RSS

Thursday 17 March 2011

kembar

sapa pernah ada kembar?


eh. soalan sedikit janggal. seolah-olah ada kembar tu satu benda yang normal dan boleh di-ada dan di-takada-kan.



tapi, saya pernah ada kembar.
(satu lagi statement janggal, ape kes sarah?)




saya dulu ada kembar. serius tak tipu. tapi bukan lah sama mak sama ayah. lain mak lain ayah. oke, mungkin sekarang sudah tak janggal kan?



saya stat kembar dengan dia, time masuk mrsm pontian. masa form 1. kita orang satu bilik. bilik no 16 kot.




masa tu kan minggu orientasi, kitorang macam saja sembang-sembang lah sebab nak tahu sapa lagi tua. tapi, biasanya memang saya dapat yg paling awal lahir. 30 januari. ain't complaining.



jadi, dengan konfiden je saya cakap saya paling awal. tengok-tengok, member sebilik ni bantah. dia kata, apehal pulak kau. aku lah.




saya bengang la apa lagi.



ek eleh, kau berapa haribulan?



30 bulan satu. ha. kau kau?


eh samalah.


aku lahir hari jumaat. kau lahir hari apa?



eh. tah lah tak ingat. macam mana nak check hari apa ha?



rumet-rumet saya yang tiga orang lagi gelak.



apehal? saya ada silap cakap ke? atau, bodoh sangat ke kalau tak tahu hari lahir sendiri?



o. patut lah.




p/s: kalau dah kembar, beranak tarikh sama, jangan nak pikir hari sangat ye sarahnur.

No comments: