RSS

Friday, 18 March 2011

yes no alright

sesambil nak sambung buat tesis ni, saya dengar la lagu baru britney spears. seb baik joe hassan ingatkan. kalau tak, memang malas nak google2 lagu baru ni. sebab banyak yang merepek dari sedapnya.





baru dengar beberapa track secara shuffle. setakat ni, cuma suka lagu inside out.biasalah. macam fain katalah, bukan dia yang nyanyi, komputer yang nyanyi.





semalam bila cerita-cerita pasal zaman sekolah, teringat satu benda.





semua orang ada nickname kan. masa sekolah ke, masa zaman beringus ke, masa zaman berkasih-kasihan ke. tak kesah lah. tu sume bawak kepada penghasilan nickname. nama timangan.




eh saya tak ingat la penah cerita ke tak. tapi saya tak kesah lah penah cerita pun, saya nak cerita jugak balik. alah, macam tak biasa je dengar/tengok siaran ulangan kan. tengok merong pun dua tiga kali. jangan nak tipu la.





orait. berbalik kepada topik nama.





nama saya kan macam senang sangat kan. common betul. sarah. sarah. sarah. duhh. dalam dunia ni, macam orang nama sarah boleh dibuat pasar lambak. maksud saya bukan jual orang/jual diri, tapi, terlalu abundant, sampai merata-rata jumpa.





kat sekolah saya dulu aja ada 4 orang sarah. syarifah sarah, siti sarah ibrahim, siti sarah ahmad, dan sarah nur. orang pun dah konfius nak panggil apa sebab semuanya biasa dipanggil sarah.



nak dijadikan cerita, syarifah sarah dan siti sarah ibrahim dah la satu kelas oh. bila cikgu nak panggil sarah, memang takleh nak panggil sarah aja. kenalah panggil dengan nama bapak sekali. nampak tak betapa tak berkesan kalau panggil sarah. dua-dua akan buat tak tau sebab tak tahu sapa yang kena panggil.




lepas tu, syarifah sarah dengan sarah nur pulak kawan baik jugak. bila kami-kami lepak sama, orang saja je panggil sarah. bagi dua-dua pun toleh. pang jugak kang.




bila kami nak panggil sesama sendiri macam mana?

saya nak panggil syariah sarah ----> sarah?

syarifah sarah nak panggil sarah nur ----> sarah?



janggal oh bila panggil nama sendiri kuat-kuat. tambah lagi bila panggil orang lain yang sama nama dengan kita. ce try tengok kalau tak caya.



jadi kami sepakat memanggil sesama sendiri dengan initial aja. syarifah sarah jadi SS. sarah nur jadi SN. kan senang.




sebab kes-kes begini lah, bila time nak kenalkan diri dalam kelas, saya cakap nama sarahnur terus. sebab cikgu pun confius bila ramai sarah. asik tertukar-tukar.




ada sekali time add math. sesi kenalkan diri.



nama saya sarahnur.



sarah yes takda?




aaa? nama saya sarahnur.*blur*





sarah yes tak da ke? *sengih* seisi kelas dah gelak dan paham situasi.




*bisik tanya orang sebelah* apebenda cikgu ni cakap?





last-last saya duduk aja sambil terus konfius apa yang berlaku. balik ke bilik baru saya tanya balik kelasmate saya apa yang cikgu tanya.




sebab saya sarah nur(pronounce no.) jadi sarah no. jadi sarah yes takda ke?





ahhh. nanti kita cari sorang ye cikgu.




p/s: cikgu add math tu sekarang dengar cerita dah jadi penolong pengetua hal ehwal akademik kat mrsm bentong kot.

3 comments:

Faraheen Hazirah said...

sape ek? cikgu manap ke?

...sarah n... said...

a'ah. dia best. kelakar. tapi, kalau tak kena kat diri sendiri, lagiiiiiiiiiii kelakar.

husna nasir said...

hahhaa...sarah yes ? pe la..tak komersial langsung name tu...ppt la takde org letak..