RSS

Tuesday, 17 March 2009

penyakit genetik




teringat masa zaman muda-muda dulu.

hari akademik dekat sekolah.

cekgu homerum saya
kena bagi result saya kat mak dengan ayah.ala-ala hari repot kad sekolah rendah lah kiranya.

keputusan okelah.nak kata teruk pon tak.cemerlang.gemilang,terbilang tak pulak.

fizik jak kantoi.dari dulu
tak penah kamceng dengan sabjek ni.tatau kenapa.

ayah : oke ke keputusan anak saya ni cekgu?

saya cakap dalam hati, bukan dulu orang dah cakap ke? tak pecaya tu kenapa? kenapa? ingat orang nak tipoo ke ha? ha? haaa..??

cekgu : sarah ni. dia bagus,blablabla...

(
saya dah tak dapat dengar sebab terlalu bangga + riak. tulah! tulah! tanya lagi. tanya lagi. ha! ha! ha!)

cekgu : tapi, dia punya fizik jela.

ayah : fizik? ooo...heh.bese le tu, dia penah cakap tak suka fizik.

saya terharu ayah ingat.*bergenang-genang mata*

ayah : sama lah,
ayah dia pon tak minat fizik, kakak dia pon cakap tak minat. ni, dia pon sama.



saya : nak buat macam mana.
dah penyakit genetik...


p/s: masa ni ayah saya sengih je sebab paham maksud saya.tapi cekgu saya tak paham kot sebab saya nampak beliau blurr...


Sunday, 15 March 2009

when all else fails





saya rasa saya tahu kenapa saya kebelakangan ni tak seperti saya.

sarah bukan sarah.

perhaps because i have been putting too much hopes in my daily life.

then when things didnt happen as it was pictured in my mind, i got disappointed and let down easily.

herrmmm...



Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all.


i guess thats the reason.

maybe.

from now onward, i shouldnt be hoping anymore..??


i hope i dont.



Friday, 13 March 2009

rapid kl vs bas mini


tadi naik bas mini pegi kajang.

saya terfikir-fikir sebab musabab saya memang anti betul dengan bas rapid kl meskipun ramai pelajar yang suka menumpang bas tersebut.





memang pilihan ramai lah.bak kata orang, lady's choice lah! sebab memang pempuan je kot yang sanggup tunggu bas lama untuk selesa.

dengan ekon yang sejuk sampai menggigit tulang sumsum.berwasap gila cermin sampai saya pernah bagi otograf dekat cermin tingkap bas tu.

dengan tempat duduk yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.itu kalau dapat duduk lah sebab bilangan seat yang terhad dan ekslusif mengamalkan perinsip sapa tak malu berebut, silakan duduk dengan bangganya.




pemandu bas yang boleh tahan kacak yang suka berlakon jadi pemandu formula one, mungkin sebab kurang layak menyertai pertandingan yang sebenar. bawak bas macam merempit bas.kalau merempit moto takpa lagilah kan, sebab beliau kalau eksiden mati sorang-sorang.ini, bawa bas kalau mati, aku mati sekali tahu taaakkk..?????

walaubagaimana canggih dan maju nya fasiliti yang disediakan oleh pihak berkuasa rapid kl, saya, dengan bangganya mengisytiharkan, saya LEBIH SUKA MENAIKI BAS MINI yang mempunyai tingkap yang karat tadak ekon, kerusi yang berlubang-lubang, tiket yang berkertas murahan dan pakcik driver yang tua itu.

kenapa??

sebab tingkap yang karat tu dah tak boleh ditutup, jadi angin yang meniup-niup ke muka saya berupaya menenangkan hati saya yang sentiasa neves mahu keluar ke mana-mana. angin tu sangat nyaman dan bagus untuk buat saya tersenyum dalam bas seraya mencuci mata.heh.kuasa angin itu lebih power dari ekon.betul!! tak tipu...!!!

sebab kerusi yang berlubang-lubang itu lebih selesa diduduki oleh 3 sekawan ketika bas penuh dengan muatan sardin manusia berbanding kerusi rapid yang memang sah-sah takleh menyempitkan 3 manusia dalam satu-satu masa.

sebab tiket yang murahan itu lebih mesra pegangan tangan kerana saiznya yang kecik dan lembut di tangan. errkkk..?? macam ayat eklan sabun kot.

sebab pakcik pemandu yang tua itulah, yang menerima duit yang saya hulurkan bersama senyuman, membalas senyuman saya dengan penuh keikhlasan. ketika itu saya rasa, saya telah membantu pakcik ini melalui hari kerja yang penuh dengan kerenah pelanggan yang macam $*@# dengan meringkan kan sedikit sebanyak tekanan kerja beliau. walaupon kawan saya cakap pakcik ni bawak bas macam baru nak amik lesen, saya selesa dan terasa selamat.

