RSS

Wednesday 8 April 2009

panas perit

saya ada sorang member.

ehhh...?? macam tipu ja..huhu..

saya ada banyak lah member. tapi, kali ni yang nak saya cerita sorang ja yang terlibat.

waktu tu kami dalam perjalanan.

butiran terperinci tak perlu kot.sebab nak cerita sikit ja.

kami perlu cepat pulang.lapa sudah. kami jalan.

jauh sungguh.

kaki kiri saya baru ja nak kembali bernafas.

jadi saya banyak guna kaki kanan secara maksimum.

lama lama kaki kanan kiri, dua dua sakit.

habih laahhhh...

kuat sarah!! kuat!! jangan susahkan orang!!! bukan orang lain boleh buat apa pon. yang tanggung kau sorang! jangan nak mengada ngada.

macam tu saya cakap dalam hati.

saya jalan lagi.

dua langkah. berenti. jalan lagi dua. berenti. dua lagi. berenti. kaki sakit. dapat selangkah selangkah pon saya kuatkan semangat.

kawan dah makin jauh.

saya cuba kejar. tak mampu. kaki sakit sangat. macam mana ni. 

takpelah. pelan pelan ja. bukan nak kejar bas ke apa. nak balik ja.

dia dah jauh. tinggalkan saya. saya nak panggil.tapi suara tak keluar. 

saya tak mahu dia berpaling kerana simpati. dan terpaksa menunggu saya.

saya benci kan pandangan macam tu.

rasa macam pengemis. pengemis simpati.

saya tak suka menunggu kot. dan jugak tak suka ditunggu.

takpelah. jalan sorang sorang bukan boleh mati. boleh keee...??

tapi. kaki saya dah tak boleh tahan. saya perlu berhenti.

dan saya berhenti.

dia menjauh.

tak pandang belakang.

jauh.

jauh.

terus jauh.

sekelumit di hati saya harap dia menjeling ke belakang.

takda.

pedihnya.

kenapa hati saya rasa terhiris.

macam bila jari terkena hiris dek buku latihan baru tu. 

berdarah sikit ja tapi peritnya menusuk.

kepala panas. muka panas. mata pun panas.

tak!! saya nekad tak mahu tumpahkan air mata lagi kerana menangisi nasib sendiri ataupun kerana kawan yang saya panggil sahabat ni.

sebab saya cuma mahu senyuman dan gelak tawa ja yang menghiasi hari hari kami.

saya harap saya faham apa yang saya tak faham selama ini.







2 comments:

Suhaila S. said...

sarah.. sarah..
xpe, walo camne pun, kamu mesti kuat!!!!
chayo2!!

iylia said...

pergh sdih gle..bru tringt prnh alami cmni..skit kaki..jln lmbt dan dtggalkn..isk3..da la mlm..

tp...

i say nothg..kuatkn gak dri brjln..wlpn jauh d sdut hati..brhrap kwn2 sudi teman