RSS

Saturday, 22 May 2010

tua.

kalau sebab saya tak paham perangai/trend orang sekarang saya dianggap pemikiran kolot dan kuno, maknanya, ye. saya tak kesah dipanggil kolot.


eh. eh. mukadimah nak emo apesal?


kenapa ye? kenapa bila seseorang masuk umo baru (birthday), kawan kawan mesti kata, "ko dah tua", "aku muda lagi", etc etc.


what's wrong with growing up? - taken from veronica in the series sir arthur conan doyle : the lost world.



ye. apa salahnya membesar? menjadi matang dan dewasa.


oke. mungkin ada yang skeptical, kata, eleh, dia dah tua memang la kata macam tu.


fine. tua. if thats makes u happy then.


so? saya dah lalui setahun, 2 tahun, 10 tahun, 15, 16, 17 (those sweet years for girls). dua puluh tahun pun saya dah rasa. alhamdulillah saya panjang umur.


tak ingat ke? masa kamu sekolah rendah, bila cikgu cikgi tanya cita-cita, yang kamu dalam hati secretly wish upon the star, semoga cepat-cepat besar boleh kerja, pegang duit, KAWIN (eh apesal nak caps lock tetiba?), nak beli kereta dan semua yang berkaitan aktiviti rasmi orang dewasa.


u wished to be grown ups! WISHED FOR IT!


but when u do, why, for God sake, u make fun of others' birthday?



oke, taknak emo. main2 je kan kata tua tua kan?kan? kannnnn?????



entah la, pada saya, jangan la kata kawan kawan kamu tua..dia kan kawan kamu jugak. kesian dia..hari birthday dia, ade pulak kawan dia yang kata dia tua. boleh hilang mood birthday kadang2.



ce pikir, kalau umo 20, kawankawan memain kata tua, mungkin kita tak kesah lagi. tapi bayangkan nanti, bila kita perempuan ni umur 25 tapi tak kawin lagi, tapi sambut birthday.


mesti ucapan jadi macam ni.


SELAMAT HARI TUA SARAH. DAH TUA DAH NI, BILA NAK KAWIN? KO NAK JADI ANDARTU KE?



makan dalam kan?

Sunday, 16 May 2010

response entry fain

tadi terbaca post fain pasal topik ni.


ragam manusia (klik untuk baca)


jadi saya mahu respon.


dah lama dah pikir benda ni..semua kes tu, buat group semua, memang kurang patut. bukan tak patut, cuma kurang.mungkin untuk luahkan perasaan tapi....kita kan manusia biasa...tak sedap lah buat macam ni sesama kita kan?


bukan apa, kita kena jugak pikir dari pihak diorg.


oke betul, mungkin mangsa silap polis tu perlu dibela, tapi kenapa nak generalise kan nak SALAHKAN POLIS secara menyeluruh. abeh yang part diorg jujur tak terima rasuah, korban cuti raya etc etc tak perlu ambik kira, tak perlu consider?


yg pasal team melesia kalah pun, ingat diorg tu bertanding baru prektis ke? diorang bangun awal pagi belatih.ada kau tanya dia bangun stat prektis pukul berapa? sampai malam belatih. sehari berapa jam diorang semua prekti? hey, diorg tu sejuta kali lagi nak pegang thomas la bhai. korang? setakat tengok je nak bising apesal? korang kecewa tak dapat thomas, ada pikir betapa bilion2 kali diorg kecewa?? ada?? nak2 pulak dengan usaha diorang, harapan diorang. semua hasil praktis diorang. tolong la paham..diorang tu galas berpuluh-puluh juta rakyat punya harapan, macam mana terbebannya chong wei berdepan lin dan? stress jangan cerita. nak cakap itu tanggungjawab diorang berdepan stress? oke la oke la, boleh terima, tapi, bukan ke jugak tanggungjawab kita untuk terus sokong diorang? bukan nye bila kalah kondem kan? nak teguran membina boleh, tapi, membina ye?

ke....ada sesapa dengar pemain negara ni cakap, " alaaa...piala thomas je, apedehal? boleh dapat la bila2 pun..tinggal nak dengan tak nak je..."


ada ke? ada ke?


kalau ada sila tampil. sure ramai yang nak dengar nih. maklumlah...nak cari isi hujah nak mengumpat kan?



agaknya memang dah tabiat manusia, yang setitik nak dilautkan, yang sebutir nak dibukitkan.