mungkin sebab bas mini tu ada nilai sentimental dan saya, lebih menghargai perkara yang bersentimental value dari yang berkomersil value.

cukuplah merepek.


rabak



sekarang suma kolej tengah sebok-sebok suruh hantar borang permohonan kolej kan? kannn..??

saya tidak lepas dari fenomena ini.yaaahhh!!! saya adalah penghuni kolej palapes.KTHO.ulang suara kolej palapes ye tuan-tuan dan puan-puan.

tadi saya pegilah hantar borang tersebut dengan haze'.

untuk pengetahuan, saya telah print borang tu sebanyak 3kali kerana kesilapan mengisi.harap maklum.

tiba-tiba, makcik ofis dengan ketua felo saya tanya.

mereka : kamu ni palapes ke?

saya: err...(terkial-kial..macam mana nak explen ni..)

akhirnya felo tu jawab sendiri soklan beliau.beliau adalah salah saorang staff palapes kat markas.beliau tahu saya sudah keluar baris, cuma mahu test power kot...???

makcik ofis : kalau macam tu, ape lagi, buang lahhh!!!!

PERGHH...!!! rasa macam jantung mengamalkan akupuntur je!! tusukan dari arah yang pelbagai...


ayat makcik ni memang tak kesian langsung. boleh tak paling cikai pon tunggu saya berambus dari situ.?? ha? ha? haaa...???


p/s: masa ni, 2 org jaksa di belakang tu, tersengih-sengih.jahat betul.jahit mulut karang nak ke? nak keeee.....????

Wednesday, 11 March 2009

tagged.tegged.teggad.

10 things about the person who tagged u : fain

  1. fain bawak keta macam pro..!!! wohooo...kool je!tabik spring!!!!!
  2. fain memang makan slow..haha!!
  3. fain punya fon asek rosak..asek pow fon ayah dan arif.theee....
  4. fain ni best student spm trans dulu woo....haaa..!!! cayalah fain! bangga jadi kwn ko!
  5. fain dan saya mempunyai baju yg sama(kaler laen ye) time beli kat flea market aitu.heh...bila ya mahu boria2 nih???
  6. fain dulu ckp dia berjiran dgn datuk k.heh.sebbaek datuk k tak minang ko fain.kok tak, naya!!!mesti ko jd madu siti skrg..hahahah.ko kan nak kawen...
  7. fain ni sgt memahami saya.sangat terharu jadi kawan beliau ni.seriyes!! (fain, nanti scholar dah masuk, ingt ayat2 ni ye...??)
  8. fain adalah saorang tour guide yang bagus spnjg saya mahu berjalan2 area kl ni.heheh.jasamu dikenang.nanti jalan lagi yaaa!!!
  9. fain dan saya setat jadi member kamceng time terpaksa sama-sama menghuni homrum cekgu jauni yang suka sembang dengan memandang muka kami-kami yang kelihatan kosentrate ni.
  10. fain adalah kawan yang saya tanak hilang walau tukar dengan dunia sekalipun.*sob.sob*
10 things about the person who got the tagged : me opkos.

  1. saya adalah kawan kepada fain.heh.takyah mention kot?
  2. saya kecut perut bila naik kereta yang dibawak selaen dari ayah, cekgu haslina dan fain.
  3. saya suka makan makanan yang murah-murah tapi banyak.heheh.
  4. saya termalu besar bila gambar terpampang kat screen lama-lama time malam anugerah pelajar kolej.hish! selamba gelak, member tak gitau pon.!!!!
  5. saya suka tangguhkan kerja yang saya tak suka buat.kalau kerja tu lambat siap, maknanya saya tak sukalah!
  6. saya tak suka makan sotong dan cendawan.sumanya gara-gara sejarah yang kelabu tu.
  7. saya telah membawa maklumat yang salah besar dalam presentation titas.saya rasa markah saya adalah menghampiri kosong.tahniah kepada saya!
  8. saya suka aiskrem seteroberi yang free.sedaap macam makan aiskrem.
  9. saya tak suka membuat benda-benda yang berkaitan dengan baju :basuh baju, seterika baju, sidai baju, lipat baju, kemas baju, terai baju, bayar harga baju yang dibeli.etc.etc...
  10. saya suka balik rumah tanya mak, nak makan ape ni?
10 persons to be tagged:

  1. jiha
  2. lokman(beliau ni mesti tak buat.tahu la.tahu laaa....)
  3. kak su
  4. aisya
  5. iylia
  6. aida
  7. lea
  8. nabila
  9. kak anna
  10. atey.hehe

Friday, 6 March 2009

bahasa apa?



penah tak anda, anda jumpak orang yang cakap bahasa yang anda kurang gemar..??

menyampah kan..?? kan?? kannnnn...????

rasa macam nak kata," sedari tolong tutup mulut boleh tak? telinga saya elegik dengan perkataan sedari.hehehe..." 
(lepas tu, sengih macam tak bersalah..)




suma nya gara-gara bahasa sms.

contoh kan, nak tulis macam ni.

