RSS

Sunday 22 March 2009

warkah untuk kosmet



kehadapan kosmet-kosmet saya yang dihormati lagi dikagumi,

tujuan hamba menulis warkah ini adalah kerana hamba tidak dapat lagi hendak menahan gejolak di hati. sudilah kiranya tuan hamba sekalian yang baik-baik budi serta indah tatasusilanya membaca luahan hati hamba yang tak seberapa ini.

tuan hamba sekalian,


sebentar tadi hamba membaca kalian bersuka ria di hujung minggu di teratak 16. *mata bergenang genang sambil pikir, tak ajak ponnnnn...!!!! *

alangkah indahnya jikalau hamba juga mempunyai kesempatan untu
k keluar berjimba-jimba dengan tuan hamba sekalian. walaupon bukan di teratak 16. sebab kalau di teratak 16 kena tunggu invitation, lama tuuuuu.... tapi, apa boleh buat, masa tidak boleh diputarbelitkan semula.tak mengapalah. hamba pasrah sambil berdoa semoga adalah hendaknya ketika lain untuk hamba join sekaki.

hamba kemudian diberitahu, tuan hamba sekalian pegi pulak merewang rewang dengan kereta pinjam ke kajang dan membeli sate kajang untuk santapan. *nak jugak-nak jugak!! sambil merangkak ju-on*




hamba rasa mungkin sebab hamba ini tidak mempunyai organisasi yang tiga huruf atau huruf huruf yang lain yang menaja saya. jadi, saya tidak diajak.

FYI : 3 huruf------> JPA

tak mengapalah, sudah bukan rezeki. walaupun saya mahu mahu mahu sangat makan sate kajang haji samuri tu.

akhir kata, semoga di lain masa kita akan berjumpa lagi.

kalau ada sate di kajang,
saya sangat mengidam makan,
kalau ada JPA yang panjang,
bolehlah saya menompang makan makan.

sekian.

salam kasih dari ktho,

hamba.

11 comments:

Suhaila S. said...

ke hadapan adikku sarah,

ayoyoo..apa sudah jadi..err..minta maaf atas segalanya..

1.KES X DIAJAK-sila refer kpd mereka, saya tidak bersalah dlm hal ini kerana saya sedia menerima sapa2 saje..tetamu bebb..

2.'sebab kalau di teratak 16 kena tunggu invitation, lama tuuuuu....'-saya tidak bersetuju dengan statement ini.teratak 16 sentiasa mengundang sesiapa sahaja utk dtg meskipun tanpa tujuan..

3.ORGANISASI 3 HURUF-saya yakin anda silap..takkan ada apa2 penilaian utk mengajak anda kuar,based on bape huruf anda ada..xde apa2 huruf pun boleyyy..

4.SATE KAJANG-anda suka sate kajang??anda mahu sate kajang??meh, saya banje!! (ini seryess...ape yg penting..kejesama!!)

salam dari bilik anggerik,teratak 16
-saya-

...sarah n... said...

mahu mahu mahu!!! sate kajang!!!

Suhaila S. said...

[mode:seryes]
jika anda mahu sate kajang, silakan.. saya boleh bawa anda n banje anda di hj samuri, dan makanlah sepuas2nya sehingga anda gumOk..
[mode:semakin seryes]
sila tetapkan sendiri bila masanya anda mahu berjumpa encik samuri..makan di sana lebih feel drpd tapau n mkn di bilik..
lalalalaa~~

...sarah n... said...

oke jak. nanti saya bawak rombongan cik kiah boleh tak? boleh tak? boleh tak?

Suhaila S. said...

jangan!! kalo bawak rombongan cik kiah, anda bersedialah utk jd part timer basuh pinggan kat samuri tu..
bawak rombongan cik jenab jadi la...

...sarah n... said...

hahaha...

nazrien said...

saya di bawah naungan panglima 5 huruf

PTPTN

...sarah n... said...

incik jeb

tak sangka kita adik beradik tiri rupanya.

iylia said...

sedih bace ni..isk3...

...sarah n... said...

sedih..??? sedih..???


biar beno iylia...

...sarah n... said...

anda mungkin hilang arah lokman.haha.tak paham kot.