RSS

Tuesday 29 March 2011

cekodok cekatak

sempena nak menyiapkan lagi proses-proses modifikasi (terasa macam nak tulis modifikasi protein aja lagaknya) pada tesis, kita rehatlah mata dengan makan pisang keras dari kafe kolej oke.



pisang keras sebab dia goreng pisang muda buat jual. mana nak jumpa? kafe kitorang aja ada.




tapi, dalam kalangan yang muda belia tu, ada pulak yang lembik macam cekodok bentuk pisang. macam-macam hal kafe ni.




pastu apa lagi, tetiba otak nak brainwave lagi. tahu tak kenapa pisang dah agak terlebih masak/lembik/ hampir ada ulat bermukim, dia buat cekodok?




sebab apa lagi. supaya nak crush sekali ulat yang bermukim tu sekali la. sebab tu la cekodok rasa macam juicy sikit tak?




bongok la kau sarah. (kata otak sebelah kanan yang cenderung memikir logik)




oh biasa kami-kami di rumah cenderung guna perkataan bongek untuk situasi memarahi.nampaklah lebih lemah gemalai dan bersopan santun untuk seorang anak dara marah-marah kan? tapi, saya pulak, kalau nak menunjukkan betapa seriusnya saya marah, saya teruskan aja dengan vokal O. barulah melopong si pendengar mengikut bentuk O.



mana cekodok tadi?



walaupun ada kata yang cekodok kita masak guna pisang terlebih masak campur tepung untuk elak terlalu jijik untuk dimakan, saya rasa, there's more to it. takkan lah sebab taknak membazir aja rasionalnya? kan? kan? kannnnnn...?




kenapa? ala, senang je jawapannya. takkan tak dapat-dapat lagi bang? ce try buat cekodok sekali, mesti paham.



dulu cikgu kimia saya cerita pasal kicap. kenapa dia hitam walaupun asasnya soya. ha kenapa? kenapa? pastu, tetiba dia masuk pasal cekodok. dia kata cekodok = cucur kodok. sebab hitam. pastu macam lembik2. sama macam nature kulit katak. jadi kenapa kita tak panggil cucur katak? geli?



p/s: saya nak kata saya reti buat cekodok sebenarnya. senang. masuk tepung. masuk pisang tua. masuk ulat. gaul2. tada. cucur katak!


p/s: the boifren tak setuju pasal nama cucur katak. dia kata, baik panggil cekatak.

1 comment:

nurul mohamad said...

cekatak ye nonoi ? hahhaha...kire kreatif gak la si ayin tu..hihi..

kim salam kat si ayin tu ye..