RSS

Wednesday, 15 July 2009

untuk rose.

Syarat-syarat :
1. 'Tag' dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men'tag' anda
3. Tag orang yg anda mahu tag.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
::mmmm...apa ya. mungkin tengah kutip kutip baju dari laundry box. ke tengah sidai baju yang sama, atau mungkin juga sedang lipat baju. eh, tunggu! mungkin tengah tengok cerita seratus harijadi sambil memakan keropok dan kemas katil. ya! saya melakukan penugasan-berbilang (multi-tasking)

2. 2 jam yang lalu?
::makan di kafe kolej sambil menerangkan kenapa saya tak berapa meminati af kepada haze dengan ecah. dan juga makan nasi ayam. kata penugas-berbilang!

2. Anda suka
::cakap. tapi cuma pada orang yang rapat saja kot. saya boleh cakap 3jam tanpa henti! (PPU boleh ambil saya jadi pensyarah TITAS, okey..??)

3. Minggu lepas
::menghabiskan 4 hari dalam 7 hari dengan menaiki ktm dan lrt! buat apa? saja tinjau(survey) pengguna kenderaan awam.( munkin juga saya patut tukar kursus kepada kursus sains kemanusiaan)

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
::brainstewz - one last kiss
::ST12 - cinta tak direstui
::wing - taman rashidah utama


5. 3 binatang yang anda tak suka
::nyamuk.hari hari mesti pasang ubat nyamuk!
::pacat. asal masuk hutan mata mesti meliar ke tanah. sebab ada kenangan sama pacat.
:: ulat gonggok yang boleh bergulung. saya pantang nampak ulat ni, mesti mahu 'gulung'kan dia. yeyyyy!!!

6. 5 fakta tentang anda
::seorang yang bosan. betul!
::panas baran. kalau tengok muka lurus (straight) jangan tegur.percayalah.
::pemalas. fakta ni tak dapat disangkal sangkal lagi.
::sedang menunggu. tunggu apa?
::tengah buat tag cik rose. ( perlu bagitahu tak..?)


7. Tahun depan mungkin.
::pening kepala mahu pikir nak ambil apa sabjek untuk PB.

8. Saya tak reti
::meluahkan perasaan. tak kesahlah marah ke, sedih ke, sayu ke, menyesal ke. tapi, kalau gembira, senang pulak nak luahkan. kenapa begitu.

9. Saya pandai
::mengemas. tapi bila perlu jelah. sebab dah semula jadi pemalas. kepandaian cuma bila perlu sahaja.

10. Kawan saya
::saling menyempurnakan.

11. Saya ada
::rahsia. tapi tak bolehlah bagitahu kot. rahsia kan.

12. Saya seorang
:: yang pandai mengelak. tettt..! tanak komen. haha!

13. Adik saya
::kenapa dengan mereka. normal je.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
::bioinformatik. (oke, ini tipu.)
::heri poter?
::televisyen. tinggalkan saya di rumah dengan televisyen dan peti ais penuh bekalan makanan, saya boleh hidup.
::mendengar lagu instrumental piano.( oke ini rahsia yang cuma seorang je tahu.)

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
::entahlah. haa..ada satu. bila saya cakap duit saya bertambah dalam pos sebelum ni.betul ohhh... tak percaya sudah..

17. Saya rindu
::nak dengar orang panggil saya sarah yess lagi. haha! semuanya gara gara cikgu manab dalam kelas matematik tambahan masa tingkatan 4.

18. Saya tak sabar
::nak tengok cerita valentine berdarah saya.( aduh buruk pulak bila terjemah bahasa ni. MY BLOODY VALENTINE). kuna cakap boleh tahan jugak cerita ni.

19. 5 laman yang anda slalu layari:
::8TV
::4shared
::blog zahiril adzim. dia tulis menarik jugak.
::blog kawan kawan juga.
::kosmo online dengan galaxie online.

20. siapa yang anda mahu tag?
::ramai yang tak rajin buat tag ni. takpelah. tak payah tag sapa sapa boleh..?

4 comments:

sharamli said...

sarah yess..

dh pnaggil..
rindu lgik x?

...sarah n... said...

alahhh... akak tak de feel tu masa pgl sebab xtahu cerita sebenar..huhu...

(nak panggil pun kne feel pulak ke?)

haha. boleh lah tu..

Faraheen Hazirah said...

weh.. trase kte ko xnk tag sape2.. bkn xnk wt weh.. tp tag ko ari2 susah.. huhu... sorry sgt333

...sarah n... said...

haha. xde lah fain. x kesah pun. relek la. ha, kalau nak buat tag ni, buat la...sila2...

xde unsur memerli pun.heheh.