RSS

Tuesday 5 May 2009

wasiat




saya, SARAH NUR BINTI MOHAMAD NASIR, bernombor kad pengenalan 890130-08-6170,


dengan berfikiran waras dan dalam keadaan sihat sejahtera,


dengan ini memaklumkan, sekiranya berlaku apa apa yang tidak diingini,


sepanjang perjuangan saya menentang mikrob mikrob di DEWAN GEMILANG UKM,


pada tarikh 4haribulan Mei 2009,


ingin meninggalkan barang barang kepunyaan saya kepada pewaris pewaris saya,


seperti yang tertakluk di bawah ini.


1) kepada mak, MARIAM BINTI HAMID saya tinggalkan, segala kad kad atm, kad pengenalan kad matrik dan pelbagai jenis kad yang saya punyai sebagai menghargai pengorbanan beliau membesarkan saya yang tinggi maintenance kadang kadang.


p/s: dalam kad bank islam tu ada lagi sejumlah wang dan ia bukanlah seploh ringgit. sila amik.




2) kepada kakak kakak saya yang suka melaram cun cun, HIDAYAH MOHAMAD NASIR dan NURUL HUSNA MOHAMAD NASIR, saya tinggalkan semua baju baju saya yang mereka suka pakai sesuka hati ketika di rumah. saya jugak mintak maap sebab saya juga suka memakai baju mereka sesuka hati. itulah terjadi bila beradik sama saiz.



3) kepada adik adik saya yang suka menghalau saya dari rumah kerana terlalu kuat mengusik mereka, FATIMAH NUR ZAHRAA  MOHAMAD NASIR dan NURHANANI IZZATI MOHAMAD NASIR, saya tinggalkan segala komik dan buku buku yang mereka suka conteng dan tengok gambar. sila kurangkan aktiviti itu kalau boleh.



4) kepada semua rakan rakan yang mengenali, saya suka mengatakan bahawa saya enjoy menjadi sebahagian dari hidup anda. kalau anda juga nak mana mana buku rujukan yang saya ada, buku ABM ke, chemistry yang tebal tu ke, buku walter c++ ke, silalah dengan tanpa segan silu ke rumah saya di ipoh bagi mendapatkan nya. sila cepat sebab limited edition.



oke, sekarang saya sedar saya tadak harta. itu suma beli guna duit ayah. maka, saya tak berhak membagi dekat sapa sapa.



p/s: kalau apa apa terjadi selepas wasiat ini ditulis, wasiat ini tak boleh diguna pakai untuk membuktikan saya membunuh diri ke apa apa. sebab bunuh diri adalah tak baik. saya tak buat kerja kerja macam tu. insyaAllah.





20 comments:

nazrien said...

la bdk ipoh ke makhluk ni..

dun wery

xleh jawab tu biase la..

haha!

...sarah n... said...

kau boleh "la budak ipohhhh..???"

kejam amat.

sharamli said...

wasiat kah ini?

...sarah n... said...

haha.

mungkin bukan.

nazrien said...

"ke rumah saya di ipoh bagi mendapatkan nya. sila cepat sebab limited edition"

ni lah..

...sarah n... said...

yelah.

maksud aku, kau boleh ke baru tahu..??? boleh ke???

nazrien said...

baru tahu..ngee~~

chaie safri said...

kalo kat ipoh mmg senang r aku nak amek buku2 tersebut.. huahua... ipoh mali maa..

Unknown said...

npe sye x de dlm wasiat ni??

aisya said...

dh siap pun wasiat nye...
sijil kematian mne?
haha

...sarah n... said...

jeb.

apa ngee2..?? ingat akan dimaapkan ke kalau buat sengih macam tu..???

chaie.

owh, nak hamik buku. pertama sekali, kau kos apa, sila semak sebelum anda meningggalkan rumah.tapi kan, kau xnampak ke ayat bawah tu, "tu sume beli pakai duit ayah,saya tak berhak membagi dekat sapa sapa."

cambesje.

ko ni kategori apa..?? kawan atau lawan..? haha.

aisya.

kne la wasiat dlu baru mati. kalau mati dlu baru wasiat mcm pelik bha... haha.

Unknown said...

sye lawan leh kwn pown leh

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

salam sarah..
hmm bile ko tulis psal wasiat ni..kite teringt sesuatu..
actly mmg stiap hARI kite lg2 as org islam digalakkn mnulis wasiat ketika sebelum tdur..
wasiat xsemestinye meninggalkn harta kpd sesiapa..
wasiat juga bermaksud meninggalkn pesanan kepada org2 tertentu,..
contohnye;kite tulis hutang kite kat org sekian2 then mintak tolg org bayarkn hutang if kte xhidup lg untuk hari esoknye..insya Allah.
cmtu yg digalakkn dlm islam krn nt kalo kite mningl tnp byr hutang itu lbh teruk dr mninggl tnpa tingglkn harta kpd sesiapa..
untuk renungan semua..
walahualam..

p/s:sorry pjg sgt comment ni..daa..=)

sYaZa said...

jaohnye pkir..
smpi da wt wasiat!
hehehe..
pe la sarah nie..!

nazrien said...

haha

ampun2...

pasni aku xmintak maap dah..

sharkiey said...

sarah aku dapat aper lak x der pon dalam wasiat ko

Cik Lizi said...

wasiat virtual~
bagus2~hehe

^_^

...sarah n... said...

cambesje.

aku bg kasih sayang yg melimpah ruah boleh tak..? bolehh taaakkkk..??

lea.

tak kesah pjg2. heheh. thanks 4 sharing coz sharing is caring, caring is loving. loving is...??


syaza.

dah lama dah berwasiat cuma tak penah luahkan je. ni salah satu wasiat yg terluah. heheh.

jeb.

adehhh...mcm tu pulak dah...

joe.

kau pun nak jugak ke.perlu ke. tak payah la. haa... kalau kau nk, kau boleh amik mana mana gambar dlm blog ni scr percuma. hahaha.

anakcikmad.

yayah. semua org boleh baca. bukan certain2 org je mcm wasiat betul.

hanikayS said...

oh sarah..u're so kind sebab ingat kawan2 dalam wasiat..malang tol wasiat ko ni xley gune pakai..kuang3..hehe

...sarah n... said...

haha. akhirnya!

ada jugak manusia yang tak menerima bulat2 wasiat ni, malah, trang tang tang cakap wasiat ni takleh diguna pakai.

syabas dr. sya!

and nothing 4 u!!! hahaha..tu la sapa suruh ckp ni wasiat tak leh guna.