RSS

Tuesday 1 March 2011

luahan perasaan. kalau rasa tak sanggup, silalah jangan scroll down

seorang yang saya hormati kata ni, "apebile kamu berbalah, eloklah saje kamu beralah,
yg mengaku kalah bukan bermaksud mengaku salah,
tp utk mengelakkan berpecah belah."




saya tahu benda ni betul. sebab saya pun mengamalkan benda ni.



tapi. perkataan tapi selalu muncul.




macam mana kalau sepanjang kawan dgn dia, asik kita je yg mengalah, setiap kali.



sampai bila kita x buat salah pun, dia masih nak melepaskan kemarahan pada kita.



sampai satu masa, kita terpikir, apa makna kawan pada kita? pada dia?




bila kita hanya rasa pahit, tak pernahnya manis?




sampai satu masa kita rasa muak dan menyesal, ada kawan yg macam dia?





sesal. sesal!




pernah tak rasa menyesal kenal seseorang?





saya tak. tapi kali ni, saya menyesal.





hari saya kenal dia, saya menyesali saat itu. saat yang membawa saya luka yang sentiasa ditopup.






dan untuk lepaskan diri saya dari terus makan hati, saya bawak diri.




itulah saja jalan yang saya tahu.




saya cuba bersabar dan menunggu.





menunggu perubahan yang positif. hikmah yang dicanang ramai akan hadir selepas musibah.



tapi tak ada.




dan bila saya belajar terus melepaskan diri, dia terus cuba menyakitkan dengan cara-cara yang dia tahu dengan yakinnya dapat menyiat hati.





orang yang dia pernah mengaku kawan.






marah? saya tak marah pada dia. dia pernah jadi kawan saya. saya tak marah pada dia.



tapi apa yang saya pernah buat sampai dia sanggup melayan orang yang dia panggil kawan macam ni?




jadi dia membuktikan betapa murahnya nilai kawannya.




dan semalam. di depan khalayak kawan yang lain.





cubaan memalukan saya dengan menjadikan saya watak jahat di tengah ramai.




cuba menarik simpati.





sampainya hati.





sampainya hati.





sungguh saya tak marah. marah saya dah hilang bersama angin.




dah beku.





kecewa betul.




saya cuba jadi kawan yang semua orang suka.






cuba memahami setiap situasi.





cuba memahami setiap perubahan.




jadi ini yang saya dapat bila saya mencuba.





dah lah.





sampai sekarang saya tak paham, apa yang dia rasa jaki sangat dengan saya.





saya tak nak tengok lagi dah muka orang tu.





jangan paksa saya.

No comments: