RSS

Thursday 6 August 2009

apa yang kita mahu

masa sekolah.

tengok orang kanan. sony ericson slide. tengok kiri, motorola lipat. kamu pulak. balik rumah hari jumaat. dalam kereta pujuk pujuk ayah. dapat nokia cincai pun cukup lah! senang nak kontek kawan kata. ayah pun percaya je anak dia nak belajar mungkin tak cukup fasiliti. bagi laaaa....tapi dusta semata. kontek kawan apa bila yang nak dimesej ada kat sebelah katil! kat sebelah bilik! konon satu sen JE PER mesej. tapi kamu rasa kalau kamu jerit je, berapa maxis charge? nak tambah nilai, baruuuuuuuu la ingat nak telepon mak ayah kat rumah. alasan kamu, duduk asrama, mana boleh telepon selalu. sibuk belajar kan. belajar cara nak taip sms laju laju. taip lambat malu ohhh!


masa kat metrik.

tengok kawan sebilik ada acer. tengok kawan sekuliah pun lenovo putih! pergh! cun gilalah! nak jugak! nak jugak! pegi la bagitahu ayah! alasan, banyaknya kerja! esaimen bagai! boleh je pinjam kawan, tapi yah, kawan pun nak buat esaimen. takkan hari hari nak pinjam. malulah! padahal buat nya esaimen satu je. lepas tu, satu kumpulan empat orang lagi. dah tiga orang tu ada leptop. kamu pun tiba tiba nak beli jugak! tak perlu ye!


masa dekat ukm.(takde tuding tuding kat sapa sapa)

datang je pc fair! apa lagi. abang man di mana? abang man di sini! haa.... tak main dah leptop ni. dah kuno ohhh!. sekarang sapa takdak lesen tu macam budak sekolah tanpa beg stylo silang silang.( zaman saya beg silang adalah trend hot!)kau takdak lesen. ? pegi amik kat sekolah memandu nilai. kete dengan moto dia letak ringgit melesia 850. muraaaahhh!!! tapi duit loan, tinggal separuh! yuran lagi dah tolak. lepas tu. ramadan datang bulan januari. kena puasa seminggu 4hari. semuanya kerana nak ikut ikut. dah ada lesen? ayah, tak best la asik pinjam keta kawan ja. kelas jauhhhhhhhh...! nak kua sesak dalam ktm!.haihhh! lepas tu, sedekah pada ukm, duit pengangkutan ringgit melesia 200. free! takpelah yah! amal jariah!. oooooo. pandai kata jariah! yang kau bayar, lepas tu tak guna, lepas tu, pegi suruh ayah kau beli kereta, lepas tu mintak duit isi minyak lagi kat ayah tu, apa nama dia?



takpelah! yang penting kita happy!

5 comments:

sharamli said...

samala kita

...sarah n... said...

kita?

haha. sori. kak sha dah salah paham.

this post is definitely not me.

Suhaila S. said...

haha bagus entri ni.. *thumbs up!*

masa sekolah,
kawan2 ade hempom.. nak mintak ayah?? hp jaman tu mahal deyy.. kompem x bg..
abg: nah, pakai hp lama aku!

masa metrik,
kawan2 pakai letop, ade yg nyorok2 simpan pc dalam gobok (a.k.a lemari).. nak mintak ayah?? adik ramai ag.. save duit utk adik..
ayah: nah, amik letop aboh.. (sampai skrg pun cilok letop aboh, sampai aboh kena beli len)

masa ukm,
kawan2 x pakai kete ag.. alamak mencabarnya dr amin nk ke ftsm (betul, x tipu!), nak mintak ayah?? xyah r, ming ade..
ming: nah, pakaila tx..

yey adopp feyy!!

muraaaahhhh~~

chaie safri said...

kalo aku..
xmintak kat ayah..
beliau garang..
xmcm adek beradek laen..
abg motor dapat cenggitu je..
adek laptop memula abah bayarkan las2 kire halal la kot..
aku?
pose la satu sem baru dpt sume..

Awkward April said...

hehe.. btol.. Allah lbh mengetahui ape yg plg baik utk kita.. wlpon kte x brape suke, kte kne suke gk sbb tu sbnrnye dh yg plg baik utk kte..