 "xpew kew ni, tak bizi kew.."

tolooooonngggggggggggg la pahaaaammmmm...!!

tapi yang tak tu nak ditukar sependek-pendeknya. tak = x.

yang apa tu pegi pulak panjangkan. apa = apew. ke = kew.

geli tahu tak.jadi tukang baca pon geli macam tengok lintah menggeliat..

sumew bendew nakw letakw hurufw w katw belakangw sangatw kanw? hamikw kauw..!!! sedap ke? sedapppppp keeee...????

inilah fenomena perkataan-w! 

kalau nak kompelin cakap saya tak kool atau tak up-to-date dengan bahsa remaja sekarang, biarlah saya menjadi pendeta Za'ba je.saya redha..

lagi satu yang jugak buat saya kurang gemar nya.

bila 

thank u --------> sengkiu

gud nite --------> nunite

kitorg ----------> ktowg

etc..etc...

tolong lah.tak ke macam gedik santai sangat?

tipu lah kalau kata saya tak guna bahasa sms.saya guna jugak.sekian terima kasih.

tapi, saya guna

aku = ak

kau = ko

makan =mkn

lapar = lapo/lapa (lapo sbb saya org perak oke? oke?)

saya rasa, penggunaan bahasa saya masih di tahap cintai bahasa kebangsaan lagi kot..

bukan nak suruh suma orang tukar jadi skema-skema.tak!!

cuma

nak bagitahu

saya kurang gemar je.

jadi, kawan-kawan sekalian yang memesej saya, tolong alert!!!!

ada jugak member saya tanya

"memang sume pempuan kalau mesej mmg macam ni eh?"

saya kata lah, " ape pulak.aku takpon!!"

yelah..mana buleh main tuduhtuduh suma macam tu sebab member dia macam tu, kan?

sekarang pun saya sedang belajar taip mesej agak penuh-penuh.


Thursday, 5 March 2009

ha ha ha



ha!ha!ha!

mahu gelak banyak-banyak...

eh..eh!! takleh lebih 3 harakat kan?

maap!maap! ter'over'.

hari ni saya ada dua midsem.sabjek-sabjek pembunuh dua-dua sekali.hish!nasib baiklah nyawa saya ni liat mahu tanggal.




1) c++ = soklan satu jak.tapi 3jam jawab.dari 1230 sampai 330ptg.prektikel.mati kau!!!!

dah lah saya dengan haze' je yang mahu menatap muka-muka kacak pakcik bas tu.yang lain semua hilang.kelas pukul 5.yang pakcik tu pulak, dia rajin nak bawak kitaorang jalan-jalan pulak. kata mahu kasi relis tensen lepas midsem.gila apa!!! orang ada kelas pukul 5-7 tahuu taaakkk..??? kul 4 baru sampai bilik.seb baik sempat zuhur.

2) kimia am 2.830-1030 malam.nak makan pun taksempat.lapa betul.rasa nak telan je ketas-ketas soklan sumanya..

dahlah baca buku pun tak, nak amik midsem.hoi sarah!!! anda ingat anda genius kah???tolong lah sedar diri tu sikit.dah la pemalas, perasan pandai ke ha..?haa..??haaaa....??tampar kang nak?

hush!

tapi, masa usha-usha ketas soklan.

objektif!!!! 40 soklan jak!!!!

huhuhahahahahahaha...

saya gelak macam setan volume lowest.sebab nanti kena halau dari dewan kang naya.penat je seronok-seronok.

bila dah abeh exam tu kan.saya takdelah rasa macam dunia ni saya yang punya sebab saya miskin.duit makan pun tepaksa membodek incik ptptn.huhuhu..tapi, saya rasa macam upm tu saya yang punya...ha!ha!ha! tapi, kenapa upm?? heh.cerita nantilah.


dekat bilik, as suruh buat esaimen kimia pulaakkkk..!dia kata esok dia nak, mahu tiru.demand pulakk tuh!! hish, tatau ke tengah seronot-seronot nih..?? tapi saya kata, momantai!!!!ape ada, esaimen je.ha!ha!ha! positif betul anak dara pakcik nasir nih.

sila ambil perhatian bakal-bakal mak mentua dan ayah mentua saya yang bergelar datuk dan tan sri.

silalah ambil saya jadik menantu.kerana saya sangat rajin dan positip sekali.made in malaysia.pandai buat pekak bila kena marah dan pandai makan dengan muka bahagia.sekian terima kasih..

tapi, bila sampai bilik...

saya tak nampak pulak buku kimia.ha!ha!ha!

padahal ada je kat meja tuh.

bakal ayah dan mak mentua, sila abaikan ayat di atas.

apa yang penting, hari ini saya suka bioinformatik kot..