Monday, 10 May 2010

kelas sastera

kita orang melayu ni memang penuh sopan.

taknak kecikkan hati orang, kita menegur dengan kiasan.

penuh budi bahasa.

sampai orang tak paham apa mesej yang cuba disampai.

pending. loading. mesej sending failed. no internet connection. eh terlebih.




kalau orang kita kata cekik darah, apa makna dia?


jangan le kau tanya balik, darah boleh dicekik cekik ke? bukan boleh pegang pun darah tu.


memang kau kena debik dengan silat cekak le karang.



paham la sikit bhai.



kalau cekik biasa orang cekik dekat mana?



ada ke orang cekik tangan? ada ke orang cekik buah pinggang?



cekik mestilah hendaknya dekat tengkuk. leher.dapat?



pastu term darah. kalau dekat tengkuk/leher tu bukan ke ada salur darah. arteri.



oke la oke la. alasan kau tak belajar bio. fine. fine. tak tau.


tapi, gunalah logik. akai ada? (bak kata ayah aku bila dia marah dekat orang yg tak pakai otak).


paling bodoh pun, kau mesti la tau darah kau bergerak guna salur atau pengangkutan kan.



ops. ops. kau nak kata orang tua-tua tak pegi sekolah? tak paham salur-salur darah ni?


tak payah nak alasan. orang tua dengar je cekik darah dah paham terus. tak payah nak explain term by term.


PLUS, THEY INVENTED THAT. cekik darah. THEY ACTUALLY KNOW IT BETTER.



jadi, berbalik kepada topik asal.


cekik darah.



ce la terai bayang buat 0.5saat.


kalau kau cekik salur darah kau dekat leher apa la agak-agaknya jadi?


tak tau? tak tau???



ah takyah la bayang. imaginasi tak tinggi kot?


buat je la.



terai cekik leher kau.



cepat terai.



10 saat.


20saat.


sakit?


ye. sakit tak yah cita lah.


kalau cekik kuat lagi la.



lepas je, kau dah gasping for air.



sekarang dah paham, macam mana situasi cekik darah?



lepas ni, kalau ada simpulan bahasa melayu, atau peribahasa yang tak paham, cuba lah fikir, boleh?


p/s: orang kita dulu sangat puitis kan? tapi, dalam cara mereka sendiri. orang generasi kita pun kreatif jugak. kalau tak, mungkin tak ada rancangan tv yang mintak duit orang, atau rokok yang berperisa strawberi. (seriously, ada ke makhluk isap rokok perisa strawberi? fatin kata ada.)

Friday, 7 May 2010

sedapnya hingga menjilat jari (ni peromot lagi, takde ke sapa sapa nak bagi komisen)

status ym : nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc nak kfc



and why am i salivating?

tetiba satu ym window muncul.


lokman.keme


ni kalau muncul nama ni, memang payah.


payah macam mana?


susah nak takrifkan. undefined.sebab dia selalu cakap benda yang saya tak reti.



lokman keme : kfc nak kat kau ke?


eh eh. ye tak ye. bijak pulak beliau. tak terfikir pulak.


sarah: erk?
sarah: persoalan tu jgn difikirkan
sarah: haha
sarah: aish

jawapan untuk menjaga maruah sendiri.


Lokman Keme: nnt bg ak sket k
Lokman Keme: kfc tu


eh eh. nak jugak dia.


sarah: tp
sarah: masalahnye skg
sarah: sapa nak bg?


