RSS

Friday, 2 January 2009

nota skema

pada suatu hari, yang juga telah berlaku pada pagi tadi, saya telah 'ter'baca satu blog seseorang yang agak skema cara penulisannya...(untuk pengetahuan ramai, baru-baru ini saya telah mencipta satu hobi baru, yaitu membaca blog-blog orang walaupon saya tidaak mengenali apatah lagi mengetahui orang-orang ini...saya cuma tekan-tekan saja link-link yang muncul...kemudian, muncullah blog-blog yang bakal saya terjah sesuka hati berbekalkan prinsip nas ketak-ketak dalam melodi...)

*amaran : rancangan melodi yang disiarkan mengandungi unsur-unsur terjah yang tidak keterlaluan.malah, rancangan itu mempunyai lagu tema sendiri yang dinyanyikan oleh amy search dan ditulis sendiri oleh encik nas ketak-ketak..

chop!! jangan fikir yang tidak-tidak kerana saya tidak berniat untuk memerli beliau apatah lagi mengutuk cara penulisan tersebut..

namun begitu, saya berpendapat bahawa ini adalah identiti beliau..sangat tepat dengan cara beliau malah, saya rasa agak menarik...herm....

jadi saya pon lantas berfikir.....


..........berfikir......


....berfikir lagi.......


.....dan teros berfikir.......


...sampai saya rasa otak saya sudah kehabisan tenaga....


adehhhh......penat jugak rupanya berfikir...inilah akibatnya jarang menggunakan otak sampai tahap maksima...

*jadi para pembaca, saya syorkan di sini supaya anda mengikuti kelas dan kuliah anda secara berkesan...jangan menjadi seperti saya dan rakan-rakan yang seperti menerima kejutan apabila pensyarah kami hanya memberikan garis luar(outline dalam bahasa glemer nya) kuliah sahaja...kami dikehendaki membaca sendiri...dengan ini kuliah dapat dihabiskan dalam masa 20 menet sahaja..(tapi saya berasa sedikit pelik, apakah yang akan kami lakukan dalam 40 menet yang seterusnye..???? tapi saya tidak kemukakan lagi persoalan ini kepada pensyarah kami kerana persoalan ini pastinya akan terjawab pada minggu hadapan..jadi, kenapa perlu membazir air liur??? pembaziran yang sangat tidak perlu...!!!)



mungkin sudah sampai masanya saya jugak melakukan sedikit perubahan.....tp....bagaimana..????persoalan ini membelenggu fikiran...saya masih kesuntukan idea...huuuu....ini kerana acapkali saya ingin melakukan perubahan seperti berjogging pada petang hari sekurang-kurangnya 3 kali...tapi setelah berfikir-fikir, aktiviti ini adalah tidak berapa releven dengan fizikal saya yang sudah terlampau keding...jika saya meneruskan rancangan ini, pastinya saya akan kelihatan seperti olive dalam kartun popeye the sailorman, tutt...tutttt.....
selain itu, azam untuk melakukan perubahan dalam tempoh masa penggunaan laptop dalam sehari...juga adalah tidak releven kerana bil elektrik yang saya bayar adalah konstan sama ada saya guna semenet, 10 menet mahupon 24 jam dalam sehari...mengingati pesanan guru-guru di sekolah bahawa membazir adalah amalan syaitan, maka saya semahu-mahunya tidak akan mengikut amalan makhluk itu dengan membayar bil yang tidak digunakan dengan sebaik mungkin, kann..??? jadi, dalam keadaan saya ini, hendak melakukan sebarang perubahan adalah agak mustahil...percaya lah...


saya cuba menulis seperti yang dilakukan oleh penulis blog di atas (harap maaf, nama blog beliau saya akan rahsiakan buat masa ini..namun akan saya dedahkan juga pada satu masa kerana saya berpendapat beliau adalah penulis yang berpotensi untuk maju lebih jaoh....tidak seperti saya yang tidak mempunyai bakat, apatah lagi selalu kekeringan idea untuk mengepos...)



owh....saya sudah tidak tahu apa sebenarnya tujuan saya mengepos pada pagi yang hening ini....


yang pasti kerja-kerja yang saya plan ingin dilakukan sepanjang hari ini nampaknya tergendala lagi....di mana silap nya???

-saya sudah bangun awal....
-saya juga turut pergi ke kelas (di mana saya dan rakan-rakan menerima kejutan)
-saya sudah mesej senior-senior yang berkaitan yang mahu memberikan tugas kepada saya...
-saya juga telah bersiap dengan pantas untuk meneruskan rancangan saya dan rakan-rakan pada petang ini.....

tapi.....RANCANGAN MASIH TERGENDALA....................

4 comments:

Lync said...

haha.. poyos la sarah..
adakah anda dalam percubaan
untuk mencari cara penulisan untuk
bloga anda..~

...sarah n... said...

saya harap anda paham dengan permulaan tahun baru ini...saya ingin memcuba sesuatu yang baru...

jika tahun ini sudah berakhir, sila ingatkan saya kembali...

iylia said...

sugguh anda mewarisi sikap merapik sy..

...sarah n... said...

sesungguhnya kita penah sekelas.mesti ada cekgu yang menurunkan ilmu ini