RSS

Tuesday 1 March 2011

cali mali can

terkejut saya bila tadi ada yang menegur saya dengan "kendu nok!"





eh eh.




saya pulak yang kena nok? takmau lah. simpan aja pada yang lain.





tapi, sedikit terkejut jugak ada. tadi baruuuuuuuuuuu je tulis petang tadi. malam dah ada yang mengaplikasi. wow. kuatnya pengaruh sarahnur.






katanya sebab dia pembaca tegar. wow. saya ada pembaca tegar? wow.





kenapa wow saya tak guna tanda seru?




eh eh eh. haritu saya teman si sapika pegi event di ukmkl.lepas tu, dia ada jumpa orang-orang dia ada jumpa orang cerita pasal cali.




femesnya cali. semua bebudak matrik kenal dia. di matrik gopeng pun femes jugak.




nama saintifik dia saya tak tau lah pulak. tapi bila saya tulis charli dekat google. gambar ni keluar. sah la kan.



contoh gambar cali.


masa memula dengar nama dia, saya ada jugak tanya kawan-kawan, nama dia memang charlie ke? apesal macam nama orang? ke, bagi nama charlie bersempena orang pertama yang kena jangkitan atau sempena nama ubat. atau apa-apa lagi sebab lain.tapi, macam biasa. tak sapa tahu jawapan sebenar.




nama macam nama binatang peliharaan pun ada.





tapi jangan main-main. orang kata, kecik-kecik cili cali. kena gigit, naya o.




sampai dekat matrik saya, dekat board pengumuman tu, ada warning pasal dia.




hati-hati dengan CALI. pastu, siap ada seletep contoh cali lagi sekor. innalillah.





memang seksa la bila kena love bite dengan cali. merana hidup. lepastu. sekali kena, bukan surut tak kena dah lepas tu, macam chicken pop. lepas kena sekali, kita akan kena lagi berpuluh-puluh kali.ha.



sekali kena. bukan satu tempat. dekat pipi la, leher la, perut la kaki tangan la.




ada sekelas saya kena kat muka. kesian o. bukan senang nak hilang bila kena kat muka. muka lah tempat paling tinggalkan kesan. dah la orang boleh nampak hari-hari. kalau kat tangan, at least boleh pakai baju kurung buat-buat jadi gadis melayu barang seminggu dua. kalau kena kat muka. ha. nak bukti tang mana melayu hang?






tapi. bila kena gigit cali ada hikmahnya sebenarnya. tak semua orang kena gigit cali kan? cuma orang yang bertuah je.




orang tua-tua kata, cuma orang yang cun/hensem je kena gigit cali. binatang pun pandai pilih rupa paras rupanya.




jadi. sapa yang penah kena gigit cali, sila bangga sekarang.




SAYA!SAYA!SAYA!!!!!




p/s: rumet saya kata, nak bunuh cali cuma ada 1 cara je. seletep dia pada lantai. takleh pukui dia atau bunuh direct macam lastik cicak. sebab, nanti kawan-kawan dia boleh bau kawan dia kena bunuh, diorang datang lagi ramai-ramai serang. ha.

No comments: