RSS

Sunday, 20 March 2011

dina qaleesya bt mohamad arif

bukak dashboard punya lama loading, saya cenderung lupa apa yang saya nak tulis dari awal tadi.




.....................................................................




..................pikir jap...............................................



..................................................................




oh ya. pasal nama tadi lah.




kak amy cerita, dia dapat anak sedara. anak lelaki. abang kepada budak baru lahir tu nak bagi nama, mohammad adik aqil.




wah.



err.simple. yet. meaningful.



eh sarah, kau apehal bengap sangat. apa benda nama macam tu. ada maksud ke tak. mana boleh letak nama takda maksud ohh. kau tak tau ke? teruk lah kau ni sarah. belajar agama ke tak.




wah. wah. wah. sedapnya mengata.



memang lah sedap. kalau tak sedap, mengata takkan jadi kemahiran tanpa belajar.



nama mohammad adik aqil ada maksud apa. maksudnya, tu adik aqil la. ada lagi lain ke? dah terang-terang dalam bahasa mudah paham. ha kalau kata nak dalam bahasa syurga, cubalah translate. kejap saya cuba dekat google translate.



ha.


untuk little brother. al-lagh as-saghir.*tajwid kena betui sebut.*



untuk brother aja, shaqiq.




oke apa? mohammad shaqiq aqil. excessive q. nama glemer, boleh la panggil q. ha, macam que haidar lagi. bangga tak bangga adik si aqil nanti?





napa nak nama glemer glemer sangat? macam contoh orang sekarang, bagi nama anak, batrisya la, damia la. yang lelaki pulak, jenis-jenis macam mana, yang nama glemer sikit? ha macam danish la. apa la. tak-memang ada sesetengah yang ada makna. tapi cuba kita pikir dengan ke hadapan sikit.




memang la kecik-kecik nama anak comel je. qaleesya. alalala...comeinyeeee....




bila dia remaja, pergh qaleesya. laki dengar pun dah cair. belum tengok rupa bentuk lagi, hati dah tertawan nih. apahal? nama glemer kawan2 panggil, qeesya. style tak style? moden kot.




bila nak kahwin. pergh. suami bangga je sebut. aku terima nikahnya dina qaleesya binti mohamad arif(nama contoh.)




bila dah ada anak sorang, aunty qeesya! aunty qeesya terer buat kek untuk kita. sedap kan! aunty qeesya besttt!!!



lepas tu?



anak bawak balik menantu dengan bakal besan nak bincang pasal majlis. besan tanya, nama mak nya apa nak tulis dalam kad. dina qaleesya. wow moden nya. (dalam hati besan)




lepas tu, macam biasa, kitar hidup berlaku lagi.



anak bawak balik cucu. nenek qeesya?




lepas tu?




moyang qeesya.




kesian qeesya. rasa macam nak tukar nama tak?



naseb baik nama saya sarah nur. kecik-kecik, guna sarah. tua-tua, gunalah nur. alaaa...macam nur kasih la kan.





hati-hati pilih nama. bukan macam beli laptop. harini seronok, tayang semua. 3tahun lagi, dah outdated, boleh trade-in. anak tu yang tanggung. memang lah, nama je, apa ada hal? kecoh la sarah. kau tak rasa. kau tak tau.




p/s: abang sedara saya suka sangat nama cempaka.

4 comments:

ama said...

sedaplatu nama tu. daripada nama yang takada makna langsung, lagi lagi anak artis selalunya la. merah la apala. heh

...sarah n... said...

sedap memang sedap.

de_nataLie said...

haha..nnt name ank ko bg nme abu ngn ali je..xlapuk ditelan zaman

...sarah n... said...

tak lapuk memang tak lapuk