RSS

Wednesday, 8 April 2009

gedegang


masa : 0230
lokasi : bilik haze' dan ecah
misi dan visi : stady untuk lab test dan menyudahkan esaimen c++ konon konon 


penulis : dahaga la ze'. nak duit..!!! beli air gedegang.
haze : duit syiling?
penulis : a'ah..a'ah.. seposen seposen pon jadiklah. tahu kau mesti nak guna 2posen dgn 5posen utk loundry kan?? heh!
haze' : ooo..seposen..?? (sambil mengorek tabung)
penulis :  yayah.
haze: aku lapar la. kau g kafe..??
penulis : malas.heh.sebab tu la beli air gedegang je. malas masuk kafe.
haze': gedegaaa....????
penulis : gedegang.
haze : gedegang..?? 
penulis : ye. ye. gedegang
haze : apa tu gedegang.
penulis : gedegang tak tahu..??
haze: apa?
penulis : gedegang. ala..air mesin tu, bila kita tekan dia bunyi..."gedegang..!!!" haaa...tu lah. tulah..
haze : ooo...ecah kau tahu air gedegang?
ecah: tak.
penulis : laa..tak tahu jugak ke? gedegang la. sebab sound efek dia tu.mungkin dekat semenanjung je kot femes perkataan ni.


perhatian..


haze -------> sabahan
ecah -------> serawakian





Tuesday, 7 April 2009

sigh











some things are better left unsaid, no?










Monday, 6 April 2009

jangan pandang belakang





ramai yang kesal

bila saya berpaling

memandang perkara yang telah saya tinggalkan.

tak kira lama atau baru.

saya pasti berpaling sekali sekala.

mereka berpendapat bahawa

palingan itu tak perlu.

kenapa perlu memandang ke belakang?

bila kita sudah tahu dan jelas dengannya..??

yang sudah tu sudahlah..

teruskan perjalanan dengan maju tapak demi tapak ke hadapan.

berbekalkan pengalaman silam.

tapi.

saya tetap toleh jugak.

kenapa..??

mereka bertanya.

jawapanku mudah dan logik.




sebab aku tadak side mirror la, pandaiiii....!!!




p/s: tulisan suka suka semata mata.tadakk kena mengena dengan hidup atau yang telah meninggal dunia.






Friday, 3 April 2009

iron chef


masa dulu.

jarang sangat nak dapat makan makanan air tangan ayah.

tapi, sekali dapat, memang satu periuk besar nasik pon tak cukup untuk family yang cuma penghuninya budak budak perempuan saiz kecik kecik, dan BMI pon tak lepas yang normal.



ayah masak dengan dia campur je apa apa ramuan yang ada depan mata. 

no rules! haha. 

satu keseronokan tengok ayah menyamar jadik chef kat dapur.

lepas tu mak akan bebel sebab dapur macam tongkang pecah.

lepas tu ayah akan sengih sengih je ejek ejek cakap mak kat kitorang.

masa dulu.

ada sekali tu.

ayah masak ape ntah. sedap gila bau......


sume dah tak senang duduk kat depan tu.



masa ayah suruh masak sume cakap malas.


tang makan, panjang kepala sekor sekor macam zirapah.

bila ayah tanya.

sedap takkk..??

nak amik hati punya pasal, sume cakap, sedaaappppppp...!!!


"mak masak tak sedap kan? ayah masak sedap kan??? haa...tu lah. ayah letak ramuan spesial.."


ape ayah letak?



" mak takkan letak benda ni. mak tak reti.."


apa...?? apaaaaa....???


"lipas."

ayah jungkit jungkit kening sambil tersengih lebar.


"haa....???"



suma pelan pelan letak balik pinggan nasik.








Thursday, 2 April 2009

ini bukan refleksologi




merah + biru -----> perple.

suka betuuuuullll tiga tiga kaler ni.

bila tengok tiga tiga kaler ni ada kat kaki gajah ku, macam lawak pon ada. heheh. macam tahu tahu je kaler feveret tuuuu...

tapi, malangnya, sakitnya kembali menyerang.

