RSS

Tuesday 3 August 2010

sejenak bersama dr. maniz. (tajuk tah ape-ape.)

kelas komunikasi saintifik yang pertama selepas lebih kurang 3minggu kami terkapai-kapai tanpa haluan DAN tanpa pensyarah mahu mengajar.



kesian kan?


kami memang mendapat layanan begini je dari tahun 1.


macam dianaktirikan oleh fakulti sendiri je rasanya. saya kata macam ye?macam. macam maknanya bukan sebenar, cuma perumpaan yang tidak membawa makna.(ini monolog dalaman, perasaan kami semata-mata tiada niat mahu menuduh. sebab ada masa tahun lepas, bila saya tulis pasal kolej saya, pastu, rumet saya cakap ada rumours cakap saya kutuk JAKSA kolej saya dalam blog berilmiah ni. PADAHAL, saya cuma tulis pasal kolej. HELLO kawan, tulis pasal kolej tidak bersamaan dengan mengutuk atau mengumpat JAKSA oke? walau macam mana tak puas hati pun, saya takkan lah nak kutuk mereka di khalayak ramai macam ni kan? takkan lah saya bodoh bangang mak bapak tak ajar pegi sekolah pun cikgu tak ajar nak buat perkara menghampiri menjatuhkan maruah tu kan?)




alamak termembebel.


biasalah sarah nur bila dah emo. memang laju macam bertih jagung menenyeh keyboard lab fakulti tumpangan kami ni.


oh ye. fakulti tumpangan == fakulti sains teknologi maklumat(FTSM). tetiap sem kami amik barang 2 sabjek sebagai wajib teknikal atau wajib major dekat sini.



malas la nak cerita pasal FTSM. nanti asrinna dan fatehah kata bias pulak sebab FTSM ni jugak merangkap fakulti-in-law saya. HAHA! tekalah sendiri apa maknanya.



err.. sebenarnya, bila saya banyak sangat tulis, saya cenderung lupa apa tujuan saya pada asalnya. kejap ye, nak check balik tadi tujuan asal.



ha! KELAS KOMUNIKASI SAINTIFIK.


dikendalikan oleh dr. ismanizan. sesetengah pensyarah panggil dr. maniz. asrinna pun panggil dr. maniz. dia kata sebab dr tu manis=maniz.


ni lagi satu saya tak paham. (apesal banyak sangat membebel harini? time lab komputer pulak tuuu..)



kenapa ada orang boleh cakap pensyarah tu, manis la, comel la, cute la, hensem la. pada pandangan saya, pensyarah cuma satu = seorang yang sangat saya respek sebab ketinggian inteleknya. skema? takpelah. mereka pengajar saya. apa salahnya?



eh keluar topik lagi.



tadi dr. isma cakap, buku terawal adelah Chaldean of the flood ~4000B.C.


masa tu, buku yg pertama (kalau saya tak salah ingat) dijumpai pada tembikar. dan batu-batu.



dr isma kata lagi, nasib baik lah sekarang kita ada buku. kalau tak, jenuh jugak lah student nak usung batu pegi kelas(beliau cakap sambil buat gaya angkat batu berat, terbongkok-bongkok.)



HAHAHAHAHAHAHAHAHA. kelakar amat.



bayang kan.



bayang kan.



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.





kelas sejam je ada 30-60 slide presentation untuk salin. belum kira kelas 2 jam.



macam tu, pegi kelas kena usung berapa batu agak-agaknya? 81? dah macam nak pegi haji je. tak ke?

2 comments:

de_nataLie said...

hahaha...orite gak 2,angkat batu, agak2 nk ngtok je,soh mmbe sblah hempuk pki batu 2..

...sarah n... said...

haha. ko memang. kalau bab mengasari org lain (hint: budak dkt restoren M yg kau lempang tu)