4. tapi, kena buat lagi ke?

Suhaila S. said...

hahah.. comey la anda sarah..
azam banyak2.. baru je ksu nak kagum ngan azam anda tu..
skali, mansuh daaa.. haha

Anonymous said...

* tanak pakai seliper dah pegi kelas. macam nak pegi reban ayam kot seliper tu dah.huhuhu. tapi, harap harap sandel tu mampu tahan lama. kalau tak, seliper jugak menjadi pilihan.takkan nak pakai heels merah dinner tu kot..? hehe.

ala sarah....sliper 'hello kitty' ko tu dh teruk ke?...gi bli baru....hahaha..ok gak pe pkai heels merah tu gi kelas....kelas gitu!!!

...sarah n... said...

kak su.

itu tektik ngelat yang terbaru. cubalah! anda pasti suka!! <----mcm iklan aiskrem kot.

jiha

teruk tu taklah. bagus lagi, tapi dah tukar kaler dah.tranform kaler lain.huhuhu..jiha ko jangan cakap mcm tu, nnt betul betul pegi kelas pakai kasut tu, haa....jatuh tergolek golek kot nak naik tangga lecture.haha!

Unknown said...

ala~~ sarah.....
ak pown rajin bce yg latest je....
malas nk byk2....

Mun'im said...

salam~
anda ditag~
senang je kali ni!
=D