*bertahan.bertahan.bertahan*

sesi urut mengurut kaki seliuh kat wak kafe.

wak : nak urut ni sakit. kena tahan lah ya. kalau tak tahan sakit mana mau baik. sakit ni jangan dimanja. *dalam slanga indon*

penulis : baikkkkk!! (muka determined gila, dia bagi warning awai awai dahhh...)

tapi memang seriyes wa cakap lu.. sakit tahap tak hingat.


kata wak, saya punya ankle sudah misplace. susah nak betulkan sebab dah hampir seminggu. bengkak pon sudah besar. boleh betul tapi, sakit banyak banyak la. paling kurang kena urut 3 session. 


aisey mennnnn......


ketap ketap jugak bibir tahan. ecah yang teman pon seksa je nengok nya.huhu..

wak kata, kalau sakit nak nangis, nangis ja. selalu memang ada je orang dia urut nangis.

aiyoo waakkkk..tak kool la menangis kottt....huhu..setakat boleh tahan.kuatkan diri jela.


sementara nak elak sakit tu. wak pon sembang sembang cerita pasal pengalaman diaa urut mengurut. ramai dah dia urut. pengetua Tuan Nasir pon dia urut kott.. 

HEBAT!!


minyak yang jernih tu saya tenung.

penulis: minyak apa tu wak?

wak: ini? ini minyak goreng tulur.

penulis: oooo...hahhhh??? minyak goreng telur wakk....??? minyak masak ke..????

wak : ya iyalah minyak masak.kenapa?

penulis: wah. tak sangka minyak masak pon boleh buat urut urut ke? *save bajet, takyah beli minyak kan? kan?*

wak: iyaa.. kerna minyak ini guna untuk kasi terang nampak urat untuk diurut. minyak lain jugak boleh tapi, minyak ini sudah cukup. bila dibaca doa dan basmallah..etc..etc..

wak: kamu tengok kaki ni, sudah biru, sejuk lagi, sebab nya darah kamu sudah tak sampai ke kaki ni. rasa ni. sejukkan..?

penulis: iyalah wak..betul laaahhhhh....*kagum*

wak: kalau darah sampai kaki, mesti panas kan? darah kan panas. tak sejuk macam ni..

tak sangka lagi, wak ni tere jugak biologi....pasal minyak lagi kasi terang urat lahh...sesungguhnya ini pengetahuan baru bagi saya.....

macam macam jugak lah wak ni bercerita. tapi sikit kurang paham jawanya pekat jugak..heheh..

P/S : esok ada date lagi dengan wak urut. lepas kelas. semoga dapat tahan sakit tu..huhuhu..









sabar itu penting

hati.

badan.

kepala.

tangan.

kaki paling paling.

mata.

telinga.


semua sakit.


dammit!




Wednesday, 1 April 2009

ameerali


ameerali.

sapekah beliau...??

entah.

saya taktahu.

tapi, sapa mengaku pelajar ukm, kalau tak penah dengar nama ni, memang kena buang universiti.
(TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT PELAJAR UKM BANGI JAK...)

heh.tak tipu.

saya ingat saya tak penah lepak di mapley ni.

pika cakap mapley tu definition dia pengantin lelaki. dalam bahasa asal mereka.


saya angguk angguk ja. sebab saya tak penah tanya pulak sapa-sapa.


tadi saya pegi dengan mirna dan balak beliau dan member lagi sorang. mee mamak pilihan hati. sedap jugak. 

saya selalu cakap saya tak pernah pegi dan teringin mahu tengok suasana malam di mapley.

mula mula saya ingat saya akan lepak mapley buat pertama kali dalam hidup.

tapi, percaya atau tidak, dari kecil, saya selalu rupanya pegi mapley mapley ni.

cuma saya tak tahu nama timang timangan dia mapley.


bila saya ingat ingat balik, dari kecik sampai besar, ayah saya selalu ajak saya lepak mapley malam malam. dengan member member beliau. 


kadang kadang kami pegi karoke. paling cikai kitaorang pegi warung je tengok wrestling. saya suka tengok bola cuma dengan ayah saya. dengan orang lain tak penah cuba.


dalam family, saya rajin juga teman ayah saya keluar malam lepak dengan member member ayah saya yang semuanya muda belia. heh.





we're buddies. a close one.




and i miss the good old days.