Lokman Keme: akak kat kaunter kfc tu
Lokman Keme: jgn riso
Lokman Keme: die yg dibayar gaji ntok bg org2 kfc
Lokman Keme: nnt bgtau ak k


suma nak makan kfc taknak bayar. kalau pegi kenduri mintak kfc boleh tak agak agak?

Saturday, 17 April 2010

a lecture on a boring topic/a lecture of a topic called boring

saya tak suka aktiviti lasak sangat.


makna tak suka sangat adalah = tak berapa nak pilih untuk dibuat la kalau ada masa-masa terluang macam ni. (terluang la sangat dengan paper genetik mikrob isnin depan)


saya pun tak suka aktiviti yang melibatkan ketinggian. seperti memanjat gunung, flying fox, etc.


eh, banyak lagi ni aktiviti yang saya tak suka sebenarnya.


pegi tempat gelap pun tak suka tapi haritu redah gak seround gua tempurung.


takut tinggi? naik jugak flying fox. rock-climbing.


tak suka hiking? pegi jugak masa study week haritu sebab dah biasa kat sekolah bercamping2 kecil-kecilan panjat bukit sana sini.


tak suka laju? roller coaster, pirate ship etc2 dekat sunway lagoon dengan lost world pun dah jejak.


nak kena senaraikan ke semua yang tak disukai dekat sini? banyak sangat lahhh! manusia kan pandai merungut. kan?


tapi. kalau saya tak suka semua aktiviti tu, maknanya saya ni membosankan ke? tak enjoy usia remaja? tak have fun bak kata orang KL?


walaupun tak suka, tapi saya penah buat kan semua tu?


masih nak kata saya membosankan ke?


ayat feveret haze ' tak remaja lah wey liminated slip masuk exam', 'tak remaja lah wey pegi lbry tak bawak makanan?' (walaupun dah terang-terang meja depan pintu masuk tu tulis warning - FOOD AND BEVERAGE ARE STRICTLY PROHIBITED)


eh, terlebih. pointnye di sini, nak amik ayat haze tu.


seperti, tak remaja lah weyy tak buat aktiviti lasak.


kenapa?


fun..


who actually set the standard definition of fun? the meaning of youth. life.


sapa?


sapa kata naik buai laju-laju tu fun?


sapa kata baca paper dekat taman sambil hirup air kegemaran tu bosan?



as far as i am concern, fun is THE activity that when u do it, u feel refreshing, pleasure and so forth that make u wanna do it over and over again. any activity.



so, boring, i, myself, concluded as THE activity that makes u feel the exact opposite of the fun stuff.


jadi, perasaan setiap orang tu lain. kamu rasa seronok menaiki mesin laju yang berpusing mengikut landasan di udara, seronok merasai kehadiran rerama dalam perut, tapi saya tak. saya BENCI perasaan tu.


so, each person, actually set their own standard of fun, of boring, of happiness, of everything. no one can change your dictionary of life, but they can give some influence to you. but still, the meaning depends on you yourself.


oke, enough of the babbling.


i am just saying that, i have fun in reading HARRY POTTER and the DEADLY HOLLOWS for 2 or 3 days in a row doing nothing else, rather than stepping foot in a flying machine.

Friday, 16 April 2010

pseudo-entry

last update : 4 april.

oke apa?

belum sampai 2 minggu pun.

ni dah apdet baru.

tunggu lah abeh exam ni.

post entry 2 kali sejam!

hah! amik kau! amik kau!

*oke tipu, tak mampu*



p/s: best pulak guna perkataan pseudo2 ni. bukan pe, first time dengar dalam bio masa sekolah dulu. pastu masuk u dengar lagi dalam bio. tuptup, dalam sabjek komputer pun guna secara meluas. so, rasa macam universal usage. so, dia macam multipurpose-sabun. pelbagai guna.

Sunday, 4 April 2010

sapa ingat lagu ni?

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera




nostalgia tahap dewa dewi. kamon sarah!!!! study!!!